tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label cuti umum. Show all posts
Showing posts with label cuti umum. Show all posts

Tuesday, September 13, 2016

Campur aduk

Oklah, sebenarnya takde benda nak update mana.


Lebih kepada hal-hal lain yang kena uruskan. Banyak entry kena publish selepas ini. Nak cari idea bina apa yang patut. Ecehhhh!


Macam mana raya korang semalam?
Aku buat pertama kali dalam sejarah balik kampung untuk beraya tak pakai baju kurung. Fuhhh. Maksudnya aku berseluar, blouse dan shawl sahaja. Nasib baiklaah sedara mara jenis nantak hang la. Hahahaha.


Biasa aje raya aku
Yang penting dapat berkumpul bersama keluarga dan saudara mara tersayang.


Maaf tak tau nak letak tajuk apa =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, September 09, 2016

Selamat Hari Raya Aidiladha

Isnin nanti bersamaan 10 Zulhijjah 1437 adalah merupakan Hari Raya Qurban atau AidilAdha. Sudah tentu ramai yang akan sambung bercuti memandangkan hari Jumaat jatuh cuti umum sempena Hari Malaysia.


Persiapan Aidiladha?
Jujur, takde langsung. Nak buat mini popia ikan bilis pun tak. Nak buka tempahan, langsung tidak. Tak tahu kenapa, nampak "sepi" untuk sambutan padahal kita patut lebihkan Aidiladha. Tapi setahu Yui, di negeri Kelantan, Terengganu & Kedah sambutannya meriah. Rasa nak pergi sana dan alami pengalaman itu.


Cuti
Yui cuti hari Isnin sahaja. Takde niat nak apply cuti tambahan.


Berhati-hati
Korang kena hati-hati walau di mana berada ya. Moga dipermudahkan urusan kita bersama. InshaaALLAH.


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA


Ikhlas,
Nurul Yui




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, September 07, 2016

Tempat menarik di Penang : Teddyville Museum,Penang

Korang suka berjalan tapi tak tahu nak tuju kemana, Yui cadangkan korang pergi ke Penang. Memang banyak tempat menarik di Penang yang boleh korang kunjungi antaranya ialah Teddyville Museum, Penang.



Korang akan terpegun saat melangkah masuk muka pintu. Sebab akan nampak bear yang sangat-sangat besar. Teruja okay! Kalau orang dewasa pun seronok, budak-budak mestilah lebih lagi. Kan bahagia gitu.



Kan dah habaq, besar sangat-sangat bear ni!!




Meh bagi pengenalan serba sedikit.


Dalam Teddyville Museum ini ada lebih 500 bear. Dari saiz kecil hinggalah besar. Paling menarik, usia bear pun ada yang mencecah 100 tahun. Wowww, lama sangat kan tu!



Inilah orang yang sudi guide kami bercerita sejarah bear
Mr Yeap


Jom tunjuk serba sedikit apa yang ada dalam Teddyville Museum.





Setiap bear ada kisah tersendiri 




Korang akan tersentuh bila tahu sejarah setiap bear yang ada. Ada yang tragis dan menyedihkan. Sebab itu ia dikumpulkan di sini agar kita lebih tahu dengan lebih dekat.


Jom tengok gambar lain yang sempat ambil. Buat kenang-kenangan.



Kisah Baba & Nyonya


Kisah perkampungan



Kaum India
Kaum Cina


Yang ini plak bear menggambarkan Tan Sri P. Ramlee
Sebelah tu "Saloma" celup
Muahahaha!



Perghh, nampak real kan makanan ni



Jemput makan semua



Wah, makcik tengah mencanting ya








Secara kesimpulan, memang tak rugi kalau datang ke Teddyville Museum, Penang. Sangat berbaloi dengan harga tiket sebab anda akan puas bila masuk ke sana.


HARGA TIKET

Dewasa                   RM 36      *mykad ( RM 27)
Pelajar                    RM 29      *mykad ( RM 22)
Kanak-kanak         RM 25       *mykad ( RM 15)
(bawah 3 tahun percuma)
Ini lah antara Family Blogger Utara yang dapat hadirkan diri
Ramai lagi sebab datang dengan keluarga masing-masing


Kalau korang nak pergi, ini maklumat yang Yui sertakan


Teddyville Museum Penang
(Ground Floor) Doubletree Resort by Hilton Penang
Batu Ferringhi
Jalan Low Yatt
11100 Penang, Malaysia

Eskay Yeap (General Manager)
+6 016 550 5949

Facebook : TeddyVilleMuseum





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, August 30, 2016

Hari Kemerdekaan ke- 59



1957 - 2016
59 tahun negara kita sudah MERDEKA


Banyak maksud yang kita boleh gambarkan untuk
MERDEKA


Selamat Hari Merdeka Malaysia


Selamat bercuti semua





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, July 08, 2016

Cuti Raya 2016

Sebenarnya aku tak kisah aku cuti raya bila, selagi aku ni bujang, aku boleh beralah. Haaaa. Tapi sebab tahun ini kira macam turn, aku ambil cuti lepas raya.


