tentang
banner
tutor
fb
home

Friday, April 26, 2013

Day 3 : Bergambar di Kawah Putih Bandung [ part 1 ]

Hari kedua bershoping di Pasar Baru { entry }, hari ketiga menuju ke Kawah Putih. Sejarah Kawah Putih, sila google kerana aku tak larat taip. Hihihi, boleh?


Seawal jam 8.00 pagi gerak dari hotel. Perjalanan ambil masa lebih kurang 3 jam 30 minit. Tu dia, naik highway kejap tapi bila dah masuk jalan kg, sangat sesak! Takde istilah nak pecut. Kami sampai dalam 11.30 pagi.


- wajib ambil gambar sebagai bukti -





Jom kita turun ke Kawah Putih. Ready semua?




Sengaja bagi besar gambar agar anda nampak apa syaratnya atau peringatan jika hendak turun. Jangan lupa bawa face mask ya sebagai persediaan. Aku ada pakai kejap sahaja. 




Subhanallah! Itu yang terkata dek lidah aku saat dah turun ke situ. Sangat cantik pemandangannya. Rasa tenang sahaja.






Pada yang tak tahan bau belerang, gunakan face mask anda. Aku feeling konon tak tahan padahal saja nak bergambar macam itu. Kui kui.


Okay, sila jangan menyampah tengok gambar seterusnya. Aksi lompat yang dimulakan oleh aku. Jeles kawan aku tengok aku lompat tinggi padahal dia lebih kurus, harus boleh lebih tinggi dari aku.




- harus kuat untuk lompat! -




Aippp! Belum lagi!




Opss! Cermin mata terlebih "lompat"




Hoyeaaaayyy!


Bab lompat serah kat aku lepas itu penat! Padan muka kau yui. Tak padan dengan kaki tu bekas operation, ada skru!




Comel tak Kak Ton? =p






Walau perjalanan ambil masa yang lama, tapi puas hati. Cadangnya lepas turun Kawah Putih nak singgah petik strawberry sendiri tapi sayangya cuaca tak mengizinkan, hujan turun.


Maka beli sahaja strawberry. 2 pek Rp 20 000 = RM 6.40




Eh, lupa satu lagi gambar comel dariku. Okay, ada yang menyampah baca. Hahaha!




Sesi kami berada di sini dalam 30 minit sahaja sebab hujan dah turun. Lagipun lepas ambil gambar, pakat balik. Otw, kami singgah makan. Sedap. Entry seterusnya ya.


Kesimpulan @ rumusan dariku sepanjang berada di Kawah Putih

1) Sila bawa face mask dan air mineral

2) Dalam perjalanan apabila kenderaan berhenti di lampu isyarat, pasti ada anak-anak kecil yang akan serbu. Boleh bersedekah tapi berkemungkinan besar makin ramai akan datang. Jadi, boleh pandang-pandang atau hati kena kental walau rasa kasihan menebal!

3) Bawa jaket kerana di Kawah Putih keadaannya sejuk

4) Kalau berkesempatan boleh petik strawberry sendiri di ladang strawberry otw turun dari Kawah Putih


Baca entry yang lain juga ♥

Day 1 : Perjalanan dari Perak ke Bandung, Indonesia


Day 2 : Membeli belah di Pasar Baru Bandung




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

24 dak comei sayang YUI:

Anum said...

salam jumaat yang indah
selamat pagi

beta kupu said...

best nya Yui dpt pegi tmpt org...tp sgt seksi la strawberi tu...nak sikit ;)

Unknown said...

best nampaknya..tinggi yui lompat

:: CIKVIVA :: said...

okay je awak lompat tu..paling tinggi kot..hehe

a said...

SubhanaAllah..chanteknye yui tmpt tuh.. huuu.. teringin nak pergi.. :)

Mimie said...

seronoknye....cntik pemandangan kawah putih

Unknown said...

Hihi.. eza kalau ambik gmbar lompat x penah menjadi. mesti hasil gambar, kaki dah kt tanah. haha. cantik la tempat tu.. mesti yui dan kwn2 dh plan awal2 mana nak pg kan..? sgt best la tgk percutian yui g bandung ni.. :)

Tie HT said...

seronok baca entry ni..lagi yui, cepat sikit up entry baru..kemain lagi lompatannya kok paling tinggi sekali :)

Unknown said...

WAH,LOMPATAN YG BERSEMANGAT NAMPAK..HIHI

Unknown said...

menariknya...Subhanallah cantik tempatnya yui...jaga2 yer lompat tu..masih anak dara tu..ekeek :p

Anonymous said...

subbhanaAllah..cantiknya tempat tuh..best..xheran la leh lompat tinggi macam tuh..

Cho Zila said...

walaweh... seronoknyer.. akak jarang2 nampak orang ke sinikan... lompat kemain yerk....

Miss N™ said...

cantiknya tempat tu....
sejuk ye...

Bilalah dapat pergi ke sana...

izzah said...

best nampak kt kawah putih tu...aritu jln2 ke bandung xsempat nk gi sini...huhu...

Azhafizah MN said...

teringin nak ke sini tapi belum ada rezeki lagi..best kan ade peluang dapat ke sini..happy for you.btw,thanks for the tips :)

Anonymous said...

memang cantik yui...

ni yang teringin nak g ni...

Nina Mads said...

best2.. boleh buat tips :)

nanieydotcom said...

Bestnye!!!
Gmbr bawah skali cntik sgt..

Jahirah said...

wah pergi bercuti ke indonesia....seronoknya...

eima said...

member ko yg bj merah tu body die mantop la kan ...


menarik... syoknye dpt berjalan

Fifi Nadhrah said...

cantik sangat.. subhanallah..

Kekzamanis said...

Huyyyo! Tingginya yui lompat.. Macam terbang jer.. Hikhik~ Cantik pemandangan di Kawah Putih ni.. =)

Unknown said...

murahnye strwberry..

Hot cr3ativ3 said...

assalaammualaikum. hi yui,sy kurg info nak tanya kawah putih ni sbb ape tak blh duduk lama? ini bermakna tak sesuai ke nak bawak baby 1yr ke sini? appreciate yui rply asap. tq