tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label si comel. Show all posts
Showing posts with label si comel. Show all posts

Friday, February 21, 2014

Antara meow yang Yui ada



Ini gambar antara meow yang daku ada. Baru suku. Suku tau kawan-kawan. Sebab itu sebelum membiak lebih banyak, daku buat keputusan "terpaksa" untuk lakukan pemandulan terhadap kucing betina. Alhamdulillah seekor dah berjaya dimandulkan iaitu Eton J.


Duit dari hasil Dana Meow memang khas untuk meow-meow yang ada hampir 30 ekor. Alhamdulillah urusan dipermudahkan.


Jom aku kenalkan meow yang ada dalam gambar diatas.


Shinchan - Ini taiko segala kucing 
Lela - Kucing dara yang semakin mengada dan degil
Kika - Kawan pejabat bagi sebab tak boleh nak jaga lagi. Dah lama bela dia
Eton J - Kucing dari matrik gopeng, adik bawa balik ketika masih kecil
Zara - Kucing terkini adik aku jumpa dalam longkang. Sekarang makin aktif


Kucing-kucing yang lain, inshaaALLAH aku perkenalkan lagi nanti ya. Alhamdulillah rezeki itu ada walau terasa kesusahannya.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^