tentang
banner
tutor
fb
home

Sunday, August 31, 2014

Salam Merdeka ke-57 Malaysia

31 Ogos  setiap tahun merupakan tarikh bermakna untuk Malaysia negara kita tercinta. Di mana kemerdekaan diperoleh. Tahukah anda asal usul bagaimana merdeke diperoleh? Mohon buka buku sejarah adik-adik. Mehmeh.


Buat tanah tumpah negaraku, Malaysia
Salam kemerdekaan.
Moga kita semua sentiasa bersatu walau hakikat ada pro dan kontra dalam setiap diri manusia
Moga kemerdekaan yang diperoleh dijaga sebaiknya & diwarisi dengan penuh dedikasi


Apa makna kemerdekaan buat anda? 
Aku? Pelbagai aspek yang diambil kira. 
Kalau berjaya itu "merdeka"
Kalau gagal itu harus "perjuangkan"


Selamat bercuti esok =___=




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, August 30, 2014

Aktiviti hari Sabtu

Pos barang pelanggan Nurul Yui Collection
Pergi kenduri kahwin
Mandikan meow-meow yang sudi dimandikan 
=___=


Ringkaskan entry kali ini?
Mehmehmeh




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, August 29, 2014

Anjing di kawasan rumah sewa

Makin banyak anjing liar di kawasan perumahan aku walau mereka bukan jenis menganggu orang. Buat hal sendiri. Ada macam-macam spesis. Dari yang besar sampai yang kecil. 

Dalam banyak-banyak anjing, ada seekor anjing hitam kecil rajin singgah rumah aku. Sebab apa? Kami rajin letak makanan yang tidak habis/saki baki tulang letak luar rumah ( berdekatan pagar ). Kenapa dia saja yang datang? Sebab dia saja yang muat masuk pagar kami. Mehmehmeh. 


Dulu kami suka letak sebab akan ada kucing-kucing jalanan yang singgah nak berteduh/makan/minum. Sayangnya sekarang dah tak jumpa. Mungkin dah berhijrah ke tempat lain. Sob sob sob. Sedih. 


Maka pengganti buat masa ini, tengok anjing liar sahaja. Bantu sikit macam itu pun jadilah. Nak dibuat main dan dibelai tak boleh. Huhu.


Tiba-tiba rindu dengan kucing-kucing kesayangan di rumah.


Simpati dengan haiwan-haiwan terbiar. Sayu tengok. Pernah dengar kisah hamba ALLAH masuk ke syurga hanya kerana seekor anjing? Jadi jangan menganiaya binatang ok. Kalau tak suka sekalipun jangan sampai menyeksa mereka.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Cara dapatkan PUK number untuk DiGi

Semalam dah bagitahu masalah DiGi aku. Terus kepada point, ada 2 cara yang boleh anda lakukan andai sim DiGi anda disekat dan memerlukan PUK number. Satu cara senang, satu lagi cara payah sikit tapi sekejap sahaja.


Cara pertama
1) Telefon customer service DiGi 016-62211800 ( sebaiknya guna DiGi orang lain untuk telefon bagi elak caj dikenakan )
2) Boleh juga telefon menggunakan talian lain ( dikenakan caj )
3) Turuti sahaja arahan yang diberikan oleh operator
* "pimpin" number hanya akan ada jika anda mendaftar dengan OCS ( online customer service )


Cara kedua
1) Terus pergi ke service centre DiGi berhampiran tempat anda
2) Berikan nombor telefon & ic anda ( pastikan owner talian DiGi yang datang )
3) Akan diberikan PUK number & masukkan 
4) Simkad anda boleh berfungsi seperti biasa


Kedua-dua cara di atas tak perlu anda gunakan jika anda MASIH SIMPAN kad ( sekali simkad itu ) sebab di belakang kad tersebut terdapat PUK anda.


Aku guna cara kedua semalam. Tak sampai 5 minit selesai. Nak redah jalan yang ambil masa. Nasib baik "merempit". 


PERINGATAN!
Lain kali perhati betul-betul skrin telefon sebelum masukkan sebarang password. 
Jangan biarkan orang lain terutama budak-budak pegang hp ( khas buat mereka yang gunakan password )


Nasib baik DiGi atas nama aku. Kalau Celcom, memang bos besaq lah punya nama dan kena jadi mangsa. Mehmehmeh.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, August 28, 2014

Simkad DiGi disekat dan perlukan PUK number

Pagi Khamis dah buat permulaan hari yang sedikit suram dan mendukacitakan. Jarang sekali Samseng aku ini bateri out habis, tapi pagi ini jadi. Sudah charge kejap terus on. Entah macam mana pin number yang aku masukkan tak valid. Padahal senang ja.


Tak sedar dah 3 kali cuba, apa lagi terus sekat, minta PUK number. Memang entah ke manalah kad sewaktu beli sim ini. Jenuh weiii!


Aku dah cuba telefon customer service digi guna celcom, tapi bila sampai part dia minta "pipin number" entah apa benda pipin aku pun tak pasti. Terus tak mahu. Google lagi kot ada cara yang dikongsikan, nan hado kecuali suruh pergi centre.


