tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label hadiah blogger. Show all posts
Showing posts with label hadiah blogger. Show all posts

Wednesday, February 25, 2015

FM Sabah hadiah top komen

Jauh ni dari Sabah tapi puan empunya blog dah pindah ke N9 sekarang. Alhamdulillah dah di halaman sendiri.




FM ini aku dapat sebab jadi antara top komen di blog Mama Jijah. Tak sangka sebenarnya tapi rezeki jangan ditolak. Ehehehe.


Cantik fm ini!
TQ dear Jijah.


Jom kenal-kenal dengan Jijah ---> http://nurazizahyahaya.blogspot.com/




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, July 23, 2014

Hadiah & kad raya 2014 dari blogger

Pertama sekali mohon maaf sebab aku kumpul cerita dalam satu entry. Kadang kekangan masa antara punca semuanya DIKUMPUL. Mehmehmeh. Alasankan?




Bermula dengan hadiah sarung tisu comel dari blogger Sis IntanBerlian. Alhamdulillah tak sangka rezeki aku. Masih belum digunakan. InshaaALLAH raya nanti nak rasmi.


Kad raya 2014 pertama yang tiba di rumahku adalah dari blogger Shida Radzuan, kemudian blogger Cik Manis dan seterusnya dari blogger Jijah. Bila terima kad raya, terasa nostalgia zaman muda remaja. Fuhhh! Rindunya saat itu.


Apa pun terima kasih semua. Daku sangat hargai.


Selamat Hari Raya.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, June 24, 2014

Hadiah kerongsang Sabah dari blogger Jijah

Siapa tak kenal blogger Jijah atau lebih dikenali sebagai blogger ratu pecut. Ekekeke. Jururawat yang kini berkhidmat di Sabah. Alhamdulillah rezeki aku untuk dapat kerongsang cun dari Sabah. 




Warna ungu memang sungguh menawan. Sweet gitu. TQ dear sebab sudi berikan set kerongsang yang sangat comel. Mutiara sabah memang cun!


Nak kenali blogger Jijah? Blog ---> http://www.ziezah.com/


Tahniah juga kepada blogger lain yang dapat set kerongsang =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, June 05, 2014

Hadiah dari blogger



Rezeki ini sudah ku dapat seminggu atau 2 minggu yang lalu. Baru sekarang teringat ada ambil gambar di hp. Maka laju jari jemari menaip sebagai tanda penghargaan kepada ketiga-tiga blogger.



Aku dapat 3 tasbih. Sempena join satu GA ringkas di blog beliau. Untuk pengetahuan anda, ayu juga penjual tasbih. DIY juga ada. Kalau nak buat doorgift boleh belek fb page  Ayu Zan Gallery. InshaaALLAH harga memang berbaloi dengan hasilnya.



Dapat button badge & bookmark. Sempena menjadi jejari tegar di blog beliau. Shida juga ada menyediakan service edit blog, businees card & macam-macam lagi. Boleh berkunjung ke blog beliau untuk info lanjut.


3) Indah Itu Kamu

Dapat topup RM 10 dari blogger Sis Azie. Dapat topup sempena teka harga harum manis. Ada 2 orang kalau tak salah aritu teka tepat & hampir sama. Aku kategori hampir sama tapi sis Azie bermurah hati nak topupkan juga. Terima kasih kak.


Alhamdulillah. Rezeki berblog. Sambil tambah kawan, sambil bersuka ria bersama para blogger. Moga semakin murah rezeki kalian. Aamiin.


Terima kasih semua.








guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, March 12, 2014

Dapat topup RM 5 dari blogger Cerita Cinta Si Vanilla & Coklat

Alhamdulillah. Ini namanya rezeki. Sambil berblog, sambil berkawan alam maya. Topup RM 5 daku dapat dari blogger Zara Nurhaidah { entry } . Aku dapat tahu selepas tuan empunya diri bagitahu aku. Terima kasih sudi inform.


Maaf sangat dear, waktu itu Yui busy dengan cuti. Sebab itu mungkin ketinggalan. Sorry sangat ya. 


Alhamdulillah, topup selamat diterima dan selamat digunakan sikit demi sikit. Terima kasih kepada blogger Zara Nurhaidah. Semoga makin murah rezeki awak.


Topup diberikan kerana daku salah seorang top commentor di blognya. Macam tak percaya diri ini top commentor. Huhu. 


Jom singgah blog ----> Cerita Cinta Si Vanilla & Coklat


Kita tambah lagi kenalan.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, January 30, 2014

Hadiah FM dari blogger Herba Tihara



Alhamdulillah selamat terima FM comel dari 
pemilik blog Herba Tihara


Terima kasih kak
Bertambah lagi koleksi FM di peti ais


- Hadiah kedua di tahun 2014 dari blogger -




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, January 16, 2014

Perihal hadiah topup GA Disember 2013 Nurul Yui

Setelah difikirkan dan ditambahkan para sponsor bagi aku yang buat keputusan, dengan dukacita daku nak maklumkan bagi hadiah topup yang tidak dituntut, hadiah tersebut sponsor boleh simpan atau guna untuk GA lain.


Bermakna tiada pemenang baru diumumkan. Kenapa? Memudahkan pelbagai pihak. Bila diteliti, syarat, maklumat lengkap telah dimaklumkan sejak GA dilancarkan tapi disebabkan kurang allert, hal sebegini timbul.


Jadi, keputusan sebegini di ambil. Daku harap semuanya telah selesai selepas entry ini dikeluarkan. Tiada lagi masalah lain yang timbul.


Terima kasih banyak-banyak buat para sponsor yang sudi berikan hadiah. Terima kasih juga buat para peserta terutama mereka yang sangat peka dan baca dengan teliti setiap syarat sebelum anda sertai.


Yang baik datang dari-Nya dan yang buruk adalah dari diri sendiri.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, November 15, 2013

Hadiah shawl lace dari Izyanty Collection

Tahukan Izyanty Collection juga menjadi salah seorang sponsor untuk GA Oktober daku. Daku ingatkan shawl diberi pada pemenang sahaja rupanya aku turut terima.




Serious comel gitu. Sebelum ini aku pernah order shawl dari Izyanty Collection. Memang puas hati sangat. Terima kasih kak untuk hadiah ini. Yui anggap ini hadiah birthday ke 25 ya. 


Moga semakin murah rezeki akak dalam perniagaan.


Kepada yang nak tengok lebih banyak hasil tangan, terus lawat page berikut






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^