tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label kedai makan. Show all posts
Showing posts with label kedai makan. Show all posts

Wednesday, August 08, 2018

Makan Best : Restoran Nasi Arab Hadramout Paradise, Ipoh

Selalu makan western aje kan, sesekali tukar selera pula. 4 Julai 2018 lepas Yui berkesempatan makan di Restoran Nasi Arab Hadramout Paradise area Kinta River Front. Jenuh juga google cari restoran nasi arab yang best area Ipoh selain di Meru (dah pernah pergi).


First,
Maaf sangat Yui tak ingat nama menu. Sebab masing-masing teruja nak makan. Awas ya, bagi yang tak makan banyak, toksah gatal-gatal nak order berlebihan sebab sedia maklum tahu, kuantiti mereka letak MEMANG BANYAK!


Yang penting kami pilih ayam dan dah tentu kambing, pebret si dia 👨





Ini pisang + yoghurt + madu
( Yui tak berapa kenan menu ni sebab sebenarnya order menu lain tapi dah habis)





Ni muka sambil tunggu makanan, sambil ambil order
Yelah duit nak keluar, kena juga cari duit masuk
Ekekekeke

4 hidangan menu + 2 air = RM 70+


Pendapat peribadi :
Kebersihan 5/5

Rasa 4/5
Akan datang lagi


(lama tak update page ni, heeee)


Restoran ni bersebelahan dengan Hotel Kinta River Front, Ipoh




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, August 07, 2018

Makan Best : Mr. Dakgalbi, Station 18 Ipoh

Dah berbulan Mr Dakgalbi ni buka di St 18, Ipoh tapi Yui banyak kali tak berpeluang masuk. Yelahhh, benda baru buka memang confirm jadi viral. Sampai kena beratur kat luar tunggu turn, memang taklah cara Yui =)


Jadi bila suasana dah reda, baru kita cuba okay. Kebetulan rakan opis pun nak makan, elok sangatlah tu. Kami makan waktu rehat Jumaat. Ngam la dengan time yang ada.


Lokasi terletak dalam Aeon St 18, Ipoh berdekatan Padini. Senang je cari.




Jenis cermin di mana orang luar boleh tengok macam mana korang makan, macam mana pekerja layan customer dan gaul apa patut untuk menu terbabit. Kira buat tarikan kepada orang lain nak masuk. Bagus marketing begini.




Yang cheese tu memang menambat hati sungguh bila tengok. Rasa kecur air liur. Sedap jeeee walaupun baru tengok gambar. Heeeeeee.


Kami berdua sepakat pilih menu UTAMA mereka iaitu Cheese Ring Dakgalbi  RM 72 & Ice Lemon Tea x 2 RM 8. Katanya boleh makan untuk 2 orang tapi bagi Yui sebenarnya 4 orang pun boleh makan oiii. Banyak sangat. 



Konsep mereka. mereka ada serve kita untuk gaul semua yang ada atas tu. Bila dah selesai baru dibiarkan untuk kita nikmati setiap menu yang ada. Rasa macam "raja" kejap dilayan sebegitu. Eceeehhhh.




Keliling tu adalah CHEESE 
Walaweeeehhh!




Oh ya, uols kalau taknak order air pun takpe sebab setiap meja akan disediakan air sejuk. Plain water gituu. Takpayahlah minum manis kannn?? 


Pendapat peribadi :
Kebersihan 5/5
Rasa 4/5
Akan datang lagi


Dan sangat berpotensi untuk repeat lagi, nak rasa menu lain. Hehehe.




Wajah-wajah awek korea
kahkahkah!



Fb Page : Mr.Dakgalbi

Mr Dakgalbi ( Ipoh Aeon Station 18)
Lot G-61 Grd Floor Ipoh Station 18
No 2 Susuran Stesen 18
31650 Station 18 Ipoh




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, July 24, 2018

Makan Best : Konda Kondi Cafe Ipoh

Assalamualaikum. Hai uollsss. Perghhh tenggelam timbul owner blog ni. Hahaha. Oklah, nampaknya dalam hp penuh dengan gambar makan makan dan makaaaaannn, jadi Yui nak coretkan lah di sini buat tatapan yang lain.


Mana tahu, yang berdekatan boleh pergi cuba dan rasai sendiri. Pertama sekali, Yui nak habaq, dah lebih 3x Yui pergi Konda Kondi Cafe di Pekan Ipoh. Kalau dah lebih tu kiranya kena dengan selera dan tekak Yui la gituuu.


Baru-baru ini Yui pergi dengan akak rumah. First time untuknya. Jom tengok apa kami order untuk makan malam. Maaf Yui ingat lupa nama menu dan harga sebab sedap jadi lupa ambil gambar menu. Hahaha!



Yang ini minuman yang ramai akan cari
Kopi dan ada whiping cream
Memang sedap!






Chicken Wing Teriyaki 
Sos tu mamblesss!



