tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts

Thursday, May 19, 2016

Tips Kecantikan : Scrub dari beras pulut

Ini mak aku yang ajar. Petua orang tua. Memang mudah dan hasilnya memang superb!! Bahan pun biasanya ada kat dapur.




Bahan-bahan :

1) Beras pulut
2) Sedikit air


Sangai beras. Ala yang golek golek atas kuali tanpa minyak sampai kekuningan. Blendkan bagi hancur. Kalau rajin tumbuklah.


Pastu masukkan dalam piring. Campur dengan air sikit. Bila kita nak guna, kita letak tapak tangan terus gosok bahagian badan yang kita nak. Kalau rasa beras tu dah kering, tambahkan lagi air. Macam tu la seterusnya.


Tenyeh tenyeh dan tenyeh sesedap rasa. Yang mana tak biasa, rupa beras tu nanti kehitaman. Tu namanya daki. Hahahahaha.


Cubalah tau. Aku memang suka sebab satu badan aku tenyeh. Belakang badan boleh buat sendiri? Memang taklah. Jadi, maklah yang tenyeh belakang aku. Terbaik habaq hangpa.


Korang kena cuba dan rasai sendiri perbezaannya ok. Lembuuuuuttttttt badan korang.


Mak cakap,
Dia pernah buat sebelum dia nikah dengan abah. Tu pun orang keliling paksa buat. Ehh !




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, April 06, 2016

Kulit flawless dengan skrub tomato



Tak perlu keluar modal mahal-mahal. Hanya guna bahan yang biasa ada dalam rumah aje kan? 


Yui dan mak dah cuba. Memang best
Sebab mak ada masalah jeragat, saja cuba kat dia. Pegang pipi sebelum dan selepas, memang rasa berbeza.


Apa pun kena rajin.
Kalau sekali cuba dah nak nampak flawless, memang berangan la ya nak !




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, February 12, 2016

PETUA HIDUP TENANG

🔔Petua hidup tenang🔔

1. Jangan bandingkan hidup kita dengan orang lain. Kita mungkin tidak tahu bagaimana perjalanan susah senang kehidupan mereka.

2. Jangan berfikiran negatif terhadap benda yang kita tidak boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan pada apa yg kita ada. Tenaga, masa dan wang kita, fokus terhadap benda positif yang mampu kita buat pada masa ini.

3. Tidak berlebihan melakukan apa yang anda tidak mampu buat. Cukuplah setakat yang anda mampu. Jangan terlalu obses.

4. Jangan terlalu beremosi terhadap diri sendiri, jika ada yang perli, senyum kan saja..

5. Jangan bazirkan tenaga dan masa terhadap gosip politik dan gosip liar yang keterlaluan.

6. Berfikir dengan tenang dan positif terhadap masalah dan musibah yg menimpa.

7. Iri hati adalah sia-sia. Harta org bukan rezeki dan hak kita.

8. Jangan ungkit kesilapan pada masa lampau. Lupakan! Ianya akan menghancurkan kegembiraan kita di masa depan..

9. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Sebarkan kasih sayang..

10. Berdamailah dengan diri dan bersyukur dgn apa yg ALLAH telah kurniakan..

11. Tiada siapa yang boleh menggembirakan kita selain dari diri kita sendiri..

12. Ketahuilah bahawa hidup ini ialah seperti sekolah dan kita harus terus belajar. Jangan mudah putus asa dengan masalah.

Sumber : Facebook




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, March 20, 2015

PETUA : Cara mudah untuk kupas bawang

Kalau gotong-royong atau rewang sudah semestinya nak mengupas bawang banyak.
Jika kupas biasa ( ambil dari guni ) mungkin akan mengambil masa lama.


PETUA

Rendam bawang dalam besen yang besar yang dipenuhi air. Lebih lama lebih mudah untuk mengupas. Sama juga jika nak kupas bawang putih. Kulit akan mudah tertanggal.


Itu sahaja. Senangkan?
Aku pasti ramai yang tahu dan tak kurang juga baru tahu. Macam kawan catering.
Dia pun baru tahu! Takpe, kita share ilmu berguna untuk kemudahan bersama.


Selamat mencuba!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, March 12, 2015

PETUA : Elak mata berair ketika kupas banyak bawang

Kita kongsi petua-petua dari mak kita. Turun temurun dari maknya mungkin. Mehmeh.


Ada satu hari, pihak catering minta mak aku kupas bawang dalam 5 guni & bawang putih 1 guni. Kebetulan ketika itu ada mak, aku dan adik perempuan.
Maka kamilah gigih buat ( yang lebih gigih haruslah mak )


Aku tengok mak potong rileks aje takde melampau menitik air mata
Aku?
Cukup 10, dah mula "menangis".
Adik aku, dia pakai spek.


PETUA 1

1) Cucuk bawang pada hujung pisau & teruskan kerja mengupas bawang
( sejauh mana keberkesanan tidak pasti sebab aku tak cuba petua ini )


PETUA 2

1) Makan gula pasir. Meleleh je air mata, cepat ke dapur dan makan gula sesudu kecil.
Biasa buat macam ini tapi bagi diriku tidak berkesan.


PETUA 3

1) Pakai spek mata.
Memandangkan aku tiada spek biasa, aku pakai spek hitam. Hahaha! Mak aku terus cakap, "pelik apa anak dara kupas pakai spek hitam malam-malam." Tak kisahlah mak, asal nampak & kupas dengan baik.


Kesimpulan,
Petua ketiga memang berkesan untuk aku. Lepas saja pakai, tak meleleh dah air mata. Kalau ada pun tidak seteruk sebelumnya. Korang tak percaya? Kenalah cuba sendiri.


Sebenarnya petua ketiga itu dari diri ku sendiri. Hahahaha! Petua moden.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, June 20, 2013

ST 82 # - Petua taknak bagi kucing buang air besar atau air kecil pada tempat tidak sepatutnya

PETUA 

Jika kucing anda suka poo or pee merata-rata, 
letakkan daun limau purut pada tempat yang telah dia "lepaskan". 
InsyaALLAH dia takkan poo or pee dekat tempat itu lagi.


Dah cuba dan berjaya   



Update : Letak sahaja daun itu sehelai / seberapa banyak
anda nak. Tak perlu potong.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^