tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label jaga kesihatan. Show all posts
Showing posts with label jaga kesihatan. Show all posts

Wednesday, July 26, 2017

Review Peribadi : Nestle Omega Plus

Sejujurnya, Yui dah lama tak buat full medical checkup untuk diri sendiri. Rasanya last buat sebelum masuk belajar . Haaaaa, berapa tahun punya cerita kan?


Lepas tu dengan keadaan kaki Yui pernah operation, dulu memang diaorang suggest suruh minum susu tapi Yui plak jarang ambil. Ni haaa, saja gedik nak minum susu Omega. Walau katanya untuk kurangkan kolestrol. tak salah kalau saja ambil.



Beli di Petronas RM 1.7+ sekotak


Pertama kali cuba jenama ini sebab biasanya minum Anlene. Sedap juga rasa Nestle Omega Plus tambahan bila minum sejuk. Dicadangkan ambil sehari 2 kotak.


Oh ya, Yui beli 6 kotak di Tesco RM 12.50. Rugi kan? Baik beli di Petronas. Hahaha.


Korang suka minum susu?
Susu apa biasanya korang telan? 




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, January 28, 2017

Senaman Mudah Untuk Perut





Yang rajin tu bolehlah buat
Sambil tengok tv pun okay
Janji pandai jaga diri ya




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, January 10, 2017

Kasut sukan yang baru digunakan

Beli kasut sukan dah lama. Terperuk je dalam kotak. Kesian dia, tak bagi jasa pada tuan. Miahaha. Semua ini alasan!




Sebelum beli kasut dulu, punya semangat tiap minggu nak jogging luar rumah, nak berkayuh basikal tapi apakan daya, semangat tinggal semangat. Sampailah ada member ajak pergi gym. Ehhh, apa lagi, iyakan ajeee. Ada member best juga workout.


So,
Dah 3x kasut ini berjasa. Moga terus berjasa hingga lunyai dan hingga tuanmu ini dapat apa dia nak. InshaaALLAH.


Orang dok ingat kita kurus tapi hakikat tersembunyi, banyak lemak tepu kena hapuskan. Takpe, perlahan-lahan kayuh. Wahhh gitu sedapkan hati sendiri.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, December 21, 2016

Kudapan dengan Buah Delima

Yui selalu perhatikan, ibu mengandung suka makan delima. Tapi kannnn, Yui pun suka gak delima kalau datang mood nak makan tu. Hahaha. Sedap tauuu. Masam manis segar gituuuu.






Beli 1 biji lebih kurang RM 4 di TF. Kena timbang. Alhamdulillah, dapat 1 bekas bulat. Puas hati dapat buat kudap dengan buah delima. Banyak khasiatnya.


Korang suka buah delima tak?




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, November 30, 2016

Senaman Mudah Untuk KAKI




Yang Yui rajin buat
1,3 & 4
Yang lain kena rajinkan juga
Miahahaha


Kaki ohhh kaki 
=___=




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, November 18, 2016

Konjac Food alternatif lain untuk anda berdiet

Korang biasa diet? Korang tahu ada pelbagai jenis diet. Yang penting korang boleh follow dan fahami setiap jenis diet itu. Fahamkan yang basic dulu ok. Pastu yang mana gian nak makan nasi/mee/kotiau, haaaa inilah untuk anda.


Ok, berbalik pada tajuk entry. Yui dah lama tahu pasal Konjac Food ini. Sebelum ini nak cari supplier yang boleh cod area Station 18, Ipoh ini punyalah payah. Alhamdulillah haritu nampak, terus order.




Kena beli 5 paket terus = RM 25 
Kotiau/Mee/Nasi


Yui dah biasa makan mee/bihun macam ini. Jadi bila dah beli, mood nak diet kemain tinggi. Hahaha. Padahal semangat aje tinggi. 


Nak guna/basuh pun sangat mudah. Masak pun senang. Pendek kata senang belaka. Takpe, nanti kalau rajin Yui tunjuk gambar menu yang Yui gunakan Konjac Food sebagai bahan asas. Sedap habaq hangpa. Haha.


Nak tahu lebih lanjut apa itu Konjac Food?
Korang boleh tengok sendiri di page berikut. Baca dan fahami dulu naa. Rasa berminat, bolehlah beli. Paling menarik, banyak kelebihan Konjac Food ini tauuu.




