tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label review makanan. Show all posts
Showing posts with label review makanan. Show all posts

Thursday, June 01, 2017

Review Peribadi : Nestle Greek Style Yogurt Caramel Banana & Raisin

Selalu dok makan yogurt biasa/perisa yang tak sampai RM 2 nilainya. Kali ini, saja plak nak mencuba sesuatu yang "agak mahal" untuk ditelan dan lebih kepada nak review.




Harga RM 3+


Dengan berani memilih perisa Pisang Karamel & Kismis untuk dicuba. Buat yang tak suka benda pelik, jangan beli perisa ini okay. Kalau Yui takpe, Yui boleh je telan. Hahaha.


Untuk dari segi rasa,
Macam tak berapa kena. Mungkin sebab ada pisang tu kot.


Tapi macam Yui pernah habaq, bila dah cuba baru kita tahu macam mana. Sesuai atau tak dengan selera tekak kita.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, May 30, 2017

Review Peribadi : Anis Chocolate Melt

Yui suka kek coklat keluaran Anis. Biasa Yui makan yang bekas macam love tu dalam RM 6 lebih. Tapi haritu nampak yang bekas kecil RM 4 lebih. Memang tak pernah try.




Lelehan coklat tu sama tapi bab tekstur kek rasa macam lain sikit. Agak kurang untuk tekak Yui. Yui lagi suka yang satu lagi lebih lembut dan lembap.


Apa pun,
tak salah mencuba kan?


P/S :
Kebanyakan entry makan/minum adalah hasil sebelum puasa atau waktu berbuka. Yui selitkan dalam entry blog untuk rujukan Yui sendiri.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, December 20, 2016

Review Peribadi : Chewing Gum Mentos Pure Fresh

Kalau nak tahu, bila Yui jarang ambil makanan/minuman bergula, Yui akan gantikan coklat/manisan dengan yang jenis sugar free.


Salah satunya adalah Mentos Pure Fresh. Ambil pun kadang-kadang kalau teringin. Saja nak bagi segar mulut & exercise kunyah. Ekekeke.




Dah lama Yui amalkan tapi ada jugalah ambil manisan gula lain. Sekali sekala. Kebanyakan ganti dengan makan buah-buahan. Manisan asli. Ekekeke.


Korang pun boleh amalkan kalau nak. Apa apa pun bersederhana dalam setiap kelakuan.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, December 19, 2016

Review Peribadi : Hokkaido Baked Cheese Tart

Haritu Yui ternampak blogger Aina buat entry pasal Hokkaido Baked Cheese Tart ini. Secara automatik Yui rasa teringin sangat. Padahal kedai ni dah buka lama, Yui takde plak nak p beli. Huhu.




Maka Jumaat lepas ketika rehat,
Yui beli 1 pcs sebab nak rasa + harga dia pun mak aihh tak boleh makan selalu. Hahaha. Seketul RM 6.30 kalau tak salah.






Ada jual 2 jenis tapi Yui lagi suka cheese/original


Bila gigit & masuk dalam mulut, perghhh terdiam kejap. Khusyuk merasai nikmat cheese tu. Bau pun sedap. Kulitnya pun rangup. Haaa, serius tak menyesal beli dan cuba.




Inilah rupa dalam. Saat taip entry ini, dok terbayang rasanya. Sedapppppp! Tapi tak boleh beli selalu. Kopak nanti. Baik beli kibbles anak-anak. Hehehee.


Sekali sekala teringin apa salahnya.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, December 14, 2016

Nestle Cerelac Pisang & Strawberi

Lagi antara barang yang ada dalam Parcel of Joy dari Lazada. Walau Yui takde adik kecil mahupun anak, tapi cerelac ini Yui yang telan. Mak Yui pun tumpang sama makan.




Rupanya sedap tau! Hahaha. Rileks je makan sampai tak sedar dah habis. Nampak gayanya, ada juga nanti saja beli cerelac ni buat kudapan sendiri. Lalalala.


Jajan baru =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, December 06, 2016

Review Peribadi : Biskut Gery Cheese

Hari itu Yui ada bagitahu nak review pasal Biskut Gery. Ok, inilah entrynya ya. Ehehehe, kemain macamlah ada orang ternanti review ko Yui oiiii! Biskut yang sedang viral di media sosial sekarang.



Ini gambar Facebook


Pendapat peribadi Yui,
Bolehlah. Tapi tak seperti Yui harapkan. Dok bayang belum buka plastik, dah bau harum semerbak cheese, dok telan rasa rangup & masin cheese. Tapi itu semua bayangan Yui semata.


Rasanya biasa. Biskut tu bergula, dan sebelah disalut dengan cheese. Korang nampakkan rupa cheese tu? 


Sebenarnya Yui dah ada resepi untuk buat sendiri tapi sebab kemalasan melanda, Yui beli ajelah. Heeee, dah dapat dan rasa, baru Yui puas hati! 


1 bungkus ada 10 keping. Harga Yui beli RM 5.50.


