Tuesday, October 14, 2014

Kebahagiaan & kesedihan sekelip mata, Al-Fatihah

Untuk memulakan entry ini aku sendiri tak pasti macam mana. ALLAH tunjuk sekejap sahaja kejadian yang terjadi. Benar-benar dugaan besar buat sahabatku sendiri. Sahabat dari Politeknik Ungku Omar, Ipoh.


Sahabatku dikenali Fya,

Bernikah malam pada Jumaat lepas. Ku hadiri majlis perkahwinannya pada Sabtu lepas. Ku dapat khabar berita mengenai suaminya pada hari Isnin semalam. Melihat pasangan pengantin, keceriaan memang terpancar. Alhamdulillah majlis sungguh meriah.


Dugaan buat mempelai baru ini,

Petang ahad, suaminya tiba-tiba rebah & pengsan. Dikejarkan ke hospital Ipoh. Dimasukkan ke ICU. Hayatnya ketika itu bergantung kepada mesin. Petang semalam selepas maghrib, mendapat khabar pemergian suaminya menghadap pencipta.


WPW atau Wolf Pakingson White. Itu adalah pengesahan doktor punca kematiannya. Memang tiada tanda atau simptom awal.


Allahuakbar
Besar dugaan buat sahabatku


ALLAH pinjamkan beberapa jam sahaja untuk merasai nikmat sebagai seorang isteri. Punya suami. Tapi ALLAH ambil kembali suaminya. ALLAH sedang mengujinya.


Mendengar cerita sahabatku ini, laju air mata ini mengalir. Aku sempat hadiri pagi ini untuk menziarahinya. Memberi kata semangat. Menyampaikan salam takziah dari teman-teman lain. Bilik pengantinnya masih dipenuhi hantaran yang belum dibuka. Sayu hati ini memandang.


Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.


Al-Fatihah untuk arwah suaminya. Mohd Halim.






29 comments:

  1. salam takziah..moga kwn yui sabar n tabah..

    ReplyDelete
  2. allahuakbar...beratnya dugaannya...Al-Fatihah..semoga roh suaminya ditempat dikalangan orang yang beriman...amin

    ReplyDelete
  3. Sedihnya... Al Fatihah... moga Fya tabah harungi ujian yg Allah swt berikan ini...

    ReplyDelete
  4. sedihnye...dugaan yg hebat utk die.. salam takziah. semoga die tabah.

    ReplyDelete
  5. Allahuakbar... terkedu sgt baca status yui psl ni smlm.. Ya Allah... bglah kekuatan utk fya hadapi dugaan ni...

    ReplyDelete
  6. Salam. Hee Innalillah wa-inna ilaihi raji’un – Truly to Allah we belong, and truly to Him shall we return.. alfatiha

    ReplyDelete
  7. Innalillahi wainnailahi rajiun...
    semoga Fya sabar dan tabah menghadapi dugaan Allah...

    ReplyDelete
  8. Ya Allah berat dugaan kawan yui...
    moon yg baca entry ni pon dah rasa mcm nak nanges...apatah lagi dia yg menghadapi ujian Allah ni...

    semoga kawan yui tabah....

    ReplyDelete
  9. Meremang bulu roma baca Yui.. Moga dia tabah... :)

    ReplyDelete
  10. inna Lillahi wainna ilaihi rojiun
    akak baca ni pun rasa sebak
    takziah

    ReplyDelete
  11. takziah buat sahabat awak.. Ujian buatnya. Semoga tabah selalu.

    ReplyDelete
  12. akk plak sebak membacanya....besar dugaan buat beliau

    ReplyDelete
  13. Alfatihah..sebak nya rasa..disaat sedang mengecapi bahagia..
    Kita memang taktahu bila kita akan pergi..kan>???

    ReplyDelete
  14. Allahuakbar..
    Besarnya dugaan yg terpaksa dia tempuh..

    Salam takziah..

    ReplyDelete
  15. Allahuakbar....sedihnya baca :'( ya Allah..berattt ujian ni...:'(

    ReplyDelete
  16. sedih ..semoga kawan yui tabah ...

    ReplyDelete
  17. Salam, yui...nt update ye tntg kawan yui tu..kesiannya dia..nak tau keadaan dia camne..lepas bace entry yui tadi, rse effect kat sy sekali, sedihnya..sy siap share kat fb entry yui td..hmm..semoga arwah dicucuri rahmat Allah dan semoga kwan yui dikuatkan semangat sgt3.. :(

    ReplyDelete
  18. allahuakbar! speechless.. moga kawan yui tabah hadapi.. bukan senang nak tabah.. tp Allah terlebih dahulu menjemputnya sebelum dia mencipta kebahagiaan

    ReplyDelete
  19. allahuakbar. sedihnya. moga dia dikurniakan ketabahan x berbelah bagi.

    salam takziah buat shbt Yui.

    ReplyDelete
  20. Al-Fatihah =(

    http://seronoknyermelukis.blogspot.com/

    ReplyDelete
  21. All fatihah... Dona.. Kawan satu kos saya.. Baru lepas melawat dia tgh hari tadi

    ReplyDelete
  22. Al fatihah...
    moga kawan yui tabah hadapi dugaan yang besar ni.

    ReplyDelete
  23. ok dah tau.. semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang soleh.. untuk sahabat nuyui..InsyaAllah Allah ada perancangan yang lebih baik..sesungguhnya janji Allah itu pasti

    ReplyDelete
  24. Al-Fatihah..
    Semoga sahabat dik Yui dapat mengharungi dugaan yang menimpahnya...Sesungguhnya Allah lebih menyayangi suaminya...Semoga arwah tenang di sana..

    ReplyDelete
  25. Allahuakbar.. Ujian buat kawan yui.. semoga diberi ketabahan buatnya dan keluarga..

    ReplyDelete
  26. Hari ni hari dia yui. Kita nanti x tau macam mana pulak. Bertabahlah dik. Allah tu maha pengasih dan penyayang.

    ReplyDelete
  27. okay CT baru baca.. ya Allah berat ujiannya itu tapi Allah Maha Mengetahui. tabahlah duhai teman..

    ReplyDelete
  28. AlFatihah dan Innalillah! Tak terucap rasa terkejut dan terkedu....

    ReplyDelete

Assalamualaikum & salam sejahtera

1) Baca entry sampai habis
2) Komen secara berhemah
3) Komen yang mendatangkan "kecurigaan" AUTOMATIK di padam!

p/s: Jangan letak link kaler BIRU itu ea..elak SPAM!

Saya HORMAT anda,anda HORMAT saya
Peace ^__^