tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label Hadiah join sana sini. Show all posts
Showing posts with label Hadiah join sana sini. Show all posts

Monday, February 13, 2017

Menang RM 50 dari Slimmtreats

Alhamdulillah, tak sangka terpilih antara 5 orang yang mendapat RM 50 dari pihak penaja iaitu SlimmTreats hasil dari melibatkan diri untuk join Giveaway Slimmtreats Bersama Dianarashid.com




Untuk pengetahuan korang,
SlimmTreats adalah pemborong dan peruncit chia seeds 100% organik ke seluruh Malaysia. Ramai orang dah tahu mengenai kebaikan & kelebihan chia seeds. Nak cuba turunkan berat, untuk kesihatan, WAJIB cuba ya!


Jika korang nak cuba chia seeds,
Boleh dapatkan dari SlimmTreats. 1 paket RM 27 termasuk kos pos dan setiap pek mempunyai berat sebanyak 200 gram. Boleh hubungi 012-614 5179 untuk membuat pesanan & penghantaran.


Terima kasih buat penaja, Slimtreats.


Hadiah RM 50 Yui buat beli kibbles anak-anak bulus. Alhamdulillah rezeki mereka.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, November 25, 2015

Menang Vitamin C Rosehip from UK

Alhamdulillah, rezeki aku kali ini. Aku main jawab di post penjual. Aku antara yang terpilih dapat Vit C Rosehip.



Ada 30 biji, cukup untuk 1 bulan


Untung sangat dapat Vit C sebab vitamin c aku dah habis. Jimat duit.


Oh ya, sebelum ini aku pernah makan 2 botol vit c ini & memang ada hasil terutama kecilkan liang pori pada wajah. Ini pengalaman peribadi aku.  Tapak kaki pun jadi lembut. Memang tak menyesal cuba!


Ada beberapa jenis keluaran Vitamin C. Yang ini dari UK. Original sebab memang banyak testimoni.


Kalau ada nak order, boleh roger sebab kawan aku ada jual.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, November 12, 2014

WW 30 [2014] - Hadiah kain sulam coin material prada



Hadiah sempena GA Mialiana.com [entry]
Sponsor oleh Fuzamusa [link]




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, October 13, 2014

Menang kain sulam coin material prada di GA Mialiana.com

Alhamdulillah rezeki join GA Mialiana.com. Hari Jumaat lepas memang sungguh sibuk memandangkan seorang staf AL. Tinggal berdua maka pulun layan pelanggan yang datang bertandang.


Semalam buka blog baru perasan aku antara pemenang. Alhamdulillah.

Hadiah apa yang aku bakal dapat?

1 pemenang x Kain Sulam Coin Material Prada bernilai RM90 


Alhamdulillah rezeki. Semoga penganjur & para sponsor semakin murah rezeki. Aamiin.


Terima kasih juga kepada rakan blogger yang ucapkan tahniah =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, September 09, 2014

Menang voucher RM 10 dari blogger Azhafizah

Alhamdulillah tak sangka aku antara 3 orang bertuah untuk terima voucher RM 10. Main suka-suka sahaja letak tapi dengan harapan tinggi untuk menang.


Bab makanan, haruslah aku laju nak join. Ekekeke! Simple & Quick Giveaway by Sihatimerahjambu yang dianjurkan oleh blogger Azhafizah. 


Aku sangat teruja nak guna voucher RM 10 dan order di www.foodpanda.my .  Best! 


InshaaALLAH nanti aku review servicenya.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, January 30, 2014

Hadiah FM dari blogger Herba Tihara



Alhamdulillah selamat terima FM comel dari 
pemilik blog Herba Tihara


Terima kasih kak
Bertambah lagi koleksi FM di peti ais


- Hadiah kedua di tahun 2014 dari blogger -




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, August 30, 2013

Hadiah cotton wallet dari The Great Little Summer Crafts

Alhamdulillah hadiah comel ini selamat sampai dalam minggu lepas. Hadiah dari seorang crafter yang sangat ohsem!




Tengoklah cotton wallet comel ini. Geram pula bila aku kelebek lama-lama. Sayang nak pakai! Boleh gitu? Korang berminat nak dapatkan juga? Mungkin boleh request design macam mana yang diinginkan.


The Great Little Summer Crafts



Jom terjah sambil cuci mata mana tahu ada yang berkenan. Boleh terus tempah =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, May 30, 2013

Pin comel dari Sis Fieda



Balik SS aritu, ada satu sampul tertulis namaku. Buka-buka ada 2 pin comel macam atas. Tengok ada tulis nama "FIEDA". Aku rasa dari blogger Sis Fieda.


Terima kasih sudi bagi pin comel. Yui pun lupa sebab apa hadiah ini diberi. Hihihi. Apa-apa pun yui suka sebab pin tu ada huruf  "Y" bermakna YUI.


