Monday, March 31, 2014

Perjumpaan mengejut pertama di tahun 2014

Perjumpaan secara mengejut. Tanpa dirancang. Jadi tak jadi. Boleh dikatakan dengan tiba-tiba. Buat kali pertama di tahun 2014, kami berjumpa. 


Aktiviti kami, pergi Angsana Mall Ipoh & Jaya Jusco. Aktiviti tak seperti selalu sebab jumpa pun lewat. Masa tidak mengizinkan. Makan pun sekali. Selalunya 2 kali.





Berbulan-bulan baru nak berjumpa. Walau kami satu negeri tapi banyak perkara membataskan kami.


Entry ini lebih kepada peringatan/kenangan aku bersama. Walau inshaaALLAH boleh jelas ingat di fikiran tapi kita tak tahu keadaan masa datang bagaimana. Kita mengharapkan yang terbaik untuk semua.


Doakan kami.




Maksud tersembunyi di sebalik gambar



Berdasarkan gambar di atas, 
apa yang anda dapat rungkaikan?


Aku senyum tengok gambar ini
=___=




Sunday, March 30, 2014

SHAKE N TAKE (DOUBLE BOTTLE) [mudah&senang]


Digunakan untuk membuat jus dan Ice blanded
Lebih mudah dan cepat 

hanya masukkan buah-buahan atau Ice dan serbuk perisa kedalam botol Shake n take
kemudian kisar dan boleh terus diminum menggunakan botol itu sendiri
Senang dibawa kemana sahaja


Mudahkan jadi tunggu apa lagi??
DAPATKAN SEGERA..


Set mengandungi:-
1 x blander
2 x botol ShakeR
1 x manual book





RM 70 SM, RM 80 SS
Termasuk poslaju



Untuk belian borong
6 pcs ke atas
Boleh tanya saudara mara, kawan-kawan
Lebih jimat 
=___=


Jika berminat, boleh terus PM
page fb Nurul Yui Collection
atau
SMS Yui 019-2331810


READY STOCK

Friday, March 28, 2014

RESEPI MUDAH : Jus/Ice Blend Anggur

Nak sediakan jus/ice blend dengan cara mudah? Tak mahu guna blender cabai bawang tu semua? Memang tak sesuai kalau letak buah melainkan ada blender khas. Berbau oiii. Jom kita guna shake n take.


Jom aku share resepi mudah untuk minuman. Aku guna shake n take { yes, aku jual! }.




Bahan-bahan

1) 6 biji anggur ( dibuang biji )
2) 10 kiub kecil ais
3) 1/2 cawan yogurt
4) 1 cawan air ( tak letak air jadi ice blend )


Cara-cara

1) Masukkan semua bahan dalam botol shaker 
2) Blendkan hingga sebati
3) Tonggeng shaker dan nikmati jus anda


Boleh juga buat buah lain. Ikut kreativiti anda. Paling best, blend epal hijau sebiji & batang saderi. Perghh! Nikmat.


Nak dapatkan shake n take dengan harga berpatutan? { rujuk entry ini }.





5 in 1 Diaper Bag [ microfiber nylon ]




5 IN 1 DIAPER BAG 

1set ada 5 item :


1 large diaper bag ( 40cm x 14cm x 28cm )
1 small diaper bag ( 30cm x 10cm x 25cm )
1 food bag ( 13cm x 11.5cm x 6.5cm )
1 bottle bag ( 18cm x 8cm )
1 changing pas ( 31cm x 53cm )


Material - Microfiber Nylon

* Sesuai dijadikan hadiah

* Sesuai untuk kegunaan sendiri
* Boleh jadi beg makeup


RM 75 SM RM 85 SS
Harga termasuk poslaju



Berminat? 
Boleh hubungi nombor tertera seperti di atas
=____=






Thursday, March 27, 2014

Set Pisau Kitchen King 6 pcs



- SET PISAU YANG CANTIK DAN TAJAM -


✔ Sangat Cantik 
✔ Tajam
✔ Corak menarik
✔ Didatangkan dengan kotak yang cantik
✔ Sesuai dijadikan hadiah perkahwinan
✔ Sesuai untuk kegunaan harian


RM 65 UNTUK SEMENANJUNG
RM 70 UNTUK SABAH SARAWAK


HARGA TERMASUK POSLAJU


TERDAPAT 3 WARNA UNTUK DIPILIH 

( MERAH, HIJAU, UNGU )


