tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label hadiah coklat. Show all posts
Showing posts with label hadiah coklat. Show all posts

Wednesday, December 10, 2014

Coklat free dari Langkawi




Balik dari kursus, aku turun di R&R Bukit Merah. Shapit dah menunggu sejam kat situ. Kesian tapi nak buat macam mana, kursus habis lambat.


Dapat satu plastik dipenuhi dengan "syurga coklat". Apa yang aku nak semua ada. Teman dia ni memang hantu coklat.


Siap kena warning, kalau asyik duk makan coklat sampai nasi taknak, lepas ini tiada harapan dapat coklat banyak-banyak. Perhhh! Warning ea? Ada aku kisah? Ekekeke. Idaklah. Aku makan nasi cuma tidak setiap hari.


Coklat sebanyak itu inshaaALLAH tak sampai sebulan habis. Gigit sikit demi sedikit sebab sayang nak habiskan. Hahaha. Terima kasih MSHA.


P/s: Sekarang aku dah "bebas" makan. Pendek kata dah bersara diet atkins sebab dah dapat apa yang diimpikan. Kalau aku continue diet, itu lain cerita =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, July 01, 2014

Choc Gift Box dari CikNa's Coklat Heaven

Kalau korang tercari-cari hadiah apa yang nak diberi in case kekeringan idea, boleh tempat choc gift box dari CikNa's Coklat Heaven. Belek album memang banyak yang menarik perhatian sampai tak tahu nak pilih yang mana.


Aku order sebenarnya untuk Shapit sebelum mengerjakan umrah. Entah macam mana aku silap tarikh dia bertolak, maka coklat ini terus ku jadikan sebagai hadiah ulangtahun perkenalan ( feeling gedik plakkan? ). 




Harga bergantung kepada berapa biji & jenis coklat yang anda inginkan. Macam coklat aku ini harganya dalam RM 50. Sekali box cute itu. Ada letak biskut orea, kacang & pelbagai lagi. Kira random coklat


Shapit pun kata ok. Siap cakap kenapa bukan aku je buat. Apa ingat aku ada bahan comel-comel? Mihmihmih.


Kepada anda yang nak order, boleh tengok FB page CikNa's Coklat Heaven. Memang mudah berurusan dengan CikNa. Mesra pelanggan ok. I like.


* Jangan tanya aku macam mana rasa coklat sebab Shapit lupa bawa time kami jumpa haritu. Huhu.


IKLAN KUIH RAYA/KUDAPAN 
Boleh rujuk entry ini
InshaaALLAH sedap!



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^