tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label drama melayu. Show all posts
Showing posts with label drama melayu. Show all posts

Tuesday, December 20, 2016

Minggu akhir cerita 7 Hari Mencintaiku

Sebab nak akhir baru rasa syiok jalan cerita, maka Yui follow serapatnya. Ekekekeke, gituuuu. Kalau tak salah minggu akhir sekarang. Silap-silap harini episod akhir.


Tak sabar nak tengok reaksi Ila si perempuan over gedik. Reaksi mak Khuzairi dan paling penting apa tindakan Khuzairi ( walau dah tahu macam mana pengakhirannya ). Dah tentu Mia mengharapkan kebahagiaan dia bersama suami & anak.


Kadang drama macam ini,
Dalam realiti memang WUJUD!


Yang baik diikuti, yang buruk dijadikan peringatan.






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, December 15, 2016

Pak Samad marah bergegar rumah!

Eh eh ehh, sape plak Pak Samad? Oklah, semalam Yui habaq Yui jarang follow cerita 7 Hari Mencintaiku, tapi di akhir akhir cerita Yui jadi minat sebab semua pakat insaf. Haaaa, kan baik dah gitu.


Apa kena mengena dengan tajuk entry?
Kalau semalam korang tengok, episod di mana Mia balik kampung untuk jenguk anaknya, tapi mak mertua dia larang untuk pegang. Hanya tunjuk dari dalam rumah sahaja. Tak dapat Mia pegang anaknya.


Dipendekkan cerita,
Pak Samad bawa balik Mia untuk menumpang tidur di rumah sebelum Mia berangkat ke luar negara. Kat sinilah watak Pak Samad lebih menjadi tambahan bila dia marah & tegur isterinya. Fuhh, kalau korang perasan, bergegar tau kamera yang fokus Pak Samad. Yelah, dia marah dengan nada & reaksi yang sangat menjadi, dengan rumah papan memanglah macam itu kesannya.


Apa pun,
Watak Pak Samad semalam menjadi trending selepas Buntat!


Nasib baik nak habis dah cerita ini. Hahaha.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, December 13, 2016

Pabila Buntat telah pergi selamanya

Siapa kenal Buntat? Kecoh tau semalam ramai update di Facebook pasal sedih Buntat dah meninggal dunia.


Itulah penangan cerita 7 Hari Mencintaimu yang bersiaran di TV 3 setiap hari Isnin - Khamis jam 6.58 petang. Secara jujur Yui tak mengikuti sangat cerita ini disebabkan tak suka dengan perwatakan yang dibawakan. Menyakitkan hati. Tapi itulah, realitinya mungkin ada.


Buntat tu salah satu watak dalam cerita ini. Macam mana meninggal? Kenapa meninggal? Itu kenalah tengok sendiri ya sebab Yui nak cerita pun, Yui tak berapa ikut. Hahahaha.


Lagi suka baca novel dari cerita yang dah adaptasi macam ini.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, October 25, 2016

Episod Akhir Patahnya Sebelah Sayap

Semalam Yui emo, Yui teriak petang tu. Eh, nantilah cerita kenapa Yui emo. Bila dah emo, bawa ke malam, tak terfikir dah cerita yang kita rajin follow.


Sambil tengok hp, sambil tengok member sebelah. Tiba-tiba dia habaq "Malam ni last episod cerita patahnya sebelah sayap". Fuhhh, nasib dia habaq kalau tak memang nak masuk bilik pejam mata aje. Haaa kan emooo. Hehehe.


10.40 malam dok tengok cerita tu macam lambat lagi nak habis, rupanya ok macam tu rupanya episod akhir. Best juga. Memang geram dengan sikap Amzar tu. Haaa dan secara tak langsung pembalasan untuk sikap jahat mak nya selama ini.


Maka, Alisha berbahagia bersama orang yang jujur dan ikhlas menyayanginya. Alhamdulillah.



Happy ending.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, October 13, 2016

Drama Patahnya Sebelah Sayap di TV3

Jujurlah, Yui jarang nak follow dari awal hingga akhir kalau cerita drama Melayu ni. Tambahan hat jenis jalan cerita lebih kurang aje. Terus malas.


Kalau Korea, ok laju ja nak follow. Contoh cerita Korea sekarang di TV9 pukul 6.30 petang, Secret Hotel.


