tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Thursday, November 17, 2016

Keputusan UPSR 2016 diumumkan hari ini

Dah tengok berita? Dah dengar radio? Semua sedia maklum hari ini merupakan hari keputusan UPSR 2016 diumumkan.


Bercerita bab UPSR 2016,
Seingat Yui ada seorang sepupu lelaki ambil. Heeeee, good luck ya Haikal!


Mengenangkan UPSR Yui tahun 2000,
Yui dulu tak berapa pandai sebab banyak main. Hahaha. Walaupun pengawas sekolah, otak tu tak cerdik mana. Tahu jaga displin pelajar-pelajar lain aje. Cewaaaaaah.


Dulu dapat 2A 2B 1C
Bila kenangkan zaman sekolah rendah, rasa nak balik semula pada zaman itu. Boleh main lompat getah, main betulkan tudung siap buh pelapik kat dalam tudung, boleh tenyeh hingus kat hujung tudung kalau tak jumpa tisu. Miahahaha.


Semua itu kenangan.


Untuk korang adik-adik UPSR,
Apa saja keputusan, jangan putus asa kerana rezeki korang tetap ada. InshaaALLAH.



semak melalui SMS

UPSR Jarak (Nombor Giliran) 
dan hantar ke nombor 15888

Bermula jam 10.00 pagi




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, November 01, 2016

November 2016 : Harga petrol naik 15 sen

Laaa ni asal nak masuk bulan baru aje, ramai dah terfikir naik atau turun minyak. Maka untuk November 2016, harga petrol NAIK ya.


Macam biasalah,
Bila ada ura kenaikan, ramai akan berpusu dan sanggup menunggu panjang untuk isi minyak. Bagi Yui, tak mengapa. Itu cara mereka untuk berjimat. Zaman sekarang ni, selagi apa mampu kita jimat, kita jimat.


Tapi bagi yui,
bab makan minum Yui saja yang tak kisah murah atau mahal. Bab lain inshaALLAH cut selagi boleh. Heeeee.


Kita biasanya nampak "kesenangan" orang sahaja, tapi kita jarang nampak "kesusahan" mereka. Siapa kita untuk judge berdasarkan luaran semata?





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, August 09, 2016

ISU POKEMON GO

Wahhh kemain cerita pasal pokemon go je berlambak di sana sini. 
Tapi sayangnya aku takde nak ambil tahu sangat. Hahaha.


Orang kata game ini melalaikan?
Lalai kalau tak pandai handle
Tersasar kalau salah niat.


Mufti larang?
Mesti bersebab. Orang je yang suka sangkalkan pendapat orang yang lebih berilmu. 
Dunia akhir zaman orang kata.


Cara aku mudah aje.
Tak ok jangan ikut. Dah nasihat, cuba dengar. 


Apa pun,
dalam hp aku takde langsung game, sekian.
Ekekekke.






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, April 16, 2016

KESAN BURUK MENENGKING ANAK



Yang mengalami lebih mengerti
Setiap perkara ada batasnya




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, March 15, 2016

Pengantin tipu hantaran kahwin

Bila baca berita macam ni, ada pelbagai yang terdetik di fikiran.


Antaranya :
Kos sara hidup semakin tinggi
Sukar mendapat pekerjaan tambahan
Hantaran yang diletak melebih keupayaan





Walau sesusah mana sekalipun, jangan sesekali perlu "menipu" untuk mendapatkan sesuatu. Tambahan melanggar apa yang diperintah ALLAH!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, February 20, 2016

TIPS KESELAMATAN KANAK-KANAK KETIKA MENGGUNAKAN ESKALATOR



Sumber : FB




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, February 11, 2016

FAKTA TENTANG VIRUS ZIKA



Sumber : Blog




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, February 05, 2016

Akim & Stacy sah bergelar suami isteri

Alhamdulillah, tahniah. Sebuah lagi masjid berjaya didirikan. Stacy sah bergelar isteri kepada Akim dengan dua kali lafaz. Tak kisah berapa kali pun kan, asalkan dah halal =)




Sekali pandang tak kenal orangnya, hehehe




Tahniah sekali lagi. Moga masjid dibina dirahmati dan berkekalan hingga jannah, Sama-sama bertolak ansur itu yang penting kan. Eceeeh, macam diri sendiri dah kahwin. Heheheh.


