tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label dana untuk meow. Show all posts
Showing posts with label dana untuk meow. Show all posts

Saturday, April 30, 2016

Jualan Dana Untuk Meow

Tak pernah aku berhenti berusaha untuk anak-anak bulus di rumah mahupun jalanan. InshaaALLAH aku cuba yang terdaya & terbaik untuk mereka.


MISI UNTUK MAC & APRIL 2016
Mengumpul sekurangnya RM 400 - RM 500 
bagi menampung kos untuk proses pemandulan kucing di rumah. 
Lebih kurang 7 ekor betina & 3 ekor jantan. 


Kos seekor kucing betina RM 80
RM 80 x 7 = RM 560

Kos seekor kucing jantan RM 40
RM 40 x 3 = RM 120


========================

Jumlah berjaya dikumpul hasil jualan setakat ini :

UPDATE 4/4/2016 : RM 200


Proses pemandulan akan dilakukan di Veterinar kerajaan Sg Siput ( U)


Kalau dapat buat separuh dahulu pun takpe, itupun jika jualan dapat berjalan lancar. Bukan mudah untuk berniaga, ALLAH uji pasti ada sebabnya.


Kalau ada yang berminat nak beli, boleh tengok album-album yang ada. Sambil anda membeli, sambil anda menderma. Terima kasih kepada yang sudi war-warkan projek aku ini.


Oh ya, jualan ini merupakan jualan untuk menampung perbelanjaan yang ada selain menggunakan duit sendiri.





Akan statik , entry baru scroll bawah




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, December 31, 2015

Misi menjual khas #danauntukmeow

Aku akan teruskan lagi misi jualan khas #danauntukmeow.


Sebab apa?
Sebab aku memerlukannya. Bila perlu, aku akan cari inisiatif/usaha untuk kumpul duit dengan harapan secepatnya.


Caranya?
Aku akan jual apa yang perlu terutama barang peribadi aku tak kisah new/prelove. 


Jadi, mohon pada yang sudi sebarkan, sebarkan.
Hanya ALLAH sahaja dapat membalas jasa kalian.
Boleh tengok album di FB aku.


#danauntukmeow hasil jualan akan ku gunakan untuk kos pembedahan, keperluan & bantuan kepada kucing terbiar di luar sana.


Ada juga barang lama yang masih belum terjual.



Album jualan Dana Untuk Meow
[ link ]

ENTRY STATIK BUAT SEMENTARA WAKTU





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, December 09, 2015

Rakan blogger yang sudi war-warkan #danauntukmeow

Kalau dah biasa singgah blog atau follow FB aku, pastinya korang akan perasan aku ada tubuhkan jualan dana untuk meow.


Entry kali ini khas buat mereka yang sudi tulis entry mengenai jualan/war-warkan perihal kucing. Terima kasih sangat-sangat, sangat daku hargai!


Jom terjah mereka.


1) http://mrsyatie.blogspot.my/2015/11/jualan-dana-untuk-meow.html

2) http://anakdenesor.blogspot.my/2015/11/misi-menjual-khas-danauntukmeow.html

3) http://www.nurfuzie.com/2015/11/blogger-ini-pencinta-kucing.html


Kalau ada yang daku terlepas pandang, maklumkan lah ya. Jualan masih diteruskan macam biasa. Dana sentiasa dicari untuk anak-anak bulus. Moga dipermudahkan. InshaaALLAH.



Album jualan Dana Untuk Meow
[ link ]


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, November 12, 2015

Jualan khas #danauntukmeow : Prelove Blouse & Dress by Poplook

Aku akan cuba up satu persatu jualan kumpul duit khas #danauntukmeow




Dari kiri 

Abie saiz L : RM 46
Suraya saiz L dark purple : RM 46 [SOLD]
Suraya saiz L : RM 46
Blouse saiz L : RM 25

Harga termasuk poslaju SM

Dress dah alter dah sesuai untuk tinggi 159 cm ke bawah




Penny saiz S : RM 36 [SOLD]

Tak pernah alter
Harga termasuk poslaju SM


Condition tiptop
Boleh PM di FB : Nurul Yui
SMS : 019 233 1810


Tak beli takpe, tolong share pun dah sangat memadai. Mengharap sangat dapat terjual dengan segera. Aamiin.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, April 30, 2015

Cerita terkini mengenai Dana Untuk Meow Yui

Masih ingatkah kalian akan projek peribadi aku iaitu Dana Untuk Meow? Lama aku tak update. Masih ada lagi item yang tak terjual. Masih lagi belum mendapat sambutan.


Sehingga kini, makin meriah rumahku dengan meow-meow yang ada. Sudah lebih 30 ekor. Sudah lama membela dan baru kini niat aku untuk spay & neuter kucing-kucing yang ada. Kos? Ya memang tinggi. Sebab itu aku wujudkan Dana Untuk Meow. Hasil jualan 100% aku salurkan untuk kos mereka.


