tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label diri sendiri. Show all posts
Showing posts with label diri sendiri. Show all posts

Thursday, October 26, 2017

Rindu nak menaip tapi terbatas

Assalamualaikum uols. ALLAH, rasa lama sangat tak menaip di blog sendiri. Risau juga dah lupa password. Hehehe. Banyak perkara terjadi dan sampai buat diri terbatas nak berceloteh di blog kesayangan ini.


Pelbagai perkara jadi di Oktober 2017


InshaaALLAH bila tiba masa, Yui akan aktif kembali. Mungkin lebih kepada sharing terhadap sesuatu produk/perkhidmatan/restoran dan lain-lain. Tak banyak yang nak diceritakan mengenai peribadi. 


Masih sama.


Korang ingat lagi Yui?




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, May 08, 2017

Seminggu tidak sihat

Assalamualaikum & selamat tengahari semua
Sihat?
Yui harini baru nak merasa sihat & kuat
Hihihi


Dekat seminggu demam/batuk/selsema/sakit tekak
Pakej dah pergi klinik swasta & hospital kerajaan ambil darah
Alhamdulillah demam biasa sahaja
Risau denggi sebab adik Yui dimasukkan wad haritu
Dia pun dah selamat keluar wad


InshaaALLAH Yui akan kembali cuba untuk aktif berblog
Kerana dengan dunia blog Yui berceloteh macam-macam
Kenal korang


Apa pun jaga diri dan kesihatan ya
Banyakkan minum air masak





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, March 31, 2017

Salam Jumaat penghulu segala hari semua

Aduh, maaf Yui menghilang lagi
InshaaALLAH lepas ni akan fokus pada blog




Saja tayang diri sendiri dengan kopi
(gambar semalam)


Caption
"Biar kopi hitam, jangan hati yang hitam. Moga dijauhkan perangai sebegini"


Salam Jumaat semua





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, March 29, 2017

Memulakan semula langkah berblog

Assalamualaikum uolls
Fuhhhh fuhhh tiup habuk sawang blog ni
Mandey sungguh blog dianaktirikan
Hahahaha!




Korang sihat?
Entry banyak?
Okay nanti Yui terjah tau


Saja up gambar sendiri waktu dinner di Putrajaya haritu
Kotlah ada yang rindu wajah ini
Muahahahahaha!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, March 15, 2017

BR1M dah berubah status kepada LULUS

Haritu kan Yui ada update pasal brim Yui yang sebelum ni tak pernah pernah tak lulus, hehehe. Lepas je kejadian Dato Vida bayar cukai, ehh ehh lain dah. Mungkin kebetulan kan kan.


Dan ramai juga yang berubah dari TIDAK LULUS kepada LULUS. Tahniahlah kome. Bayaran katanya kelompok ketiga. Dengar cerita dekat raya nanti. Takpelah, tak kisah bila pun.


Sebenarnya Yui dah redha bila habaq tak lulus haritu. Dengan niat, moga bantuan itu disalurkan kepada yang betul-betul layak dan memerlukan.


Niat utama Yui kali ni bila dapat BR1M,
Yui nak spay/neuter lagi 3 ekor kucing Yui dan kalau ada lebih nak beli sangkar yang lebih besar dan selesa untuk mereka.


Doakan Yui ya.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, March 13, 2017

Sibuk Sangat

Hai kome, assalamualaikum. 
Heee, siapa yang sibuk?
Haruslah Yui sendiri


Buktinya, blog tak berupdate
Yang akan update hari-hari ialah facebook


Banyak benda tergendala
Ada juga nak cerita


Yui khamis ni ada lebih kurang seminar di Putrajaya
Sampai Sabtu
Tiket udah beli


=___=




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, March 02, 2017

Beauty Blender sponge wajib ada untuk si cantik

Dah guna foundation OKAYA, selain guna jari jemari bolehlah guna sponge tau. Ada pelbagai gred sponge, dari yang selembutnya hingga sekerasnya. Heeee, harga pun kalau original hampir RM 100.




Yui baru je beli Beauty Blender ni, 90% copy original. Ada 2 saiz, RM 20 & RM 25. Yang Yui beli RM 25. Lembut dari yang pernah Yui beli di Mr Diy ( RM 6). Seronok dok main tekan-tekan. Hahaha.


Eh, fungsi utama haruslah nak dap dap kan foundation tu supaya lebih rata dan tak berkecapuk. Jangan sesekali dok tonyoh tau, itu tips dari MUA terkenal Bellaz.


Oklah, tu ja nak share. Motif takde idea nak update. Hahaha.