Sumber gambar : Beautifulnara




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, February 03, 2016

Mukhriz Mahathir letak jawatan sebagai MB Kedah

Desas desus dunia politik bukan aku tak ambil kira tapi rasa "annonying" tambah-tambah kalau kita rakyat marhen pun nampak dan terasa kita ditindas sedikit demi sedikit.


Berita terkini


=====================================


ALOR SETAR – Setelah berlarutan hampir dua minggu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada Rabu mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Besar Kedah yang ke-11 berkuat kuasa serta-merta.
Mengumumkan perkara itu dalam sidang media di Wisma Darul Aman di sini, Mukhriz berkata beliau dimaklumkan telah kehilangan sokongan majoriti ahli di Dewan Undangan Negeri Kedah.
“Saya dimaklumkan saya hilang sokongan majoriti oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah semalam (Selasa),” kata beliau kepada pemberita.
Beliau malah turut mengumumkan peletakan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) secara rasmi berkuat kuasa serta-merta.
Mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri Kedah yang kebiasaannya diadakan pada setiap Rabu turut dibatalkan.
Mukhriz turut mengumumkan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri yang juga ADUN Bakar Bata, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah bakal dilantik sebagai Menteri Besar ke-12.
Beliau bagaimanapun menyerahkan kepada Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memutuskan jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah.
Mukhriz yang dilantik sebagai pengerusi yang mengambil alih daripada Ahmad Bashah turut menyatakan kesetiaan kepada UMNO walaupun tidak lagi memegang apa-apa jawatan.
Sementara itu portal AgendaDaily melaporkan, dalam kalangan ADUN BN sendiri telah mengadakan mesyuarat tertutup di sebuah hotel di Alor Setar pada Selasa malam.
Mesyuarat tersebut dikatakan ada kaitan dengan persiapan BN negeri Jelapang Padi itu menjelang perubahan pucuk pimpinan Kedah pada Khamis. 
Sumber : SINI
======================================
Bertabahlah, setiap perbuatan pasti ada balasannya. Ini semua mainan dunia !



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, January 16, 2016

Jadi Macam Shasha : Tengok Running Man



Yang baik jadikan pedoman
Yang buruk kita jauhkan





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, January 15, 2016

Menyusu zaman dulu vs sekarang




Apa pun jaga adab
Itu yang penting
Sama-sama kita beringat




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, January 08, 2016

Cerita blogger Emas Putih vs Fizo Mawar Kitchen

Mula-mula taknaklah ulas or cerita kat blog ini tapi bila membabitkan blogger, sedikit sebanyak tempias kena kat hakak juga. Hahahaha.


Jujur hakak tak tau kewujudan restoran fizomawar ke apa namanya tu. Sampai antara blogger famous, Emas Putih atau dikenali Uzu buat review pengalamannya di sana.




Aku baca entry berkenaan dan aku juga bersetuju kalau berada di situasinya. Terutama bab menu yang letak nama pelik-pelik ( haruslah biar orang yang nak rasa itu faham ). Kalau pekerja ramai dan sanggup melayan satu persatu pertanyaan pelanggan, takpe juga.


Okay okay,
Lepas deme tau pasal blogger review, deme minta maaf. Tapi kan tapi bila aku baca ayat minta maaf tu macam tak berapa nak ikhlas. Korang boleh baca sendiri & tafsirkan sendiri. Ada nada berbunyi seperti taknak mengaku kesilapan.




