tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label pengangkutan awam. Show all posts
Showing posts with label pengangkutan awam. Show all posts

Friday, December 19, 2014

Perkhidmatan awam ETS menjadi pilihan

InshaaALLAH malam ini tepat jam 9 malam akan bergerak ke KL. Ditemani seorang lagi sahabat dari Ipoh. Esok sahabat baik nikah & lusa kendurinya.


Ikutkan hati aku nak gerak terus dari opis tapi mak abah aku macam tak bagi. Mak suruh balik dulu SS dan nanti abah hantar ke Ipoh. Sebenarnya aku taknak menyusahkan tapi dah depa cakap macam itu, ku turutkan. Risau anak daranya duduk awal di stesen ktm. Hihi. Siapa tak sayang anakkan?


Doakan perjalanan pergi dan balik dipermudahkan. 


Oh ya, tiket balik Ipoh dah siap beli. Taknak dah peristiwa lama berulang. Mehmehmeh. Doakan kami ya. Aamiin.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, December 16, 2014

Kejadian di Hentian Pudu tidak berulang

Ecehh! Kemain tajuk tidak berulang. Tidak berulang buat masa inilah. Akan datang, kita sendiri pun tak tahu nasib kita macam mana.


Ok, entry sebelum ini aku bagitahu pasal tiket ETS ke Ipoh habis. Lepas itu aku terus ke Hentian Pudu. Bila ingat kejadian lama, aku terus BERJAGA-JAGA [ kisah lama ]. Sampai sahaja, macam biasa ada saja manusia yang akan mengekori kita. Pujuk rayu dengan kata-katanya untuk beli tiket.


Apa yang aku buat?

1) Terus sahaja berjalan walau ada yang panggil atau mengekori
2) Bagi saja alasan kita dah beli tiket
3) Berjaga-jaga dengan barang yang kita bawa
4) Terus menuju ke kauter tiket tanpa kehadiran manusia yang lalu lalang


Pilihan bas aku hari itu? Plusliner. Sebab aku perhatikan hanya kaunter tiket plusliner nampak tenang & pembeli beratur dengan tertib. Tiada langsung manusia yang akan mengekori kita hingga ke kaunter.


Kekurangan bas plusliner adalah tempat duduknya agak sempit. Kalau bawa beg besar, payah sikit. Itu tak menjadi masalah, yang penting perkhidmatan diberikan. Bas bergerak tepat jam 2.00 petang tanpa singgah hentian bas mana-mana. Akan turun di Medan Gopeng dan hentian terakhir di Amanjaya, Ipoh lebih kurang jam 5.00 petang.


Alhamdulillah, sangat lega bila selamat tiba tanpa kejadian lepas.


Aku adalah manusia yang jarang menggunakan perkhidmatan awam jadi agak ralat bila kejadian tak diingini terjadi. Apa pun, semua ini pengalaman.


Minggu ini pergi KL, dah siap-siap beli tiket ETS pergi dan balik. InshaaALLAH tak berlaku kejadian tiada tiket. Mehmehmeh.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tragedi kedua tiket ETS di KL Sentral

Hari itu dah jadi. Ingatkan dah insaf dengan apa dah berlaku, rupanya tidak. Konon tawakal. Memang tawakal sungguh ahad lepas. Hahahaha.


Kan aku pergi kenduri di Kajang, memang tak plan samada nak tidur KL atau tidak. Tengok member tidur, so join sekali. Memang spare bawa keperluan. Malam Sabtu, aku dah tengok online tiket ETS untuk hari Ahad. Seat beratus yang kosong! Kosong ok!


Aku pergilah sebelum jam 12 tengahari ke KL Sentral. Member hantarkan. Konon nak beli terus tiket, then tunggu. Pergi kaunter, tu dia. Nota besar tulis tiket hari Ahad ke Ipoh HABIS. Ulang semula, HABIS!


Member yang hantar dah blah. Terpaksa aku call suruh dia datang dan minta hantarkan ke Pudu. Kesian member.


Itulah, abah aku dah tanya nak beli tiket balik sekalike, aku kata tak payah. So, ngadaplah kau. Haaaaa. Ini tragedi kedua. Jadi aku nasihatkan, jangan terpedaya dengan status check online sebab ramai orang lagi suka naik KTM dari naik bas. Macam aku. Lain kali beli siap-siap tiket pergi dan balik. Senang hati.


Aku terus ke Pudu. Ingat lagi kejadian hari itu bengang dengan bas, hal ulat tiket? [ entry ]. Apa yang ku buat kali ini? Tunggu next entry.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, March 20, 2014

Guna perkhidmatan KTMB untuk ke Kuala Lumpur

Awal bulan lepas dah ke KL untuk hadirkan diri ke majlis perkahwinan rakan sekelas sewaktu belajar di PUO. Minggu ini inshaaALLAH akan pergi lagi tapi kali ini untuk majlis pertunangan salah seorang sahabat baik.


Apa yang nak ditekankan dalam entry kali ini, jenis pengangkutan awam yang bakal digunakan. Kali ini nak guna KTMB. Mungkin train biasa atau ETS.


Kenapa tak naik bas? Sebab mak aku mula risau ditambahkan kejadian bas terbabas masuk dalam gaung. Jenis bas itu yang aku gunakan sewaktu aku pulang dari KL yang lalu. Jadi sebagai orang tua, dia risaukan anak sulung dia ini.


Maka aku sebagai seorang anak, terus bagitahu kali ini akan naik KTMB. InshaaALLAH dan moga buatkan hati seorang ibu lebih tenang.


Walau kita tahu kemalangan ada di mana-mana tapi lebih baik kita ikut kata hati orang tua kan? Yang aku pasti, dia nakkan yang terbaik untuk anak-anaknya.


Ok mak, Yui naik KTMB kali ini ok? Mak jangan risau. InshaALLAH takde apa-apa.


* Eceh, aku taip panjang-panjang, macam mak aku buka blog plak kan? Tapi sekurangnya aku dah sampaikan isi hati aku padanya. Macam pelik je? Huhu.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^