Aku suka menulis & disebabkan blog dah dijadikan diari online, maka aku lebih selesa menaip di sini. Walau hakikat bukan diari peribadi sendiri. Cerita adalah random.
Aku suka berkongsi hal peribadi ( tertentu sahaja ) seperti makan minum, diet, kucing, pengalaman, shopping, cuti-cuti. Juga suka kongsikan preview melalui pendapat peribadi seperti perkhidmatan, hasil penggunaan sesuatu produk & hasil kerja orang lain.
Apa benda yang aku kurang/tidak gemar kongsikan dalam blog?
Perihal kerja
Perihal keluarga
Bagi aku, ada perkara tertentu sahaja dapat dikongsikan. Yang mana perlu dirahsiakan, biar ia menjadi rahsia.
Aku adalah insan yang pandai menyimpan rahsia. InshaaALLAH rahsia orang tetap utuh menjadi rahsia.
Maka tidak hairan jika blog aku ada pelbagai cerita.
guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^