Kalau tak salah, harga asal RM 2.90 tapi yela, nama pun berniaga, kenalah kira kos-kos lain sama. Bertolak ansur dan bertimbang rasa ya wahai buyer. Hehehe. 


Apa pun, memang jenis Yui rajin mencuba. Sedap pastinya Yui akan repeat. Setiap orang mempunyai lain citarasa. Yang belum cuba, p beli lekaih.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, November 24, 2016

Homemade Baker terbaik di Ipoh (murah&sedap)

Nak juga Yui share dalam blog sebab Yui suka beli dan rajin ulangkali beli. Haaa, nampak tak betapa berkenannya Yui pada apa yang baker ni jual.


Mula-mula tengok gambar dulu tau. Maaf kalau ada yang tension tengok aksi Yui macam ni. Hahaha.



Creamy Egg Tart



Choc Cake Baby Bite
Melty Durian Cheese Cake


Rasa macam dah lebih 3 kali beli. Setiap kali beli memang tak mengecewakan. Sebelum ini pernah cuba Creampuff Durian 24. Itu pun terbaik.


Harga memang dijamin berbaloi. Berbaloi sangat dengan kesedapannya. Korang kena cuba tau.


Mana nak dapatkan?
Orang Ipoh, Perak terutama di Station 18, boleh terus tempah pada sis Roslina Alin. InshaaaALLAH dia akan layan korang sebaiknya. Cakap tahu dari Yui, mana tau kot dapat diskaun. Ekekeke.


Mani-manis Homemade Ipoh Baker
Hp : 017 579 7043


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, August 30, 2016

Review Peribadi : Burger Syok Ayam Mcd

Kalau Burger Rio haritu memang aku suka
Kalau boleh repeat memang repeat
Tapi apakan daya, ada masa tertentu sahaja


Dah tu sekarang ada Burger Syok plak
Tengok iklan
Walaweeehh macam syok jee
Macam naakk ajeeeee


Maka adalah satu malam tu p beli
Gigih ni keluar sebab taktau nak makan apa




Kotak comel ajee dengan lukisan kiut




Nah tengok isi dalam
Erm erm
Kecik weiii!
Roti lagi besar dari isi ayam
Pastu sayur macam gitu ajee
Salad pun entah kemana tenggelam
Sos tak seberapa mana




Ko tengok iklan atas ni gila teringin nak 
Tapi bila dapat hasilnya
Nan hado


Kesimpulan aku,
Burger syok TAK SYOK!


Heeeee, ni pandangan peribadi aje ya




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, August 29, 2016

Pizza homemade terbaik di area Ipoh, Perak

Aku kalau benda sedap, tak payah suruh aku sendiri akan bercerita
Heeeee, macam pizza ni laah




Jangan tanya apa namanya sebab bukan aku yang order
Ini member opis yang hasut makan
Kami kongsi




Yang aku tahu
Saiz 10" RM 18
Memang terbaik dan puas hati!
Tak kedekut bahan


Kalau korang duk Ipoh atau berdekatan
Mungkin dia boleh hantar
Korang deal la sendiri ya
Ni aku sertakan no telefon sebagai rujukan



012 5739185
012 5739185
012 5739185




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, August 23, 2016

Review Peribadi : Auntie Anne's Cheddar Stuffed Pretzel Nuggets

Terbeli bila lalu dalam Jaya Jusco Kinta City, Ipoh
Tak menahan baunyaa weiii
Tengok hat ni macam baru je




Aku rasa inilah gambaran sebenar tapi hasil macam gambar berikut
Sebab aku bawa balik
Makan panas panas memang terbaik weiii!




Nampak tak berkuap lagi ?
Hehehehe


Harga RM 6
Berapa ketul tak pasti
Lupa nak kira
Hahahaha!


Bagi aku sedap kalau makan panas panas ya





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, August 22, 2016

Review Peribadi : Aiskrim Caramelized Macchiato Surprise Nestle

Fuhhhh nama kemain belit sebut
Kuang kuang kuang
Saja test perisa ini
Sebab ada KOPI
lain dari yang lain




Bagi aku
8/10
Sedang sedang je dengan tekak
Lagi suka yang ada badam
Heaven sangat!


Korang pernah cuba?




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, August 20, 2016

Review Peribadi : Rio Burger Mcd

Sajalah beli sebab lama tak beli
Huuu 
Memandangkan ada musim
Cuba juga





Tengok luar nampak umpphh ja!




Selak dalam
"aik, pehal tak sama macam blogger tu punya buger?"
Bermonolog sendiri
Eceeeeehh


Bagi aku,
Aku suka dengan rasa pedasnya
Macam ala-ala asap tu


Rasanya bahan ni ikut orang yang buat kot
Kalau tengok burger aku ni
Nampak biasa sangat




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, August 19, 2016

Review Peribadi : Durian Cheese Cake Secret Recipe

Sebelum ini pernah dah nak beli tapi tak terbeli-beli
Haritu tak tau nak makan
Rembat seketul kek durian ini




Ikut tekak orang yang suka durian ala kadar macam aku
Kek ini bagi aku biasa biasa aje
Sebab rasa durian tak seberapa
Lebih kepada rasa cream


Rasanya ini kali pertama dan terakhir nak beli guna duit sendiri
Kalau orang belanja, aku terima aje
Ekekekeke


Lagi suka indulgence
=___=






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, August 09, 2016

Review Peribadi : Fruttare Banana dari Walls

Selain beli air Tropicana Sparkling, aku beli juga aiskrim ini. Fruttare Banana dari Walls. Aku dah beberapa kali beli, itu maknanya kena sangat dengan tekak.




