tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label info semasa. Show all posts
Showing posts with label info semasa. Show all posts

Thursday, December 08, 2016

Selesai tukar Kad CIMB ke MYDebit [tukar cepat]

Kalau Maybank dah selesai tukar Ogos lepas [entry]. Tukar awal sebab itu selalu digunakan. CIMB saja nak lambatkan sebab jarang guna kad, lebih kepada cimbclik. Ekekeke, sila jangan ikut cara Yui melengahkan kerja.


Alhamdulillah,
Rabu 7/12/2016 Yui dah tukar yang baru. Saja pergi CIMB Menglembu sebab tahu kat situ tak sesak dan tak ramai orang. Kalau CIMB utama kat pekan Ipoh, dah tentu nanti berjam-jam tunggu.


Dalam 20 minit selesai. Sepatutnya 10 minit tapi sebab Yui jarang guna kad di ATM, mereka ada masalah untuk cari. Heee, salah Yui juga tu kan.




Oh ya,
Kalau korang ada cimbclik, lebih baik terus uruskan di bank terus.


Bila korang dapat kad baru, dia akan bagi satu surat yang tertera no pin sementara. Pergi ke ATM, masukkan pin yang diberi dan tukar kepada pin baru.


Dah selesai,
Pergi ke kios CIMBCLIK. Log in macam biasa dan nanti akan diminta untuk korang masukkan no yang tertera pada kad bank.


Itu sahaja, selesai.


Nak puji staf CIMB Menglembu, Ipoh
Mesra pelanggan dan banyak membantu
Terima kasih





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, December 05, 2016

Kemaskini BR1M 2017 bermula 5 Disember 2016

Jika anda penerima BR1M, jangan lupa untuk kemaskini BR1M 2017 anda ya. Anda boleh mula kemaskini dari 5 Disember 2016 hingga 31 Disember 2016.


Juga boleh kemaskini secara online di SINI. Atau nak secara manual, boleh dapatkan borang di LHDN berhampiran anda.



Yui dah kemaskini pagi tadi


Kalau anda kemaskini secara online, adalah lebih baik untuk anda cetak sebagai bukti buat simpanan anda.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, October 25, 2016

Kebakaran di Hospital Sultanah Aminah Johor

Allahuakbar,
Berita yang menjadi perbualan orang ramai. Di media sosial, di dalam group whatsapp. Ramai yang share gambar dan video. Bila Yui lihat, Yui jadi sebak dan hampir mengalirkan air mata.


Tersangat sedih bila kejadian berlaku di kawasan awam iaitu hospital.


Pelbagai cerita yang kedengaran. Apa pun nantikan kesahihannya. Yang share gambar tu, kalau boleh cuba blurkan apa yang patut terlebih dahulu.


Al-Fatihah dan salam takziah kepada mangsa dan keluarga mangsa yang terlibat.


Doa kami sentiasa mengiringi.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, September 21, 2016

Klik icon LOVE di post Facebook

Sajalah nak habaq
Hangpa klik icon LOVE kat post sesiapa
Hangpa akan nampak love berterbangan


Cun weiii!


Cubalah
Pastika pc/hp anda dah update ya
Baru nampak


Tekan icon LOVE 
Tekan icon like tak jadi apa


Sampai bila bertahan tak pasti
Cuba jelaa sementara ada
Pasni ramai klik love ja
Hahahaha


Byeeeee ;)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, May 31, 2016

Kedudukan dan panggilan keluarga asas dalam masyarakat Melayu





Dalam keluarga aku tak guna panggilan ini
Huuuuuu 




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, May 16, 2016

Laporkan kezaliman haiwan : Talian yang boleh anda hubungi





Elakkan sifat ZALIM !!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, April 16, 2016

KESAN BURUK MENENGKING ANAK



Yang mengalami lebih mengerti
Setiap perkara ada batasnya




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, March 28, 2016

Dilema penunggang di jalan raya




Aku lah orangnya yang sering menunggang. Jarang aku memandu, sampai ada yang suruh aku frame kan lesen gantung di dinding. Eh, ada aku kisah ? Hahahaha.


Berada di lorong kiri atau kanan, tak kisah asalkan pentingkan keselamatan diri dan fikir pasal orang lain. Bukan main sedap ikut rasa ja ya.


Berhati-hati walau di mana sekalipun.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, January 25, 2016

Berhati-hati dengan penipuan Iphone

Ini kisah benar isteri kepada customer aku.


