Wednesday, April 30, 2014

Cabaran 30 hari bersama Ephyra

Lama dah aku teringin nak mencuba "kehebatan" Ephyra. Dan disebabkan minggu lepas ada karnival Raudah di hatiku, maka aku tertarik nak singgah di gerai Ephyra. Teruja baca testimoni dan paling best dapat harga istimewa.


RM 150 dapat 30 sachet, sehelai tshirt, 2 kipas tangan, 2 beg & pamplet. Normal price RM 197 kalau tak salah.

Kenapa aku berani cuba Ephyra?

1) Untuk masalah rambut gugur ( setiap kali sikat mesti ada )
2) Kulit wajah ( nampak ada bintik coklat bila tengok dengan mata halus )
3) Rekahan kulit kaki ( walau tak teruk tapi nak tengok hasilnya )


Oklah untuk 3 perkara utama itu dulu. Yang lain-lain kira "bonus" apabila keberkesanan itu ada. So, sebelum aku pung pang maka kena tunggu dalam 30 hari dulu. Samada berkesan pada aku atau tidak. Maklum saja lain oran lain kesan yang dihadapi.


So Ephyra, tunggula aku review mu selepas cukup 30 hari. Berkesan tak berkesan lain cerita sebab yang  penting aku dah berani untuk mencuba pada diri sendiri.


Korang pun pasti dah tahu tentang kehebatan Ephyra. Tak tahu lagi? Bolehlah baca kat sini. Memang banyak testimoni yang berjaya. Memang buat aku lagi teruja!


Ephyra!! Moga kau berkesan untuk diri ini. Aminnn.


* Bukti bergambar sebelum mencuba telah aku ambil. Nak tengok kesahihan =)



Jubah baru untuk dijual semula

Aku ada sehelai jubah yang masih baru & hanya dipakai untuk mencuba. Jubah ini sebenarnya untuk mak tapi bila mak pakai dia kata tak confident & tak bersesuaian dengannya. Jadi dia minta aku jualkan semula kepada yang sudi.




Harga beli RM 5+.++


Saiz : 2XL 
Material : Lycra lembut yang tidak melekat pada badan
Bahu : 18"
Panjang tangan : 22 1/2"
Pinggang : 44"
Labuh : 55"


Harga nak jual termasuk poslaju RM 50
( postage FREE  seluruh Malaysia )


Aku boleh pakai tapi bahu jatuh. Jadi macam tak berapa sesuai pada badan sendiri. Maka ambil inisiatif jual semula.


Kalau ada yang berminat boleh sms nombor tertera. Nak gambar dekat boleh inform aku. Harap baju ini terjual secepat yang mungkin.


Terima kasih.



Tuesday, April 29, 2014

Jualan Mini Popia Ikan Bilis Nurul Yui

Mini popia ikan bilis bakal "bergelora"
untuk tahun 2014
Tambah-tambah nak dekat Raya


Sekarang adalah masa yang sesuai untuk mencuba
Eh korang!
Harga masih sama macam lama
Berkemungkinan besar bermula Jun akan naik harga sedikit
Bersesuaian dengan kadar kos yang meningkat


Maka kalau nak merasa, time sekarang amat sesuai
Boleh laju-laju order
Yang dah pernah order & nak repeat
amat dialukan
=___=


Minimum order 500 gram 
Pek percubaan 200 gram 


Order sentiasa dibuka




Monday, April 28, 2014

CPUV 9 [2014] - Clinique



Alhamdulillah CPUV terkini yang baru ku nampak dari Clinique. Pasti ramai tahu tentang jenama ini kan? Macam aku sendiri tahu tapi tak pernah mencuba. 


Kalau nak tahu apa barang yang ada dari Clinique boleh rujuk { sini }. Kaum wanita mestinya suka bab-bab barang dari Clinique. Eh! Untuk kaum lelaki pun ada tau.


Produk makeup, penjagaan kulit & pelbagai lagi. Meriah!


Terima kasih Clinique sebab sudi beriklan di blog picisan ini.



Menghukum tanpa usul periksa

Ramai manusia
yang suka jatuhkan hukum
tanpa usul periksa


Ada juga yang memandai menghukum
konon lebih "hebat" ilmu agamanya dari ulama'


Lebih hebat pabila menghukum
ditambahkan lagi dengan kata-kata kurang enak


Sedar tak berapa dosa yang telah dilakukan?
Sedar tak berapa kesilapan yang dibuat?


Moga kita dijauhi dari perangai sebegitu
Aamiin



Saturday, April 26, 2014

Tanda logo halal terkini



Boleh belek-belek tanda logo halal yang ada ini




Friday, April 25, 2014

Senarai lengkap peserta GA Nurul Yui Collection

Berikut adalah senarai lengkap untuk para peserta yang sertai GA Nurul Yui Collection. Terima kasih kalian yang sudi join GA tak seberapa dariku. Mohon semak betul-betul untuk memudahkan kedua belah pihak.