Oh ya,
Alhamdulillah Yui dah upgrade jadi Stokis Okaya untuk negeri Perak.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, March 01, 2017

WW 4 [2017] - MC pertama di tahun 2017


Keracunan makanan, masuk angin & demam
InshaaALLAH harini dah rasa okay 
=___=


Sakit itu penghapus dosa kecil







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, February 28, 2017

Tak berapa nak sihat

Ni pun masa taip dok rasa loya atau berombak je perut. Heeeee. Pagi tadi udah muntah air je banyak. Pakej makan malam tadi yang keluar. Hahaha.


Aduhhh,
Pehal entah. Takkan sebab makan dimsum tu. Beli kat pasar malam sebab baru pertama kali nampak dia menjual. Ke saja diri Yui je nak bermanja lebih.


Aihhhh,
Takde masa nak manjakan badan sangat. Satg lagi lemau badan ni.


Sama-samalah kita jaga kesihatan. Banyakkan minum air masak.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, February 24, 2017

Kopi Ais Kaw





Yui bukan peminat tegar kopi
Tapi sekali sekala nak berkopi


Salam Jumaat semua




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, February 21, 2017

Kalau korang perasan

Kalau korang perasan,
Yui jarang dah nak update blog


Kalau korang perasan,
Yui banyak "berbunyi" di FB sendiri


Kalau korang perasan,
Perlahan-lahan rentak berblog


Haaaa,
Puncanya ialah KEMALASAN


Sobsobsob.


Siapa nak perasan?
Tak kisah pun dengan ko Yui oiiii. Hahaha.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, January 26, 2017

Barang kecantikan untuk wajah sendiri

Yang Zeeta Serum Mawar tu Yui baru beli. Saja nak mencuba. Bau sedap, haritu tertelan nasib baik takde apa. Hahahaha.




Yui jujur tak pandai makeup. Main bubuh aje asalkan nampak sikit "seri". Kerja berhadapan customer mestilah nak kena tampil bergaya sikit. Simple pun jadilah.


Jadi untuk wajah sendiri,
Lepas cuci muka, letak toner ( kalau rajin ), sapu day cream Tati ( calit sikit saja ), letak eyeliner, sapu lipstick matte ( tidak berkilat ). Sembur serum mawar bila rasa nak sembur. Biasanya Yui letak kat office, saja nak bagi segar muka.


Mudahkan?




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, January 17, 2017

Sesi mengira Tabung Syiling

Masa duit syiling warna emas baru keluar, teruja sangat tau kumpul. Tapi bila tengok semula, tak cantik warnanya. Cepat pudar, dah macam token funfair pula.


Maka,
Malas dah kumpul syiling. Jadi, Yui kutip mana-mana sahaja tabung syiling yang ada, dan kira semuanya untuk ditukar kepada wang kertas (lebih ringan).




Tapi duit kertas pun kalau diperap, nanti tak elok juga. Lagi berbahaya kalau dimakan anai-anai. Nayaaaaa weeeeeeiii.


Cara lebih dan paling selamat,
tukar dengan EMAS. Simpanan mudah cair jika kita terdesak, inshaaALLAH.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, January 10, 2017

Kasut sukan yang baru digunakan

Beli kasut sukan dah lama. Terperuk je dalam kotak. Kesian dia, tak bagi jasa pada tuan. Miahaha. Semua ini alasan!




Sebelum beli kasut dulu, punya semangat tiap minggu nak jogging luar rumah, nak berkayuh basikal tapi apakan daya, semangat tinggal semangat. Sampailah ada member ajak pergi gym. Ehhh, apa lagi, iyakan ajeee. Ada member best juga workout.


So,
Dah 3x kasut ini berjasa. Moga terus berjasa hingga lunyai dan hingga tuanmu ini dapat apa dia nak. InshaaALLAH.


Orang dok ingat kita kurus tapi hakikat tersembunyi, banyak lemak tepu kena hapuskan. Takpe, perlahan-lahan kayuh. Wahhh gitu sedapkan hati sendiri.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, December 31, 2016

Selamat Tinggal 2016 Selamat Datang 2017

Walaupun ia sekadar tarikh,
tapi setiap yang terjadi pasti ada kenangan tersendiri samada pahit atau manis.


Untuk tahun 2016,
Yui belum terfikir apa yang terlaksana apa yang belum. Nanti Yui ceritakan bila ada kelapangan untuk menulis.


Untuk tahun 2017,
Tak beriya nak dapatkan sesuatu. Cukuplah semua dipermudahkan dengan baik. InshaaALLAH.


