tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label peniaga. Show all posts
Showing posts with label peniaga. Show all posts

Monday, September 19, 2016

Tweezer murah untuk buang blackhead/whitehead

Kita update lagi pasal jualan ikan bilis macam Yui ni ya. Sekarang konsep Yui, kumpul order, submit pada supplier, tunggu barang sampai dan Yui akan pos pada customer pula.


Eh panjang plak pokpek.
Kali ini Yui nak kumpul order untuk TWEEZER. Alaaaa, yang kita kepit buang blackhead/whitehead tu. Pernah tengok tak videonya? Rasa geram ajeeee. Hehehe.





1 pcs RM 20 sekali pos SM

Berminat boleh roger Yui
019 233 1810


Untung niaga boleh support #danauntukmeow




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, June 07, 2016

Pes Char Kuey Teow yang tetap di hati

Pernah korang makan char kuey teow di luar, tapi semuanya sikit belaka? Maksud aku sikit dari segi bahan-bahan. Pastu kotiau tak nampak, tenggelam. Rupanya sikit seceot. Hehehe.


Oklah,
Kita selesaikan masalah di atas dengan beli pes char kuey teow ini. Memang terbaik sebab aku sendiri dah berulang kali repeat order. Aku bukan jenis senang nak repeat sembarangan melainkan kena sangat dengan tekak.





Trylah search. Yang ini aku beli dan orang tu hantar kat tempat aku. Kiranya konsep COD.





Harga pun berpatutan sangat. 1 botol kecil ini boleh buat lebih dari 8 pinggan char kuey teow. Cara masak pun disediakan. Sebab tu korang nampak chef muda kat situ. Hahahaha.




Kalau rasa nak minta aku belikan, boleh, upah RM 2/botol.  Kalau nak, kalau taknak cari aje sendiri. Senang sekarang semua dihujung jari. Heeeee.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, January 18, 2016

Tanda kawan support kita berniaga





Renung-renungkan dan selamat beramal
|=_____=|




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, May 20, 2015

NAMA JE AIR MILO TABUR

Milo? Aku jarang minum. Bukan pasal boikot ke apa ke, tapi hakikatnya macam itu. Tapi sesekali teringin, kempunan je gaya.


Terus kepada tajuk.
Order air MILO TABUR. Tapi rasa tak rupa milo yang ditabur. Macam serbuk koko yang semakin banyak dalam pasaran. Tengok warna dan bau pun boleh agak bukan.




Buat peniaga, kalau pelanggan order milo, bubuh milo.
Order air koko, baru bubuh serbuk koko. Terasa tipah tertipuuu tau.


Kempunan mak jemah nak milo tabur.
Hoho.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, July 09, 2014

Kisah bazar di Sg Siput

Dalam cuba mengelak akhirnya jadi juga pada keluarga sendiri. Kisahnya macam ini, abah aku ada singgah di bazar SS hari minggu lalu. Dia ni hantu pajeri terung, jadi belilah 3 ketul kecil ( yang dah takde rupa ) sebab dah lembik dengan harga RM 5.


Time berbuka, mak aku rasa sekali dan dia bagitahu kenapa macam pelik pajeri tu. Dahlah lembik, rasa pun semacam. Ok, takpelah. Aku takde ambil port sangat sebab aku tak makan masa tu. Abah pun makan sikit je. Mungkin tak kena dengan tekak.


Macam biasa, bersahur esoknya mak aku perangat ( panaskan ) pajeri tersebut, apa yang mengejutkan pajeri tu dah basi! Basi? Macam pelik. Kalau betul semalam dia masak, mesti pajeri tu boleh dimakan lagi. Apa yang ada dalam fikiran aku, peniaga itu gunapakai lauk yang tidak habis.


Bukan menuduh tapi secara logik begitu. Nak salahkan abah pun tak boleh, dia laki bukan tahu benda tu basi or tidak. Yang dia tahu, pilih & bayar.


Kesal. Aku tak pasti gerai mana satu tapi kalau dapat tahu memang tidak akan ku beli lagi di situ.


Sebab itulah aku tak gemar ke bazar. Pergi pun kalau terpaksa sahaja. Jawapannya masak sendiri lebih baik.


Berniaga biar jujur jangan nak dapat keuntungan sahaja. Sekian.


Walau apa pun bersyukur sebab tiada kejadian sakit perut. Kalau tidak, memang dugaan sungguh.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^