Aduh! Naya betulla. Korang rasa Samseng ini gelong atau tuan dia yang gelong? Geramnya. 


Tak memasal nak kena pergi service centre di greentownmall.



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

ST 25 [2014] - Luka luaran & luka dalaman

Luka luaran nampak kesannya
Luka dalaman tersembunyi jadinya


Sebab itu luka luaran lebih "baik"
berbanding
luka dalaman


Hati-hati kerana takut terluka




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, August 27, 2014

Makanan yang dibenarkan & tidak dibenarkan ketika berdiet Atkins



Kalau tadi aku share ringkasan fasa-fasa diet atkins { entry }, sekarang aku kongsikan jadual makanan yang dibenarkan & tidak dibenarkan ketika berdiet atkins. 


Sebaik-baiknya ketika induction paling sedikit 2 minggu, follow 100% yang disarankan. InshaaALLAH korang akan dapat rasai perbezaan tak kisah dari segi berat menurun/inci akan berkurangan. Setiap orang berbeza kesannya. Contoh aku sendiri dalam 2 minggu lebih kurang 4 kg sahaja turun ( itu pun dah sangat happy sebab tahu jenis susah turun berat badan ).


Korang tengok jadual di atas, bukan selama-lamanya tak dibenarkan. Kalau dah masuk fasa 3 & fasa 4 tu dah boleh telan segala mak nenek. Asalkan berkawal/kuantiti sederhana. Jangan pula melahap tak ingat dunia, lepas itu back to normal nak salahkan diet pula ya.


Tekak melayu tak dapat nasi memang tak bolehkan? Tapi kalau nak seribu daya, usaha itu pasti akan ada. Nak atau tidak sahaja. Bukan selamanya tapi sekejap sahaja. Itu pun kalau kita ikut betul-betul. Mehmehmeh.


Aku selalu motivasikan diri dengan tengok group Kelab Diet Atkins. Tengok orang post gambar buat aku teruja tengok perubahan mereka. Kalau mereka boleh, aku pun boleh! Kan?


Ramai juga yang diet bukan semata nak kurangkan berat, dapatkan bmi normal, ada juga yang cuba nak dapatkan zuriat. Alhamdulillah ramai berjaya. Tidakkah itu satu pencapaian yang sangat diimpikan?


Good luck kepada yang berdiet atkins. Yang dah berjaya, kena beringat sama. Tak mustahil boleh kembali ke asal andai berenang ke laut lama sangat. Ekekekeke!


Nak tengok perubahan aku, menu-menu diet atkins yang aku cuba, boleh rujuk { ini }.


Nak tanya silakan. Aku bantu mana tahu. Sebab aku belajar dari pembacaan juga =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Fasa-fasa untuk diet atkins

Sebaiknya sebelum kita mencuba & memulakan sesuatu diet, adalah lebih baik kita memahami serba sedikit info yang diperlukan. Jangan main taram sahaja nak diet tapi tak tahu apa yang boleh dan tidak boleh. Bukan apa, nanti diri sendiri yang rugi.


Ringkasan untuk setiap fasa
Info lanjut baca fail/blog


Ini info aku ambil dari group Kelab Diet Atkins Malaysia. Boleh request masuk. Tunggu je admin approve. Jangan nak melalak pula kalau lambat approve sebab yang request bukan hangpa ja. Ramai orang. Kalau rasa tak sabar, belek & baca blog http://bicikut.blogspot.com/. Itu owner group KDA juga.


Rajinkan diri membaca fail-fail yang ada, apa yang orang post, apa yang orang komen sebab kadang banyak ilmu baru yang hangpa akan dapat. Jangan harap nak orang suap saja padahal diri sendiri memang malas nak dapatkan maklumat.


Benda basic faham, inshaaALLAH yang lain pun boleh faham. Ramai yang akan membantu.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, August 26, 2014

Pc pejabat buat masalah

Makin menjadi pula pc pejabat yang aku gunakan ini. Satu-satu masalahnya. Aku bukanlah pandai bab IT maka tak hairanlah bila jadi masalah sikit, mula rasa rungsing sebab berkali-kali jadi.


Antara masalah yang jadi

1) Bila buka new tab, terjadi double
2) Nak copy sangat-sangat bermasalah
3) Nak klik, kejap timbul kejap tidak. Kena berkali-kali klik.
4) Nak perbetulkan salah, tak boleh terus ke huruf yang nak dibetulkan. Kena backspace.


Aduh! Ikutkan banyak masalah. Aku dah try restart tapi masih sama. Agaknya korang yang pakar, rasanya apa masalah pc aku? Atau mouse aku yang bermasalah ni? Rasa nak hempap ja semua. Huhu.


Nak kena ketuk bagi rosak terus atau nak abaikan ja sampai dia ok sendiri? Haaaa. Mood pun ke laut. Rasa nak layan cerita korea je. Hahaha.


Maaf kalau ada blog yang masih belum ku kunjung. Cuba mana terdaya dulu.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Cantik tak?



