tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label baby kucing. Show all posts
Showing posts with label baby kucing. Show all posts

Tuesday, October 20, 2015

Kucing jalanan diberi nama Mok Cun

Ingat tak entry yang aku bagitahu ada ambil lagi anak kucing yang ku jumpa di kedai makan?
Tak ingat boleh tengok [entry].




Inilah dia kucing comel itu. Cantik sangat matanya!
Dah siap mandi, dah siap bawa veterinar cucuk apa yang patut. 
Sekarang jadi kawan baik kepada Kaka juga kucing jalanan di office [entry].


Moga membesar dengan sihat ya sayang.
Nama Mok Cun diberi oleh mak aku sendiri.


Bertambah lagi kucing, moga bertambah rezeki untuk membesarkan mereka.
InshaaALLAH.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, October 12, 2015

Anak kucing baru!



Baru jumpa malam semalam di kedai makan
Sebab itu aku "TAK SUKA" pergi kedai makan
Ini kucing kedua aku ambil dari kedai yang sama!!!


Aku kesian, aku ambil
Aku biar, aku rasa aku kejam!
Huaaaaaaaaa!!!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, October 02, 2015

Mok Cun dah tiada selamanya

Berita sedih semalam. Mok Cun telah pergi selamanya pada 1/10/2015 jam 11.30 pagi. Bersungguh mak cerita Mok Cun sangat manja hari sebelumnya dengan abah. Siap abah rajin pergi pasar malam nak bagi Mok Cun makan ayam.




Takpe sayang, aku relakan sebab aku tahu kamu sedih bersendirian tanpa ibu di sisi. Walau sekejap tapi kenangan kita takkan pernah hilang, InshaaALLAH.


Aku tak balik SS untuk tengoknya buat kali terakhir. Tak sanggup rasanya. Mana-mana kematian kucing, memang aku dah tak sanggup nak tengok. Takut kesedihan aku makin melampau.


Kami sayangkan Mok Cun!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, September 29, 2015

Si comel diberi nama Kaka

Lagi aku nak kongsi pasal si comel. [part 1] & [part 2]. Yang ini gambar hari kedua dia bersama aku. Dah bagi comel-comel.




Tengoklah keletahnya yang sangat manja walau dia kurang sihat sebenarnya. Sekarang dalam proses pemulihan. Aku bagi ubat & cmd untuk rawatnya.


Moga cepat baik ya sayang. 


Serious, kamu sangat manja. 
Rasa lebih terhibur dengan keletahnya berbanding keletah manusia yang bermacam ragam!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, August 24, 2015

Lagi bertambah cicit Yui

Tak perasan sungguh si Hitam bunting. Sedar-sedar dah beranak. Itu pun adik yang perasan bunyi anak kucing sebab daku dah berada di tempat kerja.




Ada 3 ekor kesemuanya. Warna sama macam gambar. Sekali tengok dah macam rupa kera kecil tu. Kihkihkih.


Lahir pada 17/8/2015 bersamaan hari Isnin.


Tahniah Cik Tam sebab dapat baby comel. Takde sekor ikut warna hang! Hehehe. Ikut warna pak mungkin.


Cik Tam adalah anak Nenek Eton.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^