Secara ringkas,
Orang yang berjaya akan menerima segala kritikan untuk penambahbaikan. Orang bukan hentam tapi bagitahu kenyataan betul. Takkan benda bohong tapi nak juga jadikan benar. Itu dah kira menipu kan?


Uzu, Yui tetap sokong anda!
Apa pun, good luck lah Fizo!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, December 31, 2015

Isu 3 kerja untuk seorang

Mesti korang dah baca viral yang tengah hot sekarang kan? Ala yang 3 kerja dalam satu masa atau erti kata buat lebih dari 1 kerja!


Tapi kan tapi tauuuu.
Kerja yang dinyatakan tak rasa macam kerja pun. Macam lebih kepada pegang jawatan semata. Haaaaa, padahal orang bawah yang tungkus lumus buat kerjakan? Lalalala. Aih kang cakap lebih ada pula yang bangkang.


Malas celoteh lebih, cuma nak habaq meh kita buat lebih dari satu kerja. Tingkatkan ekonomi hidup yang semakin parah!


Apa pun, surirumah adalah kerja terbaik. Banyak kerja dalam satu masa!
Tengok mak aku saja dah cukup. Kesian dia. Gigih sebagai seorang isteri & ibu terbaik buat kami.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, August 29, 2015

Bayi digelar monyet

Kecoh di FB pasal post seekor monyet eh manusia yang duk update pasal bayi.
Dikatanya bayi itu monyet. Eh eh eh, ko pehal dik?


Kau pengasuhkan?
Mana mai otak duk kalut macam budak terencat akal update macam itu? Itu kerja kau dik non. Sekarang orang suka sangat post benda tak senonoh, senang aje nak label orang lain macam itu.
Zaman canggih tapi kalau "otak" terlebih canggih pun bermasalah juga.


Malas aku letak gambar, kesian dekat bayi itu.
Sabar dik, bila ko besar nanti, mana tau orang duk gelar hang tu dah tua tak berupaya, biar dia rasa pula apa orang kata bila jaga dia nanti. Dia ingat senang kot.


Agaknya pasal benda macam inilah yang jadi menyebabkan budak tersedak susu, terjatuh, di dera. Pasai apa? Pasai otak pengasuh tak berapa nak elok. Bukan semua ya. Sape makan cili dia terasa pedasnya.


Aku yang belum kahwin, belum anak pun terkesan dengan kata-kata melampaunya!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, July 29, 2015

Senarai penuh Kabinet baru 2015

PERDANA MENTERI 
Datuk Seri Najib Razak 

TIMBALAN PERDANA MENTERI 
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

MENTERI KEWANGAN: 

Datuk Seri Najib Razak 

MENTERI KEWANGAN II: 
Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah 

Timbalan Menteri: 
1. Datuk Chua Tee Yong 
2. Datuk Johari Abdul Ghani 

MENTERI PERTAHANAN 
Datuk Seri Hishammuddin Hussein 
Timbalan Menteri: 
1. Datuk Mohd Johari Baharum 

MENTERI DALAM NEGERI 
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi 

Timbalan Menteri: 
1. Datuk Nur Jazlan Mohamed 
2. Masir Anak Kujat 

MENTERI LUAR NEGERI 
Datuk Seri Anifah Aman 
Timbalan Menteri 
1. Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican 

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI 
Datuk Seri Mustapa Mohamed 

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri 2 
Datuk Seri Ong Ka Chuan 

Timbalan Menteri: 
1. Datuk Ahmad Maslan 
2. Senator Datuk Lee Chee Leong 

MENTERI KESIHATAN 
Datuk Seri Dr S.Subramanian 
Timbalan Menteri 
1. Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya 

MENTERI PENDIDIKAN: 
Datuk Seri Mahdzir Khalid 
Timbalan Menteri: 
1. P.Kamalanathan 
2. Chong Sin Woon (Senator)

MENTERI PENGAJIAN TINGGI 
Datuk Seri Idris Jusoh 
Timbalan Menteri: 
1. Datuk Mary Yap Ken Jin 

MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN 
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz Timbalan Menteri: 
1. Datuk Mas Ermieyati Samsudin 

MENTERI PENGANGKUTAN 
Datuk Seri Liow Tiong Lai 
Timbalan Menteri: 
1. Datuk Abdul Aziz Kaprawi 

MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI: 
Datuk Amar Douglas Unggah Embas 
Timbalan Menteri: Datuk Noriah Kasnon 

MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 
Senator Datuk Seri Salleh Said Keruak Timbalan Menteri: 
1. Datuk Jailani Johari 

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR: 
Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili Timbalan Menteri: 
1. Datuk Seri Dr James Dawos Mamit 

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH: 
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Timbalan Menteri: 
1. Datuk Alexander Nanta Linggi 
2. Datuk Ahmad Jazlan Yaakub 

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI: 
Datuk Wilfred Madius Tangau 
Timbalan Menteri: 
1. Datuk Dr Abu Bakar Diah 

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR: 
Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar Timbalan Menteri: 
1. Datuk Ir Hamim Samuri 

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI: 
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek 
Timbalan Menteri: 
1. Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman 

MENTERI KERJA RAYA: 
Datuk Seri Fadillah Yusof 
Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Rashid Shirlin 

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN: 
Datuk Hamzah Zainuddin 
Timbalan Menteri: Senator Datuk Paduka Ahmad Bashah Hanipah 

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA KELUARGA DAN MASYARAKAT 
Datuk Seri Rohani Abdul Karim 
Timbalan Menteri 
1. Datuk Azizah Mohd Dun 
2. Senator Datuk Chew Mei Fun 

MENTERI SUMBER MANUSIA 
Datuk Seri Richard Riot Anak Jaem 
Timbalan Menteri 
1. Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib 

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN 
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor 
Timbalan Menteri 
1. Datuk loga Bala Mohan 

MENTERI BELIA DAN SUKAN 
Khairy Jamaluddin 
Timbalan Menteri 
1. Datuk M Saravanan 

MENTERI JABATAN PERDANA MENTERI 
1. Datuk Seri Azalina Othman Said 
2. Nancy Shukri 
3. Senator Datuk Seri Wahid Omar 
4. Datuk Wee Ka Siong 
5. Datuk Seri Jamil Khir Baharom 
6. Senator Datuk Seri Idris Jala 
7. Tan Sri Joseph Kurup 
8. Datuk Joseph Entulu Belaun 
9. Datuk Seri Shahidan Kassim 
10. Senator Paul Low Seng Kuan 
11. Datuk Mah Siew Keong 

Timbalan Menteri 
1. Datuk Razali Ibrahim 
2. Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

--------------------------------------------------------------------------------

Terkejut dengan pengumuman sebegini. Moga yang dilantik & berada di barisan atas ini akan lebih membela rakyat marhaen seperti kami dan bukan untuk cuba "menindas" atau menyusahkan rakyat.


Sila hafal senarai penuh kabinet ini andai anda bakal terlibat dengan interview kerajaan.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, July 03, 2015

Yang mana satu bersifat kebinatangan?



Teringat kisah penderaan adik Yaya oleh ibu tiri & bapa kandung. Tak terbayang keseksaan yang dialami anak kecil itu.


Tengok keadaannya, buat air mata mengalir.
Sanggup manusia yang ada akal fikiran mendera seteruk itu?
Kalau iya pun sebagai pengajaran, ada batasnya untuk memukul.


Aku takde anak [ sebab belum kahwin ]
Tapi aku terkesan dengan cara mak bapa yang "menyeksa" anak dengan tidak menggunakan akal.


Bertabahlah adik Yaya!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, July 01, 2015

Hadiah sempena Julai 2015

Minyak naik lagi
Itulah hadiah di bulan Julai 2015


Tahniah semua sebab dapat "hadiah" ini
Syukur dan redha


Tak suka, pindah planet lain
Miahahaha
*ini kelakar!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, May 27, 2015

CONTOH BARANG KEMAS PALSU

Entry ini bukan untuk menakut-nakutkan  pembeli tapi 
sebagai langkah berjaga-jaga.