1) http://normj1001.blogspot.com/2014/04/nurul-yui-collection.html
2) http://famf-tower.blogspot.com/2014/04/nurul-yui-collection.html
3) http://anumzakie.blogspot.com/2014/04/nurul-yui-collection.html
4) http://adna2029.blogspot.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
5) http://eima-contest.blogspot.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
6) http://nanakimie.blogspot.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
7) http://theonlygirl98.blogspot.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
8) http://www.duniashida.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
9) http://sallyyatiey.blogspot.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
10) http://nurziah-yahya.blogspot.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
11) http://chocolatefreeze.blogspot.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
12) http://speedfreaktanthrum.blogspot.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
13) http://anies-msletoes.blogspot.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
14) http://worldxplo.blogspot.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
15) http://asmarpunyablog.blogspot.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
16) http://www.dianarashid.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
17) http://azatiesayang-contest.blogspot.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
18) http://my-contest.blogspot.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
19) http://miszsheyla.blogspot.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
20) http://giveaway-jom-santai-aje.blogspot.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
21) http://www.bondaqalish.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
22) http://sayangsyeeda.blogspot.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
23) http://aisyahambris.blogspot.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
24) http://segmenbizaly.blogspot.com/2014/04/ga-nurul-yui-collectio.html
25) http://luviza-98.blogspot.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
26) http://jantungk.blogspot.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
27) http://lifeisgreatwithme.blogspot.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
28) http://www.mialiana.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
29) http://www.azhafizah.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
30) http://intanberliangacontest.blogspot.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
31) http://dramaticyang.blogspot.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
32) http://sitinadiaramlee.blogspot.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
33) http://life-of-pearl.blogspot.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
34) http://superpapaya.blogspot.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
35) http://aisyasakura.blogspot.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
36) http://nayfatimahrasyid.blogspot.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
37) http://mimbarhatiku.blogspot.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
38) http://rabiabiz79.blogspot.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
39) http://colourfulofainilife.blogspot.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
40) http://ikafantasi.blogspot.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
41) http://ceritamayapersada.blogspot.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
42) http://mamamursyid.blogspot.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
43) http://nuyushahidarahim.blogspot.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
44) http://kisahsinenot22.blogspot.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
45) http://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
46) http://darlingninie-cgl.blogspot.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
47) http://mamadarwiish.blogspot.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
48) http://rynaluvie.blogspot.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
49) http://akuayut.blogspot.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
50) http://thequeendarling.blogspot.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
51) http://mummysupplementshop.blogspot.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
52) http://itsmelailaazwa.blogspot.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
53) http://lolipopopo.blogspot.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
54) http://mawarberduri4147.blogspot.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
55) http://kakyongzatie.blogspot.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
56) http://bloghafisz.blogspot.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
57) http://ctalfakhishah.blogspot.com/2014/04/segmen-ga-nurul-yui-collection.html
58) http://nuurfarhani96-misswhiterose.blogspot.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
59) http://herba-tihara.blogspot.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
60) http://athirahjamaluddin.blogspot.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
61) http://nadcontestandgiveaway.blogspot.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
62) http://sheilashahfiekry.blogspot.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
63) http://www.jiesusanos.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
64) yangbaik.blogspot.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
65) http://chea94.blogspot.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
66) http://ceriteranuramyra.blogspot.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
67) http://kasihlestariabadi.blogspot.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
68) http://nora-norasyimahsaifullahoifficialblog.blogspot.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
69) http://dindamaisarra.blogspot.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
70) http://linaishak.blogspot.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
71) http://www.opzzpinky.my/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
72) http://www.mamaniza.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
73)http://shafiquestevenson.blogspot.com/2014/04/GA-Nurul-Yui-Collection-
74) http://mamapapaamir.blogspot.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
75) http://myboyfriendisanarmy.blogspot.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
76) http://iluvcontest.blogspot.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
77) http://lalazarryn.blogspot.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
78) http://strawberrysgurls.blogspot.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
79) http://bluepinkiey.blogspot.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
80) http://anemzahar.blogspot.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
81)  http://mardiahdiana.blogspot.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
82) http://awanflufy.blogspot.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
83) http://flizzy86.blogspot.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
84) http://lobaksusue.blogspot.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
85) http://misseiynasaharom.blogspot.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
86) http://sheerachocolate.blogspot.com/p/ga-nurul-yui-collection.html
87) http://ibunoey.blogspot.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
88) http://cikshuhada.blogspot.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
89) http://aimifiqa.blogspot.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
90) http://cikhanicruzier.blogspot.com/2014/04/nurul-yui-collection.html
91) http://impossibletothinknow.blogspot.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
92) http://nam-comel.blogspot.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
93) http://muslimahsejati96.blogspot.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
94) http://anaktayah.blogspot.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html


Mohon anda semak samada entry penyertaan anda tersenarai atau tidak. Kalau ada yang tertinggal, sila maklumkan segera pada yui untuk pembetulan. Tempoh masa diberikan untuk sebarang perubahan hingga 27/4/2014 sahaja.