Entry selepas ini adalah total perbelanjaan sepanjang perjalanan dari Malaysia - Bandung - Malaysia.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, April 08, 2013

Ole-ole Bandung dari Anita

Alhamdulillah dah selamat tiba minggu lepas. Mula-mula fikir tempat belajar mana lagi yang nak offer aku yang semakin muda remaja untuk sambung belajar, rupanya silap! Dari blogger Anita sebenarnya.




Ole-ole atau keychain jauh dari Bandung, Indonesia. TQ dear. Keychain yang comel gitu. Yui suka sangat. Lagi kenangan dari blogger. Dapat sempena daku ada komen di entry beliau.


Klik untuk ke blog
 Dunia Cik Anita 




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Review : Penggunaan sheep placenta { nose mask }

Masih ingat hadiah yang diterima dari Eca? { entry }. Aku dah cuba gunakan nose mask yang diberikan. Eca beri 2 pek. Satu pek boleh guna 2-3 kali. Aku baru guna 2 kali.


Hasilnya? Best! Bau dia seperti herba. Hasil pon not bad. Ala-ala charcoal mask dari Daiso. Kena sapu sendiri dan warnanya sama juga, hitam.


Kesimpulan dari daku, aku suka juga gunakannya. Sebab mudah dan menyenangkan. Nampak hasilnya. Itu yang penting!


Harga, korang boleh tanya sendiri pada Eca. Mungkin Eca ada menjualnya =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, April 01, 2013

Hadiah dari Eca dah selamat diterima

Alhamdulillah selamat tiba ke Perak. Terbang jauh dari Sabah tau. Hihihi. Suka sangat hadiahnya. Boleh test apa kesannya nanti.




Nanti yui cuba ya Eca. Bila dah guna, yui akan review okay. Janji!


Mana tahu lebih okay dari yang sedia ada kan. Belum cuba belum tahu =)


Klik untuk ke blog Eca ---> http://www.ecadwinkyasha.com/




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, January 25, 2013

Hadiah dari blogger | Dunia sebenar Shida |

Hadiah ini dah sampai minggu lepas tapi baru sekarang teringat nak update. Maaf Shida. Nasib baik ada ambil gambar, boleh tepek di blog ku ini. Kenangan.




Comelkan? Hadiah sempena apa? Kalau tak salah sempena aku join { sini }. Alhamdulillah ada rezeki. Dan tetiba ada idea macam nak pakaikan bear comel berloceng itu ke leher Shinchan. Boleh tak?


# Harini hujan lebat, terpaksa tukar pakaian di rumah sewa dahulu. Hp juga tertinggal. Dugaan hari ini.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, October 24, 2012

Hadiah barangan Avon dari Sis MJ selamat tiba

Rasanya hadiah ini sampai minggu lepas sebab balik je SS tengok-tengok dah ada bungkusan ini. Walau takde tulis dari siapa atau aku yang tak perasan? aku yakin ini dari Sis MJ. Sebab dari Penang + barangan Avon.




Siyes tak pandai guna benda ini sebenarnya. Tapi takpe akan ku cuba. Terima kasih yer kak untuk hadiah ini. Sebelum ini pon ada dapat, moga semakin murah rezeki akak ya. Amiiin.


# Kalau tak salah dapat ini sebab antara pengomen "degil" nak komen kat blog. Kui kui kui.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, October 02, 2012

Menang barangan craft sebab teka betul!

Walau aku dalam bidang craft tapi tak bermakna aku tak terima barangan craft orang lain ye. Muahahah! Siyesly, aku suka hasil jari jemari Nisa. Sangat kemas! 




Geram tengok binatang biru tu. Yang love pun. Yang pin tu juga! Pendek kata semuanya aku suka. Benda FREE siapalah yang tak suka kan. Tambahan pula dapat disebabkan coz teka tepat. Kui kui kui.


Jom lawat blog craft Nisa iaitu Greenpandacraft untuk lihat lebih banyak hasil yang comel-comel. Boleh juga kalau rajin korang like page beliau ya.


# Petang ini InsyaALLAH nak lawat abah aku di Hospital Ipoh



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, July 03, 2012

Hadiah tudung untuk teka teki

Hadiah ini dapat dari Sis Waniey minggu lepas. Dapat teka hampir tepat dan pantas teka untuk ini . Aku sendiri pon tak sangka. Main hentam kromo aje. Inilah rezeki namanya kan.


- suka tudung ini! Mudah dan segera! -


- lekat di almari sebagai kenangan -


Thanx sis! Suka sangat-sangat. Moga ALLAH lebih murahkan rezeki akak ya. Buat diri berkobar-kobar nak berteka teki dengan blogger lain. Muahahaha! Sabar jela.


# Haritu dapat bergambar dengan blogger sis Eintan. Wah! Malu eden!!! BE ke-8 dah labuhkan tirai dengan nilai RM 14.30. Rezeki,amiin.


nota kecik yui
Bila dah letakkan syarat
 sila baca dan fahami!
Untuk barang-barang craft




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^