Aku ni masih lagi "merempit" sejati. Motorsikal adalah salah satu harta dunia aku. Kereta? Belum lagi. Belum terasa nak beli sebab aku jarang drive. Mehmehmeh.
Ok berbalik pada tajuk di atas, siapa yang tak benarkan?
Haruslah MAK aku sendiri.
Dia tahu anak perempuan dia kaki tunggang motor.
Jadi setiap kali soalan berbaur sebegini di tanya termasuk depan abah
"Kenapa orang tengok laki tu bawa LC laju je. Orang bawa setakat 120k/m pun rasa slow!"
Kata abah "Dia ada tambah blablabla. Dalam RM 300"
Kata mak "Hang tak payah nak laju-laju nurul. Tu tak cukup laju lagi ka.Bahaya!"
Ok, mak aku dah warning. Padahal memang itu realiti, bawa LC sekarang macam bawa Kriss 100 aku yang dulu. Sama je kelajuan. LC dulu juga yang best. Tak menyesal tukar tapi terkilan sikit. Huhu.
Korang nampak tak, mak aku tak bagi aku bawa laju-laju.
Kalau bawa dia, aku akan jadi penunggang yang sopan even kadang-kadang terlajak.
Aku kena dengar cakap dia sebab nasihat orang tua adalah sangat-sangat berguna!
Sampai adalah kawan lelaki tegur aku ketika berhenti di lampu isyarat
"Wei! Laju hang bawa motor!"
Aku rasa biasa je.
Jadi, aku nak merempit adalah tidak dibenarkan! Merempit biasa sahaja sudah. Akulah perempuan itu.
Agaknya satu hari nanti aku akan upgrade tak LC aku tu? Mehmehmeh.
Tengok keadaan.