Selidik dulu latar belakang penjual emas terutama yang melibatkan online
Bandingkan harga dengan harga semasa ( setiap negeri berbeza )
Ambil nasihat orang yang lebih arif
Buat keputusan dengan bijak




Ini contoh loket palsu. Emas palsu biasanya boleh kita jangka dengan fizikal tapi tak semua. Ada juga yang tidak dapat dikesan oleh ujian densimeter. Jadi kita perlu guna secara manual.


Sekarang, kecanggihan terlampau banyak sehingga emas palsu sukar dikesan.
Bila dikorek/dibuka, boleh dapati tungsten dan magnet didalamnya.
Luar disaluti emas.


Jadi, berhati-hati.
Ambil langkah, beli barang terus cuba ke arrahnu/pajak gadai untuk dinilaikan.


Banyak lagi contoh barang palsu yang dapat dikesan. Sebab itu tak semua barang akan diterima untuk gadai. Risiko!








guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, May 21, 2015

GEJALA PEMBUANGAN BAYI YANG SEMAKIN MELAMPAU!

Aku tak pastilah, ada musim ke atau kebetulan. Satu persatu kes melibatkan bayi.
Samaada dibuang atau didera. Apalah sikap manusia sekarang.


Yang paling kejam, bayi dikerat 15!
Syaitan bertopengkan manusia manalah yang buat perkara kejam sebegitu. Tergamak potong! Kau ingat itu ayam? Senang hati buat. Takde perasaanke?


Kejadian terbaru, gadis yang berpura terdengar tangisan bayi
Padahal baru lepas beranak. Pelik aku, orang-orang macam ini memang senang beranak sampai tak kisah apa jadi lepas itu. Tak rasa sakit ya?


Ini yang kes kita nampak dan tersebar.
Yang tak tahu? Mungkin ada yang lagi kejam.


Orang yang tiada anak, tak putus berdoa.
Tapi mereka senang-senang buang/bunuh anak yang tidak berdosa.
Macam-macam sekarang. Moga ALLAH bukakan hati.
Yang sedang berusaha, teruskan berdoa. InshaaALLAH ada rezeki kalian




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, May 19, 2015

VIDEO BAYI DILAMBUNG IBU MUDA MENGUNDANG KEMARAHAN

Siapa yang tak marah bila saksikan video macam itu?
Tak marah? Takde perasaan! Sekurangnya sedikit pun akan rasa.
Semalam aku nampak sedikit saja video mengenai penderaan kepada seorang bayi comel disyaki oleh ibu sendiri di berita.


Hari ini, tengok video berkenaan tapi tak habis,
ALLAH, tak sampai hati!
Kenapa nak aniaya bayi yang masih tidak mengerti apa-apa?


Kalau ya pun ada masalah dengan laki or sesiapa, jangan nak lepaskan kepada orang lain
Dapat info ibu yang bersifat "kebinatangan" ini masih muda
Geram dan marah bila mengetahui suaminya ada perempuan lain


Yang paling penting, orang Ipoh
Siapa yang komen maki dia di fb, dia block
Tengah malam semalam cari akaun fb, dah tak jumpa


Hai, dekat benar je ni
Kalaulah aku nampak, nak saja aku lempang dan lambungkan dia macam mana dia buat pada anaknya.
Mana sifat seorang ibu?


Macam-macam zaman sekarang
Mungkin ini salah satu sebab kenapa ramai tak galak kahwin TERLALU MUDA
Pokok pangkal hati sendiri tak kisah tua muda.
Guna akal!


Kesian kamu nak, moga bila kamu besar, kamu tidak ternampak video itu.
Tak sanggup nak share video, sayu.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^