HARGA BORONG UNTUK 6 SET SILA TERUS PM YUI ( HARGA TERBAIK )

TERIMA KASIH 



- Nak dapatkan dengan harga promosi hingga hujung bulan Mac? 
Klik { sini } -




ST 9 [2014] - Mulut

Mulut tempayan mudah dibuka
Mulut manusia gemar bersuara


Mulut tempayan mudah ditutup
Mulut manusia payah "dibisukan"






Majlis pertunangan sahabat baik

Alhamdulillah salah seorang sahabat baik sejak belajar di PUO telah selamat menjadi tunangan orang pada hari Ahad 23/3/2014. Majlis berjalan lancar. 




Dalam gambar ada 5 orang belum terikat. No 4 dari kiri akan bertunang bulan hadapan. Yang bertunang bakal menamatkan zaman bujang hujung tahun ini sama seperti no 7.


Tahniah sahabat. Moga menjadi tunangan yang baik & urusan seterusnya dipermudahkan.


Daku tumpang bahagia melihat kawan-kawan bahagia.


* Gambar banyak tapi up satu untuk tatapan blog



Tuesday, March 25, 2014

Penerbangan MH370 disahkan berakhir di kawasan selatan Lautan Hindi

Sayu hati apabila menerima berita pengumuman dari Perdana Menteri kita malam tadi. Bergenang air mata saat berita itu disampaikan. Tak terduga akan berlaku pengakhiran sebegini.


Apabila kejadian sebegini terjadi, akal mula terfikir


Apakah perasaan keluarga mangsa?
Kuatkah mereka?


Paling menyakitkan hati masih ada segelintir manusia yang "mempermainkan" kejadian yang berlaku. Cuba letakkan diri anda dalam situasi keluarga mangsa. Berkata atau menaip perlulah ada batasnya. Jangan sampai mengguris perasaan orang lain dalam diam.


Kita sebagai rakyat yang prihatin, doakan kesejahteraan keluarga mangsa. Kuatkan mereka andai kita juga salah seorang rakan kepada mereka.


Walau pengakhiran tidak seperti diharapkan tapi kita perlu redha dengan setiap yang terjadi. ALLAH lebih mengetahui kebenaran setiap detik perjalanan yang terjadi.


Al-Fatihah buat mangsa beragama Islam dan salam takziah buat yang lain.


Moga bukti-bukti kukuh ditemui segera.




Aktiviti cuti semalam

Hari minggu pergi Kuala Lumpur. Alhamdulilah selamat pergi dan selamat kembali. Semalam pula aku awal-awal dah apply AL. Dengan tujuan kalau penat tak pergi kerja, kalau rajin pergi kerja. Huhu. 


Akhirnya aku pun MALAS. So bercutilah semalam. Jadi aktiviti aku duduk di rumah, pergi membeli barang rumah, pergi Veterinar bawa 4 ekor kucing & santai di rumah.


Nampak macam aktiviti biasa tapi penat juga. Kalau aku rajin nanti aku upload gambar pertunangan salah seorang sahabat baik. InshaaALLAH.


* Al-Fatihah dan salam takziah untuk MH370

Monday, March 24, 2014

Sudu khas untuk mereka yang berdiet



Kot ya on diet, takkanlah sampai guna sudu macam ini kan? Atau mungkin digunakan sebagai "peringatan" jangan makan melebihi apa yang perlu. Muahahaha!


Diet biar berpada jangan sampai kesihatan terjejas.


Gambar sumber dari google.



Saturday, March 22, 2014

Cik blog sibuk

Hari ini akan bergerak ke KL. InshaaALLAH esok akan balik semula ke Perak. Maka secara tak langsung blog akan sedikit terabai tapi tetap akan dicover juga nanti.


Kepada yang singgah sini, nanti cik blog kunjung balas ya. 


Doakan urusan daku dan sahabatku yang bakal bertunang berjalan lancar. Aminn.


Entry sekadar untuk memaklumkan.




Friday, March 21, 2014

Senaman ringkas : Plank

Lagi satu jenis workout mudah yang aku suka buat. Suka buat tapi jarang lakukan. Ada tak istilah macam itu? Muehehe.




Boleh tahan juga buat macam ini. Sit up saja yang masih lemah longlai. Squat, lompat bintang, skipping memang rajinlah sikit.


