tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label kematian. Show all posts
Showing posts with label kematian. Show all posts

Thursday, October 06, 2016

Tiada lagi panggilan Nenek Eton

Lebih 7 tahun jaga
Dari sebesar tapak tangan hinggalah dewasa
Banyak kenangan yang ada bersama dia
Jenis tidak banyak masalah
Pandai kencing dan buang air besar dalam bilik air


Tapi ajalnya sudah tiba
Ditambahkan dengan sakit ulser mungkin menyebabkan dia tidak kuat lagi


Mak sempat telefon dan bagitahu dia tenat
ALLAH,
Tanpa fikir panjang Yui balik SS
Sempat Yui panggil namanya, basahkan bibir dia
Melihat dia terlantar buat hati semakin sayu


Esoknya Yui pergi kerja
Sempat lagi Yui ulang perkara sama
Dia menyahut saat Yui di muka pintu nak tinggalkan dia


Rupanya itu yang terakhir
Tak lama selepas itu dia pergi
Pergi yang takkan kembali...


Yui bersyukur dapat tatap dia buat kali terakhir




29 September 2016




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, March 29, 2016

Kehilangan secara mengejut, Lekir

Hari Ahad, seharian aku ada urusan luar. Petang dah settle kerja, buka whatsapp.
Sedih sangat bila adik hantar gambar Lekir dah terbaring lesu dalam sangkar.


Selang beberapa minit,
Dia bagitahu Lekir dah takde. Allah, rasa nak teriak jeee. Nasiblah dikelilingi ramai orang, jadi perasaan itu aku ketepikan.


Tak tahu apa puncanya,
Sebab sehari sebelum ini, aku sempat bermain dengan deme, nampak ok saja. Mungkin ALLAH lebih sayangkan Lekir.


Maaf Lekir sebab takde disisimu di saat akhir hayat.
Maaf untuk segala kekurangan, berdamailah dengan sebaiknya.


Aku ada terbaca, kucing juga boleh kena strok haba
Adakah itu puncanya?




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, February 23, 2016

Puteh dalam kenangan (22/2/2016)


Gambar ketika masih sihat


Puteh, 

Ada orang hantar ke rumah bersama adik beradik yang lain. waktu tu kecik lagi, masih baby. sayangnya yang lain hayat tak lama. 

Dari sebesar tapak tangan, hinggalah membulat dengan jaya. Tak pernah alami sakit serius hinggalah demam berlarutan, dibawa ke vet dan masih sama keadaannya. Tiba tiba lumpuh tak mampu berjalan 

Apa pun kenangan bersama akan kekal diingatan kami sayang. Berdamailah dengan baik. Maaf jika ada kekurangan kami sepanjang kami menjaga mu sayang.

Puteh dalam kenangan 22/2/2016

#anakanakyui
#selamatkanstraycat
#danauntukmeow



Cerita menjadi kenangan : PUTEH




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, February 11, 2016

Dalam kenangan, Masdo



ALLAH lebih menyayangimu

Tak sempat kita nak jumpa esok sayang, Masdo.

Pergilah dengan tenang. Moga kamu bahagia selama ini dengan kami. 

Lepas ini dah takde yang mengekor kaki saat tangan pegang telur. Takde lagi muka sopan darimu. Hanya kenangan yang tinggal.

Dalam kenangan : 6.30 am, Khamis 11/2/2016

Tak dapat nak halang mata berair saat menaip


Cerita menjadi kenangan : MASDO




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, November 30, 2015

Al-Fatihah : Yus Jambu telah kembali ke rahmatullah

Sebelum gerak ke opis, sempat buka tv 3 tengok MHI.
Terkejut dengan apa yang disampaikan,
Yus Jambu telah pergi menghadap Illahi tengah malam tadi.


Mengikut apa yang disampaikan,
arwah meninggal dunia akibat sesak nafas & serangan jantung.
Arwah pergi pada usia 39 tahun.


