tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label keperluan diri. Show all posts
Showing posts with label keperluan diri. Show all posts

Wednesday, May 17, 2017

Vaseline Lip Therapy Rosy

Dah nampak viral pula Vaseline comel ini. Lepas itu ada pelbagai perisa. Eh, ni bukan untuk dimakan ya. Untuk disapu luaran sahaja. Macam vaseline yang beli di guardian/watson tu juga cara penggunaan.




Saiz memang comel. Senang letak dalam beg. Nak guna, sapu sahaja. Deme kata guna ni untuk pink kan bibir, juga sebagai pelembab bibir. Ehhh, nak tahu menjadi ke tak, kena cuba sendiri ya.


Yui pun terjebak beli dan jual. Hahahaha. Saja gatal ambil dengan supplier nak tengok sambutan macam mana. Baunya memang wangi. Sedap jee hidu.


Oh ya,
Yang oren tu LABU. Sibuk ajee mana orang duk, nak menyempit. Manja sangat.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, March 02, 2017

Beauty Blender sponge wajib ada untuk si cantik

Dah guna foundation OKAYA, selain guna jari jemari bolehlah guna sponge tau. Ada pelbagai gred sponge, dari yang selembutnya hingga sekerasnya. Heeee, harga pun kalau original hampir RM 100.




Yui baru je beli Beauty Blender ni, 90% copy original. Ada 2 saiz, RM 20 & RM 25. Yang Yui beli RM 25. Lembut dari yang pernah Yui beli di Mr Diy ( RM 6). Seronok dok main tekan-tekan. Hahaha.


Eh, fungsi utama haruslah nak dap dap kan foundation tu supaya lebih rata dan tak berkecapuk. Jangan sesekali dok tonyoh tau, itu tips dari MUA terkenal Bellaz.


Oklah, tu ja nak share. Motif takde idea nak update. Hahaha.


Oh ya,
Alhamdulillah Yui dah upgrade jadi Stokis Okaya untuk negeri Perak.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, January 12, 2017

Barang peribadi untuk manjakan diri sendiri

Kan haritu Yui cerita ada sale di Guardian. Pastu dapat plak voucher RM 5. Beberapa hari lepas itu pergi Guardian di ST 18. Maka, dengan tak sengaja beli barang-barang ini. Reward dan manjakan diri sendiri gitu. Eceeeehhhhh!




Shampoo Tresemme tu saja beralih pada jenama ini. Yui dah cuba, best pakai. Rasa lembut aje bila cuci. Bau pun sedap. Buat bertambah menarik bila ada argan oil. Banyak manfaatkan tuu.


Lotion vaseline pun pertama kali ambil bauan ini. Memikat hati. Suka sapu lepas mandi. Alaaaalalaaaaa lembut ajeeee rasa.


Eyeliner Maybelline tu beli disebabkan eyeliner silkygirl udah suam-suam kuku. 1 batang ni pun tahan berbulan-bulan wei.


Ramai tahu kebaikan vaseline intensive care. Jadi, tak perlu Yui cerita lebih lanjut =)


Jadi,
Rasanya cukuplah ini dulu untuk reward diri sendiri.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, January 09, 2017

Sale di Guardian yang tak patut dilepaskan

Cuti Krismas yang lepas, sajalah pergi Guardian di Aeon Klebang. Puncanya lepas tengok surat khabar. ada jualan yang macam "ehhh tak boleh jadi ni. Jimat banyak!". Maka, ajaklah mak dan abah.




Sebelum beli,
Yui akan perhati harga sebab kebiasaan Yui tahu harga barang tu. Sila jangan klentong kau tulis beli 1 free 1 padahal harga tu kau letak double dari biasa. Hahaha. ( kadang terkena juga! )


Jadi, macam barang di atas, kebanyakan Yui rasa memang berbaloi.


Sumber Ayu beli 1 percuma 1 RM 9.90
Gel Mandian Guardian RM 5/botol
Pencuci tangan 3 botol RM 11.48
Darlie beli 1 percuma 1 RM9.81
Pantene beli 1 percuma 1 RM 20.90
Dr Mist Body Spray RM 10.96


Kadang ada masa harga tu memang berbaloi dan kena rembat lebih untuk buat simpanan. Heeeee, jimatlah berpuluh juga.


Dapat lagi voucher RM 5 tapi valid cepat sangat. Haaa, tu nanti story lain.


Rajin-rajinlah kelebek surat khabar ya.



- SALE INI DAH TAMAT YA -




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, November 01, 2016

Wangian perfume Dexandra yang menjadi pilihan hati

Lama dah Dexandra berada di pasaran kan, cuma Yui saja yang lambat mencuba. Kata orang bauannya tahan lebih 8 jam, harga mampu milik dan botol mudah dibawa sebab bersaiz sederhana.


Oklah, sebenarnya Yui ni droship kepada perfume Dexandra juga. Oh ya, harga inshaaALLAH mampu milik dari pasaran sebab dapat harga rendah dari supplier. Yui taknak nyatakan harga sebab ada orang kadang saja nak cari "pasal". Heeee, faham-faham sendirilah.