Cuti Raya
6/6/2016 - 11/6/2016


Akan mula bekerja pada hari Selasa, 12/6/2016. Kiranya AL aku ambil 2 hari sahaja iaitu Jumaat & Isnin. Mujur raya kali ini cuti direct. Ekekeke.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, June 22, 2016

WW 13 [2016] - Salam Nuzul Al-Quran





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, February 10, 2016

Bersiaran setelah 4 hari bercuti!

Fuhhh, lemau sungguh pagi ni nak bangun. Set jam 6.40, pastu sambung lagi 10 minit. Padahal mata bukan nak lena sangat. Faham kan erti MALAS? Haaaaa.


Tenang sungguh menunggang kuda arini.
Lapang je jalan. Tak sesak. Tak merungsingkan! Hahahaha. Kemain kan. Aku rasa ramai lagi sambung cuti minggu ni. Fuhh, sakan kan.


Oklah, jom memulakan semula blogwalking yang tertunggak selari dengan cuti panjang. Kat rumah dah takde WiFi, kira memang takdelah nak beronline bagai sangat.


Apa pun, kepada yang bekerja, selamat bekerja ya!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, February 06, 2016

Selamat bercuti panjang

Dah sedia maklum, next week cny. so berturut cuti 4 hari. Ada juga yang apply sambung terus seminggu kan?


Apa pun,
Selamat bercuti panjang. Berhati-hati walau di mana anda berada. Buat yang berjalan-jalan, jaga diri baik-baik. Sabar walau dimana pun.


Semoga semuanya selamat, inshaaALLAH.


Aku tak apply sambung cuti sebab takde benda nak buat. Heeeeee :)



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, November 27, 2015

Cuti sempena Hari Keputeraan Sultan Perak

Hari ini aku cuti sempena Keputeraan Sultan Perak.


Aktiviti?
Niaga online macam biasa
Buat kerja rumah
Rutin biasa basuh sangkar kucing/bersihkan tempatnya
Kalau sempat, nak mandikan kucing-kucing yang ada


Itu jelah perancangannya.
Jadi atau tak itu lain cerita.


Sesi balas kunjungan akan aku buat nanti ya
Direct cuti 3 hari :)







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, November 11, 2015

Selepas 4 hari bercuti

Mood malas gila nak bangun pagi ni nak p kerja.
Sebenarnya hari Isnin haritu terpaksa ambil AL.
Gara-gara tiket ETS semuanya habis hari Ahad, jadi postpone sampai Isnin berada di KL.


Jadi, pagi ini, mood memang malas!
Nak p kerja pun malas, nak mulakan kerja pun rasa malas-malas.


Ni mesti ada antara kome yang sambung cuti lagikan?
Huntung huntungggg. Cuti lama-lama lepas itu rasa malas macam aku. Huahua.


Malassss!
Sila jauhkan dariku.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, September 23, 2015

Selamat Hari Raya Aidiladha

Esok dah Hari Raya Haji. Mesti ramai dah start cuti hari ini. Silap-silap dari Isnin lagi kan? Huhuhuuu.


Mood raya memang takde. Biasa-biasa je.


Apa pun nak ucapkan kepada semua pembaca blog,
Selamat Hari Raya Aidiladha, moga ibadah korban yang dijalankan berjalan lancar. 


Selamat bercuti kepada yang sambung cuti
Kepada yang bekerja hari Jumaat sama sepertiku, jangan cuba mengelat ya!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, September 16, 2015

Selamat Hari Malaysia & Selamat Bercuti

16 September adalah cuti umum. Merupakan Hari Malaysia. Bagaimana terjadi Hari Malaysia? Sila kelebek sejarah kembali. Hehehehe.


Kepada semua rakyat Malaysia, Selamat Hari Malaysia.


Kepada yang bercuti, selamat bercuti
Yang bekerja, selamat mendapat tripple gaji.


Cuti sehari duk rumah aje. Keadaan jerebu semakin teruk, kurangkan aktiviti luar ya.


Esok kerja, jangan nak mengelat!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, August 31, 2015

Selamat Hari Merdeka & Selamat Bercuti

Tanggal 31 bulan 8 57
Hari yang mulia hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka


Wah sila baca dengan nyanyi ala arwah Sudirman
Selamat Hari Merdeka Malaysia


Walau di mata nampak merdeka tapi secara halus banyak yang belum merdeka
Itu yang aku rasa sebagai rakyat yang marhennnnn


Kepada yang sama bercuti macam aku, selamat bercuti
Esok masuk kerja ya, jangan nak mengelat!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, May 01, 2015

SELAMAT HARI PEKERJA

Aku tahu semua orang bekerja
Tak kira dengan orang atau bekerja sendiri
Tak kira juga yang makan gaji atau disuap gaji


Goyang kaki duduk rumah saja pun dikira kerja jugakan?
Miahahaha


Apa pun selamat hari pekerja walau tahu cuti pun masih bekerja


Cuti sampai Isnin, Selasa kerja. Rabu cuti balik khas untuk rakyat Perak.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^