Dalam apa jua kita lakukan, BERSEDERHANA ya.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, November 15, 2016

Jus Qalbi Al Ehsan Kawal Kolestrol & Agen Pelangsingan Semulajadi Terbaik

Perkara yang melibatkan kesihatan ini kita jangan pernah ambil mudah sangat. Tambah jenis yang jarang nak buat pemeriksaan doktor, makanan atau supplement tambahan memang perlu untuk kita.


Bab kolestrol, jantung, peredaran darah tidak mengenal usia. Maka kita sendiri kena jaga sebaiknya pemakanan dan gaya hidup kita. Oh ya nak bagitahu korang, Yui perasan ada satu jenis jerawat tumbuh bawah mata Yui. Biasa, muka Yui memang sukar nak naik jerawat, tapi kali ini jerawat tu lambat sangat hilang.


Fikir dan fikir serta sedar itu mungkin salah satu tanda kolestrol. Alaaa, biji kolestrol tu. Memang tumbuh tak hilang/lambat hilang. Nasib baik ada seketul. Jadi, Yui ambil supplement tambahan.




Alhamdulillah, Yui diberi peluang untuk cuba satu jenis produk  iaitu Jus Qalbi Al Ehsan. Apa yang menarik tentang Jus Qalbi Al Ehsan ialah dihasilkan tanpa bahan pengawet tiruan, mampu membaikpulih dan merangsang sistem peredaran darah dan juga mengurangi risiko yang berkaitan dengan komplikasi jantung, stroke, sakit dada, darah tinggi dan kebas anggota badan jika diamalkan secara berterusan.




Mula-mula buka penutup, bau bawang putih memang kuat. Terus terfikir mampuke telan, dan bila telan, ehhh sedap plak! Ada rasa masam tau. Senang cerita, lagi sedap diminum begitu saja ( ini cara Yui ). Korang boleh juga tambah dalam bancuhan air.




Jus Qalbi Al Ehsan terdiri daripada 5 bahan asli semulajadi yang terbukti berupaya untuk menurunkan kandungan kolestrol dalam badan.

  • Cuka Epal
  • Bawang Putih
  • Madu
  • Halia
  • Lemon


Yui kongsi minum dengan mak Yui. Haruslah kita berkongsi dengan orang yang kita sayangkan. Nak sama-sama sihat dan cergas walau usia semakin bertambah.


Paling menarik untuk Yui, Jus Qalbi Al Ehsan juga merupakan agen pelangsingan semulajadi terbaik. Lemon, Halia, Cuka Epal ini semua antara bahan asas kalau kita nak turunkan berat badan. Tak payah dah susah payah, telan saja jus ini.


Nak minum pun sangat mudah. Hanya perlu ambil 1 sudu pada waktu pagi dan 1 sudu pada waktu malam. Sila guna sudu plastik untuk menjamin khasiatnya, inshaaALLAH.


Ada 2 saiz yang boleh korang cuba.

250 ml = (RM 79 SM) (RM 89 SS)
500 ml = (RM 149 SM) (RM 159 SS)


Yui bagi mak Yui minum juga. Dia suka sebab buat dia lawas & rasa lebih bertenaga. Kemain seronok dia. Hehehe.


Dah masuk minggu ke-3 minum
Jus Qalbi Al Ehsan


Untuk maklumat lanjut mengenai Jus Qalbi Al Ehsan, Yui sertakan info berikut untuk korang tengok ya. 


Facebook : JUS QALBI AL EHSAN 


Atau anda boleh hubungi terus

Algae Park Sdn Bhd
No 80A Jalan Renang 13/26
Seksyen 13
40100 Shah Alam
Selangor

Tel : 03-5511 4366

HP : 017-7300 366 / 017-3730 366




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, September 26, 2016

Vitamin C 1000mg + Zinc jenama Kordel's

Bercerita pasal supplement, ini antara yang Yui guna. Sebelum ini guna perisa oren, tapi haritu sebab ada sale di Watson, dapat potongan harga beberapa ringgit, maka Yui ambillah pula perisa Passion Fruit. 




Bagi Yui rasanya agak okay tapi ikut tekak Yui lagi suka perisa oren. Sedap dan masam masam.


Korang sendiri tahu kepentingan vitamin c kan. Tambahan bila dah meningkat usia, penjagaan lebih perlu dititikberatkan. Heeeee, selain vitamin C, Yui ada juga amalkan Peah Queen.


