tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label ubat. Show all posts
Showing posts with label ubat. Show all posts

Monday, October 10, 2016

Ubat menghapuskan cacing CHAMPS perisa coklat

Awat tak tau haritu singgah Guardian, pastu tangan ni laju plak cari ubat cacing. Dok rasa teringin nak makan. Heeeee, macam pelik ajeee.



Baca punya baca, kotlah jenama ini untuk budak-budak aje boleh telan, rupanya tidak. Orang dewasa pun boleh. Makan je 2 biji tu. Sedap tau sebab perisa coklat. Buat kunyah lagi.

.


Adalah tertulis simptom yang mungkin korang lalui lepas makan ubat ini. Yui lepas makan, terus rasa nak baring. Pastu bangun balik. Tunggu yeyak idak gak, esoknya baru membuang. Huahuaaaaa. 


Kenapa makan ubat ini?
Saja. Lagipun kalau rasa nak kuruskan badan atau rasa perut tu asyik besar jee ( tak mengandung ), cuba jelah ubat ini. Mana tahu cacing banyak kann kaannn. Hahahaha.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, July 28, 2015

Sah menjadi ahli CMD



Alhamdulillah 27/7/2015 secara rasmi aku telah menjadi ahli CMD. Apa itu CMD? Nanti entry lain. Bagi entry "teruja" ini dulu. Hahahaha.


Sebenarnya lama dah nak cuba CMD semenjak aku dah putus dengan Ephyra. 
Mula cadang nak beli botol kecil tapi bila fikir tambah berapa RM saja boleh terus dapat botol besar & jadi ahli seumur hidup, terus tekad join.


Motif utama guna CMD?
Untuk masalah keguguran rambut & detox. Lain-lain masalah kalau dapat di atasi dengan CMD, itu bonus namanya.


Lagipun nak bagi mak & abah. Abah sebab utama adalah resdung. Mana tahu berkesan padanya. Kesian pula tengok asyik sohsehsohseh.


Selain dari kegunaan sendiri, CMD juga boleh dijadikan tempat untuk tambah pendapatan sampingan. Macam jual produk-produk lain juga.


Jadi, lepas ini jangan marah kalau banyak entry pasal CMD. 
Alaaaa, kita tengah eksaited. Kihkihkih.


Yang nak beli, boleh inform aku. Aku guide korang sebaiknya pula.


MYPRK1135361
Nurul Yui
019 2331810




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, April 09, 2015

Perubatan buasir di Grik, Perak

Ada seseorang yang bertanya mengenai perubatan buasir yang pernah aku buat pada tahun 2011. Ya, dulu aku mengalami buasir tahap serius. Doktor siap bagitahu aku dah di tahap 3 di mana perlu melakukan operation untuk buang.



Antara perkara yang aku alami ketika buasir :

1) "Benda" itu terkeluar dan buat rasa tak selesa ketika duduk
2) Setiap kali buang air besar, akan ada darah pekat keluar


Tapi mak dan abah suruh cuba berubat secara tradisional terlebih dahulu. Aku pun taknak operation sebolehnya. Alhamdulillah abah dapat info dari kawannya mengenai perubatan di Grik. 


Kisah lanjut boleh baca entry lama.


Berbalik pada soalan anon/akak yang bertanya, maaf sangat sebab saya dah kehilangan nombor orang tersebut. Ada ura-ura juga bagitahu orang itu tidak mengubati orang lagi, dah digantikan dengan orang baru memandangkan dia sudah berusia.


Alhamdulillah, kesannya memang ada. 
Dalam tempoh sebulan, buasir tersebut tidak keluar dan aku hanya perlu pantang untuk tidak makan makanan terlalu pedas.


Dah 5 tahun
Sekarang aku dah baik dari buasir. Alhamdulillah.


Maaf kakak, saya tak dapat bantu. 
Moga ada tempat lain yang boleh cuba untuk merawat buasir ini. 




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, February 26, 2015

Supplement tambahan untuk diri sendiri

Bila umur dah makin meningkat, keprihatinan terhadap diri sendiri lebih bertambah. Ecehhh ayat! Tapi memang betul pun. Apa guna kita mengejar lain kalau diri sendiri terabai.




Vitamin redoxon - RM 15
Blackmore - RM 22 ( harga diskuan di Guardian )


Buat masa ini, 2 jenis supplement di atas aku amalkan. Vitamin C itu ramai orang cadangkan sebab ada tambahan zinc, Multivitamins & mineral pula untuk kecergasan diri sendiri.


Sebelum ini amalkan vitamin c biasa & vitamin rosehip. Sekarang bertukar jenama lain. Cari yang lebih jimat tapi bawa manfaat yang sama.


Makan sebiji sehari. Multivitamin aku ambil selepas breakfast & vitamin c selepas dinner. Agaknya betul tak cara pengambilan aku?


Kadang aku ambil cuka epal & kapsul minyak zaitun. Itupun bila rajin. Hehehe.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, February 18, 2014

Hadiah untuk hari ini



Bangun pagi nak bersiap pergi kerja, kepala asyik tingtong. Masuk bilik air pun ambil masa yang lama untuk mulakan apa yang patut.


Hari ini datang kerja pun lewat seminit. 8.31 pagi. Disebabkan pening, muntah, cirit birit maka perlu jugalah jumpa yang pakar. Kalau tak teruk, memang tidaklah teman pergi jumpa doktor tu.


Kata doktor aku keracunan makanan. Takpe, telan sahaja ubat yang diberi. Moga kejap lagi dan seterusnya pulih seperti biasa.


Sekarang masih kerja seperti biasa. Sakit itu penghapus dosa kecilkan? ALLAH sayang saya.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, July 02, 2013

Ubat spray untuk selsema - Afrin Nasal Spray

Member opis ada selsema sebelum ini. Datang pula customer seorang nurse, dia cadangkan beli ubat spray dalam hidung untuk kurangkan selsema.


Disebabkan aku pun tak berapa nak sihat, laju aku cari di Watson. Ada macam-macam jenama. Aku pilih yang harga bawah RM 20. Lagipun nak test keberkesanannya.


- sarapan bersama susu -


Hanya perlu spray di kedua belah hidung waktu pagi dan malam. Kalau tersumbat, elok benar pakai ini. Macam bagi lega sikit.


Harga dalam RM 18. Boleh cari di Watson. Ubat spray ini tidak mengantukkan anda ya.


Bagi aku ubat spray ini okay. Korang cubalah juga nanti jika terkena selsema.


Jemput baca entry penuh { sini }
Rasa sebelum Ramadhan, order sebelum Syawal
=___=


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^