Macam cantik je
Macam comel je
Model pun comel molek


Harga terendah aku jumpa RM 65 termasuk postage
Ada yang jumpa lagi murah?
Jangan suruh aku pergi GM Klang
Tak berbaloi kalau beli sepasang
=__=




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Baru mula berblog

Hari Sabtu & Ahad tiada langsung entry dari blog ini. Aku tak schedule apa-apa sebab petang Jumaat terus balik kampung. Tolong jagakan opah yang sedang sakit.


Semalam ingat nak mula berblog macam biasa malangnya aku cuti. Cuti rasa nak demam dan sakit perut. Tambah dengan rasa penat dan malas yang ada. Maka AL jadinya. Terus makin ciput AL aku sampai hujung tahun ini.


Kepada yang sudi bw ke blog ini, hari ini aku slow-slow jalan ke teratak korang ya. Biasalah daku baru mula berblog. Huhu.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, August 22, 2014

Hari berkabung seluruh Malaysia - MH 17

Umum mengetahui hari ini 22/8/2014 negara kita Malaysia telah mengumumkan hari berkabung bagi memperingati dan menghormati mangsa-mangsa MH17.


Sedih. Ya satu negara meluahkan rasa sedih atas apa yang berlaku. Tidak terduga kejadian sebegini terjadi. Dugaan ALLAH.


Amatlah digalakkan agar kita memakai pakaian gelap/suram. Tanda hormati apa yang telah terjadi. 


Mengalir air mata setiap kali melihat apa yang dipaparkan di televisyen atau radio. Terasa macam diri ini di tempat keluarga mereka. Moga mangsa tenang di sana.


Al-Fatihah & salam takziah.


Bagaimana nasib MH 370?


Hati aku dah berhari-hari berkabung. Tinggal nak meletop sahaja =)



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, August 21, 2014

Lirik lagu : Entah ( Afgan )

Kutahu, kau selingkuh
kau duakan cintaku yang tulus
kau tahu, diriku
tak pernah berpaling dari dirimu
tega nya kau dustai semua
janji kita berdua


Entah masih kah ada cinta dihatiku
untuk mu
entah kapan kah ku dapat membuka hati ini, untuk mu..o...


Tak pernah ku bayangkan
cerita kita berakhir begini
tega nya kau dustai semua
janji kita berdua



Entah masih kah ada cinta dihatiku
untuk mu
entah kapan kah ku dapat membuka hati ini, untuk mu..o...


Masih kah ada, o...
cinta dihati ini
dihati kecilku berharap kau masih bagian dari hidupku...


Entah masih kah ada cinta dihatiku
untuk mu
entah kapan kah ku dapat membuka hati ini, untuk mu..

ooo...


* Walau lagu ni bertahun lamanya, tapi aku tetap suka. Alunan lagu tu sungguh menusuk ke hati




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Ruang waktu

Ada kalanya kita memerlukan ruang waktu 
Untuk berfikir
Untuk mendapatkan
Untuk mengambil keputusan


Ruang waktu yang diberikan
Bukan sebagai tanda mendiamkan diri
Tapi untuk memberi ruang pada diri
Muhasabah diri
Perbetulkan diri


Ada juga yang mengambil kesempatan
Ruang waktu diberikan
Terus dijadikan medan untuk menyepi
Dengan alasan tersendiri


Ada baik buruknya ruang waktu
Tapi itu terjadi atas keputusan sendiri
Keputusan yang diberi
Alasan yang dicipta


Waktu tidak menunggu kita
Tapi kita yang akan terkejar dengan waktu
Beringatlah!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

ST 24 [2014] - Tulisan itu

Dia menaip penuh HAHAHAHA
Tidak bermakna dia ketawa sepenuhnya


Dia menaip penuh HUHUHUHU
Tidak bermakna tidak suka/mengeluh


Luaran boleh dilihat
Dalaman hanya ALLAH yang tahu




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, August 20, 2014

Perempuan merempit tidak dibenarkan

Aku ni masih lagi "merempit" sejati. Motorsikal adalah salah satu harta dunia aku. Kereta? Belum lagi. Belum terasa nak beli sebab aku jarang drive. Mehmehmeh.


Ok berbalik pada tajuk di atas, siapa yang tak benarkan? 
Haruslah MAK aku sendiri.
Dia tahu anak perempuan dia kaki tunggang motor.


Jadi setiap kali soalan berbaur sebegini di tanya termasuk depan abah
"Kenapa orang tengok laki tu bawa LC laju je. Orang bawa setakat 120k/m pun rasa slow!"
Kata abah "Dia ada tambah blablabla. Dalam RM 300"
Kata mak "Hang tak payah nak laju-laju nurul. Tu tak cukup laju lagi ka.Bahaya!"


Ok, mak aku dah warning. Padahal memang itu realiti, bawa LC sekarang macam bawa Kriss 100 aku yang dulu. Sama je kelajuan. LC dulu juga yang best. Tak menyesal tukar tapi terkilan sikit. Huhu.