Kadang telan juga multivitamin.
Cuba jaga luar dan dalam.


Oh ya, vitamin di atas hanya perlu masukkan sebiji dalam air putih & terus minum. Senang.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, November 20, 2015

Alat senaman yang diidamkan & menjadi impian untuk awal tahun 2016

Lama dah teringin, lagi membuak-buak sejak kebelakangan ini. Sejak rasa perut semakin opsss! Hahahaha. Kemain bujang muncit-muncit lak.



Sumber : FB


Aku serious teringin alat senaman seperti di atas. Apa nama spesifik aku tak pasti. Yang aku dah risik-risik. harga bawah RM 400. Ada macam-macam jenis, maksud aku ada yang simple, ada yang over macam atas. Tapi aku prefer macam dalam gambarlah.


Sambil senaman perut, sambil kayuh mengayuh. Kan jimat tak payah aku susah-susah nak berkayuh basikal kat luar yang belum tentu cuacanya.


Harap di awal 2016 aku boleh dapat alat senaman ini. 


Nak dijadikan impian 2015 tak boleh sebab banyak benda-benda penting yang lebih memerlukan duit. 


Cincin idaman hati 2015 [entry]pun belum dapat. Huwaaaaa!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, November 18, 2015

Penurunan berat badan vs ukur lilit

Hujung tahun 2013 aku cuba diet Atkins, alhamdulillah memang nampak hasil. Tak lama pun aku buat sebab dah dapat apa yang aku nak.


Lepas itu, makan pun dah pandai biasa-biasa. Takde dah sangat macam dulu, air manis memanjang, coklat sentiasa di sisi. Air masak langsung takmau telan! Itu kisah dululah sebelum aku kenal diet Atkins.


Ehhh, macam melalut dari tajuk.
Sebenarnya dulu aku buat diet, target utama aku memang nak kurangkan berat. Gila sangat rasa gemok dengan ketinggian lebih kurang 159 cm, berat badan dah mencecah 65 kg! Itu kira tahap rendang tak sesuai dengan badan. Hahahah.


Lepas dah tak ikut diet atkins, aku rajinkan diri bersenam benda mudah.
Paling best ketika diet, berat aku kurang beberapa kg saja tapi tang ukur lilit memang terbaik!


Jadi dari situ, aku lebih suka titikberatkan pengurangan ukur lilit atau inch lost berbanding kurang kg semata.


Kenapa?
Sebab bila beli baju orang takkan tanya berat badan, tapi orang akan tanya saiz. Aku pun tak pasti kenapa aku jaga badan aku walaupun perut membuncit dengan jaya. So, sekarang motif utama nak atasi/kurangkan buncit.


Belum kahwin dah buncit, hahahahaha!


Kalau korang, korang pilih yang mana?


Nak tahu perjalanan aku dengan diet Atkins
[ entry ]






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, October 22, 2015

Face mask bercorak murah di Ring Ring One Shop

Sekarang musim jerebu, cuaca tak berapa elok, lebih baik ambil pendekatan awal untuk diri masing-masing.


Salah satunya menggunakan face mask ketika anda berada di luar.


Nak face mask yang nampak comel sebab ada corak-corak, boleh pergi ke Ring Ring One Shop. Face mask macam gambar hanya RM 2.90 sahaja /pcs.




Anda pun selesa pakai. Banyak lagi corak lain. Tertarik dengan corak binatang tu, katanya kucing. Dua tiga kali pandang nampaklah macam kucing. Hahahaha!


Apa lagi, p serbu kedai tersebut.


Sepatutnya pakai mask lain, yang ala macam pakai oksigen tu. Ini pun jadilah.


Air putih jangan lupa ya!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Jerebu yang semakin buruk di Ipoh

Macam mana aku boleh kata buruk?


Kalau pandangan pun nampak pudar. Warna pun dah kekuningan. Kau tau, ala-ala ko langgar jalan/tanah selut yang kuning selalu ada kalau masuk hutan ( macam biasa masuk konon, hahaha! ). Macam itulah dedebu yang kelihatan!


Kalau orang tua pun rasa tak selesa, apatah lagi budak-budak yang dah tentu antibodi lebih lemah. Sebab itulah deme diberi cuti sekolah even aku ada ja nampak budak-budak kecik ni merayap naik basikal. Bukan kita boleh halang ye dak?