Selepas tarikh itu, untuk sebarang pembetulan tidak akan dilayan.


Peluang untuk menjadi top referral hingga Ahad ini. Maka silalah "bertungkus-lumus" jika anda berminat nak memenangi set pisau kitchen king 6 pcs.


Terima kasih =)




Cara anda untuk tambah pendapatan?

Setiap orang ada cara tersendiri untuk tambah pendapatan masing-masing. Seperti aku, bekerja dalam bidang swasta dan tidak mempunyai overtime, maka cara aku adalah dengan melibatkan diri dalam perniagaan kecilan Nurul Yui Collection.


Dengan peningkatan kos sara hidup yang semakin menjadi kini, alternatif lain perlu difikir. Tak pelik jika ada yang sebelum ini hanya suri rumah tapi sekarang mampu untuk tampung perbelanjaan suami. Ada yang sebelum ini berkeras tidak mahu berniaga akhirnya kini gigih mencari rezeki sampingan.


Macam aku sendiri :

1) Bisnes Nurul Yui Collection ( termasuk dropship )
2) Income pasif ( NMG, D2R & DRimba Life )
3) Blogger ( bersama Nuffnang )


Cara kita mungkin berbeza tapi aku sangat suka pada mereka yang ada usaha


Korang yang baca entry ini, adake kerja lain korang buat sebagai partime? Selain dari pendapatan sampingan bersama Nuffnang.


Jomlah share di entry ini. Bagitahu cara apa korang buat untuk tambah income. Sharing is caring. Mana tahu aku berminat nak join, hihi.


Selagi ada daya selagi itu akan berusaha sebaik mungkin. Jatuh naik itu cerita lain.






Thursday, April 24, 2014

GA Nurul Yui Collection



Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim

Yui lancarkan GA Nurul Yui Collection
{ online business Yui }


Syarat-syarat mudah yang WAJIB dipatuhi :

1) Buat satu entry dengan tajuk " GA Nurul Yui Collection ", letak banner & linkkan entry ini

2) Follow blog & like page Nurul Yui Collection


3)  Berikan link entry penyertaan anda yang lengkap di komen entry ini

* Kejujuran anda amatlah dihargai ketika menyertai GA ini
Yui akan komen di setiap entry penyertaan anda

Jumlah pemenang :

1 orang x 1 set pisau kitchen king 6 pcs
2 orang x topup RM 5 ( DiGi/Maxis/Celcom )


Cara pemilihan pemenang :

1 x top referral
2 x random org


Tarikh penting :

GA tamat : 24/4/2014
Senarai peserta : 25/4/2014
Tempoh semak peserta : 25/4/2014 - 27/4/2014
Senarai pemenang : 29/4/2014


Peserta yang tidak memenuhi syarat AUTOMATIK tidak dimasukkan dalam
senarai peserta


Terima kasih kepada mereka yang sudi sertai GA tidak seberapa ini
=___=


ENTRY MELEKAT
ENTRY BARU SCROLL BAWAH




Majlis pertunangan sahabat baik, Ira

Alhamdulillah selesai lagi majlis pertunangan salah seorang sahabat baik sejak belajar di PUO, Ira. Majlis alhamdulillah meriah dan berjalan lancar. Sangat ohsem Ira!




5 orang itu adalah dayang-dayang pada majlis tersebut. Tak cukup seorang lagi sebab ada hal peribadi. Maka kami berlima sahaja yang ada.




Bab dayang kena pegang fresh flower tu semua kerja abang photographer. Tak memasal kena buat muka comel sambil pegang bunga. Muahaha!






Sebenarnya banyak lagi gambar. Tapi cukuplah bagi yang ini. Sama sahaja macam gambar di FB. Tepek kat blog sebab boleh pokpek lebih banyak.




Untuk buble talk itu dari Nurul Yui Collection. Kalau berminat nak order, boleh terus roger sana ya. 


Buat sahabatku Ira, tahniah sayang. Satu langkah telah berjalan lancar moga langkah seterusnya dipermudahkan. Far doakan yang terbaik buat sahabat-sahabat baik Far ini. 



ST 13 [2014] - Hari terakhir untuk sertai GA Nurul Yui Collection

24/4/2014
merupakan hari terakhir untuk penyertaan


Kepada mereka yang masih berminat nak sertai
boleh view entry GA Nurul Yui Collection
untuk mengetahui syarat mudah


Selamat berusaha kepada para peserta
terutama untuk menjadi top referral
Good luck!




