tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label penang. Show all posts
Showing posts with label penang. Show all posts

Tuesday, May 23, 2017

Makan tengahari di Kapitan Penang

Lepas ambik blogger Lyana, terus kami pergi Kapitan. Perut lapar kome oiii. Rasanya ini kali kedua Yui datang Kapitan di Penang. Yang di Falim, Ipoh dah tutup kedainya.





Ini menu kami berempat
Set Nan Cheese saja buat tambahan





Yui makan ini


Untuk menu yang Yui makan,
Bagi Yui dah rasa "kurang" dari sebelum ini. Ayam pun saiz kecil dah sekarang. Tapi itulah, mungkin nasib Yui tak baik hari itu.


Apa pun tetap habis sebab lapar kome oiii. Dahlah lepas hujan. Hihi.


Kapitan mana?
Kapitan di Georgetown, Penang. Yang tepi jalan corner tu. Macam dekat little india ke apa ntah. 




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, May 19, 2017

Pertama kali jumpa blogger Lyana Ishak

Kan Yui habaq kami ada short vacation ke Penang minggu lepas. Yui ikut sebab salah satunya teringin nak jumpa Lyana Ishak. Asyik sembang alam maya aje, maka meh ambil kesempatan jumpa bertentangan mata. Ewaaaahhh!


Kami bertiga dari Perak pagi Sabtu 14/5/2017. 10.30 pagi dari Kuala Kangsar terus ke Penang dan ambil Lyana selepas turun dari feri. First time jumpa, salam peluk kiss pipi. Ekekeke, laga pipilaah macam perempuan sesama perempuan lain buat. Tanda mesra.




Gambar kali pertama kami




Oh ya,
Dari Perak ialah Yui, blogger Eintan Nurfuzie dan adiknya.


Aktiviti lepas itu ke Kapitan,
Melantak kejap sebab lapar wei. Next entry.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, May 18, 2017

Short Vacation ke Penang (bertemu Blogger)

Percutian pendek untuk gugurl. Ekekeke. Asalnya ada 6 orang tapi hanya 4 orang yang boleh sertai. Percutian tetap diteruskan.


Niat utama nak bercuti sambil jumpa kali pertama dengan blogger dari Penang. Siapakah? Haaaa, entry seterusnya. Yang follow FB Yui dah tentu tahu siapa. Hihi.



Jambatan yang kami lalui 



Hai Penang!
14/5/2017 dan 15/5/2017 kami di sana. 2 hari 1 malam yang Best!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, September 21, 2016

|Tempat Menarik di Penang| PhantaMania Weewee & Waawaa

Ini tempat ketiga dan terakhir Yui kunjung ketika berada di Penang 31 Ogos 2016 yang lalu. Nak juga cerita dalam blog buat kenangan dan buat tatapan pembaca. Mana tahu, korang pun tertarik nak pergi juga kan.
Antara aksi yang boleh korang lakukan


Mula-mula masuk, korang akan berada dan lalu ikut cermin. Alaaa hat jenis cermin banyak tu. Nak tengok korang sesat or tak. Oh ya, Yui cepat ya. Petugas tu yang cakap. Ekekeke. Yui guna tangan dan mata untuk tengok jalan keluar dari cermin itu. Ini namanya CONFUSING MAZE.
Ini plak bahagian bermain dengan cermin. Konon tinggi kan hakikatnya tidak. Semuanya ilusi. Kihkih. 






Wahhh, macam hantu kan? Ini bahagian FARNEE VIDEO RECORDING. Best sangat sebab sorang bilik lain, sorang lagi bilik lain. Buat aksi masing-masing. Nampak macam "menjelma".




Hebatkan terjun gini
Miahahahaha


Ok jom ke zon FREEZEMANIA. Memang rasa sejuk tauu kat sini. Bolehlah feeling princess bila masuk area ini. Tengok antara gambar yang ada untuk tatapan korang.




Harga tiket

Untuk yang memiliki Mykad/Mykid
Dewasa RM 19
Kanak-kanak/Pelajar/Warga emas RM 12

Harga biasa
Dewasa RM 28
Kanak-kanak/Pelajar/Warga emas RM 18
Kanak-kanak bawah 100 cm Percuma


Haaa, amacam? Bestkan. Ada banyak lagi bahagian lain yang Yui tak tunjuk. Takmow tunjuk semua sebab nak korang sendiri pergi kesana dan alami pengalaman terhebat korang. Apa pun memang terbaik. Tak rugi masuk ke sini.


Penang memang best!


193, Lebuh Victoria 
10300 Georgetown, Penang
Malaysia

Telephone : +6 04 263 3193

Facebook : phantamania

Emel : phantamania.info@gmail.com





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, September 14, 2016

|Tempat Menarik di Penang| Ace5D Interactive World

Lagi satu tempat menarik di Penang yang WAJIB korang kunjungi iaitu 5D Interactive World. Siapa kaki selfie dan pandai bergaya, dah tentu gambar-gambar yang korang ambil akan nampak "hidup'. Sila percaya ok!!