Apa pun, jujur keadaan memang agak buruk.


Sekarang kalau aku merempit, aku akan pastikan pakai face mask. Pedulikan pandangan orang lain asalkan kita jaga kesihatan kita. Sedangkan orang yang duk dalam kereta pun pakai.


Lagi satu. minum air putih secukupnya ok!
Jaga diri!


Sama-sama kita berdoa yang baik-baik.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, October 02, 2015

Senaman mudah untuk anda lakukan di rumah

Nak share dengan korang antara senaman ringkas boleh buat.
Zaman aku diet atkins, memang rajin aku senam.
Yelah, kesan lebih best!




Senaman macam ini korang boleh buat sambil tengok tv.
Tapi aku jarang buat sebab aku suka lompat bintang, squat & cycling aje. Hahahaha.


Dok suh orang senam, aku pun suam-suam kuku.
Takpelah, kita sampaikan ilmu ;)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, July 30, 2015

Apa itu CMD? Jom baca secara ringkas

Sebenarnya produk ini dah lama, zaman mak mak kita pun ada cuma sekarang kembali popular. Biasalah, kuasa internet. Share, klik & baca.


Takpe, aku bagitahu serba sedikit dekat blog untuk bacaan korang. Nak google pun takde masalah.




Nak penerangan atau cerita lebih lanjut, lagi oleh pm di FB Nurul Yui
Kita potpet kat sana. Tanyalah selagi boleh. 
Apa yang bezakan daku dengan orang lain?


1) Cara penyampaian
2) Cara guide
3) Bantuan


Tak percaya, mailah sembang. Ahli CMD ramai, yang bezakan di atas tadi itula. Dengan aku, aku bantu sebaik mungkin. Kita cuba, kita share. Gituuuu.


MYPRK1135361
019 2331810





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, June 01, 2015

CENDAWAN MEKAH ATAU MUT MUT

Pernah dengar pasal cendawan mekah atau mut mut? Kat negara luar, teh ini sangat popular. Aku baru tahu lepas dapat tahu dari opah. Berzaman-zaman dah benda ini.


Paling menarik
Cendawan ini macam "hidup". Ada pantang larangnya juga untuk "bela".


Apa yang menarik bila minum air ini?
Banyak kebaikan dan kelebihan. Tapi untuk diri sendiri, bagi senang aku membuang. Hahaha. Jadi, tak payah terlalu bergantung kepada cleanx tea.


Air cendawan mut mut sedap diminum begitu saja atau disejukkan.
Rasanya bergas macam air zapel.


Gambar google, gambar sendiri tak ambil


Kalau korang tengok orang jual, memang boleh tahan harganya. Tak percaya? Cari sendiri. 
Lagi lama cendawan ini, lagi berharga.


Tapi aku minum untuk kesihatan diri saja. 
Kita berusaha, ALLAH penentu segalanya.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, February 04, 2015

Cara untuk mengetahui buncit atau tidak





Kalau ikut kiraan di atas, aku bukan kategori buncit. Hakikat sebenar tuan empunya diri yang tahu. Fuhh! Misi buang buncit 50%. Hahahaha.


Ada yang ku baca, kalau perut still buncit maknanya toksin banyak. Maka mohlah kita detox secara semulajadi sambil buat exercise mana yang patut.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, October 16, 2014

Diet Atkins dah tahap mana?

Dah nak hampir setahun follow diet atkins itu pun kejap on kejap off. Peringatan! Sangat tak elok kejap on kejap off sebab boleh membahayakan buah pinggang, Itu yang aku baca komen mereka yang merujuk pada doktor. 


Jadi bila dah diet, buat betul-betul. Bukan susah pun tapi kena set minda dengan tepat. Adalah lebih baik selalu rujuk doktor untuk check tahap kesihatan kita ( sayangnya aku tak buat ).


Progress diet aku pula macam mana?
Alhamdulillah sekarang aku dah di tahap BMI yang normal. Dengan ketinggian 157cm dan berat 55-56kg, itu dah cukup selesa dan sesuai. Berat aku naik dari 54.5kg selepas sedap membantai makan ketika Raya Haji. Miahahahaha.


