tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label astro. Show all posts
Showing posts with label astro. Show all posts

Monday, November 28, 2016

Gegar Vaganza 2016 - Nora tersingkir di separuh akhir

Maaf lambat bersiaran. Busy sikit pagi ni. Macam biasa, 9 malam hari Ahad udah get ready depan tv nak layan Gegar Vaganza punya pasal. Hahaha.


Semalam tengok GV sebab dah separuh akhir. Korang pun sedia maklum Nora tak dapat ke final. Takpelah, rezeki dia sampai situ. Lagipun dia nyanyi pun ok je semalam.


Macam biasa,
Haruslah bercerita tentang Zarul sebab Yui sokong padu kat dia. Mehmeh. Nyanyian solo lagu Hafiz memang best!. Berduet dengan Marsha pun sama. Tapi Yui terganggu tengok pakaian Marsha. Hahaha. Fesyen baru plak tengok.


Dahlah, tunggu minggu depan plak final.


#teamzarul




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, November 21, 2016

Gegar Vaganza 2016 - Zur Eda terkeluar

Tengok GV semalam? Haaa, macam biasalah kalau takde kerja lain memang tengok GV la sebab mak Yui layan hat tu. Kerjasama sebab dia layan RM bila time Yui. Muahahah.


Semalam berdebar sikitlah pasal 2 orang takde lagu. Dah tu, Dato Seri Vida guna imuniti ke apa ntah namanya. Antara Gmie dan Zur Eda, akhirnya Gmie yang dipilih. Haaaa, elok sangatlah. Yui pun dok rasa Gmie patut terus lagi.


Ok, dah bercerita pasal siapa yang tersingkir.


Memang Yui kagum bila Nora nyanyi lagu Bring Me To Life dari Evanescence, lagi kagum bila dengar suara Boy dari Projek Pistol. Fuhhh, suara dia. Memang terbaik!


Macam biasa,
Kesukaan Yui dalam GV ialah Zarul. Nasib baik semalam dia nyanyi ok ajee. Heee, dan nasib baik dia masih ada untuk minggu depat. Syok syok.


#teamzarul




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, November 14, 2016

Gegar Vaganza 2016 - Shidi Data tersingkir

Macam biasa, malam tadi layan Gegar Vaganza 2016 degan keluarga. Korang pun dah tahu siapa yang terkeluarkan? Macam tak percaya Shidi Data yang terkeluar sebab dok rasa ada orang lain patut tersingkir. Ehhhh.


Yang perasan Ameng ada tersilap sedikit ketika buat persembahan.


Haaa, apa pun penyanyi kesukaan Yui, Zarul still the best. Walau rasa macam tak sesuai genre lagu muda macam tu tapi Zarul still perform dengan baik. Tak sangka suara dia boleh tinggi dan laju macam tu. Heeee.


Apa pun, Yui tetap #teamzarul .


Korang layan GV tak malam tadi?








guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, November 07, 2016

Gegar Vaganza 2016 - Elly Mazlien tersingkir

Fuhhh fuhhh, berhari-hari tak update. Tak juga auto publish. Nampak sangat pemalas! Hehehe. Oklah, siapa tengok GV semalam?


Yui sekeluarga layanlah juga sebab mak nak benor tengok. Macam biasa, anak tengok RM mak tak kacau, maka mak nak tengok GV, anak takkan kacau. Adil gituuu.



Serius,
Tak sangka semalam Elly Mazlien terkeluar. Dengar dia nyanyi semalam ok aje. Tapi rasa tak best lagu tu di awal bila Achong nyanyi. Macam tak kena dengan suara Elly. Alaaaa, sayang sungguh. Sedih sikitlah sebab dia terkeluar. Dok bajet orang lain out. Huhuuu.


Apa pun,
Kita tunggu minggu depan pula InshaaALLAH.


Yang penting Zarul best semalam. Kalah Anuar Zain tauuuu. Go Zarul go!


#teamzarul


RM = Running Man




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, October 17, 2016

Gegar Vaganza 3

Heee, kemain pagi-pagi Isnin dah bercerita pasal Gegar Vaganza 3 yang dah bermula malam tadi. Bukan apa, mak siap pesan dari siang, "malam ini mak punya siaran. Sape pun takleh kacau". Eceeeehhh, yela mak oi.


Pergh, memang best belaka artis kali ini. Paling Yui suka tengok ialah Zarul Umbrella. Layan sungguh lagu dia. Dahlah maintain handsome ajee walau usia hampir separuh abad mungkin sebab lagu dia nyanyi semalam pun dah berusia 21 tahun!


Keseluruhan untuk malam tadi ok aje. Baru episod pertama.


Bolehlah layan minggu depan plak. Korang geng artis mana? Yui #teamzarul Hahaha!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^