Selamat tinggal 2016
Selamat datang 2017
Be nice =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, December 28, 2016

Yui benarkan anda tanya 1 soalan




Nak bagi peluang pada reader blog pulak
Kalau ada soalan, silakan
Yui akan jawab dalam 1 entry khas




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, November 22, 2016

Kisah Kopi vs Nurul Yui

Mula-mula nak habaq, isu sabun kopi atau sabun scrub kopi masih hangat diperkatakan. Haaaa, Yui takmo ulas lanjut. Benda tu sendiri punya pilihan sebab penjual tak paksa anda membeli. Dan anda sebagai pembeli ada hak untuk bertanya sebelum membayar.


Ok,
Berbalik pada kisah kopi vs Nurul Yui. Sebenarnya pagi tadi sambil siap-siap Yui dengar Hot FM. Geng deme pagi ini bercerita pasal kopi.


Maka Yui pun sajalah up entry macam ini memandangkan idea lain tiada. Hahaha.


Orang kata, minum kopi akan menghilangkan rasa mengantuk/menyegarkan. Tapi untuk Yui, itu semua tak menjadi. Balunlaah berapa bungkus/tin air kopi, kalau nak tidur tu tetap tidur.


Ada juga bagitahu,
Minum kopi waktu malam akan buatkan kita tidak tidur. Untuk Yui, itu juga tak terjadi. Hahaha.


Peminat kopi?
Ya, Yui minat kopi tapi takdelah sampai hari-hari kena ada kopi. Sekali sekala teringin baru beli dan pilihan haruslah kopi ais kawwwww. Haaaaa, sedap habaq kat hangpa. Tak sampai RM 2 pun sebungkus.


Yui minum kopi ada 2 sebab sahaja.
Pertama sebab teringin
Kedua sebab nak kurangkan pening


Tak percaya? Yui dah lama tak guna panadol kalau terasa pening kepala. Ubat Yui adalah air masak/kopi/kacip fatimah/redbull. Haaa, yang minuman tin tu tak digalakkan lah ya.


Sekian sahaja kisah kopi vs Nurul Yui.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, November 08, 2016

Hadiah ulangtahun diri sendiri 2016

Coklat dan kek
Haaa inilah hadiah untuk diri sendiri dari orang lain




Coklat dari Langkawi
"Awatlah takde almond gold"
Fuhhh demand plak Yui kan
Hahahaha




Nak cari kek tapi nan hado pilihan
Ambil jelah 2 ini
Jadilahhh, dah ada yang nak belanja


Terima kasih ya awak
Siapa awak?
Awaklahhh


Muehehehe ;)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, November 03, 2016

Bila kau tiada mood

Awat entah, sebenarnya banyak benda nak cerita
Nak sharing sama hangpa
Tapi macam blurrrrr


Jap naaa
Jap cuba ambil mood



Ada nanti
Adalah entry
Heeeeee


Yui balas balik jejak yang tinggalkan komen okay


Esok cuti PH untuk rakyat Perak





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, November 01, 2016

Wangian perfume Dexandra yang menjadi pilihan hati

Lama dah Dexandra berada di pasaran kan, cuma Yui saja yang lambat mencuba. Kata orang bauannya tahan lebih 8 jam, harga mampu milik dan botol mudah dibawa sebab bersaiz sederhana.


Oklah, sebenarnya Yui ni droship kepada perfume Dexandra juga. Oh ya, harga inshaaALLAH mampu milik dari pasaran sebab dapat harga rendah dari supplier. Yui taknak nyatakan harga sebab ada orang kadang saja nak cari "pasal". Heeee, faham-faham sendirilah.


Berbalik pada tajuk entry,
Bauan yang menjadi pilihan hati sekarang ialan Moon Sparkle by Escada. Serius, bauan dari Escada memang tak mengecewakan Yui. Yui selesa dengan baunya. Haruuuummm dan rakan opis pun jatuh cinta maka dia pula beli 1 botol. Hehehe.





Antara bauan lain yang menjadi pilihan customer Yui,
Boom Sheel By Victoria Secret
Lady Million
Cocoa Chanel
La Male by Jean Paul
Dunhill Red
Dunhill Blue
Bond No9 NYC


Ini antara yang banyak orang repeat. Apa pun terpulang kepada pelanggan nak bauan yang mana sebab memang Dexandra ada pelbagai jenis.


Harga pasaran 1 botol RM 65 untuk 35 ml.
Harga Yui, korang boleh inbox Yui di FB. Yang Yui kenal dan yakin sahaja akan Yui bagi harga Yui ya.


Terima kasih =)





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^