Ikutkan sekarang aku dah boleh makan macam normal. Hanya perlu kawal. Exercise pun aku malas dah buat sekarang kecuali squat & skipping. 4 jenis fasa dalam diet atkins yang diberikan, perlu diikut dengan tertib untuk dapat result yang terbaik.


Jadi lepas ini, mungkin berhajat nak dapatkan 50kg. Itupun kalau mampu. Kalaulah ya. Hahaha.


Sekarang, selalunya seminggu 2 kali saja aku makan nasi. Hari Sabtu & Ahad, itu pun selalu "menumpang" pinggan makan mak aku. Nasib baik mak aku layankan saja anak sulungnya ini.


Kepada yang sedang berdiet atkins, good luck! Jika anda memahami dah ikut cara yang betul, inshaALLAH ada hasilnya. Rajinkan membaca.


Nak ketahui tentang aku vs diet atkins
Boleh rujuk tutor/tips




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, October 08, 2014

Air untuk detox






Bolehlah cuba ya
=__=




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, September 30, 2014

Semak BMI secara online

Tadi saja check BMI secara online. Masukkan sahaja maklumat yang diperlukan. Jantina, tinggi & berat.





Semak BMI online ---> SINI 


Alhamdulillah paras normal. Kalau sebelum ini aku di tahap overweight. Mana tidaknya dengan ketinggian hanya 157 cm tapi berat pernah mencecah 64 kg. Menternak lemak dengan jayanya ketika itu. Mehmehmeh.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, September 29, 2014

Perubahan yang dirasai selepas amalkan diet Atkins

Memandangkan ada yang tanya, meh aku nak cerita serba sedikit pengalaman aku. Entry mungkin sedikit panjang tapi lahir dari hati yang penuh ikhlas ketika menaipnya. Ececeh!


Mulakan diet Atkins
Diperkenalkan oleh salah seorang sahabat baik aku. Selepas aku google, banyak feedback yang baik maka aku request masuk group KDA. Dari situ aku mulakan pembacaan, baca segala fail, komen ahli & lihat gambar.

Dah rasa ilmu asas itu ada, aku mulakan diet Atkin pada Disember 2013.


Dalam 2 minggu induction
Perubahan atau teguran awal yang aku terima dari kawan-kawan sepejabat, pipi aku dah nampak surut. Kalau sebelum itu, ala-ala donut big apple! Kau tahu, bukan seorang dua tegur, tapi sebab ramai, aku percaya memang itu satu perubahan.

Gambar perubahan pipi
[ entry ]


Berapa kg hilang ketika induction?
Aku kurang berat badan dalam 4 kg sahaja. Aku tahu jenis badan aku susah turun. Jadi bila angka 4, itu dah cukup membanggakan. Aku bermula dengan berat lebih kurang 61 kg ketinggian 157 cm. Berat ideal aku seharusnya 57 kg.


Senaman yang diamalkan
Setiap hari sekurangnya 50 kali squat & 50 kali lompat bintang ( aktiviti wajib ). Jika rajin akan berzumba 3 set ( 9 minit ). Ada juga lakukan crush, plank, sit up, push up ( ikut mood ). 


Hasilnya, ada pengurangan inci! Ya ALLAH memang best. Peha, betis, punggung, pinggang & lengan tangan masing-masing menunjukkan pengurangan inci. Jari pun susut sedikit tau! Cara aku, aku akan catat 2 minggu sekali ukuran dalam buku. Senang nak refer.

Pengurangan saiz jari
[ entry ]

Ketika bulan puasa
Aku kurang lagi lebih kurang 3 kg dan sekarang berat aku antara 54-55 kg. Hampir 1/2 tahun mencuba diet atkins, aku memang puas hati. Sebab dengan makan sedap-sedap masih mampu ubah apa yang perlu. Alhamdulillah.

Hasil terkini
[ entry ]


Kesimpulan perubahan yang aku rasa :
1) Pengurangan berat
2) Pengurangan inci
3) Mudah untuk lawas ( setiap hari akan buang air besar )
4) Mampu mengawal diri dari makan tak ingat dunia ( kuantiti sedikit )


Aku banyak share menu, resepi, workout, tips dalam blog. Korang boleh cari di bahagian atas ( tutor /tips ).


Apa pun kena sentiasa beringat. Itu sahaja aku amalkan. Diet juga perlu menitikberatkan kesihatan. Maka bersederhanalah dalam setiap perkara.


Good luck!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^