Korang nampak tak, mak aku tak bagi aku bawa laju-laju.
Kalau bawa dia, aku akan jadi penunggang yang sopan even kadang-kadang terlajak.
Aku kena dengar cakap dia sebab nasihat orang tua adalah sangat-sangat berguna!


Sampai adalah kawan lelaki tegur aku ketika berhenti di lampu isyarat
"Wei! Laju hang bawa motor!"
Aku rasa biasa je. 


Jadi, aku nak merempit adalah tidak dibenarkan! Merempit biasa sahaja sudah. Akulah perempuan itu.


Agaknya satu hari nanti aku akan upgrade tak LC aku tu? Mehmehmeh.
Tengok keadaan.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tersilap hari

Aku tak pastilah kenapa aku rasa macam hari ini hari Khamis. Aku rasa macam nak cepatkan minggu ini berlalu. Minggu yang mendukacitakan aku.


Pelbagai yang terjadi dalam minggu ini. Masalah sendiri. Masalah saudara mara. Walau apa pun semua inshaALLAH ada jalannya. Cuma kita nampak, ikhtiar & berdoa.


Maaf ya, entry tadi aku publish esok sahajalah. 


Jangan risau kerana masalah peribadi tidak sama sekali aku campurkan dengan urusan kerja. Mood kerja tetap kerja. Mood sendiri, biar sendiri yang lalui.


Semangat Yui!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, August 19, 2014

Lirik lagu : Di Saat Ku Sendiri ( Dadali )

Hari demi hari telah ku lewati
Tak pernah aku bersamamu lagi
Tak pernah aku menduga
Kau akan pergi tinggalkan aku
Jauh kau pergi tinggalkan diriku
Sepi hati ini membunuhku
Ku coba untuk cari penggantimu
Namun tak ada yang sepertimu
Rindu aku, sangat rindu kamu
Terasa sejak kau masih ada di dekatku
Tak mudah aku melupakan dirimu
Di saat aku terbangun dari tidurku
Rindu aku, sangat rindu kamu
Terasa sejak kau masih ada di dekatku
Tak mudah aku melupakan dirimu
Di saat aku sendiri
Ooh jauh kau pergi tinggalkan diriku
Sepi hati ini membunuhku
Ku coba untuk cari penggantimu
Namun tak ada yang sepertimu
Rindu aku, sangat rindu kamu
Terasa sejak kau masih ada di dekatku
Tak mudah aku melupakan dirimu
Di saat aku terbangun dari tidurku
Rindu aku, sangat rindu kamu
Terasa sejak kau masih ada di dekatku
Tak mudah aku melupakan dirimu
Di saat aku sendiri
* Terasa dekat sangat dengan lagu ini =(




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Bakal kemaskini bloglist

Dalam berblog, antara benda utama akan aku kelebek adalah update terkini dari mereka yang tersenarai dalam bloglist aku. Sudah semestinya akan aku blogwalking


Aku dah perhatikan berbulan-bulan, ada beberapa blogger terus menyepi. Mungkin ada sebab tersendiri. Maka dengan itu akan aku ambil inisiatif untuk update & perbaharui senarai bloglist.


Untuk pengetahuan anda. , mereka yang tersenarai adalah antara mereka yang "kaki komen" & rajin menyinggah. Selain itu sebagai tanda menghargai kerena mereka sudi letakkan blog aku dalam bloglist mereka juga.


Siapa lagi yang ada letak link http://nusha1706.blogspot.com dalam bloglist anda, tolong maklumkan pada aku. Aku akan masukkan juga nanti. Kadang aku ketinggalan. Maaf. Supaya senang untuk aku terjah. Dashboard bukan boleh harap sangat!


InshaaALLAH nanti nak buat segmen ringkas buat mereka yang nak join bloglist kedua =)







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Ramalan untuk mengenali lelaki curang





Sekadar suka-suka
Yang perempuan pun ramai PLAYGIRL sekarang
=__=




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, August 18, 2014

Isu boikot Mcd

Aku taknak bercerita kenapa atau mengapa perlu boikot mcd tapi aku nak luahkan rasa kecewa melihat kejadian boikot yang hanya mengikut perasaan semata-mata. Apakah antaranya?


1) Menghina/mengherdik pekerja-pekerja yang kebanyakannya adalah orang Islam
2) Merosakkan harta benda
3) Merosakkan kenderaan yang menampal sticker mcd
4) Memulau mereka yang masih bekerja di mcd


Eh! Boleh tak guna akal waras? Jangan ikut nafsu semata-mata. Orang lain boikot juga tapi takdelah sampai nak menimbulkan masalah lain.


Sampai ada yang suruh berhenti serta merta, erm korang boleh bagi kerja terus ke kepada mereka? Kalau ya alhamdulillah. Letakkan diri anda di tempat mereka. Mungkin mereka dalam perancangan/pencarian kerja baru. Ya rezeki ada dimana-mana tapi usaha juga masih perlu.


Apa point utama aku di sini, boikot boleh boikot tapi tolong jangan tersilap langkah dengan buat benda tidak sepatutnya. Sampai ada kes baling batu, rosakkan kenderaan, meludah, memecahkan cermin. Apa ke hal manusia macam itu?