Berbalik pada tajuk entry,
Bauan yang menjadi pilihan hati sekarang ialan Moon Sparkle by Escada. Serius, bauan dari Escada memang tak mengecewakan Yui. Yui selesa dengan baunya. Haruuuummm dan rakan opis pun jatuh cinta maka dia pula beli 1 botol. Hehehe.





Antara bauan lain yang menjadi pilihan customer Yui,
Boom Sheel By Victoria Secret
Lady Million
Cocoa Chanel
La Male by Jean Paul
Dunhill Red
Dunhill Blue
Bond No9 NYC


Ini antara yang banyak orang repeat. Apa pun terpulang kepada pelanggan nak bauan yang mana sebab memang Dexandra ada pelbagai jenis.


Harga pasaran 1 botol RM 65 untuk 35 ml.
Harga Yui, korang boleh inbox Yui di FB. Yang Yui kenal dan yakin sahaja akan Yui bagi harga Yui ya.


Terima kasih =)





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, July 26, 2016

Baju hujan Foxdry

Baju hujan lama, Givi sudah bertahun lama berkhidmat dengan baik. Lebih 8 tahun. Baju masih boleh pakai cuma seluar, getahnya dah longgar. Kalau pakai pun, duduk atas motor takpe. Kalau berjalan londeh, hahahaha.




Jadi Sabtu lepas,
Pergi kedai perkakas pelbagai jualan berkaitan motor di Ipoh. Mata dok tercari jenama Givi juga sebab percaya pada kualiti. Sekali tengok pattern belakang baju, alaaa tak kenan. Rupa peplum aje aku tengok.


Maka tuan kedai cadangkan Foxdry.
Ada beberapa pilihan warna tapi warna ini sahaja berkenan sebab yang lain dah rupa colour blocking. 


Ambil saiz M. Harga termasuk GST RM 143.10.


Perghh, bertabah ajelah keluarkan duit sebab sekarang musim hujan. Kadang perlu pakai seluar hujan.


Apa pun Givi lama masih boleh pakai. Terbaik!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, June 15, 2016

Testimoni sendiri guna liquid lipstik Anastasia

Seperti yang aku bagitahu dalam entry Liquid Lipstik Anastasia, aku ada mention kalau aku rajin aku tunjuk setiap warna yang aku cuba. Sebenarnya ada 4 tapi ambil gambar 3 je. Jadilah kan dari takde langsung.




Original tu maksudnya itu warna bibir aku la ea. Korang jangan plak cari kod original tapi taktau lah kot ada kan. Hahahaha.


Bagi aku yang memang tak reti pasal makeup dan main bedal je pakai,
Aku boleh katakan aku suka juga lisptik Anastasia ini. Best pakai. Pakai nipis aje dah cukup. Tak payah over tenyeh sana sini.


Tak nyesal beli!
Sesuai dengan harga dan kualiti.


Ada satu lagi jenis aku dah beli dan guna. Itu pun best. Nanti aku up entry.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, June 09, 2016

Liquid lipstick Anastasia

Pengaruh kuat! Hahaha. Sebenarnya kan, aku sendiri baru perasan aku suka beli lipstik tapi yang kerap pakai adalah sebatang dua. Yang lain, sekali guna pastu peram. Pftttt.




Sana sini update pasal Anastasia ni. Aku pun carilah dalam group Ipoh Ipoh Ajer. Alhamdulillah jumpa seorang seller yang sangat mudah berurusan.


Harga sebatang RM 10 tapi ambil dua dapat RM 15. Maybe dia tengah buat promosi. Dengan harga itu, memang ok sangatlah. Tu pasal tak sedar diri ambil lebih 1. Hahahaha. 


Nanti kalau rajin aku update gambar setiap jenis yang aku cuba. Setakat ini memang puas hati guna. 





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, May 24, 2016

Perfume Precious by Che' Ta

Jujur,
Aku jarang pakai perfume. Tapi kalau ada bauan yang aku suka, memang aku beli. Bila dah beli, sayang plak nak guna. Hahaha. Entah apa-apa.


Ok, berbalik pada perfume Precious by Che' Ta.
Memang viral sebab ramai aku tengok yang beli. Mula-mula dulu tak terpengaruh tapi sebab sendiri nak hidu bau, beli jugala. Harga RM 29.90.




Aku pakailah sekali dua lepas itu masuk dalam kotak. Dan dah selamat letgo pada yang nak. Aku jual RM 20.


Heeee,
Kenapa letgo? Sebab aku tak berapa kenan bauan macam ini. Aku lebih kepada bau sweet buah atau bunga yang lembut. Contoh perfume Escada.