Nak pergi gym takde nak teman, maka kita buat aktiviti macam ini dalam rumah sudah. Janji ada hasil, alhamdulillah.





Tips untuk membeli kucing

Sebenarnya lama dah ditanya tapi baru sekarang aku ada masa. Maafkan saya ya untuk yang bertanya. 



Jujur, kucing-kucing yang ada di rumah hanya 2 ekor sahaja yang pernah dibeli. Yang lain semuanya hasil pembiakan tanpa dikawal. Huhu. Yang dibeli ialah Shinchan & Lela.


Tips mudah atau ringkas dariku :

1) Pastikan mengenali atau memahami jenis kucing yang ingin dibela ( jenis/kategori kucing )
2) Bandingkan harga dijual dengan pet shop lain 
3) Lihat keadaan keseluruhan kucing itu 
4) Dapatkan maklumat asas dari mereka yang lebih berpengalaman


Itu tips mudah atau paling ringkas aku dapat kongsikan. Macam aku sendiri, pernah beli kucing sebab rasa KESIAN. Kesian tengok keadaan dia. Bila kita pegang, dia manja dengan kita & automatik buat aku suka dan dapatkannya. Ini kes Shinchan.


Macam kes Lela, aku beli sebab tengok keadaan dia tak berapa ok. Telinga penuh dengan tahi. Kotor. Jadi aku kesian dan aku beli. Walhal adik beradik lain ada, sayu hati tapi duit bukan banyak nak beli semua.


Bagi mereka yang nak membela binatang, sekurangnya kasih sayang & kebajikan itu ada. Itu semua untuk kebaikan bersama.


Percaya atau tidak, kalau kita ambil stray cat dan jaganya dengan baik, inshaaALLAH akan comel. Tapi masing-masing ada citarasakan? Kalau mampu boleh bela kucing parsi yang memang banyak bulu kembang.


Pengalaman aku, kucing biasa lebih kuat daya tahanan dari kucing parsi. Seperti Eton Junior.


Moga rezeki anda lebih murah dengan membela makluk ALLAH ini. InshaaALLAH.




Thursday, March 20, 2014

Guna perkhidmatan KTMB untuk ke Kuala Lumpur

Awal bulan lepas dah ke KL untuk hadirkan diri ke majlis perkahwinan rakan sekelas sewaktu belajar di PUO. Minggu ini inshaaALLAH akan pergi lagi tapi kali ini untuk majlis pertunangan salah seorang sahabat baik.


Apa yang nak ditekankan dalam entry kali ini, jenis pengangkutan awam yang bakal digunakan. Kali ini nak guna KTMB. Mungkin train biasa atau ETS.


Kenapa tak naik bas? Sebab mak aku mula risau ditambahkan kejadian bas terbabas masuk dalam gaung. Jenis bas itu yang aku gunakan sewaktu aku pulang dari KL yang lalu. Jadi sebagai orang tua, dia risaukan anak sulung dia ini.


Maka aku sebagai seorang anak, terus bagitahu kali ini akan naik KTMB. InshaaALLAH dan moga buatkan hati seorang ibu lebih tenang.


Walau kita tahu kemalangan ada di mana-mana tapi lebih baik kita ikut kata hati orang tua kan? Yang aku pasti, dia nakkan yang terbaik untuk anak-anaknya.


Ok mak, Yui naik KTMB kali ini ok? Mak jangan risau. InshaALLAH takde apa-apa.


* Eceh, aku taip panjang-panjang, macam mak aku buka blog plak kan? Tapi sekurangnya aku dah sampaikan isi hati aku padanya. Macam pelik je? Huhu.



ST 8 [2014] - Perasaan itu

Perasaan itu ada
Perasaan itu sentiada dirasa
Perasaan itu tidak berubah
Perasaan itu sentiasa di damba


Perasaan sekarang
Berbelah bahagi



Wednesday, March 19, 2014

Cerita Korea : The Great Doctor

Aku akan buka channel 8TV andai cerita korea ditayangkan menarik perhatian aku. Sekarang cerita yang bersiaran The Great Doctor.




Mengisahkan seorang doktor ( tak pasti dah rasmi or masih praktikal ) yang dibawa masuk ke zaman dahulu kala oleh seorang pahlawan Choi Yong. Doktor itu dianggap sebagai tabib ajaib yang datang dari langit.