Mak aku terus cakap,
Ada sebabnya kenapa dia tak jadi kahwin haritu


Betul juga,
Kadang benda kita tak jangka
Apa yang semua tahu, mati itu pasti


Al-Fatihah untuk arwah yang juga seorang pencinta kucing.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, October 02, 2015

Mok Cun dah tiada selamanya

Berita sedih semalam. Mok Cun telah pergi selamanya pada 1/10/2015 jam 11.30 pagi. Bersungguh mak cerita Mok Cun sangat manja hari sebelumnya dengan abah. Siap abah rajin pergi pasar malam nak bagi Mok Cun makan ayam.




Takpe sayang, aku relakan sebab aku tahu kamu sedih bersendirian tanpa ibu di sisi. Walau sekejap tapi kenangan kita takkan pernah hilang, InshaaALLAH.


Aku tak balik SS untuk tengoknya buat kali terakhir. Tak sanggup rasanya. Mana-mana kematian kucing, memang aku dah tak sanggup nak tengok. Takut kesedihan aku makin melampau.


Kami sayangkan Mok Cun!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, September 25, 2015

Rempuhan di Mina

Agak mengejutkan saat kita menyambut Hari Raya Aidiladha, ada tragedi yang melibatkan jemaah haji ketika mereka berkumpul untuk melakukan ibadah melontar.


Secara tak langsung ia merupakan tragedi kedua selepas kren tumbang pada 11 September 2015. Alhamdulillah tidak melibatkan jemaah haji dari Malaysia tapi sebagai saudara sesama Islam, turut merasa sedih & simpati terhadap apa yang terjadi.


Melihatkan gambar yang tersiar di dada akhbar, tak terbayang bagaimana "sengsara" yang dirasai mereka.


Walau apa pun, mati mereka telah ditentukan di sana. Tempat menjadi idaman setiap umat Islam.
Mereka telah terpilih oleh ALLAH.


Kita saja belum pasti.


Al-Fatihah.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, September 14, 2015

Jemaah haji Malaysia yang terlibat dalam kejadian kren tumbang di Malaysia

Jujurnya aku agak terkejut dengan berita yang melibatkan seluruh dunia.
Berita melibatkan tetamu ALLAH. Kren tumbang di masjidilharam.


Sayu sebak itu yang aku rasa.
Sehingga bila membaca apa yang tertulis, melihat apa yang dipaparkan, air mata ini turut sama mengalir.


Hingga saat ini,
5 orang jemaah haji dari Malaysia disahkan meninggal dunia.
1 orang terselamat
2 orang lagi masih hilang


Allahuakbar!
Tak terungkap dek kata apatah lagi keluarga mangsa. Doakan semua dipermudahkan.


Dari ALLAH kita datang, kepada ALLAH kita kembali
Al-Fatihah








guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, May 21, 2015

GEJALA PEMBUANGAN BAYI YANG SEMAKIN MELAMPAU!

Aku tak pastilah, ada musim ke atau kebetulan. Satu persatu kes melibatkan bayi.
Samaada dibuang atau didera. Apalah sikap manusia sekarang.


Yang paling kejam, bayi dikerat 15!
Syaitan bertopengkan manusia manalah yang buat perkara kejam sebegitu. Tergamak potong! Kau ingat itu ayam? Senang hati buat. Takde perasaanke?


Kejadian terbaru, gadis yang berpura terdengar tangisan bayi
Padahal baru lepas beranak. Pelik aku, orang-orang macam ini memang senang beranak sampai tak kisah apa jadi lepas itu. Tak rasa sakit ya?


Ini yang kes kita nampak dan tersebar.
Yang tak tahu? Mungkin ada yang lagi kejam.


Orang yang tiada anak, tak putus berdoa.
Tapi mereka senang-senang buang/bunuh anak yang tidak berdosa.
Macam-macam sekarang. Moga ALLAH bukakan hati.
Yang sedang berusaha, teruskan berdoa. InshaaALLAH ada rezeki kalian




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, May 05, 2015

PERLUMBAAN KERETA MYVI YANG MERAGUT NYAWA

Berita ini agak gempar apabila sekelip mata 2 anak kecil menjadi yatim piatu. Akibat kesilapan orang lain, insan lain menjadi mangsa.