Tuesday, April 22, 2014

Terkena ulat tiket di hentian pudu

Akhirnya aku terkena juga walhal caranya sama macam aku beli tiket biasa. Bezanya ketika aku naik sahaja tangga terus ada seorang lelaki tanya " Nak balik mana? ". Aku " Ipoh ". " Ok ada satu bas nak gerak ".


Dia bawa aku menuju ke kaunter tiket bas super nice. Di tiket tertulis menuju ke Pulau Pinang dan katanya akan singgah Aman Jaya Ipoh. Aku pun bayar RM 25. Di tiket tertulis masanya jam 6.30 petang tapi bas sampai jam 7.00 malam.


Naik dalam bas, tiket diambil sebahagian dan lelaki itu berkata " Akak nanti kena tukar bas kat Hentian Duta untuk ke Ipoh ". Aku terpinga-pinga. Apasal nak kena tukar bas bagai lagi. Ok takpe. Sampai di hentian duta, mereka yang menuju ke Ipoh & Butterworth kena tukar bas lain.


Kena naik bas Shamisha pula. Dalam jam 8.00 malam 2 biji bas Shamisha sampai. Aku pergi ke arah bas yang dikatakan akan turun di Ipoh. Bagi tiket aku pada driver dan aku agak terkejut sebab semua seat penuh! Driver bangun dan tanya pada "ulat" itu berapa ramai mereka tarik orang untuk naik bas.


Aku mula rasa geram. Rasa tertipu. Rasa seperti kita dipermainkan. Terus aku minta tiket aku pada driver dan turun. Aku berdiri di antara bas. Dan-dan pula si apek telefon tanya aku di mana, macam mana dan tak memasal air mata aku laju mengalir.


Stress tiba-tiba sampai tak dapat kawal air mata. Aku bagitahu abah aku tak jadi balik malam itu. Aku telefon member untuk ambil semula aku. Dalam 15 minit berdiri ada seseorang ajak aku naik bas satu lagi. Katanya turun ke Ipoh. 


Aku? Memang NEKAD taknak naik dah. Apa depa ingat kita bayar pakai air liur sahaja? 


Kronologi cerita aku petang Ahad 20/4/2014 :

1) Member hantar pergi KL Sentral tapi malangya tiket ETS habis untuk petang ke malam
2) Singgah di Pudu dan terus terkena dan berlakulah kejadian di atas


Ya, nampak seperti cara belian tiket biasa sebab dia menulis tiket depan kaunter tiket super nice. Sebab itu aku rasa itu tiket macam biasa. Rupanya aku silap! Ingat nak cepat sampai akhirnya aku tersadai lagi semalaman di KL.


Hari Isnin jam 3 petang baru aku balik Ipoh naik ETS. Lebih selesa & menepati masa. 


Kesimpulan & nasihat :

1) Terus menuju ke kauter andai nak beli sebarang tiket. Abaikan mulut-mulut orang yang berlegar-legar di luar kaunter sebab mereka hanya akan cari orang sampai penuh bas dan tak mustahil masa akan lebih panjang.

2) Jangan mudah terpedaya sebab jika kita dalam keadaan terdesak fikiran kita juga tersepit dan tak mustahil kita mudah ditipu.


Maka secara rasmi buat masa ini aku akan blacklist super nice & shamisha. Bukan salah pengurusan bas tapi yang terlibat seperti pemandu bas itu sendiri. Mencemarkan rekod baik sahaja.


Aku tak kisah pasal duit tiket tapi aku kesal sebagai pengguna dipermainkan sebegini. kejadian seperti ini tidak terjadi kepada kalian. Peringatan bersama.


Sekarang aku lebih selesa dengan ETS untuk ke Kuala Lumpur.


Maaf kerana panjang dan terlalu emosi dengan apa yang jadi.









P.E.N.A.T

PENAT UNTUK PELBAGAI
TERUTAMA UNTUK KISAH 
AKU DAN BAS EKSPRESS


AKHIRNYA NAIK ETS JUGA!
STRESS!!


Monday, April 21, 2014

Antara hasil ketara berdiet atkins



Alhamdulillah nampak hasilnya
Tanpa produk hanya perlu makan sedap-sedap


Gambar ketika bambam kiriman dari si dia
Katanya rindu nak tengok pipi dulu


Ololo cian dia
Takpelah nanti kalau kita nikah
Awak bagi kita makan sampai tak lalu
Lepas itu mesti ketara lagi pipi tu
Boleh tengok hari-hari
Miahahaha


Sekarang tak 100% aku follow diet atkins
Tapi aku masih kawal makan + workout mudah


Kena berusaha lagi!


