tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label Perak. Show all posts
Showing posts with label Perak. Show all posts

Wednesday, December 23, 2015

Hipster Coffee terbaik di Sg Siput (U), Perak

Kalau di Ipoh, dah merata ada air cawan besar ni. Kira dah pelbagai jenama, yang bezakan adalah sedap atau tidak ajeee.


Eh melalut ni.
Kalau di Sg Siput aku sangat cadangkan korang cuba Hipster Coffee. Pasaipa? Pasai aku dah cuba dan memang terbaik pekat kaw likau sedap! Takde kedekut-kedekut letak susu tuuu.




Ada 7 jenis perisa untuk anda pilih. Dan pada hari itu aku cuba cappucino. Memang terbaik habaq hangpa!


Semua dengan 1 harga iaitu RM 5.


Oh ya, buat masa ini, hanya dibuka pada hari Sabtu & Ahad di sebabkan owner hanya partime. Kalau nak cuba, silakan ya.


Aku siap pesan pada owner,
Kalau bancuhan ok, sedap, pekat, tak kedekut, inshaaALLAH orang akan repeat lagi!



Lokasi : Kg Tersusun Sg Siput (U), Perak
FB :  Ayda Jamal



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, December 22, 2015

Kenapa asal Perak tapi tiada loghat Perak?

Bila org tnya, asal mna?
"Perak.."
"Tp knpa takde loghat perak pun.. ate kome mcm cte hantu kak limah tu"..
Haish..😂.. meh nk ajaq sikit..

*Perak ni ada 5 loghat..ataupun dialek..
Yg mna dduk belah utara tu, cth parit buntar & bagan serai ataupun senang cerita daerah kerian ni, lebih kpd loghat utara mcm penang or kedah..
* Bahagian Hulu Perak plak, cth Kroh, Grik dan Lenggong, depa banyak guna dialek Patani, seakan-akan dialek Kelantan sikit..
* Daerah Kinta plak, dialek dia berbeza ikut masyarakat jugak. Majoriti penduduk kt sini datang dari kepulauan Indonesia..
* Bahagian Perak Tengah mcm kt Kuala Kangsar, Bota, Parit, dialek dia la yg ada 'ate kome' mcm dlm cta hantu kak limah tu ha😂.. ni la dialek asli Negeri Perak.
* Bahagian perak selatan plak iaitu daerah Batang Padang smpai Bagan Datoh, dialek dia lebih kurang mcm dialek selatan Semenanjung mcm Selangor dan Johor..
So, harap lepas ni takdak la yg expect semua org perak akan ckp 'ate kome' ye



C&P : Facebook
===============================
Kesimpulan :
Che' lahir di Parit Buntar. Jadi takyah pelik kalau che' loghat utara takde ate kome mike wink emoticon

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, November 27, 2015

Cuti sempena Hari Keputeraan Sultan Perak

Hari ini aku cuti sempena Keputeraan Sultan Perak.


Aktiviti?
Niaga online macam biasa
Buat kerja rumah
Rutin biasa basuh sangkar kucing/bersihkan tempatnya
Kalau sempat, nak mandikan kucing-kucing yang ada


Itu jelah perancangannya.
Jadi atau tak itu lain cerita.


Sesi balas kunjungan akan aku buat nanti ya
Direct cuti 3 hari :)







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, June 19, 2015

JADUAL WAKTU SOLAT/BERBUKA PUASA IPOH, BATU GAJAH, KAMPAR, SG SIPUT, KUALA KANGSAR






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, July 15, 2014

Cuti Nuzul Al-Quran

Hari ini negeri Perak cuti umum sempena hari Nuzul Al-Quran. Maka daku sebagai anak jati Perak yang masih bekerja dalam Perak "perlu" bercuti.


Aktiviti?
Telah merancang untuk buat biskut lidah kucing, semperit susu & almond crunchy.


Itupun kalau mood ada. Rancang saja belum tentu nak buat. Boleh gitu? Hahaha.


