tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label flower crown. Show all posts
Showing posts with label flower crown. Show all posts

Wednesday, December 17, 2014

Cubaan pertama buat flower crown

Kan hari itu aku tidur rumah bakal pengantin. Dia tahu hobi aku bercraft jadi dikatanya tangan aku kreatif. Fuhh, kreatif sangatlah mak jemah. Benda seni ini hanya hobi aku saja. Huhu.




Bahan semua dah ada. Aku pun mulakan tanpa tengok panduan lain. Konon terus saja buat. Bila dah siap satu, tengok macam ok ja. Macamlah. Hahahahah.


Aku buat setengah sahaja. Tak perlu letak bunga keliling sebab gambar pun nak ambil di bahagian depan saja. Test di kepala ok juga. Jadi, siaplah 9 pcs.


Bahan :
1) Dawai ( sambung jadi bentuk bulat )
2) Gam hijau ( yang selalu ada pada bunga telur )
3) Bunga & daun ( pilih yang kecil )


Itu sahaja bahannya. Yang penting jari jemari yang membentuknya. Harap oklah bila pakai flower crown ini nanti. Aku main hentam saja. Hahahaha.


Nak lagi senang, beli siap. Ada jual di Mr DIY.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^