Eh melencong plak.
Cuma nak habaq, sekarang Yui dan akak-akak rumah layan cerita Patahnya Sebelah Sayap. Yang bersiaran di TV3 Isnin-Rabu jam 10.00 malam. Gigih tau tunggu waktu tu padahal sebelum ini masuk bilik, baring-baring atas tilam pastu zzzzzzz.




Yui tengok pun dah episod ke berapa tapi terus berkenan kat hati. Cerita realiti. Tak macam biasa yang bercinta dengan orang kaya, jadi playboy jadi itu ini bla bla bla.


Setiap kali tengok, setiap kali itula perasaan marah wujud. Hahaha. Emo kan? Ke korang macam tu juga.


Korang layan tak?
Kalau layan kita geng.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, February 16, 2016

Episod akhir Cinta Si Wedding Planner

Oklah korang,
yang mana rasa mengikuti cerita cinta si wedding planner, che' cuma nak habaq harini episod akhir deme. Che' tau pun dari tb. Muehehehehe !!


Last baru aku rajin nak layan bebenor. Memandangkan tak pernah baca novel, mengharapkan cerita tb jela nak tau apa akhirnya.


Tapi cerita melayu, ending tak jauh lari. Sama. Huahua.


Sama pun tapi ku layan gak. Biasa dah.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, January 19, 2016

Cinta Si Wedding Planner

Selalu aku layan running man kat TV 9, lepas itu dah ganti cerita korea yang tak berapa menambat hati aku. aku beralih ke cerita cinta si wedding planner.


Mula-mula tengok biasa je sebab pelakon pun baru-baru kecuali Ady Putra.
Tapi bila sampai part Bazli yang bikin aku emo jee, terus layan cerita ni. Hahahaha!
Kuasa pengaruh melalui drama!


Tengok episod semalam, menggembirakan sebab dah bertunang. Tapi alih-alih Fariz taknak kahwin pula pasal girlfriend lama. Aihh, ni sorang lagi bikin gua emo.


Aku harap aku rajinlah nak tengok pengakhiran. Kalau tak, siaran lain lah jawabnya. Hahahaha! Tolonglah, toksah nak emo bebenor yui oiiiii.


Kan bagus kalau aku lebih hafal atau memahami bahasa Arab. Huuuuuuu.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, November 02, 2015

Drama Hello Mr Perfect!

Ada peminat setia cerita Hello Mr Perfect yang sekarang bersiaran di TV 3? Kalau ada, kita bukan geng. Kuang kuang kuang.


Tak pasti kenapa, aku tak berapa minat cerita itu.


Tambah-tambah bila aku perasan watak 2 orang wanita dalam cerita itu adalah orang yang sama. Betul tak? Ke mata aku je rasa macam tu. Tak dan nak tengok nama pelakon.


Kalau betul orang yang sama, aku rasa memang tak best.
Kenapa tak cari pelakon wanita lain aje? Sampai penonton boleh perasan. Nak kata dalam cerita itu kembar, macam tak logik. Sebab laki tu takde pula duk kata muka bini sekarang sama macam awek lama.


Ehhh, banyak pula aku nak bebel.
Point aku tang watak wanita tu je. Yang lain pun macam tak boleh nak bagi aku semangat nak follow lebih lanjut cerita tu. Maaf, mungkin akan datang lebih baik mutu lakonan mereka.


Aku rasa better baca novel.
Boleh feeling tersendiri & bayang sendiri. Miahahahaha!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, May 14, 2015

EPISOD AKHIR DRAMA HATI PEREMPUAN

Episod akhir drama Hati Perempuan 

Yuhanis bercerai dgn Ku Ril.
Dan berkahwin dengan sepupu Ku Ril iaitu Ku Nyit. 
tabur Ku Nyit kt ayam dan Ku Rang kan sedikit garam 
dan goreng guna Ku Ali

Episod akhir drama Hati Perempuan 
Yuhanis bercerai dgn Ku Ril 
Dan berkahwin dengan sepupu Ku Ril iaitu Ku Nyit 
Dapat anak Ku Rap 

Happy Ending !

Yang bace ni pulok KU Disss 

Ending pada semua peminat cerita hati perempuan

- Sayangnya aku tak layan cerita ini, hahaha -




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^