Hat satu lagi pun tak pernah hidu. Tapi ada satu jenis perfume dari Rita Rudaini, aku agak berkenan. Tengoklah nanti macam mana.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, April 28, 2016

Ambi Pur pilihan hati





Nak bagitahu suka bau ini
Itu saja
Mood masih ke laut





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, April 08, 2016

Barangan wajib ada di dalam bilik air

Eh dah kenapa tunjuk benda ni semua? Alaaaa, faham sajalah maksudnya aku takde idea nak update blog. Huahuaaaa.




Antara barangan wajib ada dalam bilik air. Haaaaa, barangan mampu milik semuanya. Yang penting selesa guna.


CMD tu memang pelbagai guna. Pencuci epal tu dari Revell. Nak beli, roger aku ya, agen sah Revell. Eh sempat plak nak promote tu. Lalalalaaaaa.


Yui, 019 233 1810




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, February 16, 2016

Sophie Santarypad antara pad terbaik!

Bercakap pasal pad, sebelum itu nak habaq awal-awal, ini adalah entry secara umum. Baca dan fahamkan sebagai keperluan manusia terutama kepada seorang wanita.


Eh, kenapa aku mention gitu awal-awal?
Sebab duluuuu, aku ada cerita pasal pad herba [entry]. ada plak si anon komen kata aku tak malu. Gila apa? Bukan aku buat entry lucah. Grrrrr !!




Memandangkan haritu ada sale untuk pad jenama sophie, aku saja gatal cuba beli. Alhamdulillah, memang puas hati. Tak menyesal rembat 4 bungkus terus. Hahahaha.


Korang pernah cuba?
Kalau susah jumpa, beli jenama Feminine Comfort. InshaaALLAH merata kedai jamu ada jual. Terbaik dua-dua jenama.


Boleh beli dari agen Sophie.
Kalau taktau kat mana, kakak serumah aku agen Sophie. Boleh roger kalau nak order ya ;)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, December 21, 2015

Nivea whitening happy shave

Ada orang selesa pakai "ubat ketiak" jenis cecair, stick & ada juga jenis spray. Dulu aku pakai dove. Lepas itu bertukar pada nivea jenis roll.


Kadang aku selesa tak guna apa-apa. Bukan wajibkan? Haaaaa. Yang penting tak berbau cukuplah. Hahahah.




Jalan-jalan Guardian tengok harga. Bandingkan dengan kedai sebelah, Watson. Harga beza sen-sen. Memandangkan aku pemegang kad Watson, manfaatkan point yang ada, setelah ditolak, aku kena tambah dalam RM 5 sahaja.


Harga asal lebih kurang RM 12.


Best juga guna jenis ini. Tapi kadang time nak spray, tak keluar apa. Keluar angin jee. Sampai rasa nak naik angin jugala. Wakakakaka!


Apa pun, aku suka produk Nivea. Best!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, December 08, 2015

Lipstick Sophie Paris : Paparazi Pink

Ada peminat barang Sophie Paris? Ala-ala macam Avon tuu. Aku bukan ahli jauh sekali peminat tegar. Tapi kakak rumah aku memang aktif dengan Sophie Paris.


Tiap bulan mesti dia bagi tengok majalah yang ada pelbagai jenis sale.
Jenis aku, aku pilih mana aku nak guna ( walau kadang beli tapi tak guna, bazir! ). Tiba-tiba mata terkenan pada lipstik. Lagipun RM 5 ajee aku rasa memang cukup berbaloi!




Inilah saiz lipstik tersebut. Besar dan bukan saiz mini. 
Kira berbaloi benor RM 5 ajeee. 



Pilihan aku Paparazi Pink



Sebelum & selepas guna


Kata aku sebagai pengguna kali pertama :
- Lipstick tak mudah hilang
- Tahan lama
- Mudah dicuci
- Tidak melekit


Jujur aku suka lipstick ini! Sebab best, bulan ini aku repeat lagi order. Heeeeee.
Aku biasa pakai untuk pergi kerja atau kenduri sahaja. Setakat pasar malam atau dekat-dekat, tak payah!


Kalau ada yang berminat, kaborlah ea. Aku sampaikan pada kakak rumah aku tuuu.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, February 26, 2015

Supplement tambahan untuk diri sendiri

Bila umur dah makin meningkat, keprihatinan terhadap diri sendiri lebih bertambah. Ecehhh ayat! Tapi memang betul pun. Apa guna kita mengejar lain kalau diri sendiri terabai.




Vitamin redoxon - RM 15
Blackmore - RM 22 ( harga diskuan di Guardian )


Buat masa ini, 2 jenis supplement di atas aku amalkan. Vitamin C itu ramai orang cadangkan sebab ada tambahan zinc, Multivitamins & mineral pula untuk kecergasan diri sendiri.


Sebelum ini amalkan vitamin c biasa & vitamin rosehip. Sekarang bertukar jenama lain. Cari yang lebih jimat tapi bawa manfaat yang sama.


Makan sebiji sehari. Multivitamin aku ambil selepas breakfast & vitamin c selepas dinner. Agaknya betul tak cara pengambilan aku?


Kadang aku ambil cuka epal & kapsul minyak zaitun. Itupun bila rajin. Hehehe.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^