tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label aiskrim. Show all posts
Showing posts with label aiskrim. Show all posts

Wednesday, September 14, 2016

WW 15 [2016] - Fruttare Banana Smoothie Walls





Beli 1 percuma 1 di TF Value Mart
Memang sedappp !!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, August 22, 2016

Review Peribadi : Aiskrim Caramelized Macchiato Surprise Nestle

Fuhhhh nama kemain belit sebut
Kuang kuang kuang
Saja test perisa ini
Sebab ada KOPI
lain dari yang lain




Bagi aku
8/10
Sedang sedang je dengan tekak
Lagi suka yang ada badam
Heaven sangat!


Korang pernah cuba?




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, August 09, 2016

Review Peribadi : Fruttare Banana dari Walls

Selain beli air Tropicana Sparkling, aku beli juga aiskrim ini. Fruttare Banana dari Walls. Aku dah beberapa kali beli, itu maknanya kena sangat dengan tekak.




Sedap habaq hangpa. InshaaALLAH tak menyesal beli. Terasa sangat buahnya. Bukan jenis hisap jilat rasa ais kosong. Hahahah. Ini memang confirm rasa pisangnya.


Buat masa ini,
Aku dah rasa pisang, strawberry. Lepas ini nak cuba mangga plak. Nyum nyum best. Harga RM 2.50 satu kalau tak silap.


Jangan lupa cuba naaaaa. Memang real fruit!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, May 24, 2016

Aiskrim Magnum Pink Pomegranate

Ini lagi satu pengaruh tb. Nasib baiklah aku dah tak amalkan diet Atkins, kalau tidak mau terliur aje. Hahahaha.


Teringin sangat nak rasa yang ini. Lagipun packing dia warna pink memang menarik perhatian kaum wanita. Ewaaahh.





Bila dah rasa,
HAMPA. Itu je yang pertama. Aku lagi suka perasa lain. Yang ini, macam rasa biasa. Tak terasa apa pun sangat. Huaaaaa, rugi mak jemah beli tau. Nasib baik beli 1 jeeee.


Korang pernah rasa?
Suka ke atau tak suka, macam aku juga. Tapi kan, lain orang lain seleranya. Gituuu.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, April 11, 2016

Aiskrim pengubat lara

Ewahhh !! Pengubat laralah sangat. Padahal memang hantu aiskrim bila ada masanya. Yang ni beli brand apa tak ingat tapi serius memang sedap. Lemak pekat dengan rasa choco chip.




Pernah dengar tak pengubat sakit tekak, hangpa makan aiskrim perisa vanila? Aku pernah cuba. Ada betulnya juga. Huuuuu.


Sedapnya dapat layan aiskrim musim panas macam ni.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, March 03, 2016

Resepi Mudah : Aiskirm Sumi/Jelly

Viral makanan macam ni memang aku cukup suka. Tambah-tambahan bahan yang digunakan pun ringkas, memang buat mood aku tertariklaah nak buat.


Oleh sebab viral pasal aiskrim sumi, Sabtu lepas gigih aku beli bahan utama.



3 paket sumi : RM 4.50
1 tin susu pekat : RM 2.50
1 tin susu cair : RM 2.50



Guna lebih kurang 1.5 liter air




Bahan-bahan :

1) 1 tin susu pekat
2) 1 tin susu cair
3) 3 paket sumi ( boleh tambah jika nak )
4) 1.5 liter air masak
5) Sedikit garam
6) Plastik aiskrim

* Boleh tambah 1 sudu bancuhan tepung jagung ( bertujuan bagi ais lebih lembut )


Cara-cara :

1) Sumi potong/kerat bagi kecil ( senang masuk dalam plastik )
2) Masak hingga mendidih sedikit ( air+susu cair+susu pekat+garam )
3) Biarkan sejuk seketika
4) Masukkan sumi dalam plastik aiskrim ( guna sudu )
5) Dengan menggunkan jag kecil, masukkan bahan yang dimasak tadi ke dalam plastik aiskrim
6) Ikat dengan elok & bekukan

* Boleh tambah bahan lain selain sumi ( coki-coki/nutella/agar-agar/dll )




Inilah hasilnya dari aku. Rasa agak malas, masuk dalam bekas besar, lagi puas nak telan. Miahahaha. Dah siap, aku masukkan dalam FB, ada plak jiran tanya berapa. Aku tak reti nak letak harga jadi aku letak harga suka suki, 50 sen sebatang. Hasil jualan, beli keperluan anak-anak bulus ( makanan mereka ).