Dengan raja yang masih kurang berkuasa, ada pihak yang ingin memberontak. Apa yang buat aku tertarik disebabkan cerita ini berkisah zaman dulu dan zaman kini. Sekarang dah hampir masuk episod 20. 


Nak tahu lanjut, bolehlah tengok cerita ini di 8TV setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula 8.30 malam. Kalau terlepas pun takpe sebab boleh tengok online. Ye dak?


Aku tak kenal para pelakon kecuali yang lelaki tu. Lee Min Ho eh? Minat sangat tu tidak tapi suka tengok lakonan cerita korea. Best! 


Entry bukan review tapi nak bagitahu aku sedang layan cerita ini sekarang. Hihi.





Tuesday, March 18, 2014

Entry dulu vs entry kini

Entry dulu

1) Ayat banyak singkatan
2) Terlalu berkisah peribadi
3) Gosip artis


Entry kini

1) Ayat penuh tapi masih ada perkataan mudah digunakan
2) Bercerita secara umum
3) Banyak bercerita tentang perasaan


Dulu vs kini memang nampak perbezaan. Kadang terasa ketara. Kadang terasa biasa. Banyak juga bermonolog dalaman. Bermain dengan perasaan.


Matang sikit kot sekarang. Huhu. Hmm matanglah sangat!




Barang kemas 916 terpakai untuk dijual

Minat kumpul emas tapi tiada tunai? Minat kumpul emas tapi nak bayar secara ansuran? Tak kisah emas baru atau emas lama? Okay, daku ada juga jual barang kemas terpakai. Yang mana available akan dimaklumkan dari masa ke semasa.




RANTAI LEHER : Berat 3.30 gram

CINCIN : Berat 3.31 gram Saiz 14


Kalau beli barang kemas 916 baru. harga kedai semasa sekarang lingkungan RM 151/gram belum masuk upah. Jika beli barang kemas terpakai, haruslah lebih murah sikit dari yang baru.


Untuk harga terpakai bagi gambar di atas, RM 136/gram. Nett. Daku benarkan bayaran maksimum 2 kali tanpa perubahan harga. Sangat disarankan untuk orang berdekatan sebab senang COD. Kalau nak pos boleh tapi atas tanggungjawab sendiri { inshaaALLAH setakat ini tiada masalah }.


Berminat? Boleh terus PM di FB Nurul Yui. Kita bincang lanjut di sana. 


* Item akan dicuci & semestinya dapat di tangan anda, berkilat seperti baru =)


Harga emas sudah menunjukkan peningkatan
Jadi, keputusan di tangan anda






Monday, March 17, 2014

Hujan rahmat membasahi bumi

Alhamdulillah sejak kelmarin hujan sudah mula turun. Pagi ini merempit ke tempat kerja ditemani hujan. Seronok pula rasa sebab lama tidak mengalaminya. Sungguh rindu bau hujan. Eh ada bau ke?


Hujan yang lama dinantikan. Hujan yang sangat diharapkan. Agar membasahi tumbuhan yang semakin kekuningan.


Bersyukurlah kita dengan apa yang dikurniakan. Sedarlah kita dengan musibah yang satu persatu ditunjukkan. Moga ALLAH permudahkan segalanya. Aminn.


Doakan untuk MH370.







Sunday, March 16, 2014

Tiada entry khusus untuk dipaparkan

Hari minggu kali ini, tiada entry khusus untuk aku publishkan di blog. Aku pun tak berapa pasti kenapa tiada autopublish dibuat.


Tapi yang pasti salah satu sebabnya ada kerja aku yang banyak buat masa ini. Ditambahkan lagi dengan sakit hati dengan perkhidmatan poslaju. Sampai 2 orang pelanggan aku masih tidak terima parcel walau dah hampir seminggu.


Pertama kali berlaku sebegini setelah hampir 2 tahun berniaga.


Macam-macam berlaku minggu ini. Mungkin ALLAH tengah uji diri aku. Kuatkan aku ya ALLAH.

Friday, March 14, 2014

RESEPI MUDAH : Aiskrim Coklat Buatan Sendiri

Kalau sedang berdiet atkins tambah-tambah time induction, lepas itu teringin bebenor nak menelan aiskrim, nahhh ini resepinya. Bolehlah buat lepas gian nak telan magnum, walls, nestle sementara tengah diet.