Chicken Chop (gril)
Lemon suam



Spagheti Creamy Spicy
Hat ni memang win di hati Yui
Food Truck di Meru pun ada
Memang Yui sarankan hangpa rasa sendiri



Yui yang makin kembang setalam dan akak rumah
Kahkahkah


Jumlah harga untuk menu kami di atas lebih kurang
RM 47


Page FB 


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, May 23, 2017

Makan tengahari di Kapitan Penang

Lepas ambik blogger Lyana, terus kami pergi Kapitan. Perut lapar kome oiii. Rasanya ini kali kedua Yui datang Kapitan di Penang. Yang di Falim, Ipoh dah tutup kedainya.





Ini menu kami berempat
Set Nan Cheese saja buat tambahan





Yui makan ini


Untuk menu yang Yui makan,
Bagi Yui dah rasa "kurang" dari sebelum ini. Ayam pun saiz kecil dah sekarang. Tapi itulah, mungkin nasib Yui tak baik hari itu.


Apa pun tetap habis sebab lapar kome oiii. Dahlah lepas hujan. Hihi.


Kapitan mana?
Kapitan di Georgetown, Penang. Yang tepi jalan corner tu. Macam dekat little india ke apa ntah. 




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, March 09, 2017

BBQ Lamb Ipoh - Roasted & Grill, Jalan Ampang Baru 6

Rabu bersamaan 22/2/2017, ada orang ajak makan grill grill bagai. Special kat situ ada daging itik & kambing. Perghhh mamblesss sangat sebab bukan senang ada kedai yang jual dan masak daging itik. Selalu kedai cayanunalif aje kan.



Maaflah snap gambar takde flash time ni
Hahaha



Air naga & kelapa shake




Opss senget plak gambar



Inilah smokey duck
Ada 3 sos diberikan




Yang ini nasi kambing




Kambing grill


Jangan tanya apa nama menu sebab Yui dah lupa. Hehehe. Keseluruhan sangat memuaskan hati. Tak menyesal kali pertama pergi. InshaaALLAH boleh repeat lagi.


Kedai ini terletak di Jalan Ampang 6, Ipoh. Tak jauh dari Politeknik Ungku Omar. Korang boleh waze, memang senang cari. Semua sedap belaka tapi untuk yang kuat makan, kena order lebih ya. Hehe.



019-507 7207


Orang Ipoh kena cuba ya!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, February 02, 2017

JJCM versi Yui : Restoran Johan Classic Station 18, Ipoh

Dalam pukul 8 malam, akak rumah ajak makan kat luar. Okay, diet ke laut. Miahaha. Ishh, idaklah. Yui takde masalah nak makan apa-apa selagi takde buat diet yang NEKAD.


Pilihan kami ialah Restoran Johan Classic. Tepi jalan besar, berdekatan dengan Tesco Station 18, Ipoh. Akak rumah suka tomyam kedai ni. Katanya sedap.




Tak rancang makan apa, tapi Yui tengok ada menu istimewa BELUT maka mulut ni laju je tanya apa menu yang ada. Terus order Belut 3 rasa. 


Comel aje isi belutnya. Nampak sangat saiz kecik. Ekekeke. Rasa, oklah. Yui tak berani nak order sup belut takut berbau hanyir, pernah terkena tapi tempat lain. Padahal ada tempat masak, memang sedap tauuu.


Maka menu kami malam tadi ada 5 jenis ( tomyam takde dalam gambar ) & 3 nasi putih. 2 teh o limau + 1 epal hijau. Jumlah RM 38.00. 


Akak rumah belanja. Alhamdulillah. Semoga makin murah rezeki akak.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, January 18, 2017

Western Food sedap di Klebang, Ipoh

Yui pernah up pasal kedai ini. Sebelum ini ada di Chemor tapi sekarang owner buat di halaman rumah aje. Haaaaa, walau halaman tapi tetap banyak permintaan.


Yui dok terbayang-bayang rosemary grill chicken dia. Kuah tu memang terbaik habaq! Pekat, sedap dan takkan tinggalkan kuah tu sebab akan hirup sampai habis.  Konon haritu nak tunggu adik yang tentera balik bercuti baru pergi tapi Yui tak sabar, tak menahan. So, ajak mak, abah dan bongsu pergi makan.





Beli rosemary grill percuma air teh o lemon


Kami bertiga order rosemary grill chicken. Abah Yui plak nak makan nasi goreng ikan rebus. Penuh satu pinggan. Sambal dia memang merecik!




Memandangkan nak juga rasa waffle dia yang penuh buah-buahan dan dilimpahi cairan coklat, Yui bungkus bawa balik. 



Waffle Mix Fruit
Ada pisang, kiwi dan strawberi


Jumlah harga bagi 3 set rosemary grill, teh o suam & waffle mixfruit RM 48.20 . Bagi Yui harga yang berbaloi sebab penuh satu pinggan!




