tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label cerita tahun 2016. Show all posts
Showing posts with label cerita tahun 2016. Show all posts

Saturday, December 31, 2016

Selamat Tinggal 2016 Selamat Datang 2017

Walaupun ia sekadar tarikh,
tapi setiap yang terjadi pasti ada kenangan tersendiri samada pahit atau manis.


Untuk tahun 2016,
Yui belum terfikir apa yang terlaksana apa yang belum. Nanti Yui ceritakan bila ada kelapangan untuk menulis.


Untuk tahun 2017,
Tak beriya nak dapatkan sesuatu. Cukuplah semua dipermudahkan dengan baik. InshaaALLAH.


Selamat tinggal 2016
Selamat datang 2017
Be nice =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, October 31, 2016

Gegar Vaganza 2016 - Rem tersingkir

Siapa layan malam tadi? Atau siapa teragak nak pilih bola atau gegar vaganza? Ecececeh, Yui nak layan bola memang taklah. GV ni pun saja layan memandangkan takde RM. Hahaha.


Oh ya, sedih sebenarnya Rem tersingkir. Mula-mula bajet orang lain tapi apakan daya, rezeki dia sampai situ aje kan.


Macam biasa. Yui seronok layan Zarul & Siti Sarah. Elly Mazlein pun sama, sedap sungguh suara dia. Lembut aje dengar. Tapi tang Zarul memang tak menahan, memang kalah orang muda bila dia menyanyi, tambah bila tengok dia melompat. Wowww!


Rupanya Zarul baru berusia 43 tahun. Masih muda lagi tu, heeeee, anak seorang. Eh, apa motif Yui bagitahu? Sebab Yui suka tengok wajah Zarul. Maintain bergaya sesuai dengan kerjanya sebagai pramugara.


#teamzarul





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, February 19, 2016

Dapat angpau & kudapan sempena tahun baru cina

Aku menyewa di Station 18. Tuan rumah orang cina. Tapi yang kutip duit sewa adalah kakak kepada tuan rumah sebab dia je yang ada kat Ipoh. Yang lain ada di luar negara.




Tiap-tiap tahun tak pernah miss nak bagi kudapan macam ini bila tiba tahun baru cina. Kadang time ambil duit sewa, ada ja buah dari dusun dia. Kira suka memberi ni. Bukan senang nak dapat orang macam ini tambahan berlainan bangsa.


Angpau pun memang akan dia bagi kat setiap orang dalam rumah. Fuhhh, rezeki tu. Amaun tetap sama dari dulu sampai sekarang.


Sedar tak sedar dah dekat 5 tahun aku menyewa situ. Masih setia di rumah itu.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, January 04, 2016

Menyegarkan diri di pagi Isnin 2016

Isnin pertama di tahun 2016. Banyak benda bakal & terjadi pada hari Isnin ini. Tak gitu?


Ada yang menghantar anak-anak ke sekolah
Ada yang sambung bercuti
Ada yang mc
Ada yang masuk lambat akibat terlebih cuti
Ada yang bersemangat nak kerja
Ada yang lemau di pagi hari
Ada yang tak sabar dapat bonus

Dan macam-macam lagi. Korang kategori mana?


Aku kategori biasa-biasa. Pagi lemau tapi kejap lagi ok. Hahahahah!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^