Berdasarkan entry { ini }, ramai yang tertanya benarkah ada i-city di Ipoh? Disebabkan rata-rata bertanya, maka aku dengan baik hati updatelah cerita penuh hari ini.
Kalau anda di Ipoh, jika orang tanya kat mana i-city Ipoh, jawapannya ialah di Kinta Riverfront. Tak tahu belah mana? Belakang bangunan Bank Islam. Dari jalan besar korang akan nampak Kinta Riverfront Hotel. Ikut sahaja situ.
Bagi aku oklah. Sekadar nak tengok cahaya lampu warna-warni di waktu malam. Keindahan ciptaan manusia yang mana ideanya dari yang maha berkuasa.
- sumber google -
Ada jambatan yang boleh korang lalui untuk lintas sungai kinta ini. Kat i-city Shah Alam takde jambatankan? Aku pun tak pernah sampai sana. Hihi. Info dari kawan-kawan yang duduk di KL.
Kalau yang singgah Ipoh, bolehlah jejak sini. Tapi jika ada yang kata setakat nak tengok pokok lampu warna warni buat apa, aku cadangkan korang duduk sahaja di rumah, pasang lampu berwarna dalam rumah sendiri. Haha.
Sebenarnya ada gambar lain tapi malas nak upload. Boleh gitu?
TIADA BAYARAN DIKENAKAN
UNTUK BERJALAN DI I-CITY IPOH