Kos bahan : 
Kos secara kasar : RM 9.50 + plastik aiskrim RM 2.00 = RM 11.50
Dapat lebih kurang 30 batang aiskrim


Jadi jangan kecam kalau ada yang jual RM 1 sebatang sebab bukan senang nak buat.


Selamat mencuba !!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, August 11, 2015

Aiskrim Kitkat Bites

Tak tahulah kenapa, kalau aku rasa marah/merajuk/tertekan aku pasti nak cari aiskrim. Buat "penyejuk". Padahal aiskrim tu makanan biasa je.




Pilihan hati kali ini dari Kitkat Bites. Bitesnya ada sikit je. Tak puas pulak rasa. Hoho. Apa pun rasa seronok bila dapat telan aiskrim!


Tapi hati tak sejuk-sejuk lagi ni. Cehhh!


Ini cara luaran tapi secara lebih baik adalah pada-NYA.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, May 07, 2015

AISKRIM HAAGEN DAZS




Selalu tengok dalam fb sahaja, takdelah terliur tapi nak beli sendiri macam nak taknak saja.
Tengok bekas kecil, harga oh mak ai ( zaman gst, kena kedekut sikit )
Tapiiiii
Memandangkan ada yang sudi belanja, ambil saja
Miahahahahaha!


Sekali sekala
Akhirnya merasa juga aiskrim haagen dazs
Selain aiskrim baskin robins yang mahal
Sedap wei perisa ini!


Nak makan cepat bagi habis pun sayang
Wakakaka!


#trobek22042015




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, February 10, 2015

Aiskrim pasu di Ipoh

Ewah kemain sekarang fenomena aiskrim pasu! Memandangkan area tempat aku kerja ada yang menjual, aku pun cubalah. Saja suka-suka sebenarnya.



RM 3 sahaja


Pendapat aku mengenai aiskrim pasu

1) Aiskrim biasa yang diletakkan dalam pasu
2) Ditambahkan dengan hancuran biskut coklat ( ibarat baja/tanah )
3) Ditambah manik sebagai hiasan
4) Daun pudina




Nah gambar setepek owner dengan aiskrim pasu. Comelkan tuan pasunya? Jadi, bagi sesiapa yang gian nak rasa lagu mana aiskrim pasu, bolehlah cuba. Untuk aku, not bad! Sedap juga menikmati sambil ditemani angin sepoi-sepoi. Hahaha.


Lokasi : Butik Sisterniesta
Station 18, Ipoh
IG : Sisterniesta






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, September 23, 2014

Menu mudah : Aiskrim Handmade

Jika anda join gorup FB resepi ringkas, ada macam-macam jenis resepi yang dikongsikan. Aku? Haruslah ambil resepi yang sehabis ringkas sebab aku tak suka buat benda yang leceh. Eh! Boleh gitukan? Huhu.




Bahan yang diperlukan pun sangat mudah. Tang mana yang payah? Tang kena tunggu bahan-bahan diputar lebih kurang 40 minit atau sampai jadi meringue/seakan. Aiskrim kat atas aku buat tak tunggu lama sebab malas. Hahahaha!


Ada yang bagitahu boleh guna blender tapi blender rumah aku setiap 2 minit kena berhenti ( blender lama tapi banyak jasa ). Jadi mampukah daku tunggu? Memang taklah. Maka guna sahaja mixer. Boleh biarkan. Huhu.


Tekstur?
Soft. Sedap tau sebab kita boleh adjust kemanisan & perasa apa nak letak.


Selamat mencuba ya!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^