tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label bantuan kucing. Show all posts
Showing posts with label bantuan kucing. Show all posts

Tuesday, February 14, 2017

Glukos untuk diberikan kepada kucing

Kalau kucing sakit, tak bermaya, tak lalu makan, tak aktif, memang disarankan untuk beri mereka glukos. Kita kena juga "paksa" mereka minum sebab nak bagi kuat/cover akibat kekurangan makanan dan minuman.





Sebelum ni beli glukos jenama lain, dalam packing plastik, yang ini dalam botol. Beli kat ABC Petshop Station 18, Ipoh. Harga RM 9.50.


Yui akan gunakan picagari ( ada pelbagai saiz ) dan bagi mana yang tidak bermaya itu minum. Ada kucing Yui, letak dalam bekas pun dia nak minum sendiri, ada juga macam diberi "racun" bila bagi minum. Haaaa, ni cabaran dengan kucing naaa. Kadang pakej dicakar sebab deme taknak. Hahaha.


Alhamdulillah,
sekurangnya bagi glukos untuk rawat deme juga. Andai rasa tiada perubahan adalah lebih baik terus bawa ke veterinar okay.


Yui banyak rujuk pasal kucing di blog ----> Nurfuzie.com




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, January 31, 2017

Lagi kes pembuangan/dibuang/terbiar anak kucing di Station 18, Ipoh





Comelkan dia? Lagi anak kucing yang dijumpai sekitar office Yui. Ini pun sebenarnya ada budak-budak lalu, lepas itu deme kerumun kat kotak yang ada anak comel ini. Kawan office pulak nampak, terus kol Yui bagitahu pasal ni.


Dan Yui??
Haruslah rasa simpati dan terus angkat sekali kotak bawa masuk dalam toilet office buat sementara. Buat posting di Facebook untuk mencari siapa yang sudi adopt. 



Comelkan dia? Menyorok sebab takut-takut


Alhamdulillah, dengan bantuan FB dan rakan-rakan yang sudi share, ada seorang hamba ALLAH sudi ambil di office lebih kurang jam 1.50  petang tadi.


Serius,
Yui tak boleh nak bawa balik atas sebab-sebab tertentu. 


Apa pun lega semua dah selamat. Dan Yui perasan ada seekor stray cat warna oren, BUNTING LAGI. Hal ini akan berpanjangan selagi kucing tidak di kasi/mandul. Hmmmmm.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, November 25, 2016

Dugaan semalam berkaitan anak kucing

Awak ada friend di Facebook Yui? Kalau tak friend pun, awak boleh tengok post Yui sebab kebanyakan adalah PUBLIC.


Nak dijadikan cerita,
Semalam Yui ternampak anak kucing dalam longkang yang agak dalam bagi Yui. Sangat-sangat kebetulan sebab semalam teragak nak keluar rehat beli makanan untuk berbuka. Bila dengar suara anak tu, Yui tak tau fikir macam mana. Sempat Yui ambil gambar, dan post di FB dengan maklumat lengkap, dengan harapan ada yang berdekatan sudi tolong.


Ya,
Ramai terus komen, ramai terus share post berkenaan dan tak kurang juga ada komen negatif di sana dan juga dimana tempat orang lain share.


Yui taktau la tang mana mereka salah ertikan maksud Yui. Sedangkan mereka tak tahu situasi dan keadaan sebenar Yui semalam. Yui kekurangan staf, rehat sekejap, Yui puasa dan juga pening serta demam semalam.


Takpelah,
Apa pun alhamdulillah dan inshaaALLAH harini semua selesai.




Doakan semua dipermudahkan.


Media sosial boleh jadi untuk kebaikan dan juga jadi keburukan.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, October 24, 2016

Bila ada kucing dibuang lagi di rumah

Maaflah sebab siapa yang friend dengan Yui di FB pasti nampak Yui bertungkus lumus buat jualan terdesak sebab nak cari #danauntukmeow.


Kisahnya sebegini,
Minggu lepas mak bagitahu Yui ada kucing yang tiba-tiba masuk dalam pagar rumah. Umur rasanya lebih 5 bulan. Kucing tu manja sangat. Nak dibelai. Bila diperhatikan, rupanya dia ada masalah cirit birit tanpa dia sedar. Kadang sedang kita pegang dia pun boleh terkeluar tahinya. Mungkin sebab itu "tuan mangkuk" dia buang dia di rumah mak abah Yui di SS.