Tunjuk yang original, bila bayar, diberikan Iphone palsu. Lagi satu tawarkan harga yang tidak munasabah murah & mendesak agar pelanggan segera pergi.


Lokasi : Pasar malam ( tak sepatutnya beli di situ )




Nasihat,
Beli di tempat sepatutnya
Bandingkan harga
Sila kelebek sebelum beredar


Berhati-hati sebab penipuan berada di mana-mana sahaja.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, December 15, 2015

Kemaskini BR1M 2016 sehingga 31 Disember 2015

Yang mana layak & sepatutnya dapat BR1M, bolehlah kemaskini segera sebelum 31 Disember 2015. Ada perubahan atau tidak memang kena kemaskini.




Aku sendiri sebagai penerima bagi golongan bujang, dah buat & selesaikan apa yang patut. Apa yang aku nampak, agak "leceh" sedikit untuk update. Jadi, nak tolong orang lain, kena bersedia dengan lebih untuk maklumat penerima BR1M.


Contoh :
Dah kena letak nama pewaris.
Bagi golongan bujang, boleh letak nama mak/abah sahaja.
Tidak dibenarkan nama adik beradik.


Jadi, buatlah sebelum terlambat. Ini sebahagian hak anda!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, October 19, 2015

Pembukaan AEON Mall Klebang Ipoh, Perak pada 21 Oktober 2015

Orang-orang Ipoh atau yang berdekatan, yang tak kerja, yang cuti or yang "ponteng" kerja bolehlah datang ke AEON Mall Klebang pada 21 Okt 2015 sempena pembukaannya.


Ini merupakan AEON ke-5 dalam Perak.


Senarai AEON :
1) Kinta City Ipoh
2) Manjung
3) Station 18 Ipoh
4) Taiping


Banyak tawaran yang diberikan sempena hari pembukaan. Selamat mencuci mata!


Kalau dari SS lebih kurang 20 minit aje. Lagi dekatlah. Huahua.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, September 09, 2015

Minum air pada waktu yang betul

Minum air secukupnya amatlah penting untuk setiap orang. Sekurangnya 8 gelas sehari. Aku faham ada yang susah nak minum air masak/putih. Macam aku dulu. Tapi lepas follow diet atkins & sekarang dah stop diet, mulut dengan sendiri nak minum air putih.




Di atas ni panduan nak minum air. Moga beri manfaat untuk semua.


Nak diet pun pastikan minum air yang cukup ya, bukan sekadar kawal makan & telan ubat itu ini.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, September 04, 2015

Yamaha Y15ZR ( gabungan LC + FZ )

Haritu ada singgah kedai motor. Nampaklah model baru dari Yamaha. Gabungan dari LC + FZ, 150. Erm erm erm, bila dipegang dikelebek, tak kenan. Hahaha!




Belakang dia macam pelik. Depan rupa LC. Spec lain aku baca macam itu aja. Dah tak kenan, tu buat tak tau.


Aku dah pakai LC, cukuplah setakat itu. Kalau nak tambah laju, nanti tukar cdi ke apa namanya entah. Adik aku pakai FZ, aku dah pernah bawa, bolehlah. Huhuhuuu.


Harga motor di atas lebih kurang RM 8k.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, July 21, 2015

Harga asal tudung Aidijuma mengikut label

Saja aku nak kongsikan harga sebenar setiap label bawal AJ. Untuk perkongsian ramai.



White label rm10
Pink label rm14
Green label rm15
Blue label rm20
Black label rm33



Itu semua harga pada CS AJ, Tapi bila ada reseller harga akan bertambah ( mengikut kesesuaian ). Kebiasaan harga jual semula pada orang lain ( yang taknak bersusah payah ketika corak baru keluar )


WL RM 15

PL RM 18
GL RM 22
BL RM 25
BL RM 40


Kadang apabila design lama tapi masih menjadi permintaan ramai, harga biasanya akan meningkat. Alaaa, macam barang antik. Lagi lama lagi mahal. Macam itu juga ibarat penangan AJ.


Aku bukan peminat tegar tapi jika ada design yang aku suka, aku akan usaha dapatkan.


Di atas hanya label asas AJ. Ada juga label lain seperti YL & Gold Label.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, July 20, 2015

Kes langgar lari

Takmau bercerita pasal raya lagi tapi nak kongsi pasal berita kes langgar lari.
Di musim perayaan, risiko kadar kemalangan biasanya akan meningkat
( bukan kita pinta tapi ini statistik ).