Ada pelbagai lagi menu lain
Korang boleh telefon owner sebelum datang ya





Facebook : Diyana Rusli
No tel : 012 508 4604
Alamat : Laluan 3 No 7 
Taman Klebang Jaya
( berhadapan Aeon Klebang )



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, November 29, 2016

Pertama kali makan Ayam Garam

Biasa nampak ayam garam ni dijual di kedai cina. Kalau pergi pekan Ipoh, ada satu kedai tu jual ayam garam, pergghh memang penuh manusia beratur nak beli.



Memandangkan area tempat kerja Yui ada satu kedai cina mualaf, jadi Yui ternampaklah ayam yang dibungkus. Bila ditanya, owner bagitahu itulah ayam garam. Sebab Yui tak pernah cuba, jadi Yui beli seketul.


Harga RM 6 


Bagi tekak Yui,
Rasa ayam ni memang masin tapi tidak terlalu masin. Kuah yang ada dalam perapan tu sudah tentu masin juga. Biji merah itu kalau tak silap ada satu jenis macam bentuk kuaci. Kalau tak silap biji gochi. Yui lupa apa namanya. 


Maka, dah tahulah rasa ayam garam macam mana. Jadi, lepas ini takdelah rasa teruja sangat tengok. Ekekekeke. 





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, September 02, 2016

Set Nan Tandori, Kapitan Penang

Merdeka baru ini, 31 Ogos 2016 aku pergi ke Penang. Pergi "merantau" di Penang dengan Family Blogger Utara.


Cerita apa yang aku buat kat sana, nantikan entry akan datang. Ni saja nak tayang kat hangpa, Nan Tandori di Restoran Kapitan, Penang.




Aku duk cicah dengan sos hijau tu jee sebab suka yang itu. Pudina kalau tak silap. Yang kuah tengah, buat tak nampak sebab biasa dapat. Hahahaha.


Set macam ini, RM 9.50.


Oh ya, Kapitan pun ada cawangan di Falim, Ipoh. Aku dah cuba, ok juga.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, August 01, 2016

Chee Cong Fun di Station 18, Ipoh

Sederet opis aku ni ada satu kedai makan cina Mualaf. Kira ini antara kedai selalu p sebab area sini tak banyak kedai makan melainkan kena masuk Tesco atau Jusco. Tak kuasa hakak!




Haritu dia ada buat menu baru, chee cong fun. Oklah dengan tekak. Makan simple tapi kenyang. Harga macam dalam gambar lebih kurang RM 4.50 ( aku tak ingat sangat ).


Bolehlah buat hilang rasa lapar. Hihihi.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, July 25, 2016

Shell Out di Omm Cafe cawangan Medan Istana, Ipoh

Ini kisah lepas. Edisi jalan-jalan cari pasal makan.


Rabu bersamaan 29/6/2016, aku berkesempatan berbuka puasa bersama dia di Omm Cafe. Last minute tempah nasib baik ada lagi kekosongan.




Ini lokasi baru Omm Cafe




Kami order satu set shell out. Cukuplah untuk makan berdua. Air pula free maybe sebab ketika Ramadhan.



Zoom lebih dekat


Secara kesimpulan.
Aku bagi 7/10 bintang. Bahan banyak tapi tang rasa macam kurang sikit dengan tekak berbanding shell out tempat lain yang aku pernah cuba.


Apa pun aku puas hati sebab dapat penuhi kehendak orang tu nak bershell out. Cehhh.




Muka ketika sedang menunggu untuk berbuka
Hahahaha!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, March 02, 2016

JJCM versi Yui : Foods Project Cafe, Tambun, Perak

Food Project Cafe, Tambun ini aku dapat tahu selepas tengok entry rakan blogger. Itupun pergi selepas penat "menelan" air di Lost World of Tambun. Hahahaha. Kenalah cari tempat nak isi perut.


Senang sangat nak cari. Google maps. Miahahaha !! Sampai je ke cafe ini, memang dah menarik hati. Sebab dipenuhi deco yang menarik. Santai sangat walau cafenya tak besar mana. Sesuai sangat untuk aku yang suka kedamaian. Ecceeehhhh !!




Oklah, moh kita tengok apa yang kami order haritu. First time katakan nak mencuba. Pilih mana yang rasa best.


Lemongrass Herb Soda & Mocha



Lamb



Chicken Grill



Cheezy Potato Wedges



Meatball and Brown Souce


Berikut adalah antara senarai menu yang sempat aku snap. Bagi aku harga dia ok, tak murah dan tak terlalu mahal. Apa yang penting, rasa & kualiti setiap hidangan itu ada. Syabas !!








Kat sinilah kami duduk. Comelkan pemandangan? 




Orang Ipoh atau sesiapa yang ke Lost World of Tambun, bolehlah singgah di cafe ini mengisi perut yang lapar ok. Aku sangat sarankan korang cuba meatball itu ok !!


Secara keseluruhan, aku bagi 8/10 sebab sos lamb & chicken grill agak kurang bagi aku. Yang lain ok sangat !!


Waktu Operasi : 5 pm - 12.30 am
No 1 Jalan SCI 1/7, Sunway City, Ipoh, Perak
013-300 1678





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^