Aku bukan orang yang senang. Tapi hati kuat menyayangi binatang yang ada yang telah ku anggap sebagai keluarga sendiri. Memandangkan aku taknak pembiakan lebih banyak ( atas faktor rumah & kebajikan mereka ), maka niat utama aku adalah untuk memandulkan mereka. Faktor kos sahaja. Sebab itu aku buat apa yang terdaya.


Alhamdulillah, ada rakan yang sudi menderma begitu sahaja tanpa membeli apa-apa walhal hakikatnya aku segan. Sebab aku mahu berusaha sebaiknya. Setakat ini baru  8 9 ekor aku mandulkan.


Maka aku jadikan blog salah satu medium untuk aku sampaikan hasrat & niat aku. Jika anda berniat untuk membeli sambil menderma, boleh rujuk album Dana Untuk Meow di fb page Nurul Yui Collection. InshaaALLAH di situ tempat lebih cepat untuk aku kemaskini.


Sangat aku alu-alukan jika ada di antara kalian ingin war-warkan hasrat aku ini. Aku berharap aku dapat buat perkara ini secepat mungkin demi kebajikan & kebaikan mereka. InshaaALLAH. Moga ALLAH permudahkan segalanya.


Album jualan Dana Untuk Meow
[ link ]


Hukum memandulkan kucing
Baca & fahami
[ entry ]


ENTRY STATIK UNTUK SEMENTARA
ENTRY BARU SCROLL BAWAH




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, February 06, 2015

Misi clear almari : Preloved with good condition

Dari tersadai dalam almari, aku jual mana yang tak diguna. Boleh juga duit yang dapat, aku gunakan untuk keperluan meow-meow aku.



Jubah dari Peace
RM 26 termasuk pos SM



Jubah zamrud
RM 30 termasuk pos SM



Blouse dari Poplook
( lupa nama )
RM 30 termasuk pos SM



Penny dari Poplook
RM 36 termasuk pos SM

Saiz S
Bahu 13
Dada 32
Labuh tangan 16 1/2
Labuh baju 53

Saiz M polka
Bahu 13 1/2
Dada 34
Labuh tangan 16 1/2
Labuh baju  ( sesuai untuk ketinggian 158 cm )

Saiz L 
Bahu 15 1/2
Dada 36
Labuh tangan 17
Labuh baju 45 ( dah potong )

Ukuran dalam inchi


Untuk postage SS tambah RM 4
Kepada yang benar-benar berminat boleh terus 
sms/whatsapp 019 2331810
InshaaALLAH item dalam keadaan baik


Terima kasih


Album jualan Dana Untuk Meow
[ link ]



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, December 10, 2014

Rezeki yang dikongsi melalui sedekah

ALLAH duga seseorang kerana dia tahu kita mampu hadapinya
ALLAH nak tengok setahap mana kita mampu diuji


Begitu juga melalui rezeki
Rezeki lebih dikongsi melalui sedekah
Itu yang ku peroleh sekarang
Rezeki untuk diri dan anak-anak tersayang ( meow )


Buat akak blogger yang sudi bersedekah dengan amaun yang tidak disangka
Kak XXXXX,
Moga ALLAH murahkan rezeki akak suami isteri anak beranak
Moga anak-anak dara akak membesar dengan sempurna
Moga ALLAH permudahkan segalanya


Yui pegang kata-kata akak untuk diingati
"Dah tertulis rezeki yui "terselit" dekat rezeki akak"
Terima kasih kak dengan kata-kata akak
Yui takkan berhenti berusaha untuk anak-anak Yui
InshaaALLAH


Kalau memerlukan bantuan, jangan segan silu
Kita berusaha mana yang boleh
Aamiin....


Jujur menitis air mata daku
ALLAH dengan rintihan & doaku


Amaun itu akan yui guna untuk "anak-anak" Yui


Cerita Dana Untuk Meow
[ link ]

Album jualan Dana Untuk Meow
[ link ]


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, November 18, 2014

Dana Untuk Meow Yui - Penjagaan Diri

Aku teruskan lagi dengan item lain untuk ku tampung bagi Dana Untuk Meow Yui. Harga dinyatakan tidak termasuk postage. Postage RM 6 SM, RM 10 SS.


Mascara RM 4 - SOLD
Egg white RM 5 - SOLD
Scrub badan RM 5 
Mask 2 keping RM 3 ( 18 keping )

Boleh terus WhatsApp juga 



Hasil jualan akan digunakan untuk tampung kos bagi meow-meow yang ada. Moga urusan ini dipermudahkan. Aku buat jualan kerana ingin berusaha sebaik mungkin bagi mendapatkan kos.


Sekali lagi daku nak bagitahu, hasil jualan 100% disalurkan untuk meow aku di mana sekarang sudah lebih 30 ekor & beberapa ekor lagi bakal melahirkan anak. Tujuan utama duit akan ku gunakan untuk kos spay & neuter


Betina - RM 80/ekor
Jantan - RM 40/ekor


Terima kasih juga buat mereka yang sudi menderma tanpa membeli barang. Tapi lagi baik jika ada jualan sebab aku segan sebegitu saja. Moga ALLAH mampu membalasnya.