Gigih aku ambil gambar
Dengan senyuman yang sama
=___=



Sunday, April 20, 2014

Pengeluaran kali kedua akaun D2R Nurul Yui

Alhamdulillah urusan pengeluaran berjalan lancar. Walau amaun tak banyak mana tapi cukup nak tampung minyak motor sebulan. 




Ambil masa sebulan sebab kesilapan dariku sendiri. Sepatutnya untuk pengeluaran hanya boleh dilakukan pada hari Khamis atau Jumaat atau Sabtu sahaja. Tapi aku terlebih "bijak" tekan button cashout hari Ahad.


Maka terimalah kelambatan yang ada. Tak kisah yang penting dah clear dalam akaun.




Bagi yang nak tahu lebih lanjut tengtang D2R boleh terus PM di FB. Hari biasa daku akan online sampai jam 5 petang. Hari minggu biasanya hingga malam. Maklum sahaja, ini partime. Tapi partime yang membantu. Modal pun serendah RM 50 sekali bayar sahaja.


FB : Nurul Yui

Alhamdulillah.


Nak join NMG boleh, nak join D2R pun boleh. Yang dah pernah tanya tu, boleh fikir-fikir semula ok. Hihi. Bantu mana mampu.


* Sesi menjawab bermula Selasa sebab minggu ini di luar daerah

Saturday, April 19, 2014

Bergerak ke Kuala Lumpur

Pukul 10 pagi adalah masa untuk aku berlepas dari Ipoh ke KL Sentral. Macam biasa naik ETS. Tujuan utama kali ini juga untuk hadirkan diri dalam majlis pertunangan salah seorang sahabat baik, Ira.


Majlis akan berjalan esok. InshaaALLAH esok atau lusa baru aku balik Perak.


Isnin aku anual leave. Jadi sesi blogwalking mungkin tertunggak dan akan berjalan bila aku mula kerja ya. 


Doakan perjalanan pergi & balik aku selamat. Aminnn.



Friday, April 18, 2014

Bidan terjun untuk kucing

Hari Rabu lepas aku terpaksa menjadi bidan terjun buat kali pertama untuk kucing aku. Si Minah baru pertama kali beranak. 2 ekor anaknya mati dan malang buat anak ketiga tersangkut dan Minah tak dapat nak keluarkan.


Lama Minah menahan sakit tapi bila aku perhatikan dia, dia seakan meminta tolong dariku. Aku laju telefon kakak veterinar, Blogger Eintan. Katanya boleh jika aku nak mencuba tapi perlu secara perlahan-lahan. Kira kena "berkomunikasi" dan faham keadaan Minah cuba untuk meneran.




Nampak tak keadaan anaknya yang tersangkut itu? Yang tersangkut bermula dari tangan hingga kepalanya. Rasanya beranak kepala keluar dulukan? Kira ini kes songsang. 


Operasi aku bermula jam 7.30 malam dan alhamdulillah dalam 15 minit selesai. Itu pun setelah aku pujuk & cuba memahami bila masa yang Minah hendak meneran. Memang pengalaman sungguh untuk aku.


Aku siap pakai glove & perlahan-lahan tarik serta kawal diri Minah. Aku faham pasti dia sakit. Kesian tengok dia. Selesai keluarkan anak dia nampak lega & pandang aku sayu. Mungkin dia berterima kasih sebab sudi tolongnya.


Kata mak, Minah memang kuat. 


Aku macam tak percaya aku kena jadi bidan terjun. Nasib baikla aku sayang kucing.


* Kalau ada area Ipoh nak kucing, boleh contact aku. Aku dalam cubaan nak kurangkan kucing & mandulkan kucing-kucing yang ada untuk elak pembiakan yang semakin ketara.



RESEPI : Jus epal hijau saderi

Saat tekak kehausan nak minuman yang menyegar dan menyamankan, apa kata cuba buat jus epal hijau saderi. Ala-ala macam di Secret Recipe itu. Sedap tau!




Bahan-bahan ( 1 orang minum )

1) Satu biji epal hijau ( buang biji )
2) Satu batang saderi
3) Sedikit gula stevia atau air gula
4) 6 kiub ais
5) 1/2 cawan air


Cara-cara

1) Masukkan semua bahan dan blend guna Shake N Take
2) Tapiskan hampas yang terhasil
3) Terus nikmati jus yang menyegarkan


Kerja menyediakan jus lebih mudah dengan Shake N Take. Berminat nak dapatkan Shake N Take, boleh terus roger daku. Selamat mencuba dan selamat menikmati jus yang menyegarkan.


Sambil share resepi mudah yang daku buat dan sambil berniaga =)



Thursday, April 17, 2014

Karpal Singh & pembantu maut dalam kemalangan ngeri

Pastinya ramai terkejut dengan berita yang diterima ditambah melibatkan seseorang yang dikenali ramai. Kemalangan ngeri yang berlaku tanpa diduga.


