tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label zawara. Show all posts
Showing posts with label zawara. Show all posts

Wednesday, May 18, 2016

Akhirnya dapat juga Elvina Marsala dari Zawara

Kadang ada benda kita kenan tapi bila tengok harga, dibiarkan dulu. Kadang ada benda kita kenan, tak kira harga mahal atau murah tetap juga nak dapatkan.


Eh, mukadimah kemain!
Oklah nak cakap kat hangpa, baju yang sekian lama ku idamkan [entry 21/9/2015], aku dah dapatkan waktu Zawara Ipoh buat sale kebaboom Sabtu lepas.


Waktu sampai dah lewat petang, yang tinggal banyaknya saiz XL ke atas. Tapi bila tengok tang baju ni, tinggal sepasang aje saiz M. Tanpa cuba, terus sambar dan bayar. Haaaa, nampak tak kerakusan nak juga baju ni?



Dapat warna sebiji macam gambar atas. Padahal hati nak warna biru. Huuu, takpelah, janji ada. Harga asal baju ni RM 199. Alhamdulillah dapat lebih murah waktu sale tu. Tak nyesal ajak mak abah pergi. Hahahaha.


Alhamdulillah,
Dah cuba pakai di rumah. Selesa pakai saiz M. 


Kalau ada yang nak hadiahkan apa-apa koleksi baju dari Zawara, bagi saiz M ya. Ehhh !!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, September 21, 2015

Koleksi Zawara yang memikat hati

Cantik pula tengok koleksi Zawara yang ini. Apa namanya tak pasti tapi dah memang keluar lama dah ( rasanya dari hari raya lepas ).




Sekali tengok terasa jatuh cinta!
Suka dengan warnanya dan kain yang sangat cantik bila angin sepoi-sepoi bahasa. Hahahaha!


Erm, entah bila dapat sambar koleksi zawara yang ini pun tak pasti!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, March 13, 2015

Apabila baju sama warna

Bila kelebek betul-betul, rupanya warna sama.
Pattern sahaja berbeza.
Aduhai!
Macam mana boleh tak perasan.




Dari kiri :
Suraya by Poplook
Abie by Poplook
Irma by Poplook
Balqis Jubah by Zawara [entry]


Akhirnya, biar sajalah.
Lagipun aku suka jadi tak kisah warna sama.
Janji design tak sama sudah.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, February 26, 2015

Shopping di Zawara Ipoh

Hari Sabtu 21/2/2015 yang lepas, Zawara Ipoh ada buat jualan gila-gila. Harga memang kaw-kaw turun. Aku siap bagitahu family nak p, nasib baik abah aku turutkan saja kehendak anaknya. Haha.




Ini kali pertama aku membeli di Zawara. Material kain yang digunakan memang best. Tidak nipis seperti sesetengah butik. Chiffon tapi masih menarik untuk dipakai.


Aku beli jubah & dress.
Adik aku bli dress sahaja.


Harga jubah dari RM 150 dapat RM 100 sahaja. Jimat RM 50. Bak kata mak aku, beli siap lagi senang sebab kalau nak upah pun sama juga harganya. Silap-silap lagi mahal.


Jubah dah aku hantar untuk alter. Maklum sahaja cik empunya tinggi 158 cm sahaja. Kuang kuang kuang.


Duit shopping rezeki dapat insentif tahun ini. Alhamdulillah.


Lokasi : 
Zawara Ipoh
( berdekatan KWSP Ipoh )


Update :
Beli bukan untuk raya mahupun kenduri
Saja suka-suka




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^