Jangan sampai kerana sikap "terlanjur" ada yang masuk penjara. Berhati-hati.


Islam tak suruh kita menganiaya manusia lain.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Lelongan barang kemas bermula esok

Kepada yang tahu aku kerja apa, kerja di mana mesti dah biasa dengan entry macam ini. Bila entry sebegini wujud itu tandanya aku nak bagitahu dalam minggu ini aku akan sedikit sibuk. Sibuk dengan kerja rasmi.


Maka masa berblogwalking mungkin akan sedikit terhad. Mungkin! Tapi aku cuba sedaya upaya jejak balas kepada mereka yang sudi tinggal jejak di blog picisan ini.


Siapa orang Ipoh, boleh tengok barang kemas yang akan dilelong bermula esok hingga Khamis ini. 


Beli emas boleh pakai & boleh ditunaikan. Itulah kelebihannya =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sunday, August 17, 2014

Emosi

Kadang emosi kita sentiasa elok, stabil & harmoni tapi tiba-tiba diganggu hanya oleh sedikit perkara lain. Nampak macam tak reti nak kawal emosi tapi penyebab itu mampu merubah segalanya.


Lagi emosi bila kita sedang bergembira, ada perkara yang buat kita dukacita. Kadang kita tak tahu benda itu nak jadi, kadang benda itu sengaja diwujudkan.


Aduh!
Emosi sungguh
Tak terkawal
Tak tertahan


Emosi, biarlah emosi positif sahaja
Hindarkan emosi negatif
Nyah kau jauh-jauh!!


Emosi pula aku hari ahad ni
Huh!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, August 16, 2014

Tiada idea

Tiada idea nak taip entry apa
Dalam takde idea pun terhasil entry ini
Kira idealah kan?


Hahaha
Mereng sekejap




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, August 15, 2014

Lirik lagu : Terpukau ( Astrid )

Aku memang belum beruntung
Untuk menjatuhkan hatimu
Aku masih belum beruntung
Namun tinggi harapanku
Tuk hidup berdua denganmu


Aku sempurna denganmu
Ku ingin habiskan sisa umurku
Tuhan jadikanlah dia jodohku
Hanya dia yang membuat aku terpukau


Aku sungguh sangat bermimpi
Untuk mendampingi hatimu
Ku masih terus bermimpi
Sangat besar harapanku
Tuk hidup berdua denganmu



Aku sempurna denganmu
Ku ingin habiskan sisa umurku
Tuhan jadikanlah dia jodohku
Hanya dia yang membuat aku terpukau


Denganmu aku sempurna
Denganmu ku ingin habiskan sisa umurku
Tuhan jadikanlah dia jodohku
Hanya dia yang membuat


Denganmu aku sempurna
Denganmu ku ingin habiskan sisa umurku
Tuhan jadikanlah dia jodohku
Hanya dia yang membuat
Hanya dia yang membuat aku terpukau



* Tengok klip videonya, sangat sayu!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Papan tanda tunjuk arah majlis perkahwinan



Ternampak gambar ini di FB
Ok nama perempuan sama macam nama aku
Tapi itu bukan bermakna MAJLIS aku tau
Ekekekekeke!


Aku harap pasangan aku adalah yang sepatutnya
InshaaALLAH
Andai jodoh itu ada
=___=




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

CPUV [18,19&20] 2014

Alhamdulillah masih ada lagi iklan yang sudi running di blog picisan ini. Tetap bersyukur sebab ini rezeki bersama Nuffnang sambil membebel dalam blog sendiri. Jana pendapatan sampingan namanya. Hihi.




Korang yang lain pun mesti dapat banyak CPUV kan? InshaaALLAH mungkin hujung bulan ini atau bulan depan nak cashout. Buat belanja raya haji pulak. Boleh gitu? Ekekekeke.


Iklan, sila menginap lama sikit.


Terima kasih kepada anda yang sudi klik iklan-iklan yang ada.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, August 14, 2014

ST 23 [2014] - Terpukau (Astrid)

Denganmu aku sempurna
Denganmu ku ingin habiskan 
Sisa umurku 


Tuhan
Jadikanlah dia jodohku
Hanya dia yang membuat 
Aku terpukau


( sebahagian lirik lagu "Terpukau" nyanyian Astrid )





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Jubah lace ringkas dari Yui





Kain 3.5 meter dari Nagoya : RM 24.50
Lace 1 meter : RM 25
Upah : RM 90 ( lace dijahit guna mesin )
Kos baju = RM 139.50




Lokasi : Depan rumah mak abah


Sekian dari model bambam, Yui
Muahahaha!


Update :
Material kain lebih kurang kain buat baju melayu
Tak licin tak jarang
Sedap memakai
=__=





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Resepi menu atkins : Lasagna ala atkins

Kadang aku bosan makan benda sama ketika berdiet atkins, jadi sekali sekala kita ubah makanan ala-ala barat tapi versi melayu celup. Suka lasagna? Aku tak berapa gemar tapi sekali sekala dapat bolehlah. Meh aku nak share resepi lasagna ala atkins.




