tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label aeon. Show all posts
Showing posts with label aeon. Show all posts

Tuesday, August 07, 2018

Makan Best : Mr. Dakgalbi, Station 18 Ipoh

Dah berbulan Mr Dakgalbi ni buka di St 18, Ipoh tapi Yui banyak kali tak berpeluang masuk. Yelahhh, benda baru buka memang confirm jadi viral. Sampai kena beratur kat luar tunggu turn, memang taklah cara Yui =)


Jadi bila suasana dah reda, baru kita cuba okay. Kebetulan rakan opis pun nak makan, elok sangatlah tu. Kami makan waktu rehat Jumaat. Ngam la dengan time yang ada.


Lokasi terletak dalam Aeon St 18, Ipoh berdekatan Padini. Senang je cari.




Jenis cermin di mana orang luar boleh tengok macam mana korang makan, macam mana pekerja layan customer dan gaul apa patut untuk menu terbabit. Kira buat tarikan kepada orang lain nak masuk. Bagus marketing begini.




Yang cheese tu memang menambat hati sungguh bila tengok. Rasa kecur air liur. Sedap jeeee walaupun baru tengok gambar. Heeeeeee.


Kami berdua sepakat pilih menu UTAMA mereka iaitu Cheese Ring Dakgalbi  RM 72 & Ice Lemon Tea x 2 RM 8. Katanya boleh makan untuk 2 orang tapi bagi Yui sebenarnya 4 orang pun boleh makan oiii. Banyak sangat. 



Konsep mereka. mereka ada serve kita untuk gaul semua yang ada atas tu. Bila dah selesai baru dibiarkan untuk kita nikmati setiap menu yang ada. Rasa macam "raja" kejap dilayan sebegitu. Eceeehhhh.




Keliling tu adalah CHEESE 
Walaweeeehhh!




Oh ya, uols kalau taknak order air pun takpe sebab setiap meja akan disediakan air sejuk. Plain water gituu. Takpayahlah minum manis kannn?? 


Pendapat peribadi :
Kebersihan 5/5
Rasa 4/5
Akan datang lagi


Dan sangat berpotensi untuk repeat lagi, nak rasa menu lain. Hehehe.




Wajah-wajah awek korea
kahkahkah!



Fb Page : Mr.Dakgalbi

Mr Dakgalbi ( Ipoh Aeon Station 18)
Lot G-61 Grd Floor Ipoh Station 18
No 2 Susuran Stesen 18
31650 Station 18 Ipoh




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, February 01, 2017

Hokkaido Baked Cheese Tart Durian

Perisa durian adalah perisa baru selain cheese & chocolate. Haritu sebab satu family lengkap ada balik SS, maka sajalah Yui belanja beli untuk deme. Kot kat tekak dema sedap juga macam Yui. Mehmehmeh.






3 cheese, 1 choc & 2 durian


Untuk perisa original cheese & chocolate Yui dah pernah review sebelum ini.




Inilah rupa perisa durian. Bagi Yui, bolehlah. Takdelah kuat sangat rasa durian tu. Untuk tekak Yui, yang original lagi win berbanding dua perisa lain. Tapi untuk family Yui, deme tak berapa berkenan dengan tekstur tart tu.


Apa pun,
Semua perisa dah rasa. Jadi, takdelah dok rasa "ngidam" bagai lagi.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, September 22, 2016

BEANIE HALL adalah tarikan terbaru di TGV Aeon Klebang, Ipoh

Baru-baru ini Yui menerima jemputan dan berkesempatan hadirkan diri ke TGV Aeon Klebang, Ipoh. Nak merasai sendiri TGV baru di sana. Motif utama nak rasai pengalaman berada dalam panggung yang dikenali Beanie Hall. Panggung yang lebih special untuk anda.


Untuk pengetahuan anda,
Beanie Hall adalah yang kedua di Perak dan bagi Yui amat selesa serta lebih privasi. Terasa macam berada di rumah tauuu.



Kenapa anda perlu rasai sendiri berada dalam BEANIE HALL?

1) Ruang yang lebih selesa 
2) Hanya ada 15 kerusi
3) Setiap kerusi untuk 2 orang, bermakna hanya 30 orang dalam panggung
4) Kerusi yang empuk dan memuaskan hati
5) Harga berpatutan hanya RM 50 ( satu kerusi/2 orang )


Berita baik buat anda!


Harga promosi hingga 31/10/2016



Yui dah rasai dan memang seronok. Rasa nak baring sambil tengok cerita. Pantang lepa, nanti tertidur plak. Hahhaha.


Selain Beanie Hall, pihak TGV juga ada sediakan panggung khas untuk FAMILY FRIENDLY WEEKEND. Boleh bawa masuk baby dan ada kemudahan lain yang disediakan. RM 10 untuk dewasa, RM 5 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun dan percuma untuk usia 3 tahun ke bawah.



Nak tahu lebih lanjut pasal TGV Aeon Klebang, Ipoh, anda boleh lawati laman web berikut untuk informasi terkini.








guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, August 23, 2016

Review Peribadi : Auntie Anne's Cheddar Stuffed Pretzel Nuggets

Terbeli bila lalu dalam Jaya Jusco Kinta City, Ipoh
Tak menahan baunyaa weiii
Tengok hat ni macam baru je




Aku rasa inilah gambaran sebenar tapi hasil macam gambar berikut
Sebab aku bawa balik
Makan panas panas memang terbaik weiii!




Nampak tak berkuap lagi ?
Hehehehe


Harga RM 6
Berapa ketul tak pasti
Lupa nak kira
Hahahaha!


Bagi aku sedap kalau makan panas panas ya





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, May 25, 2016

Chee Cong Fun food court AEON Station 18

Antara menu yang rajin aku beli kalau masuk AEON Station 18. Lebih suka asam laksa tapi sesekali rajin beli yang ini.




Chee cong fun biasa rasanya RM 4.50. Isi ikan dan lain-lain aku tambah seketul dua. Saja bagi meriah pinggan. Yang pasti, aku habis makan sebab aku suka. Heeeee.


Kenalah dengan tekak aku yang suka biasa-biasa aje.


Makan ini dulu sebelum layan AADC 2. Review entry berikutnya.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, October 19, 2015

Pembukaan AEON Mall Klebang Ipoh, Perak pada 21 Oktober 2015

Orang-orang Ipoh atau yang berdekatan, yang tak kerja, yang cuti or yang "ponteng" kerja bolehlah datang ke AEON Mall Klebang pada 21 Okt 2015 sempena pembukaannya.


Ini merupakan AEON ke-5 dalam Perak.


Senarai AEON :
1) Kinta City Ipoh
2) Manjung
3) Station 18 Ipoh
4) Taiping


Banyak tawaran yang diberikan sempena hari pembukaan. Selamat mencuci mata!


Kalau dari SS lebih kurang 20 minit aje. Lagi dekatlah. Huahua.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, July 31, 2015

Sushi di Aeon menjadi pilihan

Aku ni jenis tekak main belasah asal kenan. Haaaa. Ada faham?
Kadang keluar rehat, tak tahu makan apa, nampak pula sushi yang colourfull, mata bling bling pilih mana yang nak.




Biasa paling banyak beli 6 ketul. Itupun dah rasa cukup banyak. Kadang forward jadi 2 hari punya menu. Huhuhuuuu.


Ada yang suka sushi?
Kita tak geng sebab kita jarang makan sushi. Hahaha.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^