tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label KERJA. Show all posts
Showing posts with label KERJA. Show all posts

Tuesday, October 09, 2018

TRAGEDI OKTOBER : Duit bagi tapi tak cukup!

Assalamualaikum. Fuhhh, lama tak menulis di sini. Hampir lupa password blog. Nasiblah hentam tadi mau. Hehehe. Terasa nak menulis disini sebagai peringatan dan kenangan pahit untuk diri sendiri.


Tragedi Oktober 2018. Tragedi 1hb. Kejadian kali pertama berlaku setelah 8 tahun berkhidmat di tempat kerja.


End of day,
Akan close account dan paling terkejut bila short duit sebanyak RM 500! Lima ratus tu bukan amaun yang sikit dan memang sangat tak logik! Lebih 10x belek balik note yang ada di tangan. Kira punya kira MEMANG SAH tak cukup.


Pelik,
Yui tak menangis. Tak terfikir apa. Nak taknak kena ganti juga sebab nak close. Half gaji tu. ALLAH, dugaan.


Keesokan hari,
cuba view cctv. Dalam ramai customer, ada seorang sahaja mencurigakan. Dia beri pada yui amaun hampir 1.5k dengan duit campuran note RM 10, RM 20, RM 50 dan RM 100. Bila tengok cctv, dia susun "cukup' amaun itu (berdasarkan gerakan dia kira) dan dia letak atas meja.


Jenis Yui,
bila customer beri duit, yui akan kira berkali-kali.
Susun note bagi sama-double kira setiap note berbeza-tulis amaun terus atas slip


Apa yang pelik,
note yang Yui terima tak sama dengan bilangan gerakan tangan yui. Walhal amaun note yui tulis belakang slip cukup sama dengan total yang perlu dia bayar. Bila kira memang ngam dengan amaun Yui short.


Korang rasa sebab apa?
Mistik tapi realiti terjadi. Terus terfikir adakah aku dipukau? Tanpa sedar. Depan kita semua nampak cukup. Akhirnya baru sedar. Hmmmm, entahlah. Nak cakap lebih pun macam tak boleh. Dah call orang tu tapi jawapan pun teragak-agak. Agaknya if jadi kes polis, boleh selesai isu macam ni? Isu mistik. Isu ilmu lain.


Kalau tengok balik cctv,
nampak sedikit pelik caranya pegang setiap note yang dia letak atas meja. Dia juga terkup kepalanya dan menunduk. Waktu tu yui tiada depan kaunter sebab ambil resit.


Apa pun ini semua jadi pengajaran,
adik terus cakap "itulah hang taknak pakai spender terbalik" Huhuuu. Nampak buruk je apa dia sebut kan? Tapi itulah salah satu cara untuk elak kita dipukau. Selain itu, orang tua pernah pesan supaya bela ikan puyu.


Memang bagi pengalaman hebat untuk yui. Supaya lebih beringat dan berhati-hati. Kes macam ni, sendiri kena ganti. Itulah yang ralat. Bukan senang bekerja dengan berpegang duit. Amanah!


Semoga sama-sama kita dilindungi dari perkara tidak baik.


Yui simpan secara peribadi rekod cctv itu.


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, March 29, 2017

Memulakan semula langkah berblog

Assalamualaikum uolls
Fuhhhh fuhhh tiup habuk sawang blog ni
Mandey sungguh blog dianaktirikan
Hahahaha!




Korang sihat?
Entry banyak?
Okay nanti Yui terjah tau


Saja up gambar sendiri waktu dinner di Putrajaya haritu
Kotlah ada yang rindu wajah ini
Muahahahahaha!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, March 14, 2017

3 hari di The Everly Putrajaya

InshaaALLAH Khamis ni seawal 9.00 pagi tiket bas Yui ke Putrajaya. Jujurnya, Yui jarang nak naik bas sebab lebih selesa dengan ETS tapi memandangkan member cakap kalau naik ETS kena ambil pengangkutan lain pula untuk ke Putrajaya.


Haaa,
Yui ni dah la jarang guna pengangkutan awam, pastu pernah terkena tragedi dengan bas, tu rasa sedikit "fobia". Huhuhu.


Kot ada blogger area situ,
Bolehlah jumpa kalau ada masa. Ekekekeke.


Doakan semua dipermudahkan ya.



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, March 01, 2017

WW 4 [2017] - MC pertama di tahun 2017


Keracunan makanan, masuk angin & demam
InshaaALLAH harini dah rasa okay 
=___=


Sakit itu penghapus dosa kecil







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, January 05, 2017

Hokkaido Baked Cheese Tart lagi!

Kemain ada lagi tau. Ni bukan Yui beli tapi member opis belanja. Heeee, murah rezeki. Elok plak petang tu kepala tingtong, ngadap makan ni, layan sungguh!



