tentang
banner
tutor
fb
home

Wednesday, August 13, 2014

Kucing kedua dimandulkan : Nenek Eton

Setelah melalui sendiri pengalaman pertama mandulkan kucing iaitu Eton Junior { entry } alhamdulillah keputusan seterusnya dijalankan. Raya ke-8 bersamaan 4/8/2014 aku ambil AL dengan motif utama untuk bawa Eton ke veterinar.


Proses memandulkan kucing jantan dipanggil neuter & kucing betina dipanggil spay
Neuter adalah proses di mana kedua-dua testikal kucing jantan akan dibuang
Spay adalah pembedahan di mana bahagian uterus, tiub fallopio & ovari kucing dibuang



Ketika operation aku yang tolong. Kira aku juga pegang peralatan yang digunakan. Orang itu siap tanya "tak takutke nak tengok operation?" Aku senyum sahaja sebab sebelum ini aku siap rekod video dari mula sampai habis. 




Alhamdulillah tak sampai sejam semua berjalan lancar. Macam biasa, dibekalkan ubat biji & ubat sapu untuk diberikan pada Eton. InshaALLAH dalam seminggu bekas jahitan akan lebih elok & lama-kelamaan akan tertutup sempurna seperti biasa.


Prosedur pemandulan kucing di veterinar kerajaan

1) Telefon veterinar untuk temujanji 
2) Kucing perlu berpuasa sekurangnya 8 jam sebelum operation 
( tidak makan & minum )
3) Diberikan ubat lali & proses pembedahan dijalankan 
4) Proses lebih kurang 30 minit untuk pembedahan
5) Diberi ubat pil & krim untuk diberikan kepada kucing ( 5 hari )
6) Bayaran RM 80 untuk betina, RM 40 untuk jantan

Sekarang kucing aku hampir 30 ekor, walau dah diberi pada orang tapi disebabkan aku lambat untuk mandulkan maka proses pembiakan masih berjalan dan bertambah. Aku bukan sengaja nak memandulkan mereka tapi ini semua atas faktor kebajikan.


Aku sayang semua kucing aku tapi aku lebih rela mandulkan mereka dari mereka terbuang tidak tentu hala seperti kucing jalanan lain. Kesian! 


Moga rezeki aku lebih murah untuk menyara kos rawatan mereka selepas ini. Aamiin.



Pengalaman pertama & rupa jahitan : 
{ entry }




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

11 dak comei sayang YUI:

Norhasniza Khalid said...

dulu ayah mama ada gak bela kucing, kena operate cam gini jugak lah.. hihih, jaga pantangnya tu, nanti bentan pulak.. kiki

Nurzakiah Hanum said...

selesai sudah

Hazmin Hamudin said...

Selamat dah dia ye. Hehe

lynndamya said...

Salam, wahh mcm tu rupanya..sy xtau sgt psl proses mandulkan kucing ni, sbb kucing sy semuanya jantan..betul2, mandulkan kucing sbb xnak anak2 kucing tu nanti terbiar..lagi kesian..

azizah :) said...

alahai.. kesian pula tengok kucing di mandulkan.. tp betul gak kata yui tu..

IntaNBerliaN said...

nenek eton ni dah umo berapa ek...

bagus yui ni... penyayang..~!! moga Tuhan murahkan rezeki yui yang baik hati jaga kucing2 ni dgn baik...

Deq's Qienz said...

alahaii sian dia..mg cepat sembuh ya..

AnneRaini said...

better mandulkan daripada beranak je pastu anak2 die xterjaga..mati sana sini... teruskan usaha murni yui nak bela kucing..

Rosmiza Ali said...

Akak tak sempat nak mandulkan kucing2 akak.. Semua dah kena bagi org.. & ada yg dah mati sbb tak serasi dgn tuan baru.. Ada yg lari bwk diri ngn anak2 kecik lepas akak bg kat adopter diorang.. Mungkin kecik ati ngn akak sbb bagi diorg kat org lain.. Tu yg lari bwk diri tu.. Sedih sangat.. Siang malam suk terkenang2kan diorang..😭
Rosmiza Ali Official Blog™

Aty_Fared said...

dah jadi nenek dah si eton nih.. heheh...baya2 rezki kucing akak ni... :) dah macam ni memang elok pon di mandulkan..tuk kesihatan die jugak.. :)

Azhafizah Md Nor said...

selamat dah nenek eton