tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label pening. Show all posts
Showing posts with label pening. Show all posts

Tuesday, November 17, 2015

Buah delima untuk yang tak sihat

Bangun Subuh tadi dah rasa tingtong. Dah sampai pejabat, boleh layan lagi. Tak lama dekat jam 10.00 pagi, aduh memang tak menahan rasa kepala ni berdenyut.


Akhirnya, 10.30 pagi - 12.15 tengahari aku baring dalam surau. Niat nak bagi lena tapi tak mampu. Mata saja pejam tapi telinga mendengar segalanya. Sebelum baring, sempat minum air lemon suam dicampur CMD.




Nampak buah delima, potong dan ngap. Ini jelah yang ku lalu telan untuk sarapan & makan petang. Balik rumah nanti, tak tahu lagi macam mana.


Kepala pening
Badan suam panas
Tangan masih lebam teruk


Harap oklah sebab aku memang sedaya taknak telan panadol. 


Ambil air semburan CMD, sembur muka bagi taknak lelap. Hahahah. 
Gitu gunanya CMD! Guna sebaiknya.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, September 08, 2015

Sakit kepala

Semalam beli sup ayam, beli di pasar malam. Makan waktu berbuka.
Lebih kurang jam 9.00 malam, badan dah rasa letik. Kepala rasa tingtong sikit.


Terus terlelap padahal mata nak tengok running man sebenarnya.
Siap kunci jam lagi.
Akhirnya lena dibuai mimpi seawal 9 malam.


Bangun subuh, kepala rasa berat.


Aku memang macam ini, kalau masakan terlebih pak aji, sakit kepala menjadi-jadi.
Rupanya bukan aku seorang je rasa, rakan sepejabat pun sama.


Sekarang pun rasa sakit berdenyut, tetap tahan taknak telan panadol. Ubat sebaiknya adalah tidur.


Aku satu keluarga sama peelnya.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, October 08, 2014

Sakit kepala kerana pak aji

Satu penyakit yang akan jadi pada aku ialah bila aku makan makanan luar di mana kandungan pak aji terlebih-lebih, aku akan alami sindrom sakit kepala berdenyut-denyut.


Hari ini penyakit itu datang. Petang semalam beli nasi goreng paprik ( sebab tak makan tengahari ) untuk dinner. Seawal jam 11 malam aku dah mula nak tidur. Bangun subuh, kepala dah start berdenyut. Sampailah berada dalam opis.


Banyak kali aku perasan. Aku, mak & abah punya perangai yang sama. Andai dalam sesuatu makanan itu terlebih pak aji, kesannya akan terasa. 


Tak dinafikan makanan di kedai, kenduri kahwin majoriti akan ditambah pak aji. Cuma lebih atau tidak sahaja. Kesannya? Pada kami inilah. 


Masakan di rumah memang TIDAK AKAN MASUK pak aji. Itu aku suka!


Sedap dimakan tapi kesannya memang sedap ku rasa. Huwaaaaaaaaaaaaaa.


Gigih taknak telan panadol. Tahan selagi boleh.


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^