Kali terakhir blog ini menerima CPUV bulan Disember 2013. Lepas itu merajuk sebulan. Alhamdulillah Nuffnang merajuk sebulan lepas itu sekali ganti dapat 4 CPUV terus.
Moga bertapak lebih lama di blog picisan ini. Boleh buat tambah isi tabung personal. Muahahah.
Tahniah kepada anda yang dah lama dapat CPUV. Rezeki masing-masing. Alhamdulillah.
Amaun yang dipaparkan bukan bertujuan menunjuk tapi lebih kepada memberi semangat kepada mereka yang sedang berusaha untuk menjana pendapatan sampingan bersama Nuffnang.
Siapa kata membebel dalam blog itu buang masa? Inilah buktinya.
* Esok nak cashout. Hihi.