Akhirnya aku terkena juga walhal caranya sama macam aku beli tiket biasa. Bezanya ketika aku naik sahaja tangga terus ada seorang lelaki tanya " Nak balik mana? ". Aku " Ipoh ". " Ok ada satu bas nak gerak ".
Dia bawa aku menuju ke kaunter tiket bas super nice. Di tiket tertulis menuju ke Pulau Pinang dan katanya akan singgah Aman Jaya Ipoh. Aku pun bayar RM 25. Di tiket tertulis masanya jam 6.30 petang tapi bas sampai jam 7.00 malam.
Naik dalam bas, tiket diambil sebahagian dan lelaki itu berkata " Akak nanti kena tukar bas kat Hentian Duta untuk ke Ipoh ". Aku terpinga-pinga. Apasal nak kena tukar bas bagai lagi. Ok takpe. Sampai di hentian duta, mereka yang menuju ke Ipoh & Butterworth kena tukar bas lain.
Kena naik bas Shamisha pula. Dalam jam 8.00 malam 2 biji bas Shamisha sampai. Aku pergi ke arah bas yang dikatakan akan turun di Ipoh. Bagi tiket aku pada driver dan aku agak terkejut sebab semua seat penuh! Driver bangun dan tanya pada "ulat" itu berapa ramai mereka tarik orang untuk naik bas.
Aku mula rasa geram. Rasa tertipu. Rasa seperti kita dipermainkan. Terus aku minta tiket aku pada driver dan turun. Aku berdiri di antara bas. Dan-dan pula si apek telefon tanya aku di mana, macam mana dan tak memasal air mata aku laju mengalir.
Stress tiba-tiba sampai tak dapat kawal air mata. Aku bagitahu abah aku tak jadi balik malam itu. Aku telefon member untuk ambil semula aku. Dalam 15 minit berdiri ada seseorang ajak aku naik bas satu lagi. Katanya turun ke Ipoh.
Aku? Memang NEKAD taknak naik dah. Apa depa ingat kita bayar pakai air liur sahaja?
Kronologi cerita aku petang Ahad 20/4/2014 :
1) Member hantar pergi KL Sentral tapi malangya tiket ETS habis untuk petang ke malam
2) Singgah di Pudu dan terus terkena dan berlakulah kejadian di atas
Ya, nampak seperti cara belian tiket biasa sebab dia menulis tiket depan kaunter tiket super nice. Sebab itu aku rasa itu tiket macam biasa. Rupanya aku silap! Ingat nak cepat sampai akhirnya aku tersadai lagi semalaman di KL.
Hari Isnin jam 3 petang baru aku balik Ipoh naik ETS. Lebih selesa & menepati masa.
Kesimpulan & nasihat :
1) Terus menuju ke kauter andai nak beli sebarang tiket. Abaikan mulut-mulut orang yang berlegar-legar di luar kaunter sebab mereka hanya akan cari orang sampai penuh bas dan tak mustahil masa akan lebih panjang.
2) Jangan mudah terpedaya sebab jika kita dalam keadaan terdesak fikiran kita juga tersepit dan tak mustahil kita mudah ditipu.
Maka secara rasmi buat masa ini aku akan blacklist super nice & shamisha. Bukan salah pengurusan bas tapi yang terlibat seperti pemandu bas itu sendiri. Mencemarkan rekod baik sahaja.
Aku tak kisah pasal duit tiket tapi aku kesal sebagai pengguna dipermainkan sebegini. kejadian seperti ini tidak terjadi kepada kalian. Peringatan bersama.
Sekarang aku lebih selesa dengan ETS untuk ke Kuala Lumpur.
Maaf kerana panjang dan terlalu emosi dengan apa yang jadi.
guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^