tentang
banner
tutor
fb
home

Tuesday, April 23, 2013

Day 1 : Perjalanan dari Perak ke Bandung, Indonesia

Untuk pengetahuan kalian, cuti aku ke Bandung, Indonesia bermula 17/4/2013 - 20/4/2013. Betul-betul berjalan di Bandung hanya 2 hari sahaja. Hari pertama dan hari terakhir adalah untuk perjalanan pergi dan kembali.


Rabu, 17/4/2013

12.00 pm - Bergerak naik bas dari Terminal Aman Jaya, Ipoh

2.15 pm - Sampai di Hentian Duta

3.30 pm - 5.00 pm - Sampai di LCCT. Oh ya, 5 minit sebelum pukul 5 kami sampai. Ya ALLAH, sangat kelam kerana sepatutnya perlu awal untuk checkin bagasi. Memang kelam habislah sampai terus berlarian. So, lebih baik 4 jam sebelum berlepas, haruslah ada di lapangan terbang ya.

7.20 pm - Bergerak dari KL - Bandung




10.00 pm - Sampai di airport Bandung, Indonesia. Airportnya kecil sahaja. Dalam kapal terbang, anda akan diberikan borang untuk diisi, Mereka akan ambil sekerat dan sekerat lagi korang perlu SIMPAN hingga masa untuk pulang nanti. Sila bawa pen.


- ada 2 borang akan diberikan -


10.30 pm - Pak Supir yang ambil kami. Sampai di Hotel Patradisa. Berehat terus di hotel. Kemas apa yang patut. Akan aku ceritakan nanti penginapan dan kemudahan di hotel. 2 malam sahaja duduk, lepas itu pindah hotel lain.


Kesimpulan @ rumusan dariku sebelum dan sepanjang perjalanan

1) Beli tiket penerbangan awal terutama ketika Air Asia buat promosi

2) Sebaiknya harus ada di lapangan terbang 4 jam sebelum berlepas kerana banyak step harus dilalui termasuk check in bagasi, Biar awal dari anda terpaksa balik semula atau beli tiket lain jika terlepas. Rugi okay!

3) Perlu booking awal untuk penginapan dan juga perkhidamatan Pak Supir { ada entry nanti }

4) Bawa buku nota kecil dan pen, boleh catat apa yang patut

5) Passport WAJIB bawa, ibarat bawa kad pengenalan

6) Tukar duit di money changer berdekatan. Semasa aku tukar 1 juta bersamaan RM 323

7) Sediakan jadual pertukaran wang bagi memudahkan urusan anda. Buat saiz poket.

9) Bawa baju yang wajib dan sedikit sahaja kerana percayalah bahawa anda akan shoping sakan di Pasar Baru nanti

10) Sebaiknya aktifkan pengeluaran antarabangsa untuk emergency case. Aku aktifkan Maybank dan CIMB.

11) Sediakan siap-siap Rp 75 000 untuk tax yang akan anda bayar bila pulang nanti

12) Bawa plug antarabangsa @ universal plug { entry universal plug }

13) Setiba di Bandung, beli simkad simPATI untuk penjimatan mesej atau telefon ke Malaysia { entry simPATI }

Rasanya ini sahaja kot. Jika ada penambahan, akan aku update. Jika ada pertanyaan, sila komen di entry ini dan InsyaALLAH aku akan jawab secepat mungkin. 




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

36 dak comei sayang YUI:

miss yatie said...

pasti penatkan? sebab tu lah akk tak berapa suka nak jalan2 ni..

Anum said...

penat tapi happy kan
best2

IntaNBerliaN said...

ooo xlama sgt yer dari kl ke sana.. macam best je..

Unknown said...

teringinnya nak pg sana jugak. Best tgk gmbr yui jalan g bandung. Tips mmg sgt membangtu. InsyaALLAH suatu hari nanti, eza nak ke sana jugak ;)

Nory Zoulkefle said...

BEST2...BOLEH BUAT RUJUKAN KALAU NAK PERGI BANDUNG PLAK LEPAS NI...HEHEH

Miss N™ said...

plug antarabangsa? <--ayat jakun sbb tak pernah pegi obesi..huhuhu..

Yui pegi dengan kawan2 ke?
bestnya...nanti ceritalah harga tiket, harga hotel..dan paling penting...berapa budget yg cukup untuk kesana..

wahh..byknya soalan NUr..hehehe

beta kupu said...

wah bestnya yui! ;)

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam yui...syoknya la.Tambah2 klu time soping!Tak sabar nk bc kisah yui seterusnya....

Anonymous said...

oou...

tak terfikir nak aktifkan akaun tu.

thanks sbb share

:)

Fiza Rahman said...