Tiga nyawa terkorban dalam kemalangan tersebut. Dikatakan akibat perlumbaan kereta myvi. Yang buat aku terkejut, ada salah seorang pemandu seorang wanita. Benarkah? Hebat sungguh wanita sekarang. Berlumba pun jadi.


Sayu tengok keadaan kemalangan tersebut.


Apa pun, moga hukuman setimpal dikenakan. Tak kira kau anak menteri, adik ipar polis, kakak ipar sprm atau apa-apa sahaja. Hukuman tetap hukuman. Kalau terlepas dunia, di akhirat itu pasti.


Al-Fatihah.


Mohon juga jangan salahkan yang tidak salah. Kereta apa sekalipun, itu semua kerana silap manusia. Jangan kerana nila setitik, habis susu sebelanga.


Berhati-hatilah kita.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, December 26, 2014

Mohon teruskan berdoa & berusaha

Banyak kejadian atau musibah yang terjadi kini. Bagi mereka yang tidak mengalami, hanya mampu berdoa dan membantu sebaik mungkin.


Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. ALLAH sedang menguji kita. Itu tandanya supaya kita tidak leka.


Diharapkan sangat, tiada istilah "sambutan tahun baru". Tak perlu nak konsert bagai saat sebegini & lebih baik tidak diadakan terus. Dana yang ada, harap disalurkan kepada tempat yang betul.


Sama-sama kita teruskan berdoa dan membantu apa yang kita mampu.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, November 12, 2014

Kasih ibu hingga ke akhir hayatnya

Pasti kalian ada membaca atau mendengar berita mengenai kemalangan yang mengakibatkan kehilangan nyawa seorang ibu demi menyelamatkan anaknya. Allahuakbar! Tersentuh hati saat membaca sebab munabahnya.


Benar kasih ibu hingga ke akhir hayatnya. Hingga ke syurga. 


Sayu melihat raut wajah si anak. Menyaksikan dengan sendiri apa yang telah terjadi pada insan yang disayangi. Tak tergambar perasaan itu.


Sayangilah ibu kita seadanya. Sehingga akhir nyawa kita. 


Mak, orang sayang mak. Walau di mana orang berada mak tetap orang ingat. InshaaALLAH orang cuba tunaikan permintaan & hajat mak. Hanya masa menentukan.


Yang duduk jauh dari mak, dah telefon bertanya khabar?
Yang telah kehilangan mak, jangan lupa sedekahkan al-Fatihah & doakannya.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, May 28, 2014

Kemangkatan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un


Al-Fatihah untuk kemangkatan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah
yang telah kembali kepada yang Esa


Daku sebagai anak jati Perak berdukacita dengan apa yang terjadi
Negeri Perak bercuti esok bagi menghormati kemangkatan Sultan Perak


Al-Fatihah




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, May 08, 2014

Akit dalam kenangan (7/5/2014)

Lagi satu kehilangan yang dirasai
Ya ALLAH satu persatu terjadi
Baru semalam upload video Akit aktif bermain
Rupanya itu antara terakhir darinya


Akit mati dalam dakapan mak 5.10 petang
Tidak lama selepas membersihkan Akit
Mak bagitahu melalui telefon
Berderai air mata aku saat mendengarnya


Sampai hati Akit tak tunggu aku
Sampai hati Akit pergi tanpa dapat ciuman dariku
Sampai hati Akit pergi tanpa pandangan sayu matanya


Kenangan menjaga Akit akan kekal dalam ingatan
Seekor kucing yang tabah walau banyak kekurangan diri


Damailah dengan tenang Akit
Maafkan kami andai ada kekurangan selama menjagamu
Doakan kami dapat berbakti sebaiknya kepada saudara maramu yang lain


Akit tetap dalam ingatan
Sampai bila-bila



AKIT DALAM KENANGAN


Dalam minggu ini sahaja
Kehilangan Atam
Kehilangan Batman
Kehilangan Akit


Kami redha ya ALLAH







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, May 06, 2014

Kehilangan yang dirasai

Berita KEHILANGAN banyak terjadi


Bermula dengan kehilangan MH370
Kemalangan feri di Korea
Kemalangan bas yang kerap terjadi