Kisah lanjut pastinya anda boleh baca banyak di dada akhbar & online.

Apa yang cuba aku tekankan disini ialah :

1) Jaga kata-kata
2) Tak perlu memaki hamun orang yang telah tiada
3) Percaya bahawa balasan ALLAH itu pasti


Kadang kita masih tersenyum, bergembira, berketawa pada hari ini. Tapi tanpa diduga mungkin esok kita telah pergi.


Kadang kita lancar berkata-kata tanpa diduga kita masih belum memohon kemaafan.


Mati itu pasti. Itu janji ALLAH yang Maha Berkuasa.


Salam takziah kepada keluarga mangsa.


* Entry sebagai seorang manusia biasa






ST12 [2014] - Belum tapi sudah

Belum mencuba tapi sudah menyerah
Itu namanya jalan mudah


Belum berusaha tapi sudah putus asa
Itu namanya sambil lewa


Belum capai kejayaan tapi sudah fikir gagal
Itu namanya mudah menyesal


Sekian



Wednesday, April 16, 2014

Jana income bersama DRimbalife Nurul Yui

Alhamdulillah aku join lagi satu jenis income pasif, konsep lebih kurang seperti NMG & D2R. Berbulan juga aku tinjau & survey dan Jumaat lepas 11/4/2014 secara rasmi akaun DRimbalife Nurul Yui aktif.




Modal minima RM 100. Apa yang akan kita dapat?

1) Akaun untuk kita pantau
2) Sekotak kopi bernilai RM 130 ( jika bukan ahli )
3) Ada rebet harian 
4) Ada bonus-bonus lain jika aktif


Point utama aku join sebab aku tertarik dengan rebet harian yang diberikan. 

Contoh :

Pakej RM 100 = rebet harian RM 0.50 x 365 hari 
Hasil 365 hari = RM 182.50
Keuntungan kita = RM 82.50 ( setelah tolak modal )


Korang nampak gambar di atas? Perhatikan bahagian rebet harian. Memang betul amaun itu sehingga tarikh 15/4/2014. 4 hari join dapat RM 2. Kira benar rebat harian berjalan walau sama sekali kita tidak menaja sesiapa!


Kalau NMG & D2R kita dapat tapak iklan, dengan DRimbalife kita dapat sekotak kopi. Kalau kopi dah habis, kita boleh beli lagi dan dapat bonus lain jika kita maintain membeli sekotak setiap bulan. Taknak beli pun takpe, tiada masalah.


Pakej RM 100 = Rebet harian RM 0.50
Pakej RM 200 = Rebet harian RM 1
Paket RM 300 = Rebet harian RM 1.50
Pakej RM 700 = Rebet harian RM 3.50


Sebagai orang yang jenis berjaga-jaga atau suka cuba sebelum nak "kembangkan" aku akan mulakan dengan pakej rendah. Kemudian selepas habis perhatian akan tambah lagi pakej yang ada. Dan begitulah seterusnya selagi mampu.


Kita kena berani mencuba untuk tahu bagaimana hasilnya. Macam NMG, sampai sekarang aku belum terima bonus pool. Dengan D2R dah terima bonus pool RM 27. Sekarang mencuba dengan DRimbalife, mana tahu rezeki lebih. Yang penting kena faham & sabar.


Jika ada yang berminat nak mencuba dengan pakej serendah RM 100, nak tahu lebih lanjut boleh terus PM aku di FB : Nurul Yui. Nanti aku bagitahu antara info penting tentang DRimbalife.


Aku sangat alukan untuk mereka yang berani & sabar untuk kembangkan modal RM 100. Kenyit-kenyit mata =___=









Tuesday, April 15, 2014

Lelongan barang kemas

Bermula 15/4/2014 - 17/4/2014
cik blog akan sedikit sibuk
untuk uruskan kerja rasmi


Nanti daku kunjung balas
Moga mengerti
=__=



Monday, April 14, 2014

Tudung bawal gaya Mawar Fizo Omar

Tertarik dengan tutorial bawal. Serius lebih cantik dan ringkas dengan hanya bajet kurang RM 15. Tudung bawal Kangaroo sehelai harganya RM 5. Kalau pergi Bandung boleh dapat RM 2 sehelai.


Untuk orang biasa + tak mampu nak beli tudung ratusan ringgit, tutorial ini sangat berguna dan menjimatkan. Bukan tak mampu tapi sebab aku bukan peminat tudung awning maka niat nak membeli langsung tiada.


Tudung bawal
Brooch besar 1
Pin kecil 2 ( jika nak guna )


Apa pun, kalau harga mahal tetapi bersesuaian dengan kualiti itu tidak menjadi masalah. Asalkan kepuasan itu ada.


Harga murah pun ada juga yang berkualiti. Kita sendiri mampu memilih. Pilihan di tangan sendiri.


