tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label penipuan. Show all posts
Showing posts with label penipuan. Show all posts

Friday, April 27, 2018

Berhati-hati dengan PENIPU ON9 [Yui ingatkan sahaja]

Assalamualaikum,
Morning uols. Salam Jumaat. Lama Yui tak bersiaran, tiba-tiba up post pasal penipu on9. Yui up sebagai peringatan kepada semua sebab Yui yang terkena (dia tak refund duit lagi).


Al-kisahnya
Yui tertarik bila seorang Founder produk review pasal seluar seller ini jual. Tengok harga memang tak munasabah tapi hasil google memang berlambak seller jual harga begitu. Nasib je dapat seller bertanggungjawab atau tidak.


================================

No tel :
013-7861845
Nurul Farhana
Maybank 153029343004
BSN 039954100042741


==============================

Post asal boleh rujuk FB Yui


Yui takkan delete selagi dia tak refund dan kalau dia berniat nak menipu lagi, moga terbuka hatinya. 


Jadi korang,
Berhati-hatilah ya walau dalam berhati pun terkena. Yui sendiri pun sebelum payment akan scroll post lamanya tapi tak sangka terkena juga, hahaha. Pengajaran sungguh!  


Nak dekat raya,
lagi giat mereka nak menipu.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, January 25, 2016

Berhati-hati dengan penipuan Iphone

Ini kisah benar isteri kepada customer aku.


Tunjuk yang original, bila bayar, diberikan Iphone palsu. Lagi satu tawarkan harga yang tidak munasabah murah & mendesak agar pelanggan segera pergi.


Lokasi : Pasar malam ( tak sepatutnya beli di situ )




Nasihat,
Beli di tempat sepatutnya
Bandingkan harga
Sila kelebek sebelum beredar


Berhati-hati sebab penipuan berada di mana-mana sahaja.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, April 22, 2014

Terkena ulat tiket di hentian pudu

Akhirnya aku terkena juga walhal caranya sama macam aku beli tiket biasa. Bezanya ketika aku naik sahaja tangga terus ada seorang lelaki tanya " Nak balik mana? ". Aku " Ipoh ". " Ok ada satu bas nak gerak ".


Dia bawa aku menuju ke kaunter tiket bas super nice. Di tiket tertulis menuju ke Pulau Pinang dan katanya akan singgah Aman Jaya Ipoh. Aku pun bayar RM 25. Di tiket tertulis masanya jam 6.30 petang tapi bas sampai jam 7.00 malam.


Naik dalam bas, tiket diambil sebahagian dan lelaki itu berkata " Akak nanti kena tukar bas kat Hentian Duta untuk ke Ipoh ". Aku terpinga-pinga. Apasal nak kena tukar bas bagai lagi. Ok takpe. Sampai di hentian duta, mereka yang menuju ke Ipoh & Butterworth kena tukar bas lain.


Kena naik bas Shamisha pula. Dalam jam 8.00 malam 2 biji bas Shamisha sampai. Aku pergi ke arah bas yang dikatakan akan turun di Ipoh. Bagi tiket aku pada driver dan aku agak terkejut sebab semua seat penuh! Driver bangun dan tanya pada "ulat" itu berapa ramai mereka tarik orang untuk naik bas.


Aku mula rasa geram. Rasa tertipu. Rasa seperti kita dipermainkan. Terus aku minta tiket aku pada driver dan turun. Aku berdiri di antara bas. Dan-dan pula si apek telefon tanya aku di mana, macam mana dan tak memasal air mata aku laju mengalir.


Stress tiba-tiba sampai tak dapat kawal air mata. Aku bagitahu abah aku tak jadi balik malam itu. Aku telefon member untuk ambil semula aku. Dalam 15 minit berdiri ada seseorang ajak aku naik bas satu lagi. Katanya turun ke Ipoh. 


Aku? Memang NEKAD taknak naik dah. Apa depa ingat kita bayar pakai air liur sahaja? 


Kronologi cerita aku petang Ahad 20/4/2014 :

1) Member hantar pergi KL Sentral tapi malangya tiket ETS habis untuk petang ke malam
2) Singgah di Pudu dan terus terkena dan berlakulah kejadian di atas


Ya, nampak seperti cara belian tiket biasa sebab dia menulis tiket depan kaunter tiket super nice. Sebab itu aku rasa itu tiket macam biasa. Rupanya aku silap! Ingat nak cepat sampai akhirnya aku tersadai lagi semalaman di KL.


Hari Isnin jam 3 petang baru aku balik Ipoh naik ETS. Lebih selesa & menepati masa. 


Kesimpulan & nasihat :

1) Terus menuju ke kauter andai nak beli sebarang tiket. Abaikan mulut-mulut orang yang berlegar-legar di luar kaunter sebab mereka hanya akan cari orang sampai penuh bas dan tak mustahil masa akan lebih panjang.

2) Jangan mudah terpedaya sebab jika kita dalam keadaan terdesak fikiran kita juga tersepit dan tak mustahil kita mudah ditipu.


Maka secara rasmi buat masa ini aku akan blacklist super nice & shamisha. Bukan salah pengurusan bas tapi yang terlibat seperti pemandu bas itu sendiri. Mencemarkan rekod baik sahaja.


Aku tak kisah pasal duit tiket tapi aku kesal sebagai pengguna dipermainkan sebegini. kejadian seperti ini tidak terjadi kepada kalian. Peringatan bersama.


Sekarang aku lebih selesa dengan ETS untuk ke Kuala Lumpur.


Maaf kerana panjang dan terlalu emosi dengan apa yang jadi.










guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, January 21, 2014

Penipuan tersembunyi ketika berblog

Aku pernah baca entry di blog seseorang dan selepas itu sebelum sebarang benda aku klik, aku akan halakan cursor tengok dulu apa benda itu. Yang mana mencurigakan, buat tak tahu terus.


Aku tunjuk gambar. Rasanya korang boleh faham maksud "penipuan tersembunyi" yang telah dilakukan. 




Mula-mula rasa nak senyum bila baca ayatnya. Bila alih cursor, cehhh! Nampak benor nak temberang. Tak baik kalau nak buat macam itu. Bagitahu sahaja suruh daku klik. Senang.




Perhatikan yang berwarna merah. Sebelum klik, tengok apa link nya. Jadi kita boleh nampak terus. Sebab itu blogger yang blogwalking pun boleh buat penyamaran identiti.


Maka, berhati-hatilah. Jangan buat perangai macam ini naaaa.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^