tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label brand. Show all posts
Showing posts with label brand. Show all posts

Saturday, November 26, 2016

Mood Republik di Ipoh, Perak



26-27 November 2016
10 pagi - 12 tengahmalam


Bolehlah cuci mata 
=___=




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, May 18, 2016

Akhirnya dapat juga Elvina Marsala dari Zawara

Kadang ada benda kita kenan tapi bila tengok harga, dibiarkan dulu. Kadang ada benda kita kenan, tak kira harga mahal atau murah tetap juga nak dapatkan.


Eh, mukadimah kemain!
Oklah nak cakap kat hangpa, baju yang sekian lama ku idamkan [entry 21/9/2015], aku dah dapatkan waktu Zawara Ipoh buat sale kebaboom Sabtu lepas.


Waktu sampai dah lewat petang, yang tinggal banyaknya saiz XL ke atas. Tapi bila tengok tang baju ni, tinggal sepasang aje saiz M. Tanpa cuba, terus sambar dan bayar. Haaaa, nampak tak kerakusan nak juga baju ni?



Dapat warna sebiji macam gambar atas. Padahal hati nak warna biru. Huuu, takpelah, janji ada. Harga asal baju ni RM 199. Alhamdulillah dapat lebih murah waktu sale tu. Tak nyesal ajak mak abah pergi. Hahahaha.


Alhamdulillah,
Dah cuba pakai di rumah. Selesa pakai saiz M. 


Kalau ada yang nak hadiahkan apa-apa koleksi baju dari Zawara, bagi saiz M ya. Ehhh !!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, April 07, 2016

Kasut Vincci yang sedap dipakai

Antara beg dan kasut, pilihan aku haruslah kasut. Heeee, dan pilihan brand yang biasa aku guna adalah Vincci.




Serius jatuh cinta sama kasut ini. Lembut aje pakai. Memang selesalah. Harga pun murah sebab tengah SALE, RM 29.90 sahaja.


Aku memang banyak kasut tapi kasut yang ku suka, itu saja akan ku kerap pakai sampai rosak. Hahahahaha !!


Oh ya, kasut ini kena ambil saiz 6. Tak tentu hala saiz kaki ini, biasanya 7. Mungkin ikut jenis kasut.
Kot ada yang nak tolong belikan, saiz aku dah nyatakan. Krikkrik.



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^