Lebih banyak gambar


Lalu depan kedai pun dah menggoda tau. Bau dia haruuuummm sangat. Sila percaya sebab ini jujur dari Yui yang hantu dengan cheese.


Nak beli selalu tak rasa mampu sebab harga seketul pun RM 5 +. Dok fikir beli makanan anak-anak bulus lagi bagus. Tapi teringin sekali sekala bolehlah. Hehehe.


Dah cuba belum?
Cubalah tau, inshaaALLAH tak menyesal. Nanti Yui nak cuba perisa coklat plak. Macam menarik.


TQ officemate sebab belanja. Luv u laaa!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, July 12, 2016

Yeayyy, kembali sudah!

Fuuh fuhhh, konon tiup "habuk" yang bersarang berhari-hari kat blog ini. Heheheh. Oklah dik non semua, harini aku dah kembali bekerja. Cuti hampir seminggu membuatkan aku malas bangun pagi bersiap ke pejabat. Huwaaaaaa.


Korang sihat?
Amacam raya korang?
Ada aktiviti baru?


Kalau tanya aku, ikutkan macam-macam jadi. Perlahan-lahan kalau rajin aku ceritakan di sini ya.


Apa pun Selamat Hari Raya. Selamat berpuasa enam kepada yang melakukannya.


Moh qada blogwalking. Ekekekeke.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, April 20, 2016

Komputer pejabat buat ragam

Naya sungguh masuk kerja pagi ni, nak on pc tak keluar.
Blur warna biru. Asyik duk suruh restart tapi apa pun takmowww.


Haruuu aihhh.
Baru che' semangat nak kerja. Hahahahaha.
Nasib baik meja sebelah takde orang, ambil CPU sebelah letak kat tempat che'.
Tu pasal leh taip entry ni. Nak harap hp, memang tak laaah. Data siput sedut !!


Che' cuba jejak balas segala komen hangpa harini naaaa.


Semalam sebenarnya che' jumpa tuuuut. Sapa tau, taulahhhh.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, April 05, 2016

Sibuk dengan urusan lelongan

Yang mana tahu, akan sedia maklum kerja aku
Heeee, harini sampai lusa akan ada sesi lelongan
Yang berdekatan, bolehlah mai cuci mata naa
Kalau lambat balas, jangan marah aaaaaa 
=____=




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Asam Laksa & Air Coklat Old Town White Coffea

Cerita berapa Jumaat yang lepas. Waktu rehat yang lebih lama, jalan-jalan dalam AEON, perut dah tak tahu nak telan apa.


Tiba-tiba teringat asam laksa dan air coklat. Terus melangkah masuk.




Bila dah rasa, hmmmm macam dah kurengggg. Tak tahulah apa yang tak kena, tapi asam laksanya dah tak sekawwww dulu. Air coklat masih boleh tahan.


Mengada benor tekak ni !!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, March 30, 2016

Sakit di tahun 2016

Sakit sakit pening biasa tu, aku takkan pergi klinik. Tapi semalam, menjadi-jadi tekak aku rasa lain macam. Nak telan air liur rasa perit, nak makan rasa sakit, kira tak selesa.


Jadi pagi tadi, memang aku niat nak pergi klinik panel kat Silibin. Jauh pun jauhlah asalkan free. Huaaaa. Selama ada klinik panel ni, ini kali pertama aku pergi tau. Sebelum ini aku sanggup keluar duit sendiri, tapi bila fikir paling koman tentu kena bayar RM 50, baik pergi tempat dah tentu tak payah bayar.




6 jenis ubat RM 85


Doktor terkejut sebab katanya tekak aku terlalu merah. Tambah plak aku demam. Walau demam, aku masih larat menaip. Doktor nak bagi mc tapi sayang aku takleh terima sebab tak cukup staff, sorang lagi dari semalam mc.


Harap esok lebih lega. InshaaALLAH. Korang pun jaga diri baik-baik ok. Air minum secukupnya.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, March 25, 2016

Kembali setelah 2 hari bercuti

Emergency leave hari Rabu
Hari Khamis kemalasan melanda
Hari Jumaat baru datang kerja


Gitu pun boleh asalkan cuti ada
Huahuaaaaaa
Salam Jumaat
=____=

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, February 10, 2016

Bersiaran setelah 4 hari bercuti!

Fuhhh, lemau sungguh pagi ni nak bangun. Set jam 6.40, pastu sambung lagi 10 minit. Padahal mata bukan nak lena sangat. Faham kan erti MALAS? Haaaaa.


Tenang sungguh menunggang kuda arini.
Lapang je jalan. Tak sesak. Tak merungsingkan! Hahahaha. Kemain kan. Aku rasa ramai lagi sambung cuti minggu ni. Fuhh, sakan kan.