BAHAN-BAHAN

1) 1 biji telur
2) 1 kotak whipping cream ( kotak kecil )
3) Sedikit esen vanila
4) 1 sudu serbuk koko ( vanhouten [cari rendah carb] ) ( jangan lebih nanti pahit )
5) 1/4 cawan air sejuk
6) 3 paket splenda atau 1 titik stevia ( pengganti gula ) - Tak letak pun tidak mengapa


CARA-CARA

1) Putar telur terlebih dahulu
2) Masukkan bahan-bahan lain
3) Putar hingga sebati
4) Masukkan dalam bekas dan sejukkan


Rasa aiskrim ini? Pekat dan terasa creamy whiping cream. Serbuk koko jangan terlebih takut jadi pahit ok. Masuk ikut sukatan yang seadanya.


Aiskrim ini semua orang boleh makan. Tidak terhad untuk yang berdiet. Kalau kreatif, boleh ubah perisa dan tambah apa yang patut. 


Selamat mencuba.


Kalau nak tengok antara menu atkin lain yang telah aku sediakan







Thursday, March 13, 2014

Senaman ringkas : Flat Stomach Workout




Yang kerap aku buat : Bicycle Crunch & Reverse Crunches


Yang jarang buat yang lain-lain itu. Kena rajinkan buat, kalau tidak memang malas. Maklum sahaja, daku memang tiada masa nak jogging luar kawasan melainkan dalam rumah sendiri sahaja.


Kalau luar kawasan sekalipun, aku hanya berbasikal. Itu paling ringkas. Kalau nak berlari sangat, takut bagi kesan pada kaki aku yang pernah operation.


Jadi, buat mana yang boleh. Amalkan mana yang patut.


Dengan harapan perut kembali comel. Wakakaka!




ST 7 [2014] - Diam itu lebih baik

Kadang kala
Diam itu lebih baik dari berkata-kata


Apa guna berkata-kata
Andai hanya mampu
Menambahkan fitnah


Banyak berkata
Banyak kebaikan tidak mengapa


Banyak berkata
Banyak menambah dosa itu sangat merugikan


Sama-sama kita jauhkan
Dari perkara sebegini


Dari hanya penulisan pun boleh dikategorikan
berkata-kata


#DoakanMH370



Wednesday, March 12, 2014

Dapat topup RM 5 dari blogger Cerita Cinta Si Vanilla & Coklat

Alhamdulillah. Ini namanya rezeki. Sambil berblog, sambil berkawan alam maya. Topup RM 5 daku dapat dari blogger Zara Nurhaidah { entry } . Aku dapat tahu selepas tuan empunya diri bagitahu aku. Terima kasih sudi inform.


Maaf sangat dear, waktu itu Yui busy dengan cuti. Sebab itu mungkin ketinggalan. Sorry sangat ya. 


Alhamdulillah, topup selamat diterima dan selamat digunakan sikit demi sikit. Terima kasih kepada blogger Zara Nurhaidah. Semoga makin murah rezeki awak.


Topup diberikan kerana daku salah seorang top commentor di blognya. Macam tak percaya diri ini top commentor. Huhu. 


Jom singgah blog ----> Cerita Cinta Si Vanilla & Coklat


Kita tambah lagi kenalan.




Tuesday, March 11, 2014

Tukar saiz tulisan di blog

Mood tiba-tiba nak tukar saiz tulisan. Font bertukar, saiz juga bertukar. Tulisan mudah baca cuma saiz menjadi sedikit kecil.


Jangan pula ada bagitahu tak dapat baca apa aku taip. Tulisan masih normal dan saiz pun sedang elok. Kalau tak baca itu korang sengajakan! Hihi.


Bila dah lama menulis, terasa banyak yang berubah, perlu berubah dan diubah. Berubah ke arah kebaikan tidak mengapakan?


Melalui penulisan pun kadang-kadang dah boleh agak taraf kematangan. Eh, boleh pakaika teori itu?


Macam mana tulisan dan saiz blog aku sekarang. OK atau KO?


Nampak seperti entry sudah melalut. Cau cin cau.



#MH370 Ya ALLAH ya Tuhanku



Ya ALLAH sangat sayu hati sampai saat ini bila memikirkan apa yang menimpa penerbangan MH370. Sedih dengan apa yang terjadi.


Lagi sedih apabila melihat laman sosial, tohmahan lain, perli, politik dikaitkan dengan kejadian ini. Apa mereka tidak ada otak untuk fikir sebaiknya? 