Sangat ku alukan jika ada antara kalian yang sudi war-warkan projek ini. Terima kasih.



Lebih banyak jualan lain di FB Page



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Dana Untuk Meow Yui - Kasut

Aku teruskan lagi upload barang jualan di mana hasilnya 100% akan ku salurkan untuk kebajikan meow-meow aku atau dikenali sebagai Dana Untuk Meow. Kali ini upload beberapa pasang kasut yang ada.


Penerangan Dana Untuk Meow
[ entry ]







VINCCI - SOLD

Saiz sebenar 38


Harga tertera tidak termasuk postage. Sekali lagi daku nak bagitahu, hasil jualan 100% disalurkan untuk meow aku di mana sekarang sudah lebih 30 ekor & beberapa ekor lagi bakal melahirkan anak. Tujuan utama duit akan ku gunakan untuk kos spay & neuter


Betina - RM 80/ekor
Jantan - RM 40/ekor


Dengan projek sebegini, ku harap dapat kumpul duit untuk tampung apa yang boleh. Sangat dialukan jika ada antara kalian yang ingin war-warkan projek ini. Semoga ALLAH membalas jasa kalian.


Lebih banyak jualan lain di FB Page




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, November 17, 2014

Dana Untuk Meow Yui



Album jualan Dana Untuk Meow
[ link ]




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, September 30, 2014

Dana Untuk Meow : Prelove Penny dari Pooplook


PENNY SAIZ L
Sudah potong menjadi 45 inchi
RM 35 termasuk postage untuk seluruh Malaysia
Berminat sila SMS 019-2331810


Harga asal Penny : Pooplook.com


Ketahui lebih lanjut tentang Dana Untuk Meow
[ entry ]

FB Page : Dana Untuk Meow

Item new/prelove terkini boleh rujuk FB Page


100% hasil jualan akan disalurkan ke dana meow Yui
Sambil membeli sambil menderma 


Kalau ada yang sudi war-warkan
Amatlah daku hargai
Terima kasih




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, February 28, 2014

Dana untuk MEOW

Alhamdulillah projek dana untuk meow-meow daku telah dilancarkan. Kenapa aku namakan dana? Sebab hasil jualan 100% akan digunakan untuk meow.


Alhamdulillah jualan pertama shawl/tudung preloved dijual bernilai RM 1 setiap satu telah habis dijual. Mendapat sambutan.

SOLD OUT UNTUK ITEM RM 1



AVAILABLE : PINK KIRI, OREN, MARRON & TIGER

AVAILABLE : KEDUA-DUA

Kenapa aku wujudkan dana untuk meow?

1) Pertambahan kucing yang semakin banyak membuatkan aku bertekad nak "mandulkan" walau hakikatnya tak sanggup tapi demi kebaikan terpaksa relakan

2) Ada antara kucing aku yang KKU - Kucing Kurang Upaya


Jadi sebab itu aku nekad tubuhkan dana untuk meow. Ada yang preloved dan new item yang dijual dengan harga jauh lebih rendah. Niat aku untuk kebajikan meow-meow yang disayangi.


Hingga kini terdapat 12 ekor anak kecil kucing sahaja yang baru dilahirkan. Belum masuk jumlah meow yang sudah besar. Jadi, aku berniat untuk berikan kepada mereka yang mencintai kucing. Untuk area Ipoh, inshaaALLAH aku boleh hantarkan terus. Nak gambar aku boleh bagi.



Dengan wujudnya Dana Untuk MEOW 
Sambil membeli sambil menderma secara tidak langsung


Doakan projek aku untuk meow berjalan lancar. Jika ada yang nak membeli boleh terus inform. Terima kasih banyak-banyak.


Jualan lain untuk Dana Meow :

1) Kain cotton dari Vietnam 


ENTRY BARU SCROOL BAWAH





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, February 12, 2014

Urusan dana meow pertama

Hasil terkumpul dari dana meow maka urusan hari ini bakal berjalan. Hal yang sebelum ini aku biarkan sebab tak sanggup nak buat, tapi sekarang untuk kebaikan dan kebajikan kucing-kucing, ku cekalkan hati.


Urusan pemandulan kucing betina - Eton Junior


Temu janji telah dibuat dan 8.30 pagi adalah masanya. Korang doakan kucing aku ini kuat & cekal hadapi pembedahan kecil ini.




Jumlah kucing di rumah aku lebih 30 ekor. Sebab itu keputusan tekad ini perlu dibuat. Dan untuk mendapatkan dana, daku tubuhkan DANA UNTUK MEOW dengan menjual apa yang boleh dijual. InshaaALLAH.


Jualan amal untuk meow
{ entry }


Alhamdulillah ada juga insan baik hati yang sudi memberi derma secara ikhlas ( tak beli barang ). Terima kasih awak yang menderma. Moga ALLAH murahkan rezeki awak.


Doakan urusan aku berjalan lancar.


Aku nak tengok kucing-kucing aku hidup dengan sempurna walau aku juga tidak seberapa. Aminnn.


* Hari ini aku AL demi anak meow tersayang ( entry autopublish )




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^