tentang
banner
tutor
fb
home

Friday, November 07, 2014

16 CPUV dan paling banyak sedang berjalan

Rasanya macam dalam sejarah dah berblog bertahun-tahun, dapat banyak cpuv yang sedang running. Mata yang tengok macam tak percaya. Duk fikir, betulke mak jemah dapat ni? Blog mak jemah ni bukan fofular. Apa pun bersyukur.


Terima kasih kepada para pengiklan dan terima kasih kepada kalian yang sudi isi tabung yang ada. Aku yakin ramai blogger lain yang terima iklan yang banyak sekarang. Rezeki masing-masing. Itulah, dulu aku fikir berblog sekadar suka-suka tapi hakikatnya boleh dijadikan pendapatan sampingan.


Walau sekali cashout tak banyak mana, tapi jadilah boleh cover minyak motor sebulan. Siapa nak bagikan? Dengan zaman sekarang duit ibarat air yang laju mengalir. Mehmehmeh.


Syukur alhamdulillah.


Terima kasih Nuffnang




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, November 06, 2014

Isu buli di sekolah

Sejak kebelakangan ini makin banyak tersebar video budak-budak sekolah membuli sesama mereka. Aku memang tak sanggup nak tengok. Maklumlah aku insan yang lemah. Cepat sedih. Huhu.


Apa yang aku nak sampaikan,


Wahai budak-budak yang kaki buli, kalian harus ingat akan hukum karma. Tak dinafikan kadang gejala negatif sebegini banyak dipengaruhi oleh rakan sebaya. Kemain seronok tengok buli orang, dia pun join sama. Konon kuat! Puiii.


Aku faham perasaan "membara" budak-budak nak up, tapi guna akal juga. Jangan nak over sangat. Mugkin akal masih di lutut sekarang. 


Banyak pihak yang perlu diambil kira bila benda ini terjadi.

1) Keluarga
2) Pihak asrama
3) Pihak sekolah
4) Polis


Selalu orang nak salahkan keluarga saja sebab tak pandai mendidik. Eh, budak sekarang lain ok. Lain sangat. Mak pak dah bagi didikan elok-elok tapi gejala luar lebih hebat. Mak pak kadang dah tension. Penat diaorang.


Apa pun aku harap, si pelaku iaitu pembuli taik ayam dapat dikenalpasti segera. Bagi pengajaran. Bukan setakat motivasi saja, bagi sekali tindakan. 


Kalau jadi kat keluarga aku, tak kisah kategori dibuli atau pembuli, memang aku lempang laju-laju walau darah daging sendiri. Mak pak aku dah wariskan pada aku sebab depa dah berusia. Jangan nak main-main dengan kak long dia, Hahahahaha.








guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Menulis di blog

Memang tabiat aku, aku lebih suka bersuara melalui penulisan. Lebih gemar menulis dari berkata-kata. Bukan apa, pabila aku bersuara terutama perkara melibatkan kemarahan, takut kata-kata aku dianggap sangat serius. Takut ada hati terluka.


Maka, aku menulis. Seperti apa aku lakukan sekarang. 


Oh ya, tak semua entry terutama melibatkan perasaan, adalah 100% perasaan aku sendiri. Kadang, aku suka memerhati keadaan sekeliling. Maka ku tuliskan sebagai kata semangat atau panduan. Buat pedoman untuk diri sendiri.


Dulu, aku suka menulis diari. Ada buku khas. Tapi sekarang dah ditinggalkan. Ku coret di blog walau hakikatnya aku sendiri tak pasti blog ini akan terus kekal atau tidak.


Apa pun, aku enjoy dengan cara penulisan aku sekarang. Seronok menulis di blog.


Aku bukan keyboard warrior ok! Hahaha.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, November 05, 2014

WW 29 [2014] - Gelagat anak dara Lela & Kiut



Sudah confirm takde susu tapi still nak!
Lela redha diperlakukan sebegitu






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^