Kehilangan seniman tanah air kita
Dan terkini kehilangan yang terjadi pada diriku sendiri


Kehilangan kucing disayangi
Kehilangan kucing yang entah kemana pergi
Kehilangan kucing-kucing yang telah diberi kepada insan penyayang


Kehilangan
Ada kalanya menggembirakan
Ada kalanya menyakitkan


Kita perlu redha
Perlu tahu pasti ada hikmahnya tersendiri


Takziah & Al-Fatihah untuk segala kehilangan yang telah terjadi




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, May 05, 2014

Atam @ Zorro dalam kenangan (4/5/2014)

Sayu hati ini pabila nampak keadaan Atam malam tadi
Nampak dia dah terbaring kaku atas jalan 
Dia dilanggar
Darah masih pekat
Badan masih lembik ketika dipegang
Sah! Dia baru saja kemalangan


Kenapa kematian dia aku nampak?
Sayu hati ini lihat keadaan dia terbujur kaku
Darah banyak


Kematian dia amat tragis
Lebih 3 tahun membela 
Pertama kali kucing aku mati akibat dilanggar


Masih teringat keletahan Atam
Tiada lagi ciuman mesra darinya saat aku acukan pipiku padanya
Tiada lagi sahutan darinya saat kami panggil namanya
Tiada lagi geselan manja darinya saat dia meminta makanan


Ya ALLAH
Aku sedih
Aku pasrah
Aku redha dengan apa yang jadi


KAU berikan dia melalui penemuan dalam longkang ketika masih kecil
KAu pinjamkan dia hanya untuk beberapa bulan
Untuk membesar dengan kami


Maafkan kami Atam andai kami tidak sempurna menjagamu
Tapi ketahuilah bahawa kami sangat sayangkanmu
Sama seperti yang lain


Moga ATAM tenang di sana
Moga ATAM bahagia




ATAM DALAM KENANGAN


* Sambil aku menaip sambil laju air mata ini mengalir. Hanya yang mengetahui mengerti perasaan ini




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, April 17, 2014

Karpal Singh & pembantu maut dalam kemalangan ngeri

Pastinya ramai terkejut dengan berita yang diterima ditambah melibatkan seseorang yang dikenali ramai. Kemalangan ngeri yang berlaku tanpa diduga.


Kisah lanjut pastinya anda boleh baca banyak di dada akhbar & online.

Apa yang cuba aku tekankan disini ialah :

1) Jaga kata-kata
2) Tak perlu memaki hamun orang yang telah tiada
3) Percaya bahawa balasan ALLAH itu pasti


Kadang kita masih tersenyum, bergembira, berketawa pada hari ini. Tapi tanpa diduga mungkin esok kita telah pergi.


Kadang kita lancar berkata-kata tanpa diduga kita masih belum memohon kemaafan.


Mati itu pasti. Itu janji ALLAH yang Maha Berkuasa.


Salam takziah kepada keluarga mangsa.


* Entry sebagai seorang manusia biasa







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, February 24, 2014

8 sekawan mati lemas

Sebelum pergi kerja pagi tadi, sempat tengok MHI di tv3. Ya ALLAH, sangat sayu hati bila ada kisah 8 sekawan yang mati lemas di Muar ( maaf jika salah lokasi ).


Menitis air mata ini saat melihat keluarga dengan sabar menanti. Makin deras air mata saat nampak mayat timbul tidak lama selepas laungan azan dikumandangkan.


Siapa sangka perkara sebegini boleh terjadi. Niat asalnya untuk berjoging akhirnya berlaku tragedi yang sangat menyayat hati. Sungguh pilu bila mengenangkan kronologi kisah kematian ini.


Moga kesemua arwah ditempatkan di golongan orang beriman. Maut tidak mengenal usia, tidak mengenal masa.


Al-Fatihah.


* Aku tak boleh tengok cerita menyayat hati, pasti laju air mata mengalir







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^