Yui bukan apa,
Kucing tu kucing dibuang tambah pula dia betina. Risiko dia akan bunting sangat tinggi. Yui dah fikir, kalau sampai hari Ahad dia masih di dalam pagar rumah, memang kena mandulkan dia & ubati dia untuk masalah cirit.


Maka,
Sabtu dan Ahad Yui pakat upload jualan peribadi Yui termasuk subang emas 916. Dan hasil jualan memang Yui salurkan untuk kegunaan anak-anak bulus. Sayangnya hanya 1 saja terjual untuk amaun bernilai RM 25 walhal Yui memerlukan sekurangnya RM 160. Untuk mandulkan kucing jalanan itu dan seekor lagi kucing Yui, Dedek.


Ada individu-individu yang menderma RM 40. Maka terkumpul RM 65. Tiba-tiba ada seseoarang yang Yui kenali ( dia pelanggan Yui ), tanya pasal kucing dan tanya berapa yang terkumpul. Yui bercerita padanya. ALLAH, tak sangka dia topup lagi sampai RM 100 untuk cukupkan walhal dia juga jaga banyak kucing.


Bukan mudah nak jumpa individu macam ini kan?
Yui hargai kepercayaan mereka terhadap Yui dan mereka ikhlas untuk anak-anak bulus.


Alhamdulillah.
Ada juga individu di kalangan blogger yang pernah tolong Yui untuk anak-anak bulus. Terima kasih korang, terima kasih tak terhingga.


Kadangkala Yui ada masalah-masalah tertentu. Contohnya masalah kewangan, masalah perlukan cuti untuk bawa mereka ke Veterinar. Alhamdulillah, hari ini kawan Yui akan tolong bawakan. Nasib dia perasan post Yui.


Doakan ya.


Kucing itu datang pada hari kelahiran Yui 18/10/2016. Mungkin ada hikmah semua ini.



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, October 11, 2016

Kucing ke-22 dimandulkan : Labu

15 September 2016 yang lepas, Yui ada ambil AL. AL yang diambil Yui manfaatkan sekali untuk anak-anak bulus. Jadi, Yui mandulkan lagi seekor anak bulus Yui, Labu.


Proses memandulkan kucing jantan dipanggil neuter 
& kucing betina dipanggil spay
Neuter adalah proses di mana kedua-dua testikal kucing jantan akan dibuang
Spay adalah pembedahan di mana bahagian uterus, tiub fallopio & ovari kucing dibuang



Apa langkah yang perlu dilakukan?

1) Buat temujanji
2) Puasakan kucing lingkungan 8-10 jam sebelum pembedahan ( jangan makan dan minum )
3) Akan diberikan ubat pil antibiotik & krim sapu pada luka jahitan
4) Kos pembedahan untuk spay kucing betina di veterinar kerajaan Sungai Siput (U) adalah RM 80


Kepada yang nak membantu, boleh rujuk #danauntukmeow sebab Yui ada buat jualan dan hasilnya khas untuk kegunaan mereka dan juga kucing jalanan yang lain.


Entry proses spay/mandulkan kucing betina :
2) Nenek Eton ( mati 29/9/2016 tua & ulser )
3) Batman
4) Puteh ( mati 22/2/2016 demam kuning)
5) Tompok
6) Minah
7) Kika
8) Kiut  (mati 12/9/2015 mungkin diracun)
9) Lela
10) Omei
11) Luna
12) Lepat
13) Mok Cun


Entry proses neuter/mandul kucing jantan :
1) Shinchan
2) Kaka (mati 6/8/2015 masalah dalaman akibat pernah dilanggar)
3) Muna
4) Masdo ( mati 11/2/2016 leukemia )
5) Atam 
6) Omei J
7) Kaka 
8) Kiut ( mati 20/7/2016 akibat Parvo )


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, July 14, 2016

Buang kucing sebelum Hari Raya

Kalau kau dah biasa dengan "dunia" kucing dan dunia manusia, kau akan perasan ada sesetengah musim, kucing-kucing makin bertambah di buang ke merata tempat termasuklah rumah aku di SS!!

2 hari sebelum Syawal 1437H,
Mak ke sangkar luar rumah untuk bagi anak-anak bulus makan. Tiba-tiba mak panggil nama aku.