Bahan-bahan ( boleh 2 kali makan )
1) Satu biji bawang
2) 1 batang cili padi ( untuk pedas )
3) Daging dicincang/blend ( boleh guna daging jenama ramly 2 keping = 12 carb )
4) Sayuran hijau ( tak kisah apa pun ) - lagi banyak lagi bagus
5) Sedikit garam
6) Sedikit lada hitam ( jika nak )
7) Beberapa keping cheese ( guna cheese jenis blok sebab carb jauh lebih rendah )


Cara-cara
1) Tumis semua bahan kecuali cheese
2) Masukkan sedikit bahan ditumis ke dalam bekas, lapiskan dengan kepingan cheese. Kemudian masukkan bahan ditumis hingga habis & lapiskan di atas dengan cheese.
3) Bakar 10 minit dengan suhu 150'c ( bergantung pada oven masing-masing )


Anggaran jumlah karbohidrat = 25crb
Boleh dimakan 2 kali = 25/2 bermakna setiap kali makan hanya 12.5crb
Untuk fasa induction sehari = 20crb sahaja


Jadi pandai-pandailah bajet. Boleh juga tambah bahan lain ikut kesesuaian masing-masing.


Siapa kata berdiet tak boleh makan sedap-sedap? Silap tu. Ehehehehe!


Nak tengok menu diet atkins yang lain





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, August 13, 2014

Kucing kedua dimandulkan : Nenek Eton

Setelah melalui sendiri pengalaman pertama mandulkan kucing iaitu Eton Junior { entry } alhamdulillah keputusan seterusnya dijalankan. Raya ke-8 bersamaan 4/8/2014 aku ambil AL dengan motif utama untuk bawa Eton ke veterinar.


Proses memandulkan kucing jantan dipanggil neuter & kucing betina dipanggil spay
Neuter adalah proses di mana kedua-dua testikal kucing jantan akan dibuang
Spay adalah pembedahan di mana bahagian uterus, tiub fallopio & ovari kucing dibuang



Ketika operation aku yang tolong. Kira aku juga pegang peralatan yang digunakan. Orang itu siap tanya "tak takutke nak tengok operation?" Aku senyum sahaja sebab sebelum ini aku siap rekod video dari mula sampai habis. 




Alhamdulillah tak sampai sejam semua berjalan lancar. Macam biasa, dibekalkan ubat biji & ubat sapu untuk diberikan pada Eton. InshaALLAH dalam seminggu bekas jahitan akan lebih elok & lama-kelamaan akan tertutup sempurna seperti biasa.


Prosedur pemandulan kucing di veterinar kerajaan

1) Telefon veterinar untuk temujanji 
2) Kucing perlu berpuasa sekurangnya 8 jam sebelum operation 
( tidak makan & minum )
3) Diberikan ubat lali & proses pembedahan dijalankan 
4) Proses lebih kurang 30 minit untuk pembedahan
5) Diberi ubat pil & krim untuk diberikan kepada kucing ( 5 hari )
6) Bayaran RM 80 untuk betina, RM 40 untuk jantan

Sekarang kucing aku hampir 30 ekor, walau dah diberi pada orang tapi disebabkan aku lambat untuk mandulkan maka proses pembiakan masih berjalan dan bertambah. Aku bukan sengaja nak memandulkan mereka tapi ini semua atas faktor kebajikan.


Aku sayang semua kucing aku tapi aku lebih rela mandulkan mereka dari mereka terbuang tidak tentu hala seperti kucing jalanan lain. Kesian! 


Moga rezeki aku lebih murah untuk menyara kos rawatan mereka selepas ini. Aamiin.



Pengalaman pertama & rupa jahitan : 
{ entry }




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

WW 22 [2014] - Kucing kedua dimandulkan Nenek Eton



Nenek Eton ada dalam bekas sebelum
dipindahkan ke sangkarnya
Kisah lanjut entry akan datang



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, August 12, 2014

Kronologi raya 2014

Secara kesimpulan raya 2014 aku tahun ini serba sederhana. Biasa seperti tahun-tahun sebelumnya. Akan ku coretkan kronologi yang berlaku dalam seminggu perayaan 2014.


Raya pertama
Pulang ke kampung sebelah abah di SS juga ( Lasah ). Alhamdulillah satu keluarga lengkap berkumpul tahun ini walau adik perempuan kena kerja petang pada raya pertama ( partime ).

Part paling sedih raya pertama adalah Jep mati. Dia seekor kucing yang patuh bila dipanggil. Tak tahu kenapa bila dia balik, keadaan dia dah lain. Hingus, ada luka yang dah kering. Dia sakit sejak Sabtu ( tiada veterinar buka ) dan aku kata padanya, andai sampai hari Selasa dia masih kuat, hari Rabu akan ku hantar ke Veterinar tapi sayang ALLAH lebih menyayanginya.


Raya kedua
Berada di SS sahaja sambil layan apa yang patut. Tak sangka pula bos besaq sms bagitahu nak mai kalau sempat. Ok, dia suka buat kejutan tak tentu hala macam itu. Mehmehmeh. Takpelah janji aku dapat kuih raya & duit raya darinya. Ahahahahaha!