Oklah, jom memulakan semula blogwalking yang tertunggak selari dengan cuti panjang. Kat rumah dah takde WiFi, kira memang takdelah nak beronline bagai sangat.


Apa pun, kepada yang bekerja, selamat bekerja ya!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, January 11, 2016

Sibuk dengan urusan lelong

Kenal aku siapa?
Tahu aku kerja apa?
Okay, kalau dah tahu takpe


Hari ini akan sibuk sikit dengan urusan lelong barang emas & barang kemas
Akan bermula esok hingga Khamis


Jadi, akan sedikit lewat untuk jejak balas kalian
Di hari Isnin, jangan bermalas-malasan naaa
Heeeee ;)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, January 05, 2016

Isnin punya penangan!

Tu dia tu dia, semalam punya penangan, seharian kerja menghadap pc. Tak sempat nak curi masa nak update entry lain. Mehmehmeh.


Dengan sorang mc. Orang pulak baru keluar asb, bonus, semua pakat hentam kromo nak buat hari Isnin juga. Huuuuu.


Harap hari ini lebih tenang dari semalam. Nak jugalah santai-santai.


Harini aku jejak balas blog korang ya!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, January 04, 2016

Menyegarkan diri di pagi Isnin 2016

Isnin pertama di tahun 2016. Banyak benda bakal & terjadi pada hari Isnin ini. Tak gitu?


Ada yang menghantar anak-anak ke sekolah
Ada yang sambung bercuti
Ada yang mc
Ada yang masuk lambat akibat terlebih cuti
Ada yang bersemangat nak kerja
Ada yang lemau di pagi hari
Ada yang tak sabar dapat bonus

Dan macam-macam lagi. Korang kategori mana?


Aku kategori biasa-biasa. Pagi lemau tapi kejap lagi ok. Hahahahah!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, November 24, 2015

Saya AL hari ini

Sukacita dimaklumkan cik empunya blog
ambil AL untuk hari ini sahaja
Selasa 24/11/2015


Segala urusan bw dan seangkatan
akan dilaksanakan bermula esok


Dengan rasmi
Baki AL yang ada hingga hujung tahun 2015
3 hari sahaja lagi!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, November 16, 2015

Sibuk untuk urusan kerja rasmi

Memandangkan bermula esok hingga Khamis akan ada sesi lelongan barang kemas. jadi macam biasalah, hari Isnin adalah hari untuk "terlebih" sibuk.
Nak prepare apa patut.


Mungkin selepas pukul 1 petang baru aku akan berkesempatan terjah korang.
Dan juga akan siapkan entry-entry untuk akan datang.
Waahhh gitu! Bajet banyak idea. Hahahaha.


Jangan bermalasan di hari Isnin.
Lalalala.


Album jualan Dana Untuk Meow
[ link ]






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, October 26, 2015

Mengantuk di pagi Isnin

Biasa dah dengar monday blues kan? Aku tak tau la apa aku rasa sekarang kategori itu ke tidak. Tapi serious, kalau diberi bantal, maunya lena aku tidoq!


Rasa penat plak. Subuh tadi pun kemain malas nak bangun. Kunci jam 4.30 pagi konon nak sahur, lastnya ambil Nenek Eton, peluk & sambung tido. Sedar-sedar dah 6.35 pagi. Hambikk!


Sekarang kat pejabat, alahai rasa malas sungguh!


Malas, silalah pergi jauh. Bagi aku semangat!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, October 16, 2015

Gaji RM 2.5k masih tidak mencukupi!



Orang yang gaji RM 2.5k pun tak ckup
Gaji yang bawah 2 k lagilah!
Sebab itu yui cari partime lain
Alhamdulillah sikit sebanyak jualan CMD banyak juga membantu, 
boleh juga tampung mana yang "bocor"!!


Kerja tak cari kita tapi kita kena cari kerja!!


Agen sah CMD,
019 2331810


=================================


Ekonomi sekarang memang nampak sangat "lemah"!!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, October 13, 2015

Ambil AL khas untuk Mat Oyen

Hari ini hari Selasa 13/10/2015, aku ambil AL khas untuk Mat Oyen kesayangan. Sebab dah berjanji nak bawa ke veterinar untuk kasi/mandulkan. Lagipun dia banyak luka sebab perasan jadi taiko tak sedar diri.


Memang aku akan cadangkan, kalau nak bela kucing tapi rasa kurang mampu, lebih baik dari awal ANDA MANDULKAN KUCING ANDA! 


Banyak kelebihan bila kita buat. Semua untuk kebajikan bersama. Lagipun kucing lebih sihat & kurang mendapat penyakit. Tak percaya, boleh rujuk ke veterinar.


Jadi, kita jumpa lusa lah ya untuk siaran langsung blog sebab esok cuti umum.


Mat Oyen adalah kucing rumah sewa.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^