"Nurulllll, cer tengok ni" dengan nada slow nya. Macam menyayat hati sangat. Aku dok ingat kucing beranak dalam sangkar, mustahil tak sedar dia bunting.


Rupa-rupanya,
Ada anak kucing kecil berlegar di kawasan parking motor. Allahuakbar, tergamaknya siapa yang buang si comel ini.


Aku pun keliling rumah dan tengok dalam longkang kot ada adik beradik lain, rupanya takde. Memang dia seekor aje. Tengok keadaan  dia sangat menyedihkan, dengan kesan luka, perut buncit sebab cacing, mata bertahi, kotor.


Bawa masuk rumah,
Bagi makanan terus laju telan. Sedih tengok caranya makan.



Ini keadaan dia semasa jumpa 3/7/2016


Nanti aku update gambar terkini. Kepada yang bela kucing, kalau rasa tak mampu nak bela banyak, sila mandulkan awal-awal kucing anda sebelum terlambat. Mandul bukan suka-suka ya.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, April 30, 2016

Jualan Dana Untuk Meow

Tak pernah aku berhenti berusaha untuk anak-anak bulus di rumah mahupun jalanan. InshaaALLAH aku cuba yang terdaya & terbaik untuk mereka.


MISI UNTUK MAC & APRIL 2016
Mengumpul sekurangnya RM 400 - RM 500 
bagi menampung kos untuk proses pemandulan kucing di rumah. 
Lebih kurang 7 ekor betina & 3 ekor jantan. 


Kos seekor kucing betina RM 80
RM 80 x 7 = RM 560

Kos seekor kucing jantan RM 40
RM 40 x 3 = RM 120


========================

Jumlah berjaya dikumpul hasil jualan setakat ini :

UPDATE 4/4/2016 : RM 200


Proses pemandulan akan dilakukan di Veterinar kerajaan Sg Siput ( U)


Kalau dapat buat separuh dahulu pun takpe, itupun jika jualan dapat berjalan lancar. Bukan mudah untuk berniaga, ALLAH uji pasti ada sebabnya.


Kalau ada yang berminat nak beli, boleh tengok album-album yang ada. Sambil anda membeli, sambil anda menderma. Terima kasih kepada yang sudi war-warkan projek aku ini.


Oh ya, jualan ini merupakan jualan untuk menampung perbelanjaan yang ada selain menggunakan duit sendiri.





Akan statik , entry baru scroll bawah




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, March 08, 2016

Kucing jalanan yang diselamatkan : Kiut

Mengenang kembali kisah beberapa bulan lepas, 23/12/2015.


Kiut antara kucing terkini yang aku bawa balik. Waktu jumpa dia ada di tengah jalan. Atas pembahagi jalan tu. Dalam keadaan basah kuyup dan mungkin baru lepas dilanggar melihatkan dari kesan daarah yang ada.


Dengan hanya bermotor, aku bawa dia duduk dalam raga dan selimut dengan baju sejuk aku. Macam mana aku bawa motor? Sebelah tangan pegang Kiut sebab tahu mesti dia rasa takut dan tak selesa. Dari perjalanan biasa 40 minit terpaksa cecah sejam sebab aku bawa perlahan. Heeeee.


Sampai je terus aku mandikan dengan air suam dan rawat masalah kutu & luka yang ada.


Gambar lama Kiut? Tengok [sini].



Gambar Kiut terkini 2016


Moga Kiut membesar dengan sihat ya. Aamiin.


Yui masih menjual untuk mengumpul #danauntukmeow




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, December 29, 2015

Kasihan kau kucing!



Sumber : FB




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, December 09, 2015

Rakan blogger yang sudi war-warkan #danauntukmeow

Kalau dah biasa singgah blog atau follow FB aku, pastinya korang akan perasan aku ada tubuhkan jualan dana untuk meow.


Entry kali ini khas buat mereka yang sudi tulis entry mengenai jualan/war-warkan perihal kucing. Terima kasih sangat-sangat, sangat daku hargai!


Jom terjah mereka.


1) http://mrsyatie.blogspot.my/2015/11/jualan-dana-untuk-meow.html

2) http://anakdenesor.blogspot.my/2015/11/misi-menjual-khas-danauntukmeow.html

3) http://www.nurfuzie.com/2015/11/blogger-ini-pencinta-kucing.html


Kalau ada yang daku terlepas pandang, maklumkan lah ya. Jualan masih diteruskan macam biasa. Dana sentiasa dicari untuk anak-anak bulus. Moga dipermudahkan. InshaaALLAH.