Selamat bercuti kepada yang bercuti & selamat mendapat tripple untuk yang bekerja.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, May 28, 2014

Kemangkatan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un


Al-Fatihah untuk kemangkatan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah
yang telah kembali kepada yang Esa


Daku sebagai anak jati Perak berdukacita dengan apa yang terjadi
Negeri Perak bercuti esok bagi menghormati kemangkatan Sultan Perak


Al-Fatihah




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, October 08, 2013

Kotiau goreng sedap dan berpatutan



Memang sedap dan sangat berbaloi harganya. Penuh dan ada ayam juga udang. Satu bekas RM 3.50. Harga cukup relevan untuk abad masa kini ditambahkan dengan kesedapannya tiada masalah!


Lokasi area Pasir Putih, Ipoh. Warung kecil. Lokasi aku tak pasti sebab bukan aku pergi beli tapi order pada rakan opis sahaja. Hihi.


Kalau aku tahu mana, aku roger lain ya. 




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, September 30, 2013

Ustaz Kazim Elias di Hari Infoternak Negeri Perak malam ini

Hanya nak maklumkan malam ini 30/9/2013 Ustaz Kazim Elias ( UKE ) akan mengadakan ceramah sempena Hari Infoternak di Sg Siput (U), Perak bermula jam 9.00 malam.


Orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan lagi ceramah. Lagipun ramai dah tahu tahun ini adalah tahun terakhir UKE akan berceramah secara umum. 


Pasti sesak malam ini. Aku tak dapat pergi sebab dah berada di Ipoh. Musim hujan sekarang jadi tak sesuai nak merempit balik rumah. Huhu.


* 2 kali dah pergi Infoternak. Muahahaha!

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, September 28, 2013

Hari Infoternak negeri Perak [ 28/9/2013-1/10/2012 ]

Sebagai anak jati Perak, penduduk tegar kawasan Sg Siput (U), aku nak maklumkan dan hebahkan bahawa terdapat Hari Infoternak peringkat negeri Perak di Infoternak Sg Siput.


Hari Peladang, Penternak & Nelayan
peringkat Negeri Perak
28/9/2013 - 01/10/2013
di Infoternak Sg Siput (U), Perak


Orang ramai yang berada di kawasan sekitar dijemput hadir. Yang dari negeri lain pun dialu-alukan. Memang best ok! Macam-macam yang ada.


Memang wajib aku pergi jika ada. Berkali-kali pun takpe yang penting ongkosnya ada. Muahahahaha. Kalau rajin aku snap gambar okay.


* Kot-kot ada kucing, syiok juga aku nak melayan nanti

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, August 14, 2013

WW 97 - I City Ipoh, Perak






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, June 18, 2013

JJCM versi Yui : Nasi Kerabu yang sedap di sekitar Ipoh, Perak

Nasi kerabu asalnya dari Kelantan kalau tak salah aku. Maka haruslah aku cari nasi kerabu asli dari orang Kelantan yang jual. Orang kata air tangan yang sebenar gitu. Hihi.




Maaflah ambil gambar macam itu saja. Apa lauk yang ada? Ikan, solok lada, ayam percik, telur masin dan bahan-bahan yang lain. Harga hanya RM 5 +. Memang berbaloi dan bagiku harganya sangat relevan.


Kat mana nak dapat? Okay, selalu aku beli di pasar malam station 18, Ipoh. Dekat area pejabat aku. Setiap hari Isnin. Orang-orang Lahat, Station 18, Kg Sri Kinta, Taman Desa Aman pasti tahu dan kenal makcik nasi kerabu ini.


Aku pergi gerainya jam 5.40 petang, orang ramai dah berkerumun nak beli. Bukan takat nasi kerabu saja yang dijual, makcik ini juga jual nasi dagang, laksam, nasi lemak dan bubur. Semuanya mableeessss tambah-tambah bab nasi kerabu.


Ai likeeee. Kasi 5 bintang! 




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^