Kita takkan faham perasaan orang 100% tapi cubalah untuk memahami. Letakkan diri dalam keadaan mereka, keluarga mereka yang masih mengharap. Bayangkan perasaan mereka apabila melihat tulisan yang menyedihkan.


Apa pun, kita terus berharap agar semuanya selesai dengan mudah. Permudahkan semua ini ya ALLAH.






Monday, March 10, 2014

Sibuk untuk urusan lelong barang kemas

Kejap lagi aku bakal sedikit sibuk dengan urusan kerja rasmi. Bermula esok hingga Khamis akan diadakan satu lagi sesi lelongan barang kemas.


Hari ini baru lihat bagaimana keadaan emas yang terlibat. Jadi, berkemungkinan kecil blog akan sedikit terabai. Jangan risau kerana aku tetap kunjung balas.


Dengan apa yang terjadi sekarang, jangan lupa teruskan berdoa agar mereka yang terlibat dengan MH370 dijumpai segera walau apa pun keadaannya. Aminnn.


Doa untuk MH370



Bantal perhiasan felt craft couple



Order pelanggan dari UUM. Alhamdulillah dah selamat pos Sabtu lepas. Design sedia ada cuma tukar warna & nama sahaja.


Saiz 28 cm x 30 cm. Harga RM 30. 100% jahitan tangan. Relevan dengan harga yang ditawarkan. Untuk sebarang order boleh terus pm page Nurul Yui Collection.


Terima kasih.



Sunday, March 09, 2014

Doakan untuk MH370





Kita sama-sama doakan yang terbaik
Aminnn




Apple Learning Quran



APPLE LEARNING QURAN

Yui akan buat harga promosi hingga 9/3/2014

RM 30 SM, RM 35 SS
Harga termasuk poslaju


Normal price
RM 35 SM, RM 40 SS

Cepat sebelum kehabisan stok


Apple Learning Quran ini sangat bermanfaat buat anak-anak kecil anda. Disamping memberikan hiburan, ianya mampu mendidik anak anda untuk mengetahui doa-doa harian, bacaan al-Quran serta doa-doa solat bermula di awal usia lagi. Permainan berbentuk pendidikan sebegini membantu untuk mendedahkan si kecil anda terhadap pendidikan islamik dengan harapan mampu membentuk jiwa si comel anda untuk sentiasa mencintai islam. Sebagai ibu bapa yang prihatin, semestinya anda gembira apabila melihat si kecil anda terdidik dengan nilai-nilai islam.

Produk ini mempunyai 5 butang dengan fungsi yang berbeza. Terdapat butang untuk doa-doa harian dengan himpunan 26 doa, butang bacaan al-Quran dengan himpunan 16 surah serta butang doa solat dengan pilihan 3 jenis doa berserta azan. Di samping mendidik, produk ini turut mempunyai nilai hiburan buat si kecil anda. Terdapat juga butang nasyid dengan himpunan 6 buah lagu serta butang 'projection' yang mampu menghasilkan pelbagai warna cahaya yang menarik. Produk Apple Learning Toy ini terdapat dalam 3 pilihan warna iaitu kuning, oren dan juga hijau.

Anda boleh mendapatkan produk ini buat anak anda ataupun untuk dijadikan hadiah buat saudara mara dan rakan taulan yang baru melahirkan anak ataupun yang mempunyai anak-anak kecil. Moga manfaatnya akan dapat kita kongsikan bersama.

Produk ini memerlukan 3 buah bateri jenis AAA/1.5V. Anda perlu membeli bateri tersebut secara berasingan memandangkan produk ini tidak di datangkan sekali dengan bateri.

Kandungan kotak :

- 1 mainan pendidikan Apple Learning Toy.

- 1 tali yang boleh di pasangkan kepada mainan untuk digantungkan pada leher.

- 1 manual produk.

Stok adalah terhad. Dapatkan produk ini sekarang sebelum kehabisan stok!

