Ok, entry sebelum ini aku bagitahu pasal tiket ETS ke Ipoh habis. Lepas itu aku terus ke Hentian Pudu. Bila ingat kejadian lama, aku terus BERJAGA-JAGA [ kisah lama ]. Sampai sahaja, macam biasa ada saja manusia yang akan mengekori kita. Pujuk rayu dengan kata-katanya untuk beli tiket.
Apa yang aku buat?
1) Terus sahaja berjalan walau ada yang panggil atau mengekori
2) Bagi saja alasan kita dah beli tiket
3) Berjaga-jaga dengan barang yang kita bawa
4) Terus menuju ke kauter tiket tanpa kehadiran manusia yang lalu lalang
Pilihan bas aku hari itu? Plusliner. Sebab aku perhatikan hanya kaunter tiket plusliner nampak tenang & pembeli beratur dengan tertib. Tiada langsung manusia yang akan mengekori kita hingga ke kaunter.
Kekurangan bas plusliner adalah tempat duduknya agak sempit. Kalau bawa beg besar, payah sikit. Itu tak menjadi masalah, yang penting perkhidmatan diberikan. Bas bergerak tepat jam 2.00 petang tanpa singgah hentian bas mana-mana. Akan turun di Medan Gopeng dan hentian terakhir di Amanjaya, Ipoh lebih kurang jam 5.00 petang.
Alhamdulillah, sangat lega bila selamat tiba tanpa kejadian lepas.
Aku adalah manusia yang jarang menggunakan perkhidmatan awam jadi agak ralat bila kejadian tak diingini terjadi. Apa pun, semua ini pengalaman.
Minggu ini pergi KL, dah siap-siap beli tiket ETS pergi dan balik. InshaaALLAH tak berlaku kejadian tiada tiket. Mehmehmeh.