Album jualan Dana Untuk Meow
[ link ]


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, November 03, 2015

Aksi Kaka yang mencuit hati

Ingat lagi pasal Kaka, kucing yang ku jumpa di area pejabat [entry]. Yang ku open adopt tapi krik krik krik. Akhirnya aku bela. Ada hikmahnya.



Seekor kucing yang bijak & sangat manja. Satu keluarga aku senang dengan ragam Kaka. Sangat mencuit hati & mendengar kata. Walau suaranya sangat perlahan, tapi dia faham bila kita panggil.


Moga membesar dengan baik ya sayang. Kami akan jaga sebaiknya, inshaaALLAH.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, October 20, 2015

Kucing jalanan diberi nama Mok Cun

Ingat tak entry yang aku bagitahu ada ambil lagi anak kucing yang ku jumpa di kedai makan?
Tak ingat boleh tengok [entry].




Inilah dia kucing comel itu. Cantik sangat matanya!
Dah siap mandi, dah siap bawa veterinar cucuk apa yang patut. 
Sekarang jadi kawan baik kepada Kaka juga kucing jalanan di office [entry].


Moga membesar dengan sihat ya sayang.
Nama Mok Cun diberi oleh mak aku sendiri.


Bertambah lagi kucing, moga bertambah rezeki untuk membesarkan mereka.
InshaaALLAH.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, October 12, 2015

Anak kucing baru!



Baru jumpa malam semalam di kedai makan
Sebab itu aku "TAK SUKA" pergi kedai makan
Ini kucing kedua aku ambil dari kedai yang sama!!!


Aku kesian, aku ambil
Aku biar, aku rasa aku kejam!
Huaaaaaaaaa!!!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, September 29, 2015

Si comel diberi nama Kaka

Lagi aku nak kongsi pasal si comel. [part 1] & [part 2]. Yang ini gambar hari kedua dia bersama aku. Dah bagi comel-comel.




Tengoklah keletahnya yang sangat manja walau dia kurang sihat sebenarnya. Sekarang dalam proses pemulihan. Aku bagi ubat & cmd untuk rawatnya.


Moga cepat baik ya sayang. 


Serious, kamu sangat manja. 
Rasa lebih terhibur dengan keletahnya berbanding keletah manusia yang bermacam ragam!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, June 23, 2015

HAKIKAT SI KUCING DI BULAN RAMADHAN




Sebab siang hari tidak makan, jadi aku akan sentiasa membawa bekal makanan kucing ( kibbles atau wetfood ). Senang andai terserempak, boleh terus hulurkan.


Kesian.
Itu saja yang aku rasa. Simpati dengan nasib kucing jalanan. Begitu juga haiwan jalanan lain terutama anjing.


Ini juga salah satu cara kita bersedekah.
InshaaALLAH sentiasa amalkan tidak mengira ramadhan atau bukan.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, April 07, 2015

Mencari adopter anak bulu area UUM Sintok

Adik perempuan hantar gambar. Kesian bila tengok keadaan anak kucing tersebut. Mata penuh nanah dan tak mampu buka. Adik ambil keputusan bawa ke veterinar.


Apa yang menjadi masalah, minggu ini dia akan bercuti. Jadi mana mungkin nak bawa anak kucing balik dengan bas. Jadi dia minta bersama untuk share mencari sesiapa yang sudi ambil anak kucing ini dengan segera.


Ubat akan diberi & aku akan bagi serba sedikit wang untuk tampung kos perbelanjaan makanan & ubat untuk kucing tersebut.




Lokasi : UUM Sintok
Mencari yang sudi ambil tanpa memilih bulu
Whatsapp 019-2331810
Kucing ini perlu diberi ubat & dicuci matanya sehingga benar-benar sihat


Harap ada yang sudi. Dah lebih 10 group aku share. Terbayang andai adik aku dah bercuti tapi tiada lagi sudi ambil anak ini, berkemungkinan besar dia akan terbiar. ALLAH, sedih bila mengenangkan.


Harap ada di antara kalian sudi panjangkan berita ini
SANGAT MERAYU!


Update terkini :
Adik dah hantar pada seorang kakak di Jitra
Kakak tu juga ada bela kucing buta, subhanallah
Alhamdulillah


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^