Daily Duaas

1. Doa ketika bangun tidur 2. Doa sebelum masuk tandas 3. Doa keluar tandas 4. Dua selepas wudhu 5. Doa ketika pagi 6. Doa makan 7. Doa solat jenazah 8. Doa memakai pakaian 9. Doa keluar rumah 10. Doa memasuki masjid 11. Doa keluar masjid 12. Doa menaiki kenderaan 13. Salam ketika bertemu 14. Doa ketika melawat pesakit 15. Doa ketika bersin 16. Doa selepas pertemuan 17. Doa ketika hujan 18. Doa ketika tubuh sakit 19. Doa melawat kubur 20. Doa ketika melihat bencana ataupun penyakit 21. Doa tanda terima kasih pada orang 22. Doa untuk berpuasa 23. Doa ketika berbuka puasa 24. Doa ketika memasuki rumah 25. Doa ketika petang 26. Doa ketika tidur

Al-Quran

1. Surah Al-Fatihah 2. Surah Al-'Adiyat 3. Surah Al-Qari'ah 4. Surah At-Takathur 5. Surah Al-'Asr 6. Surah Al-Humazah 7. Surah Al-Fil 8. Surah Quraish 9. Surah Al-Ma'un 10. Surah Al-Kauthar 11. Surah Al-Kafirun 12. Surah An-Nasr 13. Surah Al-Massad 14. Surah Al-Ikhlas 15. Surah Al-Falaq 16. Surah AnNASayer Duaas

1. The ceed of the oneness of Allah

2. The word of testimony

3. Adzan

4. Morning prayer

Anashid

1. Thank the parents 2. Love Allah and love the messenger 3. Ramadan is coming 4. The full moon rose 5. The ceed of the oneness of Allah 6. Alphabet
ojection

Setiap kali butang ditekan, ia akan memancarkan warna biru, merah hijau dan warna pelbagai yang automatik. Terdapat 5 mod projection yang berbeza.

Kunci : Tekan butang selama 3 saat untuk mengaktifkan kunci


Berminat?
Sila terus roger naaaa 
=__=


ENTRY MELEKAT HINGGA 9/3/2014
ENTRY BARU SCROLL BAWAH




Saturday, March 08, 2014

Kehilangan pesawat MAS MH370

Berita kini yang sangat menggemparkan rakyat Malaysia kerana melibatkan pesawat MAS. Hingga saat jari jemari ini menaip, belum ada berita sahih & rasmi. Yang banyak adalah berita "terkini" dari laman sesawang yang kita sendiri tidak sahih. 


Dalam kita menerima khabar berita ini, ada individu yang telah memperkotak katikkan kemalangan yang terjadi. Politikkan bencana yang berlaku ini. Membuat pelbagai spekulasi.


Kita sebagai masyarakat yang prihatin, sebaiknya teruskan berdoa. Doakan yang terbaik. Bukan mengambil kesempatan di atas apa terjadi.


Walau apa pun yang jadi, ini semua adalah takdir dari yang Maha Esa. Tugas kita adalah mendoakan kesejahteraan mereka & prihatin terhadap kaum keluarga yang terlibat.


Aminnn.



Hari memandikan kucing

Hari minggu apabila mood rajin datang, aku akan mandikan kucing-kucing yang sanggup dimandikan. Tak kisah secara sukarela atau terpaksa. 


Maka minggu ini aku buat keputusan hari untuk mandikan kucing. Mungkin hari ini atau mungkin juga esok. Ikut mood tuan dia juga.


Seronok tengok gelagat depa mandi. Muahaha!






Friday, March 07, 2014

Menu Atkins : Lempeng Telur Bersantan

Resepi baru dapat dari page FB. Ada bahan yang aku olah sikit. Derhaka dengan resepi asal. Hihi. Asalkan rasa itu ada dah memadai.




Bahan-bahan
1) 2 biji telur
2) 150 ml santan kotak ( jenama Kara rendah carb )
3) Sedikit garam
4) Sedikit esen vanilla
5) 2 paket equal ( pengganti gula ) 

* Gula tak letak pun takpe sebab dah sedap


Cara-cara
1) Kacau semua bahan hingga sebati
2) Gunakan kuali non stick
3) Dadarkan ikut bentuk


Itu sahaja. Mudahkan? Sekali sekala nak buat takpe. Hilangkan gian nak makan lempeng. Nanti nak cuba resepi lain pula. Itupun kalau aku rajin. Kui kui.


Rasa lempeng ini lemak manis. Sedap untuk tekak aku. Tidak ada bau kuat telur. Haruman santan yang lebih baunya. Best!