Pilihan daku, selesa & berpatutan itu yang penting. Harga tolak ketepi kerana ikut kemampuan dan bajet sendiri.


Isu komen di page rasanya dah selesaikan?


Jom kita cuba tutorial bawal 
Senang & jimat



Kerja hari minggu : Props felt craft



Kerja hari minggu aku cuba siapkan props
nak guna pada 20/4/2014


Hari ini aku sedikit sibuk
Uruskan hal lelong barang kemas
bermula esok hingga Khamis


Nanti aku blogwalking ya



Sunday, April 13, 2014

Top referral untuk GA Nurul Yui Collection

Wahai kalian yang sudi join GA Nurul Yui Collection, andai mahukan diri menjadi top referral dan layak dapatkan set pisau kitchen king 6 pcs, rajin-rajinlah share mengenai GA Nurul Yui Collection.


Daku pilih pemenang utama berdasarkan top referral. Cepat-cepat kenalkan sebab tak lama lagi dah nak tamat. 


Antara cara mudah :
Share link penyertaan di FB, group FB, komen blog orang lain & pelbagai lagi ikut kerajinan kalian


Mana tahu rezeki anda dapat pisau yang cantik dan tajam. Usaha lebih & semoga berjaya buat para peserta!


Untuk join



Friday, April 11, 2014

Cek Nuffnang selamat diterima dan ditunaikan



Jumaat lepas terima emel. Hari selasa terima cek. Hari Khamis tunaikan. InshaaALLAH hari Isnin akan clear dalam akaun.


Amaun tidak tinggi menggunung tapi tetap bersyukur. Rezeki jangan ditolak. Alhamdulillah.


Rezeki kali ke dari Nuffnang


Cara nak tunaikan cek : Tutor bergambar


Update :
Hari Sabtu dah clear dalam akaun. Cepat!



Peningkatan di Nurul Yui Collection

Sebenarnya teringin lama dah nak buat. Memandangkan banyak kelebihan dan memudahkan. Punya lama ambil masa dan alhamdulillah setelah 2 tahun berniaga secara online & secara sambilan, chop rasmi Nurul Yui Collection wujud.




Lepas ini kurang sikit lenguh nak tulis alamat sendiri. Muahahaha! Orang lain berniaga awal-awal dah buat. Aku sahaja ketinggalan!


Moga rezeki semakin murah. Aminnn.


Nak intai apa yang aku jual? { klik sini }



Thursday, April 10, 2014

CPUV [5,6,7,8] 2014

Lama tak kelebek Nuffnang, sekali buka alhamdulillah. Masih ada iklan-iklan yang sudi bertandang di blog ini. Terima kasih sangat.



CPUV 5 - Tesco Online
CPUV 7 - KFC Zinger


Terima kasih kepada pengiklan yang sudi menapak di blog picisan ini. Alhamdulillah rezeki berblog. Sambil membebel sambil jana pendapatan sampingan.


Terima kasih juga kepada kalian yang sudi isi tabung online daku ini =)



ST11 [2014] - Keputusan temuduga sebagai pengurus

Nekad keputusan diri & keluarga
Daku terpaksa menolak secara baik hari ini


Maaf
Bukan rezekiku


Pasti ada insan yang lebih baik dariku
Lebih layak dariku



Wednesday, April 09, 2014

Pengalaman temuduga sebagai pengurus

Entry semalam sedia maklum aku bagitahu aku hadiri satu temuduga dan ada yang bertanya perihal pengalaman atau cerita temuduga berkenaan. Ok dalam entry khusus untuk menjawab dan ditambahkan dengan luahan perasaan dari diri sendiri.


Sebenarnya aku dipanggil untuk temuduga sebagai pengurus. Skop kerja sama seperti kerja sedia ada cuma owner syarikat berbeza & jawatan ditawarkan berbeza.


Alhamdulillah sesi temuduga berjalan lancar & soalan diajukan alhamdulillah dijawab sebaiknya. Apa yang menjadi masalah adalah dari segi gaji permulaan yang mungkin ditawarkan.


Jujur memang aku up gaji lebih sikit dari sedia ada tapi gaji sebagai pekerja biasa. Tak tahu pula diberikan untuk jawatan pengurus. Sebab gaji aku letak memang rasa tak relevan untuk jawatan sebagai pengurus.


Contoh :

Gaji basic : RM 1700
Gaji dipohon : RM 2000 ( sebagai pekerja biasa )


Ditanya berapa sewa rumah. Katanya kalau mereka up gaji aku lebih dari gaji sekarang, aku masih dapat jimatkan duit melalui rumah sewa & minyak kenderaan. Aih! Serius rasa membara sedikit hati sebab terfikir kenapa perlu diungkit benda macam itu? Tahu tak dia berapa hutang kita, kenapa kita mohon sebegitu?