Raya ketiga hingga kelima 
Aku kerja seperti biasa sebab bagi peluang pada yang lain beraya dulu. Sementara masih bujang, takde masalah nak beralah. Ekekeke. Poyo!


Raya keenam 
Pergi kenduri kahwin. Macam best bila kenduri kahwin di musim perayaankan? Rasa lebih meriah sebab ramai yang bercuti


Raya ketujuh
Satu keluarga kecuali adik perempuan pergi ke PD hantar adik lelakiku. Dia sekarang dalam kursus & kerja. Nasib baik dia dapat bercuti. Katanya raya haji mungkin tak balik sebab masih berkursus.


Itulah serba sedikit kisah raya 2014 Yui. Ada manis & pahit. Ada gembira & duka. Walau apa pun kehidupan diteruskan seperti biasa. InshaALLAH.


Kisah raya korang macam mana?




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

SIBUK

2-3 hari ini aku sibuk sedikit
Aku pun tak pasti kenapa 
Yang pasti nak bermanja dengan blog macam selalu kurang


Takpe takpe
Aku panaskan enjin dulu
Kasi semangat nanti
=___=

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, August 11, 2014

Ulangtahun ke-18 adik lelaki - Shahrizan

11/8/1996 yang lalu lahir seorang bayi lelaki pertama dalam keluarga kami. Budak ini sedikit special sebab ketika lahir tidak menangis atau tidak bersuara. Beberapa hari juga kejadian seperti itu. Itulah cerita dari mak aku.


Dia memang lain dari keluarga kami. Kulit lebih cerah, bulu mata lebih lebat & lentik dari adik beradik lain walau dia hanya seorang lelaki. Jelous dengan dia. Ekekeke!




Buat adik lelaki sulungku,


Selamat ulangtahun ke-18. Semoga dipanjangkan usia & dimurahkan rezeki sentiasa. Moga impian itu tercapai. Moga sentiasa taat & patuh pada agama serta keluarga. Berjuanglah dengan sebaiknya demi kerjayamu. 


Kami sayang kamu Ijan.


Sekarang dia masih di PD, inshaALLAH terus kerja di sana dan masih dalam kursus kenaikan pangkat. Good luck my bro!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Facebook bakal ditutup?

Kecoh hal pihak kerajaan akan tutup Facebook. Korang ada dengar tak berita ini? Mula-mula aku fikir mungkin berita kosong yang memang suka tersebar meluas dalam media sosial tapi bila ramai rakan update, terasa ada benarnya.


Rasanya mereka baru bercadang tapi belum ada keputusan tetap.


Pendapat korang sendiri bagaimana? Wajarkah tutup Facebook? Dikatakan punca pelbagai gejala negatif. Atau mungkin ada alasan kukuh lain.


Pendapat aku sendiri sebagai rakyat biasa yang kerdil & tiada pangkat apa-apa :


Kalau terasa media sosial Facebook adalah punca utama, aku cadangkan semua media sosial ditutup terus termasuklah twitter, instagram, blog & seangakatan dengannya. Sekat segala akses yang keluar masuk melalui media sosial seperti youtube.


Bagi aku, gejala negatif bukan saja dari media sosial, dari keadaan sekeliling pun banyak. Kalau nak bercerita memang panjang lebar. Pucuk pangkal HATI MASING-MASING.


Korang rasa akan ditutup atau tidak? Aku rasa TIDAK. Huhuhu. Boleh main rasa je? Wakakakaka.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Stok baru : Turtle night sky & shake n take 3

Banyak stok baru yang ada. Masukkan yang mana aku suka dulu. 
Eh boleh gitu sebagai peniaga? Hihi. 
Memang ngarut!











Nak tahu lebih lanjut boleh jenguk
Nurul Yui Collection atau SMS 019-2331810





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sunday, August 10, 2014

Im on a diet



Ilmu + usaha + sabar + tawakal
=
InshaaALLAH ada hasilnya





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, August 09, 2014

Resepi bergambar : Popia Nestum


Resepi dari : Resepi Ringkas


Salah satu makanan kudapan yang mudah disediakan & bahan yang senang dicari. Jom aku ringkaskan cara sediakan.


1) Beli kulit popia paket besar
2) Gulung jangan terlalu rapat & jangan terlalu jarang. Sedang-sedang sahaja
3) Selesai gulung, sapukan putih telur sebagai "gam" untuk lekatkan antara satu sama lain
4) Gunting secara menyerong ( untuk nampak lebih cantik )
5) Dah goreng biarkan sekejap baru gaul dengan bahan lain

* Tak suka nestum? Boleh ganti dengan lain. Ikut kreativiti masing-masing


Itu je kot. Ke korang ada nak tambah lain?
Dipersilakan bagitahu untuk perkongsian bersama.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, August 08, 2014

Jari menjadi mangsa kesan diet Atkins

Macam poyo tapi itulah hakikatnya. Sebelum ini, cincin itu aku beli ikut saiz jari manis. Lama aku tak pakai & baru ni sarungkan ke jari manis, longgar! Siap boleh main tarik keluar dengan senang je.




