Monday, April 29, 2013

Day 3 : Makan dan minum di Saung Andir [murah dan sedap ] Part 2

Di hari ketiga di Bandung, setelah melawat ke Kawah Putih { entry }, kami singgah makan di Saung Andir. Restoran ketiga bagi aku ketika bercuti di Bandung.




Kami makan untuk 10 orang termasuk supir Andry. Air wajib yang sudah lama ku kempunan sejak berada di Malaysia iaitu Jus Avokado atau panggilan di sana kalau tak salah aku jus alpukat.


- sekejap aku sedut air ini -


Member aku nak try juga rasa jus avokado tapi sayangnya tak kena dengan tekak. Hihihi. Aku? Semua aku bantai sebab aku suka merasa sesuatu yang baru.




Semua makanan di atas kami order untuk 2 set setiap hidangan. Semuanya sedap. Tak rugi order. Ikan pon besar, ayam lembut walau ayam kampung, sambal pula perghhh meleleh! Sup ikan pon nyummmyyy.  Pendek kata sangat sedap.


Harga dalam RM 200+. Aku rasa berbaloilah untuk 10 orang makan. Lagipun memang ada yang kata untuk barang memang murah di Bandung tapi untuk makanan lebih kurang sama dengan kita di Malaysia.




Suasana Rumah Makan pon asyiikkkk. Mendamaikan. Kepada anda yang bakal bercuti dan singgah ke Kawah Putih, jangan lepaskan peluang makan di sini  setelah turun ya. 


Kesimpulan @ rumusan dariku sepanjang berada di Rumah Makan Saung Andir

1) Cubalah masakan orang di sana

2) Antara menu wajib ialah cuba masakan gurame, jus avokado, teh botol, tempe & sambalnya

3) Untuk air, boleh lah order air yang berlainan dari kawan. Sama-sama rasa. Baru tahu nikmatnya.


Baca entry yang lain juga ♥

Day 3 : Bergambar di Kawah Putih [ part 1 ]

26 comments:

  1. Selalu makanan indon yg biase makan bakso je hehe :)

    ReplyDelete
  2. masakan padang laa best kak yui. jus alpukat tu manis gilaa kot. sy kalau kat indonesia tu,minum air suam je. jaga kesihatan. ceh! haha

    ReplyDelete
  3. bestnyaa dah sampai bandung
    akk sampai jakarta aje .. entah bila nak ke bandung ;)

    ReplyDelete
  4. nmpak macam sedapp je jus avokado tu...hehe

    ReplyDelete
  5. aa'ah..jus alpokat
    sedap n nyaman diminum, air yg benar2 sejuk..., kalo hilang sejuknya, tak lalu dah tekak ni meneguknya,hehehehe...

    ReplyDelete
  6. Yui, apa maksug gurame tu, lauk pauk ke? aah kan mcm best je jus alpukat tu ;)

    ReplyDelete
  7. yui mmg suka mencuba kan.. jijah ni takut nak makan benda pelik2 kat tempat orang..hehe

    ReplyDelete
  8. masakan2 dier nampak len dan menariklah !

    ReplyDelete
  9. sedapnya alpukat, lama dah akak nak try ni tak jumpa2 lagi..btw nice story yui..citer lah lagi :)

    ReplyDelete
  10. wajib try benda baru kan..bukan selalu dapat merasa pun kan..tengok juadah pun dah terliur dah ni. :)

    ReplyDelete
  11. tu la ramai yg ckp harga makanan lbh krg je cuma kuantiti banyak sikit kot...ke sama je...heheh

    ReplyDelete
  12. jus alpokat..teringin nak mencuba....

    ReplyDelete
  13. Jus alpukat sangat sedap!! Wee~

    ReplyDelete
  14. one day nak jejak jugak bandung. hihihi

    ReplyDelete
  15. sedapnya air tuh..adoi2.

    senang bawak yui ni,semua dimakannya..tak cerewet tkak.

    ReplyDelete
  16. just avocado tu nmpk menarik la..kt malaysia mmg xde ek..? mcm teringin nak cuba la pula..

    ReplyDelete
  17. pasni g kedai try order jus alpukat lah pulak..

    ReplyDelete
  18. saya orang sunda dari bandung,pingin ngasih tahu temen 2 bahwa bandung mayoritas adalah beragama islam hampir 99.9% dan insyallah islamnya orang bandung islam yang taat sehingga di bandung ttg makanan ini di kaki lima pun saya tidak ragu akan kehalalannya insyallah, makanya di bandung jarang rumah makan dituliskan Rumah makan Muslim, beda kalau ke medan kadang rumah makan padangpun bertuliskan rumah makan muslim karena di medan rumah makan panggang babi dengan rumah makan padang kadang tetanggaan

    ReplyDelete

Assalamualaikum & salam sejahtera

1) Baca entry sampai habis
2) Komen secara berhemah
3) Komen yang mendatangkan "kecurigaan" AUTOMATIK di padam!

p/s: Jangan letak link kaler BIRU itu ea..elak SPAM!

Saya HORMAT anda,anda HORMAT saya
Peace ^__^