Doa untuk ibu bapa



Doakan untuk kedua ibu bapa
Yang masih ada atau telah pergi
Aminnnn




Thursday, March 06, 2014

Kucing pertama dimandulkan : Eton Junior

Alhamdulillah. Itu yang dapat ku ungkapkan setelah melihat keadaan Eton Junior sekarang. Maklum sahaja, pertama kali lakukan pada kucing tersayang. Sangat mudah dari awal hingga sekarang.



Proses memandulkan kucing jantan dipanggil neuter & kucing betina dipanggil spay
Neuter adalah proses di mana kedua-dua testikal kucing jantan akan dibuang
Spay adalah pembedahan di mana bahagian uterus, tiub fallopio & ovari kucing dibuang


Blog rujukan : Langkah -langkah sebelum & selepas mandulkan kucing


Keputusan di ambil setelah meneliti pelbagai aspek di tambahkan bilangan kucing sudah mencecah 30 ekor. Dengan keadaan rumah taman sahaja, inilah langkah sebaiknya. Lebih 3 tahun membela binatang comel ini dan baru ini keputusan sebegini dibuat.


Jom aku ceritakan kronologi untuk memandulkan kucing

1) Telefon veterinar untuk temujanji ( veterinar kerajaan )
2) Kucing perlu berpuasa sekurangnya 8 jam sebelum operation
3) Diberikan ubat lali & proses pembedahan dijalankan ( ada rekod video )
4) Proses lebih kurang 30 minit untuk pembedahan
5) Diberi ubat pil untuk diberikan kepada kucing ( 5 hari )
6) Bayaran RM 80 untuk betina, RM 40 untuk jantan


Jujur, eton junior tidak lali sepenuhnya atau pengsan. Dia separa pengsan. Aku rekod video dari mula hingga akhir proses pembedahan.


Balik rumah pun eton junior tak tidur. Cuma dia agak lali. So, aku letak dia dalam bilik aku. Tanpa kami lihat sebab dia agak agresif mungkin terasa kesan jahitan. Bila petang, alhamdulillah masukkan dia dalam sangkar besar dan anak-anak dia menyusu dengan sempurna.


Syukur sebab proses berjalan lancar. InshaaALLAH lepas ini ada lagi kucing betina yang akan dimandulkan. Ini tanggungjawab besar untuk kemudahan bersama.


* Kalau nak tanya apa-apa pasal kucing, silakan. Yang mana aku tahu, aku akan jawab ya. Ada tanya pasal tips beli kucing, nanti aku ceritakan berdasar pengalaman.


Update :
Kalau kucing baru beranak, sebaiknya tunggu 3 minggu
selepas beranak
Agar rahim dia kecut if tak salah kata veterinar
( kes Eton Junior )



Anak terakhir Eton Junior

Kalau yang mengikuti blog aku, pasti tahu apa yang latest aku buat pada kucingku Eton Junior { entry }. Dan untuk entry ini aku nak tunjukkan gambar anak-anak terakhir eton junior. Selepas ini tiada lagi kelahiran darinya.




Sangat comel aksi mereka. Kesemuanya ada 4 ekor. Seekor tiada dalam gambar tapi serupa macam dalam bekas itu. Aksi gedik memang akan kita nampak sewaktu mereka kecil. Lebih aktif.


Apa pun, daku sayang semua kucing yang ada. Moga mereka membesar dengan sempurna walau ada yang kurang upaya.


InshaaALLAH.



Wednesday, March 05, 2014

Menuduh tanpa usul periksa

Ada kalanya mulut lancar berkata
Tangan laju bergerak
Kaki laju melangkah


Berkata tanpa usul periksa
Menuduh tanpa bertanya diri empunya


Tahukah andai apa yang dituduh tidak benar
Itu sudah dikira memfitnah


Di dunia mungkin terlepas
Di akhirat itu pasti


* Bukan untuk diri sendiri tapi peringatan bersama




Cashout Nuffnang kali ke-5

Alhamdulillah Jumaat lepas sekali lagi daku tekan button cashout di Nuffnang. Malas nak cecah 3 angka, terus nak cashout. 


Bukan apa, ada perasan beberapa masalah yang berlaku pada blogger lain. Harap masalah itu tak terjadi padaku dan kalian..




Amaun tak tinggi menggunung tapi sudah cukup buat stok choki choki untuk 39 bulan. Hihi. Moga cek cepat sampai dan dipermudahkan urusan nanti.


Aminnn.