Sedap habaq hangpa. InshaaALLAH tak menyesal beli. Terasa sangat buahnya. Bukan jenis hisap jilat rasa ais kosong. Hahahah. Ini memang confirm rasa pisangnya.


Buat masa ini,
Aku dah rasa pisang, strawberry. Lepas ini nak cuba mangga plak. Nyum nyum best. Harga RM 2.50 satu kalau tak silap.


Jangan lupa cuba naaaaa. Memang real fruit!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, July 02, 2016

Review Peribadi : Muffin Choc Mighty White

Ini Shafiq yang belikan. Katanya buat bersahur. Sahur takde sebab bulan tengah naik. Hahahaha. Oklah, nak review pasal muffin choc ni sebenarnya.




Bagi aku oklah muffin ni. Tak lembut dan tak keras. Sedang elok. Rasanya pun ok. Tapi kalau lebihkan chip tu, rasanya mesti lagi umphhh! Harga seketul RM 1.60.


Aku dok bayangkan ada cream choc pastu gigit meleleh meruah dalam tu rupanya silap. Heeeee. Bolehlah kalau beli saja-saja.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, May 17, 2016

Review Peribadi : Anis Chocolate Cake

Kalau aku pergi Mydin Meru, Ipoh biasanya aku akan perhatikan kek coklat Anis dalam peti tu. Pastu dok fikir nak beli ke taknak. Beli macam sikit je macam tak cukup, tak beli nanti teringat-ingat. Huahua.



Akhirnya beli lah juga. Baru perasan harga dah naik. Sekarang RM 6+. Mahal tapi sebab sedap, ku gagah juga beli. Bukan selalu. Heeeee.


Kesimpulan,
Aku suka sangat kek coklat Anis sebab lembut dan coklatnya. sedap. Tambahan coklat dia lagi banyak dari kek. Kek pun moist ajee walau letak luar peti ais. Memang terbaikkkkk !! Kekalkan kualiti anda ya.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, May 16, 2016

REVIEW : Cadbury 5star

Haritu membeli barang untuk buat mini popia ikan bilis di TF, tertarik dengan bungkusan coklat ni. Rupanya keluaran Cadbury. Saja rembat 1 untuk rasa.




Kesimpulan :
Aku suka sebab tidak terlalu manis. Isi dalam agak crispy dan tak terlalu kenyal. Harga pun biasa, RM 2.50.


Kalau korang penggemar coklat,
Bolehlah cuba ya.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, January 22, 2016

Review Peribadi : Big Apple Donuts & Coffee

Dulu, zaman aku belajar kat poli, kalau keluar ke JJ, confirm nak beli big apple bawa balik rumah. Giler ko, sedap kot time tu! Lembut, cheese banyak, filling meleleh. Pendek kata tak rugi laa beli.


Tapi kini, dah ku rasa perbezaannya.
Donut dah tak berapa lembut. Cheese pun kurang. Kalau simpan untuk esok, donut dah keras padahal dulu elok molek aje. Itu pasal aku rajin beli dulu sampai muka pun dah rupa donut. Hahahaha.



Beli di Mydin Meru, Ipoh


Sekarang beli buat lepas kempunan aje. Nak beli selalu macam dulu, rasanya tidak. Orang bagi free takpe. Kuikuikui. 


Teringat dulu, tiap kali jumpa mesti dapat donut! Opsss.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, January 13, 2016

Review peribadi : Kit Kat Chunky Cookies & Cream

Aku sekarang jarang sangat nak makan manis manisan ini. Entahlah, sejak terjebak Diet Atkins, aku boleh control benda-benda manis. Contohnya coklat, gula, air manis, kek. Pelik bin ajaib aku berjaya atasi!!


Okay berbalik pada tajuk.
Waktu shopping barang rumah dengan family, mata ni kenan benar tengok Kit Kat plastik biru ni. Macam menyuruh tangan ini capainya & bawa dia pergi dari rak. Waaaah, metafora sungguh!




Bagi aku secara peribadi, bolehlah. Tak semanis Milo Nugget. Jenis Kit Kat ni, boleh ku katakan sedang sedang sedap. Aku lagi suka yang original ala yang ada dalam aiskrim juga tu.


Harga dalam RM 2.50. Nak ulang beli selalu idaklah, sekali sekala takpe.


Lepas ini nak rasa Hersye Cookies. Haritu cari takde stok. Sedap gamaknya sebab stok itu je takde. Heeeee.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^