Ku ingatkan muka & badan je, sekali jari pun sama. Oh ya, kaki aku pun terkena tempias. Selalu kasut sarung pakai saiz 7 ( Vincci ) sekarang dah kurang sikit. Erm, seronok tapi ada juga sedikit geram sebab benda aku sayang tak boleh guna pulak dah. Eleh ngadakan!


Oh ya, ku sekarang diet on off sahaja 70% follow. Apa ku ambil semua dalam kawalan. 


Tak menyesal cuba diet atkins. Korang pun boleh try juga kalau nak.


Kalau banyak ke laut, tak mustahil kembali ke asalkan? Mehmehmeh. Moga aku kuat!


Lepas raya, aku ingatkan dah tak muat/kembali pada asal tapi ternyata tidak. Ekekeke. Misi nak turunkan berat hanya dengan cara diet atkins sebab melantak tak ingat dunia time raya lepas. Huhu.


Boleh cari menu diet atkins cara aku { sini }




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Raya 2014 - Yui & Shinchan

Kena sangat tema kami berdua tahun ini, OREN!
Pagi raya dah kena paksa bergambar
Korang boleh nampak dari raut wajah Shinchan redha layan tuan dia
Mungkin dalam hati dia
"Meluat aih nak ajak selfie memanjang!"
Ekekekeke!
Aku boleh tahu bahasa kucing tau
*macam sewel sekali baca




Shinchan sayang
Mama sayang kamu
Eh!
Tetiba


Aku sayang semua kucing aku termasuk kucing-kucing di luar sana
Sekian.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, August 07, 2014

Raya 2014 - Baju Raya Kucing

Bukan orang saja nak berbaju rayu, tapi taiko kucing pun dapat juga baju raya
Sebenarnya tak rancang nak beli
Tapi sebab singgah Daiso ada pula baju saiz XL
Laju tangan ini rembat nak belikan untuk Shinchan




Shinchan sebenarnya dah biasa pakai baju
Kira dia redha tuan dia nak buat apa pun
Tapi mak aku selalu cakap
"tak payah baju tu, tak nampak bulu dia tu!"
Kadang buat tak heran cakap mak
Ekekekeke!


Tapi Shinchan pakai baju takdelah seharian
Bila malam buka
Kesian biar dia tidur dengan tenang "berbogel"
Mehmehmeh!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Raya 2014 - Duit Raya

Aku sibuk masukkan duit ada pula makhluk yang sibuk
Tapi takpe sebab kau comel kau boleh menyibuk lama-lama
Panggil je nama Shinchan
Dia pandang itu pun kalau mood dia baik
Mood tak baik nan hado





Sampul arrahnu haruslah dari aku
Yang satu lagi tu dari mak pak aku
Aku tolong masukkan duit aje


Duit raya aku tahun ini?
Dapat dari seorang sahaja
Dari bos besaq
Cukup buat diri teruja sebab dah tua bangka dapat duit raya
Hahaha


Duit raya dari orang bujang macam aku takdelah banyak mana
Yang penting ikhlas nak bagikan?




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, August 06, 2014

Raya 2014 - Nurul Yui

Tak sah kalau tiada gambar cik empunya blogkan?
Ini gambar raya pertama aku
Baju sponsor dari bos besaq ( Shapit )



Shawl dari Calaqisya


Ingat nak cari shawl oren terang tapi takde stok
Jadi beli apa yang ada
Tak sangka matching pula
Huhuhu


Muka memek macam itu sebab tak sabar nak cheat
Kekdahnya 2 hari lepas itu timbang
Ohmaimaimai
Berat naik 1kg lebih
Pandai buat pandailah tanggungkan?
Hahahaha!


Salam Syawal 2014


Cheat =
Istilah digunakan andai diri ini dietnya ke laut. Maksudnya dok p makan minum benda yang tak dibenarkanlah semasa diet atkins. Mehmeh. Jangan duk ikut naaa.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Raya 2014 - Adik beradik

Jom nak memperkenalkan adik beradik aku
2 perempuan & 2 lelaki
Pandai mak pak aku adjust bagi sama rata
Ahahahaha!




Yang sulung 26 tahun
Yang kedua 21 tahun
Yang ketiga 18 tahun
Yang keempat 15 tahun


Semua masih BUJANG
Sekian =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, August 05, 2014

Entry pertama selepas berhenti sementara

Rupanya baru 5 hari aku berhenti sementara berblog
Nampak tak, kejap sahajakan?
Biasalah, nak mulakan
Nak ambil aura positif kadang-kadang masa itu diperlukan


Sayu, sedih bila baca komen dari blogger
Terasa diri dihargai
Ececehhhh!
Saja ok


Bila satu persatu dugaan terjadi
Bila diri dilimpahi kesedihan
ALLAH sedang menguji
Nak tengok kita mampu hadapi atau tidak
Apa pun aku bersyukur
Dengan kehidupan sekarang ini


Banyak nak diceritakan dikongsikan
InshaALLAH satu persatu
Kena ambil mood juga =)






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^