tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label nasi kerabu. Show all posts
Showing posts with label nasi kerabu. Show all posts

Sunday, July 03, 2016

Nasi Kerabu terbaik di Station 18, Ipoh

Aku rasa dah lebih beberapa kali aku update pasal nasi kerabu ni. Peniaga yang sama. Memang terbaik sebab kalau ko lambat datang, tengok bakul dan bekas kosong jelah ya.



Ada daging, solok, 1/2 telur masin, ikan seekor dan sayuran lain
RM 6 sahaja

Bagi aku harga yang sangat berbaloi. Sesuai dengan kesedapan. Kalau nak beli, peniaga ni ada menjual di pasar malam hari Isnin di Station 18. 


Aku bagi 5 bintang penuh !!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, November 26, 2015

Nasi kerabu power original dari orang Kelantan!

Lebih kurang 5 tahun aku duduk di Station 18, memang takde tempat lain lagi boleh kalahkan nasi kerabu makcik ni. Yelah, aku memang aku cuba merata, tapi kalau tak sedap, memang tak beli. Tekak lain-lain kan?



Hanya RM 5.50


Kalau korang orang Ipoh,
Makcik ini biasanya akan ada di pasar malam. Kalau tempat kerja aku, setiap hari Isnin. Ada 3-4 orang wanita yang akan sibuk layan pelanggan yang ramai! Serious, seawal jam 5.30 petang, memang dah ramai kerumun nak beli.


Selain nasi kerabu, ada juga jual laksam, bubur, nasi lemak & kuih.
Semuanya aku dah rasa dan memang semua terbaik!


Sebenarnya aku dah pernah up entry pasal nasi kerabu ni [entry]
Tapi saja up lagi sebab sedap. Hahahaha.


Benda terbaik, haruslah kita share!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, June 18, 2013

JJCM versi Yui : Nasi Kerabu yang sedap di sekitar Ipoh, Perak

Nasi kerabu asalnya dari Kelantan kalau tak salah aku. Maka haruslah aku cari nasi kerabu asli dari orang Kelantan yang jual. Orang kata air tangan yang sebenar gitu. Hihi.




Maaflah ambil gambar macam itu saja. Apa lauk yang ada? Ikan, solok lada, ayam percik, telur masin dan bahan-bahan yang lain. Harga hanya RM 5 +. Memang berbaloi dan bagiku harganya sangat relevan.


Kat mana nak dapat? Okay, selalu aku beli di pasar malam station 18, Ipoh. Dekat area pejabat aku. Setiap hari Isnin. Orang-orang Lahat, Station 18, Kg Sri Kinta, Taman Desa Aman pasti tahu dan kenal makcik nasi kerabu ini.


Aku pergi gerainya jam 5.40 petang, orang ramai dah berkerumun nak beli. Bukan takat nasi kerabu saja yang dijual, makcik ini juga jual nasi dagang, laksam, nasi lemak dan bubur. Semuanya mableeessss tambah-tambah bab nasi kerabu.


Ai likeeee. Kasi 5 bintang! 




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^