Yang buat aku rasa tak valid, dengan gaji mungkin antara RM 1800 - RM 2000 adalah untuk jawatan pengurus. Eh! Bukan demand ok. Tempat kerja sekarang gaji pengurus 2 atau 3 x dari angka itu. Besar tanggungjawab pengurus.


Dari cara mereka interview aku seperti mereka tertarik dengan pengalaman yang aku ada. Siap tanya berapa lama notis berhenti, kursus dan lain-lain. Atau aku yang perasan? Hahahah.


Aku mohon kerja itu disebabkan mak aku. Katanya tak payah duduk rumah sewa, tak payah berjauh. Jadi aku ikut kata mak dan bila aku ceritakan apa yang terjadi, mak suruh aku teruskan dengan kerja sedia ada. Hihi, itu aku suka.


Keputusan temuduga tak pasti bila diketahui, kalau ada perkembangan aku akan update. Jujur aku terpaksa tolak dengan baik andai ditawarkan kerja tersebut. Banyak aspek yang difikirkan balik dan aspek-aspek itu penting untuk masa depan juga.


Aku suka kerja sekarang. Rileks, memudahkan, ada insentif, ada bonus, ada kenaikan gaji & macam-macam lagi. Alhamdulillah.


* Pengalaman itu penting buat kita & maaf sebab terlebih membebel. Ikut hati panjang lagi nak karang. Huhu.




Tuesday, April 08, 2014

Temuduga tak diduga, doakan!

Saat kalian baca entry ini, daku mungkin tengah berdebar nak hadapi temuduga. Eceh! Poyo plak nak berdebar bagaikan. Macam tak biasa. Eh! Memang aku tak biasa. Boleh dikira dengan jari berapa kali aku pernah ditemuduga.


Turn aku jam 11.20 pagi. Doakan segala dipermudahkan. Serious, aku mohon melalui emel dan aku sedikit demand terhadap gaji. Dengan kos sara makin tinggi, demand itu perlu serba sedikit memandangkan pengalaman bekerja juga ada. Ku ingatkan dia taknak panggil temuduga rupanya aku silap.


Mungkin dia nak test aku. Muahahaha!


Aku cuti hari ini. Kalau sempat petang sikit baru blogwalking.


Jom setai GA Nurul Yui Collection. Mana tahu tuah anda dapat set pisau kitchen king 6 pcs.



Monday, April 07, 2014

Adik mimpi bertunang?

Mak bagitahu aku
Adik perempuan ada telefon
" Betul tak kak Yui nak bertunang? "


Mak jawab
" Bila masa pula? Mimpi? "


Adik
" Mimpilah ni! "


Motif?
Tak sabar eh nak tengok kakak sulung dia ini
bertunang, bernikah, dapat anak, dapat cucu?


Sabar 
Mainan tidur


Doakanlah ya
=___=


Sunday, April 06, 2014

Emel payment advice telah diterima

Alhamdulillah Jumaat lepas semak bahagian emel,  emel yang dinanti sebelum cek sampai selamat diterima. Mengikut pengalaman sebelum ini, dalam 2-3 hari akan sampai cek ke alamat yang telah diberikan.




Alhamdulillah. Rezeki dari "membebel" dalam blog. Anda pun boleh juga! 


InshaaALLAH esok akan berlancar GA Nurul Yui Collection. Jangan lupa join ya pada yang sudi.



Friday, April 04, 2014

GA Nurul Yui Collection bakal dilancarkan



InshaaALLAH minggu depan bakal dilancarkan. GA untuk blogshop online tersayang Nurul Yui Collection. Minggu depan akan aku keluarkan senarai syarat mudah yang perlu dipatui atau erti kata lain sama seperti dalam gambar di atas.




Penerangan mengenai GA juga akan diberikan dari cara sertai, cara submit & bila pemenang akan diumumkan. 


Moga GA ini mendapat sambutan. GA dibuat bertujuan untuk mempromosikan Nurul Yui Collection selain berkongsi rezeki lebih yang ALLAH kurniakan. InshaaALLAH.


Terima kasih untuk segala sokongan yang diberikan.



RESEPI MUDAH : Jus/Ice Blend Mango

Hari itu dah share resepi jus/ice blend anggur, sekarang aku share jus mango pula. Resepi lebih kurang cuma kena rajin nak olah ikut tekak masing-masing.



Bahan-bahan
1) 1 biji mangga
2) 2 sudu yogurt asli
3) 10 kiub ais
4) Sedikit air gula/stevia
5) 1/2 cawan air

* Nak tambah susu pun boleh

Cara-cara
1) Masukkan kesemua bahan dalam shaker & blend hingga sebati. Hanya guna & lebih mudah dengan shake n take


Selamat mencuba!


Nak dapatkan shake n take?