Tuesday, October 14, 2014

Kisah kucing : Eton

Ini antara kucing terawal yang kami bela. Ambil di kampung. Pakcik jumpa dia dua beradik dalam hutan ( tak pasti macam mana ). Seekor opah bela tapi hayatnya tak panjang. Dan seekor lagi inilah, namanya Eton atau sekarang dikenali dengan Nenek Eton.



Usianya lebih 3 tahun


Antara kucing paling senang dijaga. Dahulu Eton adalah kucing sempurna sampailah satu hari dia balik dalam keadaan nazak. Sebelah matanya bernanah. Kami yakin dia terkena kencing katak sebab dia suka perhati serangga/binatang betul-betul depan mata tanpa beranjak.


Ketika kejadian, hari minggu. Veterinar tutup. Beberapa hari juga Eton dalam keadaan nazak. Tak makan & minum. Badan terus kurus. Berkurung sahaja. 


Abah ambil inisiatif cuci habis nanah dan bersihkan sebaiknya. Alhamdulillah tak lama selepas itu Eton sihat. Walau bebola matanya sebelah dah tiada tapi dia masih pandai berdikari. Sekarang dia KKU ( kucing kurang upaya ).


Perangai Eton?
Tak makan nasi. Hanya makan dry food. Tak pandai makan ikan andai diberi seekor padanya. Tak kisah walau tikus lalu depan matanya. Seekor kucing yang aktif & hebat untuk hasil beranak. Sekarang Eton dah di spay ( mandul ).


Ini kucing pertama yang aku kenalkan lebih mendalam. InshaaALLAH menyusul kucing-kucing yang lain pula selepas ini. Ikut mood menaip =)





9 comments:

  1. mata tu tak prasan pun buta sebelah, tapi tetap comel, pasal tuan dia pandai jaga, heee~

    ReplyDelete
  2. comei eton noo. kos nak mandulkan mahal x ?

    ReplyDelete
  3. Salam, hahahha nenek eton dah skang~ terbayang2 pulak iklan comel tak kak tonnnn~~~ :p owh, wah..first time dgr kencing katak effect camni..bahaye nye, sian kucing2 kan.. :(tp nasib baik dah sihat, comel gebu lak tu :D

    ReplyDelete
  4. hai eton! comel..bulu pon cantik

    ReplyDelete
  5. cantik bulu dia..siannya mata tu..sure eh yui kene air kencing katak? sebab pernah tengok kucing terbiar kat luar macam tu jugak

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah...tahniah yui masih jaga Eton...tak mudah nak jaga kucing ni...terutama nak handle berak kencing dia kan...^_^

    ReplyDelete
  7. Hai nenek ton..ooo..yg ni la kucing 1st di spay tu kn..

    ReplyDelete
  8. eton, cantiknya pipi dia gemok:) hehehehhe

    ReplyDelete

Assalamualaikum & salam sejahtera

1) Baca entry sampai habis
2) Komen secara berhemah
3) Komen yang mendatangkan "kecurigaan" AUTOMATIK di padam!

p/s: Jangan letak link kaler BIRU itu ea..elak SPAM!

Saya HORMAT anda,anda HORMAT saya
Peace ^__^