Banyak berita yang aku baca,
Kes langgar lari!
Lebih dari 4 kemalangan yang aku baca/tengok di media sosial atau surat khabar adalah melibatkan kes langgar lari.


ALLAH!
Senang saja sikap si pelaku. Salah atau tidak, jangan sesekali "melarikan diri".
Sampai hati buat mangsa kemalangan sebegitu. Lagi menyedihkan apabila melibatkan mangsa yang telah terkorban. Sanggup biarkan mayat sebegitu saja?


Makin melampau gengster jalanan sekarang.
Bayangkan mangsa adalah di kalangan keluarga anda. Dapat rasai?


Salam takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat.


Berhati-hati walau di mana anda berada.



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, July 03, 2015

Yang mana satu bersifat kebinatangan?



Teringat kisah penderaan adik Yaya oleh ibu tiri & bapa kandung. Tak terbayang keseksaan yang dialami anak kecil itu.


Tengok keadaannya, buat air mata mengalir.
Sanggup manusia yang ada akal fikiran mendera seteruk itu?
Kalau iya pun sebagai pengajaran, ada batasnya untuk memukul.


Aku takde anak [ sebab belum kahwin ]
Tapi aku terkesan dengan cara mak bapa yang "menyeksa" anak dengan tidak menggunakan akal.


Bertabahlah adik Yaya!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, June 25, 2015

KADAR BAYARAN ZAKAT FITRAH SELURUH NEGERI 2015



Sumber : Utusan Online




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, June 24, 2015

EKSPO BORONG KEMBOJA DI BATU GAJAH 29 JUN - 2 JULAI 2015



Orang-orang Ipoh terutamanya orang Batu Gajah dan sedia maklum sebelum puasa lagi dah ada bazar ini. Tak tahu sebab apa, mungkin saja nak test market. Tempoh pun sekejap sahaja.


Kali ini, dijangka akan diadakan lagi pada hujung bulan. Bolehlah shopping untuk hari raya sebab ada harga yang ditawarkan memang murah!


Kalau terlepas di atas, setiap hari Sabtu memang ada pasar kemboja di Parit Buntar. Lagi seronok dan besar. Tapi bertahanlah sebab sekarang bulan puasa, memang berpeluh kalau pergi. Huhu.


Kebanyakan barang perempuan yang dijual.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, June 01, 2015

CENDAWAN MEKAH ATAU MUT MUT

Pernah dengar pasal cendawan mekah atau mut mut? Kat negara luar, teh ini sangat popular. Aku baru tahu lepas dapat tahu dari opah. Berzaman-zaman dah benda ini.


Paling menarik
Cendawan ini macam "hidup". Ada pantang larangnya juga untuk "bela".


Apa yang menarik bila minum air ini?
Banyak kebaikan dan kelebihan. Tapi untuk diri sendiri, bagi senang aku membuang. Hahaha. Jadi, tak payah terlalu bergantung kepada cleanx tea.


Air cendawan mut mut sedap diminum begitu saja atau disejukkan.
Rasanya bergas macam air zapel.


Gambar google, gambar sendiri tak ambil


Kalau korang tengok orang jual, memang boleh tahan harganya. Tak percaya? Cari sendiri. 
Lagi lama cendawan ini, lagi berharga.


Tapi aku minum untuk kesihatan diri saja. 
Kita berusaha, ALLAH penentu segalanya.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, May 27, 2015

CONTOH BARANG KEMAS PALSU

Entry ini bukan untuk menakut-nakutkan  pembeli tapi 
sebagai langkah berjaga-jaga.


Selidik dulu latar belakang penjual emas terutama yang melibatkan online
Bandingkan harga dengan harga semasa ( setiap negeri berbeza )
Ambil nasihat orang yang lebih arif
Buat keputusan dengan bijak




Ini contoh loket palsu. Emas palsu biasanya boleh kita jangka dengan fizikal tapi tak semua. Ada juga yang tidak dapat dikesan oleh ujian densimeter. Jadi kita perlu guna secara manual.


Sekarang, kecanggihan terlampau banyak sehingga emas palsu sukar dikesan.
Bila dikorek/dibuka, boleh dapati tungsten dan magnet didalamnya.
Luar disaluti emas.


Jadi, berhati-hati.
Ambil langkah, beli barang terus cuba ke arrahnu/pajak gadai untuk dinilaikan.


Banyak lagi contoh barang palsu yang dapat dikesan. Sebab itu tak semua barang akan diterima untuk gadai. Risiko!








guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^