Bestnya. Mesti byk shopping kan ☺☺

Cho Zila said...

alamak itu sudah baguih yui.. akak tunggu entry akan datang..

eima said...

tak sabo nk nengok brg kobeli

ecadwinkyasha said...

ciknur da tanya..eca pun nk tnya gk..plug antarabangsa tu apa yunk?

shida said...

bestnyer g holiday!!!
:)

Mimie said...

bestnye gi bandung

иʋя 'αιƨʏαн κнαℓιℓ said...

universal plug tu kne ada,sy dah dua kali pergi luar dr malaysia ni,dua kali tak bawak universal plug tu,mulalah tercari-cari nak beli kat mana,lain kali kena alert laa pasal bab2 ni. kalau tak,frust nonggeng laa nak charge fon,kamera dsb. hihi. bercuti sakan nampaknya kak yui!!

YattAkasah said...

sonoknyee....

:: CIKVIVA :: said...

tak sabar nk baca next entry =)

Anonymous said...

nampak happy sgt tu !

Unknown said...

bestnya..xpernah sampai lagi kat luarnegara ni..huhuhu

2jam pon dah cukup sebenarnya nak checkin kat airport..hee

J.Syazwana said...

bestnya jalan2 oversea! wuwuuuu
teringin nak sampai indonesia. lagi2 bandung tu. nak sopinkkkkkkkk. hehehe

Cikrosecute said...

Penat2 pun seronok..makan angin hihihi

Ayue Rejaluddin said...

Nanti nak pegi Bandung boleh rujuk entry Yui...

Tie HT said...

alhamdulillah, seronok kan yui..bagus tips ni :)

ayut said...

tax sbb beli brg byk kan...hihihi

shaFazie said...

bestnye..info yg sgt berguna..mne tahu ade rezeki pergi sane nanti

Unknown said...

BANDUNG ANTARA DESTINASI YG BEST UTK MEMBELI BELAH KAN..X SEDAR DUIT HABIS..

Anonymous said...

tips2 tuh yang menarik..alert..

Azhafizah MN said...

2 hari macam xckup je kan.thanks for the info n tips

wawa syaida said...

tips2 tu mmg membantu...tq for sharing :)

Dylla Abas said...

bagus tips ni..esok2 nak pergi bandung boleh refer balik :)

Fifi Nadhrah said...

npe name sim kad die simpati? macam sim pendatang asing tanpe izin.. hihi..

Kekzamanis said...

Okey, noted! Nanti nak pegi bercuti ke luar negara harus buat checklist ni.. =)

Sharinginfoz said...

Bagus, entri

tony transport bandung said...

Assalamualaikum Wr.Wb. Tuan / Puan

Kami menawarkan kereta yang baik dan selesa untuk sewa dengan pengalaman dan pemandu mesra dalam mengendalikan pelancong.

Jika anda mempunyai sebarang soalan, jangan teragak-agak untuk menghubungi saya melalui e-mel atau sms panggilan.
Hubungi kami Bilangan +62 858 6137 8328 ( Whats app bersedia ) atau email: tonybandung@smartfren.blackberry.com

Free & Eazy Program Tour (up to you)

Kereta + Pemandu + Parking + tol + makan pemandu ( semua dalam pakej)

Kereta Taip Daily/14 hour

Suzuki APV ( 7seat ) Rp 425,000

Toyota Avanza ( 6seat ) Rp 425,000

Toyota Innova ( 7seat ) Rp 600,000

KIA Pregio ( 10seat ) Rp 650,000

Isuzu Elf ( 11-15 tempat duduk ) Rp 750,000

Isuzu Elf Long 16 tempat duduk IDR 950,000


Mengenai untuk pengesahan tempahan kereta kita perlu maklumat penerbangan anda / nombor atau nama hotel di mana anda tinggal di Bandung. Kami percaya pelanggan kami. Apabila anda mengatakan bahawa tempahan kereta untuk tarikh tertentu disahkan, maka ia disahkan. Kita tidak memerlukan wang pendahuluan . Sila ingat bahawa Kami akan menjemput anda jika anda mengatakan bahawa tempahan kereta disahkan.


CALL / hubungi / sms / whatsapp / konsultasi percuma : +62 858 6137 8328
telefon office : +62 8888 9177 00
WhatsApp : +62 858 6137 8328
pin blackberry : 30D1 82F0
email: tonybandung@smartfren.blackberry.com

Unknown said...

wow nice tip kakak tambahin sikit yang nak pergi bandung meski kunjungi blog ini juga

tip pelancongan ke bandung klik