Ini bangunannya supaya mudah korang cam
=___=




Sorry sangat,
Sebab Yui tak pandai nak buat aksi. Sampai rakan lain cakap "takde perasaan ni". Hehehe. Yui senyumkan aje sebab memang pun. Kihkih. Korang jangan ikut gaya Yui ya, MESTI pandai bergambar dan beraksi. Baru tak rugi.





Setiap gambar atau bahagian yang ada, mempunyai cerita dan penyampaiannya. Ada mengenai penjagaan alam sekitar, kehidupan laut, kehidupan dalam hutan. Senang cerita, ada mesej tersendiri. 





Rasa bertapa tanpa tujuan
Ekekekeke




Ni antara bahagian Yui suka. Boleh untuk tapak tangan, untuk muka, untuk satu badan pun ada. Bila tengok hasil, nak gelak pun ada. Gelak dengan diri sendiri. Hahaha.


Lepas itu, main tanah liat. Nak jadi budak-budak. Ehh, orang besar pun suka tau. Jadi ralit bila buat. Syok juga tau. Heeee, layankan aje.






Akhir sekali, haruslah bergambar beramai-ramai. Bukan mudah nak berkumpul. 

Yui sertakan maklumat lebih lengkap

Phone: 04-218 9676 @ 010-818 1089

google/waze : 5D Interactive World
coordinate; 5°24'48.01"N 100°19'36.91"E   @  (5.413336, 100.326919)

ACE 5D GALLERY SDN BHD
29-F, Jalan Dato Keramat
10150 George Town, Penang
Malaysia

9 am - 6 pm
Selasa hingga Ahad
( Isnin tutup melainkan cuti umum atau cuti sekolah )



Ticket Prices/Entry Fees:

Dengan Mykad
Dewasa : RM18
Kanak-kanak dan warga tua (60 tahun dan keatas) : RM13

Standard:
Adult : RM30
Child : RM20



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, September 07, 2016

Tempat menarik di Penang : Teddyville Museum,Penang

Korang suka berjalan tapi tak tahu nak tuju kemana, Yui cadangkan korang pergi ke Penang. Memang banyak tempat menarik di Penang yang boleh korang kunjungi antaranya ialah Teddyville Museum, Penang.



Korang akan terpegun saat melangkah masuk muka pintu. Sebab akan nampak bear yang sangat-sangat besar. Teruja okay! Kalau orang dewasa pun seronok, budak-budak mestilah lebih lagi. Kan bahagia gitu.



Kan dah habaq, besar sangat-sangat bear ni!!




Meh bagi pengenalan serba sedikit.


Dalam Teddyville Museum ini ada lebih 500 bear. Dari saiz kecil hinggalah besar. Paling menarik, usia bear pun ada yang mencecah 100 tahun. Wowww, lama sangat kan tu!



Inilah orang yang sudi guide kami bercerita sejarah bear
Mr Yeap


Jom tunjuk serba sedikit apa yang ada dalam Teddyville Museum.





Setiap bear ada kisah tersendiri 




Korang akan tersentuh bila tahu sejarah setiap bear yang ada. Ada yang tragis dan menyedihkan. Sebab itu ia dikumpulkan di sini agar kita lebih tahu dengan lebih dekat.


Jom tengok gambar lain yang sempat ambil. Buat kenang-kenangan.



Kisah Baba & Nyonya


Kisah perkampungan



Kaum India
Kaum Cina


Yang ini plak bear menggambarkan Tan Sri P. Ramlee
Sebelah tu "Saloma" celup
Muahahaha!



Perghh, nampak real kan makanan ni



Jemput makan semua



Wah, makcik tengah mencanting ya








Secara kesimpulan, memang tak rugi kalau datang ke Teddyville Museum, Penang. Sangat berbaloi dengan harga tiket sebab anda akan puas bila masuk ke sana.


HARGA TIKET

Dewasa                   RM 36      *mykad ( RM 27)
Pelajar                    RM 29      *mykad ( RM 22)
Kanak-kanak         RM 25       *mykad ( RM 15)
(bawah 3 tahun percuma)
Ini lah antara Family Blogger Utara yang dapat hadirkan diri
Ramai lagi sebab datang dengan keluarga masing-masing


Kalau korang nak pergi, ini maklumat yang Yui sertakan


Teddyville Museum Penang
(Ground Floor) Doubletree Resort by Hilton Penang
Batu Ferringhi
Jalan Low Yatt
11100 Penang, Malaysia

Eskay Yeap (General Manager)
+6 016 550 5949

Facebook : TeddyVilleMuseum





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^